CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3978|Reply: 18

"Kita doakan supaya Tengku Hassanal cepat kahwin" - Sultan Pahang

[Copy link]
Post time 6-5-2024 03:12 PM | Show all posts |Read mode





Kuantan: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon mendoakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah segera mendirikan rumah tangga.

Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang, di sini, hari ini.

"Beta mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan berterima kasih kepada pasukan anakanda saya yang telah memegang tugas dan tanggungjawab sebagai Pemangku Raja Pahang selama lima tahun sewaktu saya menjadi Yang di-Pertuan Agong.

"Terima kasih juga kepada semua, khususnya Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail), Setiausaha Kerajaan Pahang (Datuk Seri Zulkifli Yaacob), Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang memberi segala dorongan, sokongan dan tunjuk ajar sepanjang tugasan paduka anakanda sebagai Pemangku Raja Pahang.

"Mudah-mudahan anakanda saya dapat mencari selok-belok urusan tadbir urus sebuah negeri Pahang dan mudah-mudahan juga kita doakan supaya Tengku Hassanal cepat kahwin," titahnya.

Pada titah itu juga, baginda berbangga dengan usaha kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat Pahang tidak pernah dilupakan dengan meneruskan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) membabitkan 20 jenis bantuan dengan peruntukan RM38.08 juta.

"Beta percaya berdasarkan prestasi cemerlang yang dicapai, kerajaan negeri berupaya meneruskan lagi program bantuan seperti ini bagi memastikan lebih ramai lagi rakyat beta yang dihimpit kemiskinan terus mendapat perhatian yang sewajarnya.

"Selain itu, beta amat gembira dengan pelaksanaan program Rumah Rakyat Pahang (RRP) sejak 2020 sehingga ke hari ini yang diberikan secara percuma kepada rakyat beta yang dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegar yang tidak memiliki rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur untuk dibaiki dengan kos RM75,000 seunit dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan beta," titahnya.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 07:54 PM | Show all posts
Keputusan di tangan empunya diri. Kalau sendiri tak cari rakyat jelata nak tolong doa bidadari jatuh ke riba ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:38 PM | Show all posts
Takde calon lagi ke? Tengku fahd pun tak kawen lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:43 PM | Show all posts
Acik ci bolehlah cuba masuk meminang!
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:31 PM | Show all posts
heols muda lagi lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahwin kan aje lah dgn ank soltan ganu tu ramai ank ppuan kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh kalau emaknya memilih susah jugak doa nak termakbul.
Nak jugak menantu blue blood.
Tpi lantak dia la anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 10:49 PM | Show all posts
kenen2 kn dgn amirah anak sultan brunai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 6-5-2024 09:31 PM
heols muda lagi lah

Bukan ke dah 30?
Org lain awal drpd tu dah kawen
Dia tu kena membiak sbb kang takde keturunan lepas dia dh takda tahta mendapat kat adik beradik dia plak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 7-5-2024 07:34 AM

Ampun tuanku.....doa yg ini nak kena ditambah(add on) dlm doa standard  utk tuanku dan kerabat anak cucu tuanku yg kami panjatkhen setiap solat fardhu di masjid masjid surau2 saban hari itu ke tuanku?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:59 AM | Show all posts
Shayang replied at 7-5-2024 07:16 AM
Bukan ke dah 30?
Org lain awal drpd tu dah kawen
Dia tu kena membiak sbb kang takde keturunan lepa ...

tak silap lahir 1995, so masuk 29 tahun gitu. Iols consider muda lagi la tapi sesuai la kalau nak kahwin umur gini. Semoga tak pasang dua tiga empat macam bapaknya yach opssss
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Don worry bini 4 no problem
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:36 AM | Show all posts
no syatuuu je kan nk blue blood
no lain sape2 pon xpe kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 12:39 PM | Show all posts
tahun ni nk masuk 29 tahun dah
igtkn 24, 25 mcm tu

xpe, slow2
ada jodoh sok tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 7-5-2024 07:32 AM
Ampun tuanku.....doa yg ini nak kena ditambah(add on) dlm doa standard  utk tuanku dan kerabat anak  ...

Pasni tok imam kena baca teks doa baru lar yakk
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
AngelFreakyAF replied at 7-5-2024 10:02 PM
Pasni tok imam kena baca teks doa baru lar yakk

Bak kata anak jiran aku yg 3 tahun....PENAMBAHBAIKAN .....ADD-ON..

Rakyat yg masih menanti bila agaknya nak kedengaran golongan payung emas ini mendoakan utk rakyat.....iteww belum nak sebut menanti golongan payung emas lead rakyat in prayers...hanya dalam mimpi sahaja ler agaknya..

Nasib baik TUHAN hadirkan kita PMX.....ada juga kepimpinan dalam dirinya utk mengepalai rakyat dalam solat....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 7-5-2024 08:04 AM
Don worry bini 4 no problem

Skill ayahnda bila nak turunkan pada anaknda khen?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sultan nazrin pun kawen lambat Lek laa
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecohh..
Lom kawen soh kawen.
Dh kawen kecoh soh branak.
Dh branak sorg kecoh bila nk menambah.
Hujung² org tu 'tambah' no2 tau lak sentap guling² xcukop tanah ibarat dimadu laki sendri.
Saiko.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.082899 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list