CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Dunia] TERKINI! BERITA GEMPAR: AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di sel...

[Copy link]
 Author| Post time 9-5-2024 08:58 PM | Show all posts
Siapa mahu bela nasib penerima vaksin AstraZeneca?

Oleh
SITI NOOR FAEZAH MUDA

09 Mei 2024 07:00am




Pihak berwajib tidak wajar berdiam diri kerana ramai yang mengharapkan penjelasan selepas AstraZeneca mengakui vaksin keluarannya boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya. Gambar hiasan


KETIKA wabak Covid-19 melanda dunia pada Mac 2020, rakyat Malaysia digalakkan mengambil vaksin walaupun dikatakan belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.

Antara jenis vaksin ditawarkan ketika itu seperti AstraZeneca, Pfizer, Sinovac dan lain-lain lagi yang diberi secara rawak buat rakyat.


Bagaimanapun pada Rabu, syarikat farmaseutikal gergasi vaksin Covid-19, AstraZeneca mengumumkan menarik balik vaksin keluarannya dalam pasaran dunia.

Ini selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan mengatakan vaksin berkenaan dikeluarkan daripada pasaran atas sebab komersial.

Vaksin itu juga tidak lagi dibenarkan untuk digunakan di Kesatuan Eropah (EU) memandangkan syarikat tersebut secara sukarela menarik balik 'kebenaran pemasarannya'.

Permohonan pengeluaran telah dikemukakan pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada hari Selasa.

Perkembangan tersebut tentunya mengejutkan orang ramai khususnya individu yang sudah mengambil dos suntikan vaksin tersebut sebelum ini.


Artikel Berkaitan:

AstraZeneca tarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia

KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin Covid-19 - Dr Dzulkefly

Tiada kesan sampingan Astrazeneca di Indonesia
Kesan sampingan vaksin: KKM dapatkan penjelasan AstraZeneca


AstraZeneca akui vaksin Covid-19 ada kesan sampingan

Nampaknya mudah bagi pengeluar mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin di seluruh dunia, namun kesannya sudah dirasai ribuan rakyat dunia.

Siapa yang perlu bertanggungjawab dalam hal ini sekiranya terdapat penerima vaksin tersebut yang benar-benar mendapat kesan sampingan yang membahayakan kesihatan mereka?

Dalam hal ini, pihak berwajib tidak wajar berdiam diri kerana ramai yang mengharapkan penjelasan mengenai perkara itu.

Sekurang-kurangnya mereka yang terkesan pastinya mahu tahu apakah bentuk jaminan bantuan yang boleh disediakan kepada mana-mana individu yang menerima kesan sampingan serius.

Justeru, selepas ini pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting bagi membuat keputusan terbaik untuk rakyat berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

Susulan itu juga, mungkin kini sudah masanya kita sebagai rakyat Malaysia lebih bertegas dalam isu kesihatan awam.


https://www.sinarharian.com.my/a ... -vaksin-astrazeneca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pula dengan Astra. Saintis Astra ni tak ambik untung tak claim bayaran royalti ka hapa2 kan untuk vaksin ciptaan sheols ni?

Pfizer terpaling penjahat tu juga yang dok aman2 ja sebab dah deal belakang pintu dengan leaders donia huntuk tidak dipertanggungjawabkan jika hada hapa2 jadik kat penerima vaksin.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:15 PM | Show all posts
miss_white replied at 9-5-2024 08:00 PM
Ramai yg mati tiba2
Hari ni pergi berhari raya kat rumah orang
Esok dgr khabar dah meninggal

Salah satu sebab kematian mengejut skrg ini ialah mungkin pernah kena covid dan menghidap long covid tanpa di ketahui.


Masalah jantung selepas COVID memang berlaku, kadangkala walaupun pada orang yang mempunyai kes ringan.

Selepas pulih, kita mungkin berisiko lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung atau kegagalan jantung.

Selalunya disebabkan oleh keradangan daripada tindak balas badan terhadap jangkitan COVID-19. Sumber

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:17 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 9-5-2024 09:24 PM

tak perlu bayar gantirugi kat vaxxed

duit tax yg gomen kutip tu milik semua rekyat Mesia sama ada vaxxed n unvaxxed

sendiri da sanggup tanggung risiko apa2 jadi lepas vaxxed (tandatangan consent letter) sbb bole keje, bole pi mana2, masuk soping complex

yg x nak vax plak sanggup ambik risiko kena kobid, dibuang keje, x leh travel ke mana2, tak bole masuk soping complex, dipulaukan masyarakat

daripada bayo ganti rugi kat vaxxed jer..

duit tu lebih baik diguna utk bagi sabsidi petrol, beras, bagi makan anak yatim..

semua rasa..

berani buat, berani ler tanggung semua akibat

nak kesian apa nya
  
lepas cok bekcin, eksyen

posing I'm vaxxed sambil dok ngata n ejek kat antivaks

la ni nak mintak pembelaan plaks

masa PPIM & Antivaks bgtau bahaya bekcin

ko flip hair

haa

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mohamad134 replied at 9-5-2024 08:31 PM
Teruskan kehidupan seperti biasa ajal maut tuhan tentukan.
di vaksin tetap akan dijemput
tak di vak ...

Jaja narrative tak untung apa pun...  tetap tak boleh lawan facts and evidence young people died suddenly.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
redha je la .... sendiri pilih nk cucuk vaksin covid19 kan... rela jd lab rat... so tk perlu risau la pasal darah beku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2024 10:35 PM | Show all posts
slavehunter replied at 9-5-2024 09:37 PM
Jaja narrative tak untung apa pun...  tetap tak boleh lawan facts and evidence young people died s ...

dia x bole terima kenyataan tu..


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 9-5-2024 10:35 PM
dia x bole terima kenyataan tu..

Oooo gitu. I okay jer as long dia happy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrp ex menteri jd dj baca topik ni kt konti sheols smbil caller telepon smbil maki sheols.

Hrp bala turun kt sheols.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 8-5-2024 07:42 PM
aku x padankan muka atas sbb depa dah injek

--

Tak muncul plak pakar2 vaksin zmn kobit dulu dlm thread ni kn
Nk jgk dgr pendapat dorg skrg
Dulu dia je yg betul
Skrg senyap x bbunyi

0
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 9-5-2024 10:35 PM
dia x bole terima kenyataan tu..

Biar la...
Dia nk sedapkn hati dia je tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
aku cadangkn yg dh cuk vaksin tu try la amalkn pengambilan mknn sunnah...cth cam habbatussauda...minyak zaitun, saffron...mknn2 sunnah ni byk khasiatnya...cth mcm minyak zaitun..baik utk jantung...saffron bole kawal gula dlm darah...
Google la khasiat2 mknn sunnah ni n try amalkn...
Aku mmg amalkn mknn2 sunnah ni..Bangun je tdo terus minum minyak zaitun...masa perut kosong....Pastu sblm kuar rmh nk pegi keje minum saffron campur madu, minum suam2 gitu..Setiap 3 bln sekali aku bbekam...alhamdulillah ...dgn izin Allah dh lama x demam n sakit...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 07:34 AM | Show all posts
primarikey replied at 10-5-2024 06:42 AM
Tak muncul plak pakar2 vaksin zmn kobit dulu dlm thread ni kn
Nk jgk dgr pendapat dorg skrg
Dulu d ...

he he he..

silap Astro Zonoca..

patut jadikan pakar2 kubid 19 & bekcin wannabe dari poorum CI utk bagi keterangan kat court

dgn hujah2 depa musti menang lah

senyap mgkn sedang bertafakur agaknya


Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 07:37 AM | Show all posts
primarikey replied at 10-5-2024 06:43 AM
Biar la...
Dia nk sedapkn hati dia je tu

cecair suci kan

musti rasa selamat dari kubid

kubid tu plak flu bese jer..

tengok rekyat aprika, india n sweden

x banyak pong mati sebab kubid dan x ramai yg bekcin

kubid ni fear monger event
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
KJ buat2 tertidor!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.068516 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list