CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5867|Reply: 9

[Tempatan] 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'

[Copy link]
Post time 8-5-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Selangor lancar kempen solidariti 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!' berikutan pemain mereka, Faisal Halim, dianiayai apabila disimbah asid di sebuah pusat beli-belah, Ahad lalu.

SELANGOR melancarkan kempen solidariti 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!' berikutan pemain mereka, Faisal Halim, dianiayai apabila disimbah asid di sebuah pusat beli-belah, Ahad lalu.

Kempen itu disambut baik oleh semua rakyat Malaysia dengan harapan agar pemain itu kembali pulih segera seperti sediakala.

Kelab dari Lembah Klang itu menyeru orang ramai agar membanteras segala jenis keganasan dalam sukan bola sepak tanah air agar insiden seperti itu tidak lagi berulang pada masa akan datang.




"Tiada ruang untuk keganasan dalam sukan yang kita cintai ini. Bola sepak adalah sukan yang menyatukan dan bukan untuk memecahbelahkan kita. Pemain-pemain bola sepak berusaha dan bekerja keras untuk kita.

Seperti mana-mana atlet lain, Faisal Halim, tiada bezanya. Beliau telah memberikan segalanya untuk kita meraikan kegembiraan bersama. Bukan sahaja untuk kelab, malah di peringkat kebangsaan.

Paling diingati, baru-baru ini, gol ikoniknya menentang Korea Selatan dalam Piala Asia AFC 2023, membawa sorakan paling gemuruh di tanah air.

Kini, giliran kita pula untuk memberi sokongan padu kepada wira negara kita. Mari berdiri teguh di belakang insan yang mempunyai impian yang besar dalam bola sepak. Ini bukan sekadar bola sepak tetapi ini tentang perihal kemanusiaan.

Justeru, sebagai tanda solidariti bersama Faisal Halim, kami di Selangor FC ingin menyeru orang ramai untuk membanteras keganasan dalam apa jua bentuk. Tiada tempat untuk keganasan. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga beliau cepat pulih sediakala." - Stadium Astro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 11:02 AM | Show all posts
we wanna know the hands behind this incident and how powerful it can be.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 8-5-2024 11:02 AM
we wanna know the hands behind this incident and how powerful it can be.

Yes za. Apa motif ianya dilakukan?

Suspek telah pun ditahan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 01:12 PM | Show all posts
Mcm mana keadaan dia sekarang? Sedih dengar bila baca burn tahap 4
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 8-5-2024 01:12 PM
Mcm mana keadaan dia sekarang? Sedih dengar bila baca burn tahap 4

Dia dah sedar, mula makan + latihan ringan
Ni i baca kat page berita mana tah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2024 01:28 PM | Show all posts
haruslah replied at 8-5-2024 05:17 AM
Dia dah sedar, mula makan + latihan ringan
Ni i baca kat page berita mana tah

Alhamdulillah, harini dengar safiq rahim pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 02:09 PM | Show all posts
masih belum disclose motif. kalau khianat mmg pure evil betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 04:31 PM | Show all posts
Agak teruk keadaan dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:31 PM | Show all posts
Teruk jugak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056767 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list