CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4806|Reply: 5

[Tempatan] Diplomasi Malaysia - Beli sawit, dapat orang utan

[Copy link]
Post time 8-5-2024 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Diplomasi Malaysia - Beli sawit, dapat orang utan

https://www.malaysiakini.com/news/704866

Diterbitkan:  May 8, 2024 12:17 PM
Dikemaskini: 1:10 PM



Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan ‘diplomasi orang utan’ kepada negara dagang sawit, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata langkah itu sebagai strategi diplomasi dan Malaysia akan menjadikannya sebagai hadiah kepada rakan dagang selain mengukuhkan hubungan luar terutamanya dengan negara pengimport utama seperti Kesatuan Eropah, India dan China.



“Dengan memperkenalkan ‘diplomasi orang utan’, ia secara langsung membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia sentiasa komited terhadap pemuliharaan biodiversiti,” katanya dalam hantaran di laman X selepas merasmikan Forum Biodiversiti Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia semalam.

Beliau berkata banyak rakan dagangan dunia semakin bimbang tentang kesan komoditi pertanian terhadap iklim.

Katanya Malaysia boleh membuktikan kepada masyarakat global bahawa negara sentiasa menjaga keseimbangan antara memenuhi keperluan keselamatan makanan dan menjaga alam sekitar.

Justeru, katanya Malaysia berhasrat untuk mewujudkan 'diplomasi orang utan' seperti China yang telah berjaya mewujudkan pelbagai 'diplomasi panda' kepada banyak negara.

Johari berkata Malaysia tidak boleh mengambil pendekatan defensif terhadap soal minyak sawit, sebaliknya perlu menunjukkan kepada negara-negara di dunia bahawa Malaysia merupakan pengeluar sawit yang mampan serta komited menjaga hutan dan kelestarian alam.



“Oleh itu, saya mengalu-alukan syarikat besar sawit untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan bagi menjaga, memelihara dan memberi kesedaran kepada rakan global kita di samping menyediakan kepakaran teknikal mengenai spesies hidupan liar yang ikonik di Malaysia.

“Ini akan menjadi manifestasi bagaimana Malaysia memelihara spesies hidupan liar dan mengekalkan kemampanan hutan kita terutamanya dalam landskap perladangan kelapa sawit,” katanya.

- Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 03:16 PM | Show all posts
pemerdagangan orang



huh
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 8-5-2024 03:35 PM

Sokomm!

Org utan adlh salah satu  3 spisis GREAT APES dlm dunia ni..indon dgn msia je yg ada..mmg bodoh sgt lah kalo tak reti nk appreciate gondol hutan smpai org utan mkin pupus.

Btw.tak sbar nak tgk wayang Kingdom Planet of The Apes hari sabtu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Diplomasi panda pe citer?? Tolong bela,tiap2 tahun bayar ufti kat dinasti qing..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:31 PM | Show all posts
Menteri tampaknya lupa betapa sangat berharganya orang utan itu ..

Mengapa X melakukan diplomasi orang melayu yang tampaknya lebih masuk akal ... memberikan orang melayu kepada negara pembeli sawit malaysia di masa hadapan ...

Mengapa ini lebih baik ?

Diharapkan anak cucu keturunan bangsa Melayu yang diberikan sebagai kompensasi sawit itu boleh tumbuh menjadi lebih kuat dan pintar jika suatu hari kembali ke Malaysia ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:34 PM | Show all posts
nusaraya replied at 8-5-2024 03:31 PM
Menteri tampaknya lupa betapa sangat berharganya orang utan itu ..

Mengapa X melakukan diplomasi or ...

Tetapi sejujurnya jika pembeli sawit itu diberikan pilihan  (1). mengambil orang melayu atau (2). mengambil orang utan... maka boleh dipastikan majority akan memilih orang utan ... Hehehehe

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.068627 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list