CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37101|Reply: 292

Myra Natasya menipu demi jaga nama baik, dedah Halim Othman dan ibunya tak pernah berkahwin

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 01:35 PM | Show all posts |Read mode
                                                                                Myra mendedahkan dia merupakan anak tak sah taraf.         
            

ENGGAN lagi berselindung, pelakon Myra Natasya mendedahkan dia sebenarnya adalah anak luar nikah kepada penyampai radio Halim Othman.

Myra atau Yusmyra Natasya Abdullah, 29, berkata, Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti dicanang sebelum ini dan terpaksa menipu bagi menjaga nama baik penyampai radio tersebut.

"Ibu bapa saya tidak pernah berkahwin pun! Apabila saya ceburi bidang seni, saya beritahunya supaya jangan risau dan akan lindungi nama baiknya dan beritahu kepada media mereka bernikah di Thailand.

Myra terpaksa berbohong memberitahu ibu dan bapanya bernikah di Thailand.

Myra terpaksa berbohong kerana ingin menjaga nama baik Halim Othman.

"Saya terpaksa menipu ketika membuat kenyataan kepada media tetapi hakikatnya saya adalah anak tak sah taraf," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Sebelum ini, Myra mendedahkan perbualannya dengan Halim di Instagram miliknya menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan bapanya menukar sijil kelahiran asalnya tanpa kebenaran.

Halim didakwa memasukkan namanya pada bahagian maklumat bapa tiga tahun lalu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen selongkar biodata anak Halim Othman, hairan Myra Natasya guna ‘binti Abdullah’... Rupa-rupanya menikah di Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: Halim sudah jumpa JPN, sepakat Myra tetap 'binti Abdullah'... Pesan pasangan nikah Thailand ambil iktibar

Apa membuatkan aktres itu berang, Halim memberikan jawapan angkuh apabila meminta Myra bersyukur dan tidak perlu meminta izinya untuk menukar sijil kelahiran tersebut.

"Saya tak perlu minta izin awak (Myra). Tanpa gen saya, awak tidak akan wujud di dunia ini. Bersyukurlah," kata Halim dalam mesej dihantar kepada Myra.

Dalam pada itu, Myra berkata, dia kecewa dengan Halim kerana tindakannya itu bukan sahaja membelakangkan dia tetapi seolah-olah cuba menutup cerita sebenar.

Myra turut mendedahkan mesej dengan Halim berkaitan isu tersebut.

Kata Myra, sepanjang hidupnya dia sudah banyak kali memujuk penyampai radio itu membuat pengakuan tentang hubungan sebenar mereka namun tidak berhasil.

"Sebelum ini saya selalu merayu kepadanya untuk memberitahu saya adalah anaknya. Pada 2019, selepas saya mula menceburi bidang hiburan barulah dia izinkan saya untuk dedah cerita sebenar," ujarnya.

Pada April 2022, Myra membuat pendedahan eksklusif kepada mStar bahawa dia tidak berbintikan Halim kerana bapa dan ibunya, Yusnita Omar, 49, bernikah di Thailand pada 1995.

Kata Myra, ibu bapanya bercerai ketika dia berusia setahun. Urusan penceraian itu kemudian diselesaikan di Thailand pada tahun 1998.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2024 01:35 PM | Show all posts
Myra terpaksa berbohong kerana ingin menjaga nama baik Halim Othman.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2024 01:35 PM | Show all posts
Myra turut mendedahkan mesej dengan Halim berkaitan isu tersebut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2024 01:36 PM | Show all posts

Halim Othman tukar surat beranak guris hati bapa angkat, Myra Natasya tak akan berdiam diri - “Boleh bayangkan perasaan dia?”


Myra kecewa dengan tindakan Halim menukar maklumat sijil kelahiran tanpa izin.

PERASAAN bapa angkat pelakon Myra Natasya terguris dengan tindakan penyampai radio Halim Othman menukar maklumat sijil kelahiran asalnya tanpa kebenaran.

Myra atau Yusmyra Natasya Abdullah, 29, berkata, Halim bukan sahaja mengubah identitinya tetapi meletakkan nama bapa angkatnya iaitu Kenny Chan, 60, sebagai pemberi maklumat.

"Dialah (bapa angkat) yang mendaftarkan kelahiran saya 29 tahun lalu. Boleh bayangkan apa perasaannya apabila Halim menukar namanya sebagai pemberi maklumat?

"Dia (Halim) buat macam itu tanpa pengetahun kami dan tindakannya sudah melukakan hati bapa angkat saya. Selama ini saya diam, tapi kali ini sudah melampau.

Myra mendedah

Myra mempersoalkan tindakan Halim menukar surat beranaknya.

"Bila dia buat macam ini, dia sudah lukakan hati bapa angkat saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Dalam pada itu, Myra berkata, hatinya juga turut terluka kerana sepanjang hidupnya dia tidak pernah dibesarkan oleh Halim sebaliknya bapa angkatnya mengambil tanggungjawab tersebut.

Kata Myra, bapa angkatnya itu yang menjaga semua keperluan malah memberikan pendidikan terbaik sehingga dia berjaya menyambung pengajian di universiti.

"Bapa angkat yang menjaga saya sampai besar dan dialah yang memberikan kasih sayang selain memastikan semua keperluan saya termasuk memberi pendidikan sehingga ke universiti.

"Dia (Halim) pula memang tak wujud sepanjang saya membesar. Sekarang dia mahu buat begini pula?," ujarnya.

Sementara itu, Myra berkata, dia tidak tahu tujuan sebenar Halim menukar maklumat sijil kelahirannya namun ada kemungkinan penyampai radio itu cuba menutup kebenaran.

    Saya rasa dia takut netizen atau wartawan korek kisah sebenar.
    MYRA NATASYA
    PELAKON

Ini kerana katanya, Halim mungkin bimbang ada pihak cuba membongkar kebenaran tentang kelahirannya.

"Dia (Halim) tidak beritahu kenapa dia menukar maklumat di surat beranak itu. Tapi saya rasa dia takut netizen atau wartawan korek kisah sebenar dan jumpa surat beranak saya," ujarnya.

Sebelum ini, Myra mendedahkan Halim dan ibunya Yusnita Omar, 49, tidak pernah berkahwin di Thailand seperti dicanang sebelum ini dan dia adalah anak luar nikah.

Myra turut mendedahkan perbualan dengan Halim di Instagram.

Myra memberitahu sebelum ini dia menipu tentang cerita perkahwinan Halim dan ibunya kerana ingin menjaga nama baik personaliti berkenaan.

Halim didakwa memasukkan namanya pada bahagian maklumat bapa tiga tahun lalu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pada April 2022, Myra membuat pendedahan eksklusif kepada mStar bahawa dia tidak berbintikan Halim kerana ibu bapanya bernikah di Thailand pada 1995.

Kata Myra, mereka bercerai ketika dia berusia setahun dan urusan penceraian itu kemudian diselesaikan di Thailand pada tahun 1998.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2024 01:37 PM | Show all posts
Myra mempersoalkan tindakan Halim menukar surat beranaknya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2024 01:37 PM | Show all posts
Myra turut mendedahkan perbualan dengan Halim di Instagram.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jijik betol halim ni.  Tak besarkan ank tp ada ati letak nama ko dlm surat beranak

Lgpun alr mana bole ada maklumat bapak.  Nasib sepenuhnya atas ibunya

Kalau ada harta pun tak layak dlm faraid.  Hnya bole melalui hibah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 01:43 PM | Show all posts
Moga ada jalan penyelesaian utk kedua-dua belah pihak.  Dah tua memasing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama drama drama. Siap letak nama penuh mak lagi. Sapa pak angkat tu? Suami ibunya kah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 01:49 PM | Show all posts
DidiAndFren replied at 12-5-2024 12:37 AM
Myra turut mendedahkan perbualan dengan Halim di Instagram.




Uishhhh. Mudah2an dijauhkan dari keturunanku hal2 begini amiiiiin. Mengaibkan dan menyakitkan hati ramai pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aib dan memalukan.iols puji myra sebab pilih ikut agama iaitu tidak hendak bnasabkan pemberi benih & declare pengorbanan ayah angkat. HO ko mmg hansuang. Gosip2 liar kau selama ni mmg benaran la ye
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Moral of the story ..jgn berzina.kan menyusahkan dan mengaibkan  semua yg terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Salute laa..rupanya mmg tak kawin pun .jahatnya HO ni..gila apa kalau anknya nikah mana boleh dia jd wali kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:14 PM | Show all posts
alesandra replied at 12-5-2024 02:07 PM
Moral of the story ..jgn berzina.kan menyusahkan dan mengaibkan  semua yg terlibat

exactly!!!

wpun dah berpuluh tahun berlalu dan Allah jaga aib dia, tapi akhirnya aib dia terbukak jugakkkkk


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:15 PM | Show all posts
DidiAndFren replied at 12-5-2024 01:37 PM
Myra turut mendedahkan perbualan dengan Halim di Instagram.

bencinya iols baca ayat halim reply tu. angkuh sungguhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:17 PM | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan myra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 12-5-2024 01:44 PM
Drama drama drama. Siap letak nama penuh mak lagi. Sapa pak angkat tu? Suami ibunya kah?

Konpius jugak daku. Pak angkat ke pak tiri si kenny chan tu. Red flag jugak ibu kamu ta
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry tapi aku tertinggal train. Siapa approach siapa dulu, and mengaku sipolan sebagai anak/bapa kandung?

Kenapa perlu bagitau sipolan anak/bapa kandung lepas beberapa tahun terpisah? Macam mana boleh jumpa balik?

So lepas dah kantoi tukar details dalam birth cert, ternyata sebenarnya memang si myra memang sepatutnya berbintikan abdullah.

So actually kenapa in the first place nak mengaku sipolan ada pertalian darah? And macam mana si putar halim boleh tukar details birth cert si myra kalau takde segala mala sijil nikah & sijil cerai? And kenapa sekarang putar halim mengaku ada anak, sedangkan selama puluhan tahun anak tu hidup entahkan dia ambil tahu pasal kebajikan anak tu ke tidak. Kalau si myra tu bermasalah, adakah putar halim akan mengakumyra as anak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang jantan ngaku muslim perangai jijik mcm ni! Kau tu dah boleh menikah dgn so called anak kau ni. Hukum nikah sah. Bodoh!
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu tak sah taraf, cmne halim boleh letak maklumat dia dekat surat beranak ank dia tu eh? Semudah itu ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.064505 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list