CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9979|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Khidmat GRO sejam RM80 terbongkar, 26 ditahan

[Copy link]
Post time 20-5-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode

Antara wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan di Kuala Rompin, Pahang dan Endau, Johor, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Seramai 26 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan di Kuala Rompin, Pahang dan Endau, Johor, kelmarin.

Serbuan itu dijalankan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bukit Aman bermula pukul 8 malam.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sebanyak 35 tangkapan dilakukan termasuk 26 GRO warga asing terdiri daripada 23 Vietnam, Laos (2), Thailand (1).

Katanya, kesemua tangkapan berusia lingkungan 19 hingga 55 tahun.

“Mengikut pecahan, serbuan pertama di Kuala Rompin (Pahang) telah menahan 18 individu iaitu seorang lelaki tempatan disyaki pengurus, seorang wanita Vietnam berperanan sebagai ‘mummy’ serta 16 GRO.

“Serbuan kedua di Endau pula menahan 10 GRO bersama seorang wanita Vietnam disyaki mummy, selain tangkapan penjaga premis yang juga lelaki tempatan dan lima pelanggan warga asing,” katanya hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, siasatan awal mendapati mummy terbabit memainkan peranan sebagai orang tengah kepada pelanggan untuk mendapatkan khidmat GRO.

“Dipercayai tip atau bayaran yang dikenakan sebanyak RM80 untuk temani pelanggan berhibur atau berkaraoke,” katanya.

Kata beliau, ujian saringan air kencing juga dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan dan didapati 27 individu iaitu pekerja dan pelanggan positif dadah.

“Kesemua tangkapan masing-masing dibawa ke IPD Rompin dan IPD Mersing untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... bongkar-26-ditahan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.418249 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list