CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51298|Reply: 247

Kilafairy - Masyhur Sebelum Waktu

  [Copy link]
Post time 11-5-2011 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by elorna at 11-5-2011 15:22



Lebih rela merangkak daripada popular sekejap saja dalam dunia seni

NAMANYA tiba-tiba saja menjadi bualan ramai, sedangkan belum sebuah pun filem lakonannya atau album yang memuatkan lagunya menemui peminat di pasaran.
Jika ada peminat yang pernah terlihat kelibat remaja ini sekali pun, mungkin menerusi penampilannya ini dalam siri Hotel Mania. Itupun sekadar menjayakan watak sokongan.
Namun, itulah yang dikatakan rezeki apabila memiliki wajah yang boleh dianggap istimewa. Dengan sepasang bibir yang menggiurkan, nama Kilafairy menjadi sebutan. Bahkan, dirinya sering dipilih sebagai penghias muka depan majalah mahupun akhbar, sejak kebelakangan ini, tatkala artis angkatan baru lain masih mencari-cari ruang untuk dikenali.

Namun, saat ditanya kepada empunya diri, gadis berusia 19 tahun ini nyata dia lebih berbangga jika orang ramai mengenali dirinya setelah filem lakonannya diputarkan di pawagam, ataupun selepas lagunya diperdengarkan kepada peminat di radio.

"Semestinya saya amat bersyukur apabila peminat sudah mula memberikan perhatian kepada saya, sebelum produk saya berada di pasaran. Ia umpama rezeki buat saya, yang belum pun setahun rasanya secara rasmi bergelar artis.

"Begitupun, saya ingin kekal lama dalam bidang seni yang saya ceburi ini. Justeru, lebih baik seandainya nama Kilafairy dikenali setelah peminat melihat dan menilai sendiri hasil persembahan saya dalam produk terbabit," katanya ketika singgah di Balai Berita, baru-baru ini.
Pada ketika peminat mula membuka mata pada kemunculannya, anak dara penyanyi popular 80-an, Rohana Jalil ini turut meluahkan kesyukuran apabila namanya belum lagi dikaitkan dengan sebarang cerita yang boleh menjejaskan imej dan maruahnya.

Dia sendiri pada hakikatnya perlu bersedia berdepan segala bentuk cerita sebaik saja membuat keputusan mengikut jejak langkah ibu tercinta. Menyedari hakikat itu, pelajar jurusan pengurusan dan pemasaran fesyen di sebuah kolej swasta ini awal-awal lagi cuba sentiasa mengingati pesan mamanya.

"Mama sejak awal-awal lagi memberikan nasihat supaya saya jangan mudah melatah andainya ada sebarang cerita yang menyinggung perasaan, ataupun cerita yang agak panas menimpa diri. Hendak atau tidak, cerita sedemikian akan datang juga.

"Dia turut berpesan supaya selalu menghormati orang tua, sentiasa menjaga disiplin dan paling utama, jangan cuba membuat musuh dengan sesiapa," katanya.

Betul katanya, kerana di Internet, sudah ada kata-kata yang jika terlalu difikirkan, mungkin membuatkan gadis ini makan hati. Antaranya, ada peminat yang terang-terangan meragui keunikan pada wajahnya, terutama pada bahagia bibir, yang menjuih seksi.

"Setakat ini, rasanya tidak ada apa-apa cerita yang mengganggu fikiran saya. Saya juga melihat gosip sebagai perkara yang tidak betul. Sekarang, saya sendiri berada dalam dunia seni, jadi sedikit sebanyak saya tahu mana yang benar, mana yang palsu," katanya yang bertuah apabila mendapat sokongan orang tua apabila meluahkan hasrat untuk berjinak-jinak dalam persada hiburan.

Enggan cepat berasa selesa

SEPERTI yang pernah diceritakannya sebelum ini, mungkin darah seni dalam tubuh ibunya turut mengalir dalam diri. Kecenderungannya dalam muzik juga bermula sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Pada usia 6 tahun, ketika kanak-kanak lain berkejaran di pusat asuhan, dia sebenarnya sudah mula menunjukkan bakat dalam seni suara.

"Sudah lama juga saya menyanyi di majlis-majlis. Ketika berada dalam darjah tiga lagi rasanya saya sudah mula naik ke pentas mengadakan persembahan. Ketika itu, tentulah kebanyakan lagu yang dipersembahkan ialah lagu Hindi. Hingga sekarang pun, saya selesa menyanyikan lagu dalam bahasa itu.

"Rezeki untuk mempunyai lagu sendiri pula mungkin akan tiba tidak lama lagi.
Syarikat yang menaungi saya, KRU Studios, turut berusaha ke arah itu.

"Malah, saya sebenarnya sudah pun merakamkan sebuah lagu. Tetapi Edry berasakan, lagu terbabit tidak begitu serasi dengan saya. Katanya, saya lebih sesuai menyanyikan irama balada dan R&B. Mungkin selepas dirinya tidak begitu sibuk dengan program Mentor 5, barulah saya akan masuk sekali lagi ke studio," katanya yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Kila.

Bersama KRU juga, wanita muda ini menyaksikan dirinya beraksi di depan kamera sebagai pelakon filem buat kali pertama. Filem seram Karak yang akan menemui penonton pada penghujung Mei ini bakal menjadi kayu pengukur bakat lakonannya.

Mengaku agak berdebar menantikan reaksi peminat terhadap lakonannya, Kila bagaimanapun boleh menarik sedikit nafas lega apabila persembahan sulungnya dikatakan tidak mengecewakan.

"Saya ada menonton sebahagian daripada filem itu baru-baru ini. Sebagai percubaan pertama, saya tidak berasakan ia lakonan yang teruk. Namun, sudah tentu saya tidak boleh cepat berasa selesa dengan persembahan saya. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari, jika saya benar-benar ingin memahat nama yang kukuh dalam bidang ini," ujarnya.

Menerusi filem arahan Yusry Abdul Halim itu, dia beraksi di sisi beberapa bakat baru lain seperti Shahir dan Shera Aiyob. Turut membintangi filem ini ialah Along Eyzendy dan Sidek Hussin.

Antara lain, Karak mengisahkan empat pelajar kolej, yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, mengalami kesesakan luar biasa di lebuh raya Karak. Lalu, mereka nekad mencari jalan alternatif dengan melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka buat selama-lama.

Karak uji keberanian diri

KEMBALI mengingati saat mula ditawarkan watak Ida dalam filem Karak, Kila tidak dapat mengelak daripada turut berada cuak. Maklum saja, dia mengaku dirinya bukanlah gadis yang berani.

"Malah, saya ini sebenarnya seorang yang amat penakut. Pernah satu ketika dulu, selepas menonton filem seram Ju-On, saya terpaksa tidur di celah-celah mama dan papa selama dua bulan! Jadi, apabila ditawarkan watak dalam Karak, sudah semestinya saya teragak-agak.

"Apatah lagi apabila saya mendapat tahu, penggambarannya akan turut dilakukan di dalam hutan, pada sebelah malam. Pernah kami pelakon perempuan duduk berhimpit-himpit apabila lampu di set tiba-tiba terpadam. Namun begitu, syukurlah sebab saya tidak berdepan apa-apa kejadian tidak diingini sepanjang penggambaran diadakan.

"KRU juga beringat dalam hal ini, apabila mereka memastikan ada beberapa ustaz datang mengawasi keadaan sekitar lokasi," katanya yang sekali lagi akan beraksi di depan kamera, kali ini dalam sebuah filem muzikal arahan Saw Teong Hin, Jun nanti.

Ketika ditemui, Kila masih lagi terikat dengan jadual penggambaran Ayu Suraya, drama 13 episod untuk Astro. Drama berkenaan mula menemui penonton 26 April lalu.

Bakat baru ini juga muncul dalam kisah seram Darah Pontianak (Misteri Alam Hitam), yang dianggapnya antara watak paling mencabar pernah dijayakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2011 03:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:16 PM | Show all posts
x minat pompuan ni apa adanyaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:18 PM | Show all posts
sekor lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:19 PM | Show all posts
lentik habes...tangkap lentik...best ni...tonggek je keje...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:21 PM | Show all posts
ni la namanya retis majalah...takder product, citer peribodi aje pompang2 sana sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2011 03:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 03:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2011 03:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 03:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:29 PM | Show all posts
Dengan sepasang bibir yang menggiurkan, nama Kilafairy menjadi sebutan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:33 PM | Show all posts
elorna Post at 11-5-2011 15:25


besarnyerrrr...boleh perah santan...sabor je lahh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:35 PM | Show all posts
tp sore sedap gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:37 PM | Show all posts
Masyhur sebelum waktu ke tua sebelum waktu? Takde rupa 19 tahun pun dia nih...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:37 PM | Show all posts
elorna Post at 11-5-2011 15:24



   peh..mmg asli la bibir dia!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:38 PM | Show all posts
elorna Post at 11-5-2011 15:25



   berjurai-jurai airmata kak pah tgk ketek fukimakilla dlm pic nih....lg mantap dri beliau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2011 03:38 PM | Show all posts
tp sore sedap gak kan?
cmf_lie Post at 11-5-2011 15:35



   muntah kt bibir die leh x
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:39 PM | Show all posts
berjurai-jurai airmata kak pah tgk ketek fukimakilla dlm pic nih....lg mantap dri beliau..; ...
demmit Post at 11-5-2011 15:38



   suke ke tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 03:41 PM | Show all posts


kelez dia nyanyi lagu industan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:41 PM | Show all posts
tngk ronah jalil......mesti ada kilafairy....tangk kila fairy harus terbayng ronah jalil retis nan hado 2......
kata cocok x ngaku...peh 2 ubah topik cter hal jerawat....tah2 jerawat 2 bru jer nek......xpyh nak propah ler mek oii......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.085978 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list