CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54475|Reply: 528

PEKIDA Nak Saman KL Gangster

  [Copy link]
Post time 10-6-2011 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Pekida Mahu Saman Syamsul Yusof dan Farid Kamil Kerana Dedah Perkara Sulit Melalui Filem Mereka
160
Share

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangsterkerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.



"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.



Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.
"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.
"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.


"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangstermembuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.
Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang


OD Kato:
adakah ini mengesahkan Pookeyda sebuah pertubuhan kongsi gelap?
adakah Pookeyda takdo kojo lain?
adakah Pookeyda suko gaduh dengan melayu je?
adakah pookeyda pangai mcm mail lambung..marah2 rupo eh nak berlakon..




yang bukan pookey daa,
rOshDi
Nenda (lagi tinggi drpd ayahanda)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 11:08 AM | Show all posts
Pekida Mahu Saman Syamsul Yusof dan Farid Kamil Kerana Dedah Perkara Sulit Melalui Filem Mereka
16 ...
orangdalam Post at 10-6-2011 11:06

sendiri mengaku samseng hakhak
mmg takleh blah....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:10 AM | Show all posts
adakah pookeyda pangai mcm mail lambung..marah2 rupo eh nak berlakon.


yg nih mmg lawak
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:10 AM | Show all posts
dari benang gusip ke benang CI...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:11 AM | Show all posts
keje bangang namanya nih..mende dah terdedah.gangster2 wannabe ramai je dok heboh pasal buah2 nih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:11 AM | Show all posts
Pookeyda ni mmg belagak je... adik abg kunun.. puiiii!!  ape salahnye.. si SOL tu wat pilem pn tak usik telor2 ayahanda, memanda, tokbah pn dah ok... kih3...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2011 11:13 AM | Show all posts
pekida admits that they are gangster after all?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:13 AM | Show all posts
uyooo...ganaz ehhh...kalah yakuza...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 11:15 AM | Show all posts
pekida admits that they are gangster after all?
Nash^Roy Post at 10-6-2011 11:13



   and yet mereka masih pergunakan nama dakwah islamiyah etc.
atau mungkin islam versi melayu memang mengajar ummah nya supaya menjadi gangster mafia?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:15 AM | Show all posts
Boleh bagi contoh kata laluan dan kod rahsia pekida?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:16 AM | Show all posts
propa je lebih....
promosi pilem
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:16 AM | Show all posts
pekida admits that they are gangster after all?
Nash^Roy Post at 10-6-2011 11:13

tu la psl... siap bgtau ade kod rahsia... dr org tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:17 AM | Show all posts
sendiri mengaku samseng hakhak
mmg takleh blah....
dino Post at 10-6-2011 11:08



    Tu la Dino. Aku pun terkejut gak pg tadi bila baca mstar online. Lepas tu aku tergelak... tak boleh nak tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:17 AM | Show all posts
aku rasa KL Gangster boleh cecah 10 juta diatas publisiti murahan Pekida ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:17 AM | Show all posts
Boleh bagi contoh kata laluan dan kod rahsia pekida?
ultra78 Post at 10-6-2011 11:15



pekida tu blum nengok video ni lg.... terang2 pekida kena kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:19 AM | Show all posts
Tu la Dino. Aku pun terkejut gak pg tadi bila baca mstar online. Lepas tu aku tergelak...  ...
zach2008 Post at 10-6-2011 11:17

klau perjuangan kite btul.... atas nama islam melayu kononya.... perlu ke terasa
mmg byk rekod ahli2 kaki pukul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2011 11:20 AM | Show all posts
gangster la sangat.dengan kongsi gelap tunduk menikus
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:22 AM | Show all posts
pertubuhan apa yg ada kod rahsia bagai nih? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 11:24 AM | Show all posts
gengster kampung meroyan....
hari tu ada hati nak halau perkosa dari bumi melaka.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2011 11:26 AM | Show all posts
pekida tu blum nengok video ni lg.... terang2 pekida kena kutuk
dino Post at 10-6-2011 11:17


mcm pookey lagu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.081809 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list