CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12728|Reply: 36

Misteri Mumia bernama Amen-Ra

[Copy link]
Post time 15-6-2011 12:16 PM | Show all posts |Read mode
kopi pes je bro..

__________________________________________________________________


DARIPADA semua semua kisah luar biasa, sumpahan Puteri Amen-Ra yang hidup kira-kira 1,500 tahun Sebelum Masihi dikatakan cerita paling mengganggu dan sukar untuk dijelaskan kerana dipercayai menjadi penyebab kapal paling hebat pernah dibina, Titanic, tenggelam.
Apabila meninggal dunia, mayat puteri itu dimasukkan dalam keranda kayu dan dikebumikan di Luxor, di tebing Sungai Nil.

Bermulanya Sumpahan

Sumpahan Amen-Ra bermula pada lewat 1890-an apabila empat lelaki Inggeris yang kaya melawat Luxor dan terdorong membeli keranda mengandungi mumia puteri itu. Mereka saling berlumba meletakkan harga tertinggi dan akhirnya keranda dimiliki salah seorang daripada lelaki berkenaan yang membayar harga sehingga beribu Pound.

Dia membawa keranda itu balik ke hotel penginapannya dan beberapa jam kemudian lelaki itu dilihat berjalan seorang diri ke arah gurun dan tidak pernah kembali lagi ke penginapannya sejak itu. Keesokan hari, salah seorang daripada tiga yang masih ada di hotel itu ditembak secara tidak sengaja oleh pembantu berketurunan Mesir. Tangannya cedera teruk sehingga terpaksa dipotong.

Lelaki ketiga tidak terkecuali menerima nasib buruk sebaik kembali ke tanah air apabila mengetahui bank yang menyimpan wangnya muflis, manakala rakannya yang dulu kaya raya mengalami sakit teruk hilang kerja dan terpaksa menjual mancis di jalanan.

Bagaimanapun, keranda berkenaan tiba di England dan dibeli oleh seorang ahli perniagaan tetapi dia mendermakannya kepada Muzium Britain selepas tiga anggota keluarganya cedera dalam kemalangan jalan raya dan rumahnya dijilat api.

Misteri terus melingkari keranda itu apabila trak yang digunakan untuk mengangkutnya ke muzium tiba-tiba berundur ketika kerja memunggah dilakukan. Ketika diangkat menaiki tangga oleh dua pekerja, seorang daripadanya terjatuh dan patah kaki, manakala seorang lagi, yang sihat, meninggal dunia secara mengejut dua hari kemudian.

Sebaik keranda puteri itu diletakkan dalam Ruang Mesir di muzium itu, masalah lain pula timbul. Penjaga malam muzium melaporkan kerap mendengar suara tangisan dari dalam keranda. Apabila seorang pengunjung mengejek wajah yang dicat pada keranda itu, anaknya meninggal dunia disebabkan campak tidak lama kemudian.



Akhirnya, pihak berkuasa terpaksa memindahkan mumia itu ke bawah tanah dengan harapan ia tidak lagi mencetuskan masalah. Namun, ia tidak menjadi kenyataan kerana dalam masa seminggu, seorang pembantu sakit teruk dan penyelia yang bertanggungjawab memindahkan keranda itu ditemui mati di mejanya.

Seorang jurugambar yang mengambil gambar keranda itu mendapati cat padanya jelas menunjukkan wajah manusia yang menakutkan. Dia kemudian balik ke rumah, mengunci diri dalam bilik tidur dan menembak dirinya.

Kisah paling menarik mengenai sumpahan Puteri Amen-Ra ialah apabila seorang pakar arkeologi yang menganggap apa yang terjadi cuma kebetulan, membayar harga mahal untuk memiliki mumia itu dan mengatur pemindahannya ke New York.

Pada April 1912, pemilik baru mayat Amen-Ra mengiringi keranda itu menaiki kapal persiaran yang akan melakukan pelayaran bersejarah ke New York. Pada malam 14 April, keranda Amen-Ra mengiringi mayat 1,500 penumpang yang tenggelam ke dalam lautan Atlantik apabila Titanic, yang dikatakan tidak akan tenggelam kerana memiliki ciri-ciri keselamatan tercanggih ketika itu, karam selepas terlanggar bungkah ais.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 12:47 PM | Show all posts
Maknanya keranda Amen-Ra tu pun turut berkubur dengan kapal Titanic tu ker??
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 12:50 PM | Show all posts
siapa puteri amen ra ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 01:01 PM | Show all posts
siapa puteri amen ra ni
sosimple Post at 15-6-2011 12:50 PM



Amun-Ra

Share





Di dalam kepercayaan Mesir kuno, Amun-Ra merupakan Dewa Matahari sekaligus Dewa Bulan. Amun-Ra merupakan Dewa yang banyak dipuja dan dianggap sebagai Dewa tertinggi pada kebudayaan Mesir Kuno.


Ra atau Re berarti Dewa Matahari, Amun atau Amon berarti Dewa Bulan. Amun, dalam bahasa Mesir direkonstruksi dari Yamānu, dieja dengan Amon, Amoun, Amin, dan kadang Imen atau Yamun, Yunani Ἄμμων Amon, dan Ἅμμων Hamon, dianggap sebagai Tuhan dalam Mitologi Mesir dan Mitologi Berber, yang dalam bentuk Amun-Ra menjadi sebuah sistem yang fokus dan paling kompleks dalam teologi di Mesir Kuno.






Sebagai Dewa Hipostatik, Amun mewakili peranan penting dan tersembunyi, sementara di Ra mewakili sesuatu yang mengungkapkan keilahian. Sebagai Dewa Pencipta "Par Excellence", dia yang terbaik bagi masyarakat miskin dan merupakan pusat kesalehan pribadi dari masing-masing individu.

Amun-Ra tercipta dengan sendirinya, tanpa ibu dan ayah. Selama Kerajaan Baru, dia menjadi ekspresi terbesar dalam teologi transendental Dewa Mesir. Dia tidak dianggap Imanen dalam penciptaan-penciptaan dan juga tidak dilihat sebagai perpanjangan dari dirinya.

Amun-Ra juga disebutkan sebagai Dewa pencipta bahasa Ibrani. Tidak menimbulkan alam semesta secara fisik. Posisinya sebagai Raja para Dewa, dikembangkan untuk titik monoteisme secara virtual, dimana Dewa-Dewa lainnya menjadi manifestasi dari dirinya. Dibandingkan dengan Osiris, Amun-Ra yang paling banyak tercatat dari para dewa Mesir yang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 02:07 PM | Show all posts
wah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 02:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by KimoraHakim at 15-6-2011 14:18

bestnya...tak terbayang idup sebagai putera/puteri jaman jaman tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2011 02:55 PM | Show all posts
x ada gmbr mumia tu k?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 03:53 PM | Show all posts
puteri amun ra ni kiranya anak amun ra ke? kan amun ra tu lelaki..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 04:55 PM | Show all posts
nice info!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 04:58 PM | Show all posts
[quote][/quote]Pada April 1912, pemilik baru mayat Amen-Ra mengiringi keranda itu menaiki kapal persiaran yang akan melakukan pelayaran bersejarah ke New York. Pada malam 14 April, keranda Amen-Ra mengiringi mayat 1,500 penumpang yang tenggelam ke dalam lautan Atlantik apabila Titanic, yang dikatakan tidak akan tenggelam kerana memiliki ciri-ciri keselamatan tercanggih ketika itu, karam selepas terlanggar bungkah ais.


dalam sejarah titanic tak cerita pasal keranda ni kan..

mumia dr mesir mmg misteri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2011 07:52 AM | Show all posts
Pada April 1912, pemilik baru mayat Amen-Ra mengiringi keranda itu menaiki kapal persiaran yang akan ...
stryder_cats Post at 15-6-2011 04:58 PM



    aah, sejarah xkate pun, tu yg aku post kan kat cni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 08:32 AM | Show all posts
Sihir kaum kerabat Firaun memang power sampai ada disebut dlm Quran sebagai "powerful magic" (correct me if i'm wrong). Nabi Musa je yg boleh lawan ketika itu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 09:34 AM | Show all posts
lau tgk dlm the arrival ni... pengasas freemason kan dia org ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2011 09:45 AM | Show all posts
lau tgk dlm the arrival ni... pengasas freemason kan dia org ni...
want2bhappy Post at 16-6-2011 09:34 AM



    erk.. ade kaitan ke???
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 10:06 AM | Show all posts
I mean the pharaoh la...  gi la tgk the arrival...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 10:49 AM | Show all posts
Reply 11# ejensemit

yela..good job
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 01:55 PM | Show all posts
Kesian rose dgn jack menjadi mangsa .
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 05:44 PM | Show all posts
Wow!!!!!!{:1_126:}{:1_126:}{:1_126:}{:1_126:}
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 01:07 AM | Show all posts
citer camni yg aku suka ni hehee
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 12:42 PM | Show all posts
cerita yang menarik....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.218268 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list