CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1483|Reply: 0

Fatwa Mufti Hisham: Baju Kuning HARAM!

 Close [Copy link]
Post time 29-6-2011 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Terbaru, pagi tadi, empat belas aktivis politik ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

Semuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memaka baju-T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .

Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.

Hishammuddin, juga agak keberatan bagi menjawap soalan berhubung perhimpunan 9 Julai ini apabila ditanya mengenai tangkapan ke atas aktiviti bagi membantutkan perhimpunan BERSIH.

"Kita akan tunggu sehingga perkara berlaku. Seperti saya katakan, orang yang perlu dirujuk adalah Ketua Polis Negara... apabila membabitkan penguatkuasaan. Saya telah jelaskan ini semalam,” katanya.

Ditanya sama ada tangkapan itu bermotifkan politik, Hishamududdin berkata: “Menyebelahi mereka atau kami?”

“Saya juga boleh tanya (parti pembangkang dan aktivis) soalan yang sama,” katanya sambil tergelak.

Perhimpunan BERSIH 2.0 membabitkan perarakan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum lapan perkara berhubung pembaharuan pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Antaranya menuntut penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam dan memohon tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari.

Selain BERSIH 2.0, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA dan Pemuda Umno juga menyatkan hasrat mereka untuk berhimpun secara berasingan pada 9 Julai ini.

Tidak ada kumpulan yang telah diberikan sebarang permit polis.


Raja Badrol Hisham · Uni. Malaya

"

Puas cari kesalahan bawah seksyen apa dalam Kanun Keseksaan. Paling bau2 kentut pun bwh s27 atau 27A Akta Polis tetapi itupun tidak memenuhi intipati kesalahan di bawah seksyen2 tersebut kerana utk kesalahan bwh s27 mesti ujud penghimpunan yg ditakrifkan HARAM dan u 27A perhimpunan di tempat pensendirian mungkin menjadi penghimpunan haram. JADI memakai baju kuning dalam keadaan menjalankan aktiviti biasa dan ianya bukan penghimpunan haram sekiranya ditangkap kerana hanya memakai baju kuning adalah TANGKAPAN HARAM/TAK SAH.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.494650 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list