CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4339|Reply: 42

KES POLIS: Anak Mati dlm kawalan

[Copy link]
Post time 11-7-2011 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semuer,

Teman terbaca Kes Mati yg berlaku di Kuala Terengganu.

Ibu persoal sebab kematian Azizul

KUALA TERENGGANU: “Hanya Allah yang tahu sedihnya perasaan apabila melihat Mohd Azizul tidak sedarkan diri dalam keadaan bergari ketika ditahan di lokap Balai Polis Gong Badak, bersama abangnya pada malam Rabu lalu.

“Saya juga kecewa apabila bertanya kepada anggota polis bertugas mengapa anak saya begitu, tetapi dijawab anak saya hanya berpura-pura tidak sedarkan diri dan akan sedar setengah jam lagi,” kata Zainun Mamat, 52, dari Kampung Tuan Mandak, Batu Enam di sini, semalam.

Zainun yang juga suri rumah, mempertikaikan kelewatan polis menghantar anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hingga menyebabkan kematian Mohd Azizul Muda, 24, yang didakwa meninggal dunia kerana kecederaan akibat jatuh motosikal di Taman Semarak.

Beliau berkata, Allahyarham dan abangnya, Mohd Suhaimi, 38, keluar menaiki motosikal ke kedai makan di Taman Semarak, untuk menikmati roti canai selepas menonton siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dengan Taiwan jam 11.30 malam Rabu lalu.

Katanya, kira-kira setengah jam kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya supaya datang ke Balai Polis Gong Badak kerana dua anak lelakinya itu ditahan polis dan Mohd Azizul cedera di kepala kerana dikatakan jatuh motosikal.

“Saya lihat Mohd Azizul kritikal akibat kecederaan di kepala, malah saya juga tidak mengetahui punca sebenar dia dan abangnya ditahan polis. Selepas berbincang dengan anggota polis di situ, seorang daripadanya memberi jaminan Mohd Azizul akan pulih dan saya diminta pulang tidak lama selepas itu,” katanya.

Zainun berkata, dia datang semula ke balai polis itu kira-kira jam 9 pagi keesokannya untuk melihat keadaan anaknya, tetapi terkejut apabila mendapat tahu Mohd Azizul sudah dihantar ke HSNZ pagi itu tanpa pengetahuannya.
“Saya bergegas ke HSNZ dan terkejut apabila mendapati kepala anak sudah dibedah dan doktor memaklumkan Mohd Azizul meninggal akibat terjatuh motosikal. Saya hairan kerana sebelum ini anggota polis memberi jaminan anak saya tiada sebarang masalah.

“Saya kesal kerana permintaan supaya Mohd Azizul dibawa ke hospital tidak diendahkan polis, sebaliknya berbuat demikian apabila dia sudah nazak dan ini menimbulkan keraguan berhubung punca kematiannya,” katanya.

Zainun berkata, keluarganya bercadang melantik peguam untuk mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya dan mengambil tindakan lanjut.



Dari laporan berita di atas, macam sesuatu TIDAK SEMPURNA.
Tiada laporan dari abang si mati.
Yang bercakap hanyalah ibu kpd si mati.

Apa pendapat/pandangan komer?
Adakah ia kecuaian dari Pihak POLIS?

Salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2011 12:19 PM | Show all posts
tanyalah abang dia ape yang berlaku malam tu..
camner buleh jatuh motor sumer...

even doktor kata takde pape takleh percaya sangat...
doktor pun bukan Tuhan...
apapepun buleh berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 12:20 PM | Show all posts
Cerita sebelah pihak, buat masa ini.

Kena dengar kedua dua version, dari mangsa dan PDRM
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 12:21 PM | Show all posts
Apa2 pon masak jugak lah polis tu nanti nak menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 12:25 PM | Show all posts
naik motor tak pakai helmet kott....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 12:32 PM | Show all posts
mcm2 hal laa...maybe naik motor then time nak lari tu jatuh..x pakai helmet lak tu..tp kalau dah cedera awat polis wat dek..sesuatu betul...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2011 12:36 PM | Show all posts
bangang betul polis sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 12:53 PM | Show all posts
polis malaya maksum...mana ada wat salah...
ni musti salah pas trggnu ni

sekian tima kasih
apa pon simpati pada mangsa  dan keluarga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2011 01:09 PM | Show all posts
Ni sure nak lari dari polis yang tgh wat road block...
lepas tu kejor kejo...then accident...
instead of bawak mangsa ke spital.. teruih bawak ke balai polis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2011 01:10 PM | Show all posts
mcm2 hal laa...maybe naik motor then time nak lari tu jatuh..x pakai helmet lak tu..tp kalau dah ced ...
ell768 Post at 11-7-2011 12:32



Salam ell768,

Benar....

Hatta sesiapa pung, kalau di bawah kawalan/seliaan Pihak POLIS, adalah menjadi tanggungjawab mereka utk memastikan suspek/yg di tuduh mendapat rawatan yg sewajarnya.

Ghaser teman sudah banyak kali kes seumpama ini berlaku di Malaysia.

Mengapa Pihak Memerintah/Kem. Dalam Negeri tidak mengambil sebarang tindakan/siasatan.??

Takkan nak tunggu DEMO, baru nak suh bawa berbincang???

Kelak akan menuduh laaa pihak pihak tertentu mengambil kesempatan or menjadi dalang.

Salam
p/s harap PERKOSA, PATITRIOT datang segera membuat pembelaan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 01:13 PM | Show all posts
Salam ell768,

Benar....

Hatta sesiapa pung, kalau di bawah kawalan/seliaan Pihak POLIS,  ...
niceghost2005 Post at 11-7-2011 13:10


Nak suruh PERKASA bela?
Kalau Patriot tu kira boleh pakai la jugak, ada teloq la juga kena sembur air..kena tear gas..

Nak harap PERKASA?
Duduk rumah goyang teloq boleh la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 01:18 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Teman terbaca Kes Mati yg berlaku di Kuala Terengganu.




Dari lapo ...
niceghost2005 Post at 11-7-2011 12:15



    pelik juga cerita ni....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 01:40 PM | Show all posts
Ni sure nak lari dari polis yang tgh wat road block...
lepas tu kejor kejo...then accident...
inst ...
HaMiZiE Post at 11-7-2011 13:09

mungkin polis tuh ingat budak tuh karakter je kot, buat2 sakit.......ye lah dah bersalah mesti buat macam2 nak melepas diri...... sekali memang budak tuh betul mengalami kecederaan kepala....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 01:49 PM | Show all posts
kalau kecederaan kepala masa jatuh motor memang buleh bawak maut if ada pendarahan dalam otak, aku rasa dia dan abangnya nak lari dari road block kut tapi terjatuh kut...


wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 01:58 PM | Show all posts
minggu lepas kat area umah aku ni, budak umur 15 tahun bawak moto g main futsal.. sekali polis bantuan kejar.. budak ni salah gak sbb lari.. tp polis tu tak patut lah gi tendang motor budak tu... sorang mati kat tempat kejadian.. sorang lagi koma kat sepital serdang...  polis tu kena gak sedas dua ngan penduduk kampung...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 02:01 PM | Show all posts
bese nye kes macam ni berpihak pade polis....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2011 02:09 PM | Show all posts
Nak suruh PERKASA bela?
Kalau Patriot tu kira boleh pakai la jugak, ada teloq la juga kena s ...
RedDevils Post at 11-7-2011 13:13


ape lagiiiiiiii.. suruh keling ambego tu demo laaaaa..  
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 02:15 PM | Show all posts
apa kes nie sebenar nyer...mcm blur gitew jer....kenapa boleh cedera kat kepala sampai mati plak tu....takkan polis tak tau budak tu cedera mesti hantar kat hopital cepat....masing2 mengong....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 02:17 PM | Show all posts
kena dengar citer dari kedua2 belah pihak... abang dia tentu tahu apa sbenarnya berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 02:18 PM | Show all posts
awat tak pi check ups dulu ...selepas accident ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.221211 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list