CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctmoon

ARTIS YANG BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK...

  [Copy link]
Post time 29-7-2011 04:19 PM | Show all posts
Reply 135# clatiniey79

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 04:32 PM | Show all posts
klo stakat bertudung utk memenuhi tuntutan majlis,iklan,duta etc x layak masuk kategori artis yg dah berubah okehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 05:29 PM | Show all posts
salah ke eden nye tajuk nie..eden rasa btol dh..hahahhaa
ctmoon Post at 28-7-2011 12:56


Aku rasa dh cantik dah...cuma tak paham, mcm mana boleh mendatangkan marah jugak...

kalau org tak cerdik dia akan letak "artis yg insaf" Siap la lepas tu brtelagah satu forum
...atau "artis yg kembali ke jalan yg benar"..lagi hiruk-pikik pas tu...
"...ke arah yg lebih baik..."  just fine la..tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 12:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by bellagio at 30-7-2011 00:41

Artis2 yg berubah ke arah yg lebih BAIK..

1) Datuk Siti Nurhaliza...bina mesjid, suka bersedekah, suka luangkan waktu di rumah anak2 yatim dan rumah OKU.

2) NASA family...ni pun aku dengar suka bersedekah

3) Mawi...dulu2 dia ni pun suka bersedekah dan membantu org2 yg memerlukan

4) Angelina Jolie and Brad Pitt...Angelina dulu mmg bermasalah, kawin plak dgn Billy Bob Thornton.  Skang ni kalau menderma di negara2 Afrika, derma utk tsunami, hurricane atau mana2 bencana alam di serata donia mmg juta2, plus dia amik anak angkat dari Afrika dan Vietnam.  Kalau org2 Malaysia nak ke anak angkat kulit hitam?

5) Bono from U2..dia ni sampai spend waktu dan keselamatan diri pegi beramal ke negara2 Afrika yg sedang perang.  Siap angkut guni2 makanan dari helikopter di padang pasir.

6) Jon Bon Jovi...same good heart mcm Jolie and Bono. Very family oriented..loving father and husband, suka bersedekah dan membantu org2 yg memerlukan.

7) Oprah Winfrey....dia ni mmg kaki bersedekah, amal sedekah jariah nya sgt byk.  Kesian bila dgr citer dia kena sexual abuse dgn pakcik sendiri masa kecik2 dolu.

Aku nak tulis Mother Theresa yg menutup aurat dan beramal seumur hidupnya tapi dia bukan artis.  Ni lagi lah, tinggal semua kekayaan dan guna seluruh kekayaan dia utk membantu kaum yg paling miskin, melarat, dan fakir di tempat yg paling jijik dan kotor di Calcutta tu.
Mana2 yg dah berkopiah dan dah bertudung tu, tambahkan lah keinsafan dgn perkara2 kebajikan. Begitu juga yg baik tapi belum berkopiah dan bertudung.  Mana2 yg belum berubah jadi BAIK tu, cepat2lah insaf, menutup aurat dan beramal jariah.  Selamat beramal.  Life is about sharing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2011 12:28 PM | Show all posts
Aku rasa dh cantik dah...cuma tak paham, mcm mana boleh mendatangkan marah jugak...

kalau org ...
kawankau Post at 29-7-2011 17:29



    tq..tq....hahhhaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 09:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by achik2009 at 2-8-2011 09:50

Erti puasa Malek Noor







ADA yang bertanya mengapa Malek Noor menjadi figura pertama untuk ditemu bual pada hari pertama Ramadan Al Mubarak yang bermula hari ini.

Relevannya mudah. Barangkali ada yang beranggapan bekas jaguh bina badan negara ini terlalu ‘senior’ untuk dijadikan bahan utama. Namun bukan itu yang Kosmo! pedulikan.

Sebaliknya, kami mahu berkongsi cerita tentang pengalaman puasa bagi figura yang mengaku tidak pernah berpuasa sepanjang usianya sehingga menjangkau usia tua.

Sebelum ini, umum tahu Malek telah membogelkan kisah hidupnya yang tidak pernah hidup berlandaskan jalan Islam. Tidak solat, memakan makanan haram termasuk daging khinzir dan meminum arak adalah hal bukan tabu bagi dirinya.

Begitu juga soal kewajipan berpuasa. Malek tidak berasa penting untuk dia berpuasa sedangkan ia adalah rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam.

Namun selepas mendapat hidayah sekitar usia 46 tahun, kehidupan Malek kini berubah secara total. Dia telah lama meninggalkan segala yang haram dan berusaha menjadi umat Islam yang baik dengan menunaikan sebanyak mungkin kewajipan yang disyariatkan, termasuklah berpuasa di bulan Ramadan.

Tahun ini, baru genap 10 tahun Malek Noor berpuasa penuh. Dia tidak malu untuk mengaku hal tersebut walaupun kini usianya sudah menjangkau 55 tahun.

Banyak cerita yang dikongsi Malek tentang keterujaannya berpuasa. Bagi figura yang baru pulang mengerjakan umrah pada awal tahun ini, nikmat berpuasa tidak boleh ditukar ganti.

“Alhamdulillah, sejak selepas bertaubat, saya masih belum pernah tertinggal satu hari pun puasa. Malah saya juga melakukan puasa sunat seperti puasa enam dan sebagainya.

“Saya kini berusaha sehabis baik untuk menggantikan semua dosa tidak berpuasa yang pernah saya lakukan dahulu,” ujarnya sambil tersenyum.

Malek memberitahu, sewaktu zaman dia tidak mempedulikan kewajipan berpuasa, dia akan makan pada waktu siang hari seperti biasa.

“Tapi saya masih hormat orang lain yang berpuasa, jadi saya tidak makan di tempat umum. Lagi pula saya pun dikenali orang, saya harus menjaga nama juga pada waktu itu. Jadi saya hanya akan makan di rumah seperti biasa dan tidak mempedulikan tentang ibadat ini,” luahnya jujur.


KASIH seorang bapa yang jelas terserlah antara Malek dan Amelin.




Mengenang semula proses pertama kali dia berpuasa, ujar Malek dia sangat teruja untuk melaksanakan ibadat tersebut. Justeru, ia tidak menjadi masalah buatnya untuk memulakan puasa walaupun tidak pernah berpuasa selama lebih 40 tahun sebelum itu.

Malah kini sepanjang Ramadan, selain menahan lapar dan dahaga, apa yang dititikberatkan oleh anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini juga adalah amalan-amalan sunat yang dapat meningkatkan pahalanya.

Mengaku jarang bersahur, ujar Malek: “Aktiviti saya di bulan Ramadan banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran, Yassin dan berwirid. Saya berusaha sebaik mungkin bukan sahaja menahan lapar berpuasa, sebaliknya mencuci segala keburukan diri sebersih-bersihnya.”

Bagaimanapun kata Malek, amalan tersebut bukan sekadar dilakukan pada bulan Ramadan, sebaliknya ia juga harus diteruskan pada setiap masa. Ini termasuklah menjaga pertuturan atau bersedekah.
Ditanya tentang menunaikan solat tarawih, seperti ‘melompat’ daripada satu masjid ke masjid lain, Malek ternyata mempunyai persepsi sendiri.

Dia memberitahu, dia bukan individu yang mengejar jemaah tarawih. Bukan tidak menyedari ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T, namun kata Malek, dia lebih gembira jika solat wajib lima waktu dilaksana sempurna dan dijaga baik, sebelum melakukan solat sunat.

“Saya akui, ada masa, saya akan ke masjid menunaikan solat tarawih, tetapi bukanlah setiap hari saya ke masjid, kerana kadang-kadang saya memang terlepas ke masjid melakukan tarawih secara berjemaah.

“Jadi saya akan lakukannya secara berseorangan di rumah. Secara peribadi, bagi saya sendiri, saya amat menitikberat soal solat wajib lima waktu. Apa yang penting solat wajib ini tidak tercicir hanya kerana mahu mengejar ganjaran bertarawih,” katanya jujur.

Sementara itu, ditanya tentang juadah berbuka, Malek tidak memilih juadah, cukup sekadar kurma pembuka selera dan sesekali dia mahu merasa nasi beriani, itu sudah memadai baginya.


MALEK dan Amelin bersama ibu dan bapa kandung Amelin, Sharifah Rohani dan Nik Mahmood.




Bukan ulama

Mengajak Malek berkongsi serba sedikit tentang transformasi dirinya kini, dia tidak mahu khalayak melihatnya sebagai seorang alim ulama, sebaliknya cukup sebagai salah seorang manusia yang pernah melakukan terlalu banyak khilaf dan sudah bertaubat nasuha untuk kembali patuh ke jalan-Nya.

Mengaku menjalani transformasi negatif kepada positif secara berperingkat-peringkat, perkara keji yang dilakukan secara drastik sebaik mendapat hidayah adalah berhenti memakan daging khinzir dan meminum arak. Sementara hal-hal buruk lain seperti pergi ke kelab malam dan sebagainya dilakukan secara berperingkat.

“Selepas saya mendedahkan kehidupan lampau saya, saya telah mendapat pelbagai respons daripada banyak orang.

“Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya mengatakan saya memalukan diri dan keluarga kerana membuka aib yang tidak akan dibuka oleh orang lain.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan mahu memalukan keluarga atau membuka aib, sebaliknya saya mahu berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya ruang untuk memperbaiki diri dengan menyedarkan saya tentang khilaf yang dilakukan sebelum saya meninggal dunia dalam kesesatan.

“Saya juga tidak malu mengaku keburukan lampau kerana saya tidak takut atau malu dengan pandangan masyarakat, sebaliknya saya mahu dan takut hanya pada Allah S.W.T sahaja,” tegasnya.

Biarpun sudah berubah paksi, itu tidak bermakna Malek melupai duniawi terus. Dia memberitahu kadang-kala masih bertemu teman-teman lama dan masih mengunjungi karaoke.

Katanya: “Sebab itu saya kata saya bukan alim ulama. Kehidupan saya banyak berubah tetapi saya juga harus menyeimbangi kehidupan duniawi asal ia tidak berlebihan dan sentiasa mementingkan akhirat.”



Credits: kosmo online
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2011 04:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 05:10 PM | Show all posts
Erti puasa Malek Noor







ADA yang bertanya mengapa Malek Noor menjadi figura pertama u ...
achik2009 Post at 2-8-2011 09:48


die makan khinzir dlu?

alhamdulillah skang dah jauh berubah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2011 12:06 PM | Show all posts
aku pun penah baca kisah malek noor nie dulu....tp lahmdullilah..die dh berubah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 11:24 AM | Show all posts
sapa tgk smlm ini kisah ku di tv9.pasal sham kamikaze.terlepas la..nak tahu camne dia dpt hidayah..nmpk bnyk perubahan kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 11:57 AM | Show all posts
aku pun penah baca kisah malek noor nie dulu....tp lahmdullilah..die dh berubah..
ctmoon Post at 4-8-2011 12:06



berani kan dia citer pasal perangai dia dulu2...
sampai x solat... pas tu kawin ngan pompuan yg x convert Islam lak tu...

Alhamdulillah dah berubah....
Semoga berterusan la perubahan dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 01:29 PM | Show all posts
Reply 230# nunul

BOLEH TGK KT TONTON. SAYA PUN BARU TGK

http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV9/ini_kisahku_fafe529975ed45a1af089f3200dea610/episode_2_0361b67694894fe898c19f3200dea677
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 02:10 PM | Show all posts
syukurlah diaorg nie diberi hidayah,,sekurang2nya dr tak menutup aurat ke menutup aurat..x perlulah dipersoalkan apa kebaikan dan amalan lain yg diaorg buat....sekurang2nya tue dah jadik satu tapak ke arah melakukan prubahan dan kebaikan....

bab perampas laki org plak..nnt kalo da kena kat btg hidung sendiri br tau makananya....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 05:57 PM | Show all posts
alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 06:09 PM | Show all posts
Reply 1# ctmoon


    alhamdulillah...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 08:40 PM | Show all posts
alhamdulillah nak glamer sgt pun sampai bila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 08:48 PM | Show all posts
ske ngan sham kamikaze......
dulu suke pempuan seksi tapi sekang nak tengok pun dah tak mo...
gigih aku cari youtube time dia kritik AF9..pandang bawah jekk kalo time kritik pompuan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 01:33 AM | Show all posts
lawa betul isteri shamril saleh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 01:47 AM | Show all posts


Wahida
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.791768 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list