CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arinn

kesian pekerja DAWAMA SDN.BHD.

  [Copy link]
Post time 2-8-2011 03:05 PM | Show all posts
Hari ni dioang dah sampai ke Putrajaya, katanya ada YB-YB Selangor bawa dioang jumpa T.P.M but still back to square, Kerajaan x hutang dawama. Dawama yang salah. And realitinya DBP tak terlibat dalam hal ni.. Sebab katanya even GOV and DBP sendiri tidak mempunyai bayaran tertunggak dgn pihak DAWAMA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 03:06 PM | Show all posts
klu kita susah.. ade org yg lagi susah drp kita.. mungkin ade hikmah disebalik sesuatu kejadian.. mungkin Allah nak bg sesuatu yg lebih baik drp ini..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:15 PM | Show all posts
Reply 290# kekure


    confirmla.. ramai juga lam 50 org yang pergi jumpa pengurusan dari Mirama. Rite?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:20 PM | Show all posts
apasal tak dapat kan perintah court je utk menyita harta2 DAWAMA dan jual nya utk bayar pampasan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:30 PM | Show all posts
jom pi ke mudah.com.my..try le cari link -job kat situ...banyak peluang2 kija kat sana di area K.L dan Slangor......

1. http://www.mudah.my/li?fs=1& ... amp;cg=7020&w=1

2. http://www.mudah.my/li?fs=1& ... p;cg=7020&w=108
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:31 PM | Show all posts
posa baru bermula..so kalo ada yg tgh2 cari sumber kija baru tu..sempat lagi...at least gaji utk bulan akan datang ada...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2011 03:40 PM | Show all posts
Hari ni dioang dah sampai ke Putrajaya, katanya ada YB-YB Selangor bawa dioang jumpa T.P.M but still ...
azura79 Post at 2-8-2011 15:05



    DBP try mau lps tgn..mmg laa DBP x hutang pape kt DAWAMA tp disebabkan tindakan dorang x kasi kontrak kt DAWAMA pekerja jd mangsa..bengong!..at least try laa tolong cari kan keje ke...dorang pun bertanggungjawab isu ni timbul
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:46 PM | Show all posts
Management DAWAMA ni ingat boleh hidop dgn kontrak gomen je..utk staff2 depa..sementara tunggu hasil perbincangan tu..cuba2 le cari kija lain...klik kat link yg aku bagi tu..berlambak pe kija....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 03:48 PM | Show all posts
Reply 308# razhar


    iyo la.. nanti saya suh la suami ku klik-klik gitu.. kang kalu aku klik2 jer nanti..aku laks yg kena buang kijer.. sebab mntenet jer... sambung karang le
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:51 PM | Show all posts
Reply 309# azura79

tu sebahagian dari usaha....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 04:30 PM | Show all posts
DBP try mau lps tgn..mmg laa DBP x hutang pape kt DAWAMA tp disebabkan tindakan dorang x k ...
kecimpret Post at 2-8-2011 15:40


Saudara manja bertugas sebagai editor di DBP...beliau  citer...
Apa da hal pula DBP lepas tangan???..bila masanya DBP tak bagi kontrakk dgn dawama... Dawama tu yg tak dapat nak cetak buku
teks utk 2012...dawama tak der duit...nak beli kertas pun tak der. Tapi demi tanggung jawab sosial dan   demi kerana nama DBP..maka  DBP kena tanggung utk cetak sendiri. Udahlahh soft copy semuanya dawama pegang tak nak bagi DBP. DBP nak bantu mcm mana lagi dawama tu...selama konsesi perjanjian dari tahun 2002 tu, keuntungan jualan dawama dapat 80% dan DBP dapat 20% sahaja..tugas2 perolehan judul, penyuntingan DBP buat.
Dawama ketiadaan duit kerana pengurusan dia yg pakai duit selama ini berjuto2...buat businees lain kat luar negara...bukan main gahh lagii masa tu...tapi kerana silap langkah..busineess tu lingkup...  Now...kos operasi, gaji pekerja dan kos cetak tak termampu nak ditanggung,keranan duit dah tak der....hutang bank pun dah berjuto2...siapa nak tanggung!!!! DBP salah juga lagi kerrrr???

Buku umum tak nak jual...asyik cakap tak laku..tak laku...asyik nak salahkan DBP pasal konon cari manuskrip yg tak berkualiti lah..tak komersial lahh..tapi Dawama buat ker kerja pemasaran mereka????? Majalah DBP pun susah nak didapati dipasaran...hanya pekerja dbp jer yg tahu apa yg pincangnyeee selama ini berurusan dgn syarikat konsesi mereka..DAWAMA.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 08:34 PM | Show all posts
haa baru Dawama ni rasa, aku tahu cerita sbnrnye. Dulu yg cetak buku2 utk DBP adela Kumpulan Karangkraf. dah lama DBP dgn Karangkraf. Alih2 tender konsesi ni DAWAMA dapat kasi potong line karangkraf dulu.
Kesilapan DBP adalah Dawama ni takde sistem pengedaran yang baik seperti Karangkraf yang tidak hanya bergantung kepada kontrak buku DBP semata2. Kalau dulu bawah Krangkraf buku2 DBP ni terjual laris.
dan lagi satu aku ade nak mintk keje kat DAWAMA ni dulu, iss klu ko takde kabel xdapekla nk keje kat Dawama ni. Skrg aa...lu fikir sdirila.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 08:59 PM | Show all posts
pengurusan atasan punya hal, org bwh y tanggung akibatnya... hat dok atas nuh, goyang kaki idong tinggi, dok kumpul harta semata2.. apa punya manusia..   Dek kerakusan prbuatan senirik, org len y kna tggung akibatnya.. org sekeliling mmg xtaw apa2 tp pd y trpaksa hadap, mmg sakit jiwa etc.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 09:03 PM | Show all posts
DBP try mau lps tgn..mmg laa DBP x hutang pape kt DAWAMA tp disebabkan tindakan dorang x k ...
kecimpret Post at 2-8-2011 15:40



    Adakah kontraktor yg dapat kontrak kerajaan, maka kerajaan jua harus jaga kebajikan pekerja2 kontraktor tersebut? Sama juga kes mcm DAWAMA. Bagi aku tak perlu kerajaan masuk campur. Gunakan saja saluran mahkamah. Dapatkan arahan menyita dan melelong harta DAWAMA dan gunakan duit itu utk pampasan pekerja2. Akta Pekerja kan ada. Gunakan saja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 09:33 PM | Show all posts
dengarnya dawama ni hutang berjuta2... kalau sita dan lelong harta dawaman ni pun duit tu court akn perintah utk settle hutang tu dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 09:58 PM | Show all posts
kesiannya...InsyaAllah semoga ada jalan penyelesaian terbaik..apa masalah DAWAMA ni takkan tak ada untung kan pengeluar buku2 teks sekolah jutaan buku setiap tahun...??????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 10:20 PM | Show all posts
rezeki Allah byk dimana..janji ada usaha
tu pasal aku takmo kerja ngan kompeni melayu kebykkan hanya bergantung pada kontrak gomen semata2
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 10:29 PM | Show all posts
Kemelut Dawama bukti penswastaan BN gagal
Hazayani Zakaria     

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Tindakan Dawama Sdn Bhd memberikan notis cuti tanpa gaji kepada 380 pekerjanya ekoran masalah kewangan membuktikan projek penswastaan kerajaan BN menemui kegagalan.

Dawama, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam notisnya kepada pekerja minggu lalu mendakwa tindakan itu diambil kerana pertikaian dengan DBP, agensi di bawah Kementerian Pelajaran.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mengecam tindakan Dawama itu berkata, kerajaan harus mengkaji semula projek penswastaan dan menghentikan penswastaan yang melanggar prinsip perniagaan.

"Banyak projek penswastaan yang diterajui oleh kerajaan pusat menemui kegagalan dan ini (Dawama) salah satu contoh penswastaan yang tidak mematuhi prinsip perniagaan yang akhirnya akan membebankan pekerja.

"rojek penswastaan harus dihentikan dan dikaji semula kerana sewajarnya ia memberikan perkhidmatan yang lebih baik, menjamin kebajikan pekerja, mengangkat taraf sosio ekonomi, tapi apa yang berlaku projek penswastaan hanya menguntungkan kroni kerajaan tapi pekerja dinafikan hak mereka," kata beliau kepada pemberita di hadapan ibu pejabat Dawama, Hulu Klang  selepas menemui pekerja Dawama yang diarah bercuti berkuat kuasa semalam.

Beliau juga berkata, sekiranya kemelut ini tidak selesai dalam masa terdekat, Pakatan Rakyat akan membawa isu ini ke sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

"Saya akna meneliti memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dan akan bawa ke Parlimen.

"Kita nak tahu betul ke Dawama menghadapi masalajh kewangan dan minta kementerian terbabit bentangkan akuan Dawama di Parlimen," kata beliau yang juga ahli Parlimen Gombak.

Menurut Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd, Zainal Awit (kanan) pihaknya telah empat kali menyerahkan memorandum kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun belum ada sebarang maklum balas.

Bercakap pada sidang media sama, beliau sekali lagi merayu Muhyiddin mengambil tindakan segara bagi menyelesaikan kemelut yang melanda di antara Dawama dan DBP.

"Kami para pekerja berasa tertekan dengan tindakan pihak Dawama memberi cuti tanpa gaji kepada kami dan bayangkan bagaimana anak-anak kami hendak menghadapi bulan Ramadhan dan hari raya akan datang.

"Kami merayu kepada pihak menteri supaya serius dan tolonglah campur tangan dalam masalah ini," katanya.

Ekoran tiada respons daripada pihak Muhyiddin, Pengarah Biro Pekerja PKR, Abdullah Sani berkata beliau akan mengetuai beberapa wakil kesatuan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) di bawah Kementerian Sumber Manusia hari ini.

Ini kerana katanya Dawama tiada hak memberikan notis bercuti tanpa gaji kepada pekerja sebelum melunaskan bayaran tertunggak.

Difahamkan, sudah beberapa bulan Dawama tidak melaksanakan potongan Socso dan EPF kepada pekerjanya.

"Tindakan ini satu pencabulan undang-undang. Pemotongan Socso dan EPF yang tidak dilunaskan telah langgar seksyen 24 Akta Kerja 1955 jelas boleh dihukum.

"Saya mohon pihak berwajib menghukum syarikat ini kerana mengkhianati undang-undang negara.

"Saya terkejut pelangaran ini dibuat secara biadap dan tidak boleh berlaku dalam seksyen 10 Akta Kerja 1955," katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Langat.

Sehubungan itu, beliau bersama beberapa wakil kesatuan ke Putrajaya sejurus sidang media tadi bagi mencari jalan penyelesaian.

Sementarai itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang turut bersama mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tampil membela kaum wanita yang turut terjejas akibat tindakan Dawama itu.

"Sekurang-kurangnya 100 pekerja wanita di sini. Saya desak Sharizat yang kononnya sangat menyokong penglibatan wanita dalam bidang ekonomi sebanyak 30 peratus tampil dan saya nak tanya apakah pembelaan yang beliau berikan kepada pekerja wanita ini?" soalnya yang juga ahli Parlimen Ampang.




ni masa zaman mamak kerala lah ni...britain buat privatization, dia pun nak ikut buat privatization.....

akhirnya, kroni yang kaya, rakyat yang hancur....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 10:47 PM | Show all posts
kesiannya...InsyaAllah semoga ada jalan penyelesaian terbaik..apa masalah DAWAMA ni takkan tak ada u ...
honeysue Post at 2-8-2011 21:58

untung buat bisness lain katanya.............. bila bisnes lain tuh lingkup.... maka lingkuplah dawama..........
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 11:08 PM | Show all posts
melayu x pandai berniaga ka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.294689 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list