CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arinn

kesian pekerja DAWAMA SDN.BHD.

  [Copy link]
Post time 3-8-2011 12:44 AM | Show all posts
Yg aku heran, JAN tak pernah nak audit syarikat nie ker? Kalau dah sampai hutang juta2, something must be wrong somewhere. Sekiranya kerajaan swastakan sesuatu bahagian, maksudnya bahagian itu mampu mendatangkan keuntungan. Kena lihat sama ada adakah penswastaan itu yg fail, ataupun pengurusan itu yg fail, atau dua2.

Bagi aku, tidak semua benda yg patut diswastakan oleh gomen. Contoh jabatan yg diswastakan gomen yg aku rasa tak patut ialah Pos Malaysia dan Jabatan Telekom Malaysia (JTM). Kalau lihat di US sendiri, mereka masih lagi tidak mahu menswastakan US Postal Service kerana mereka merasakan UPS tidak mampu lagi utk menjana keuntungan yg lebih dengan menyediakan banyak khidmat sosial utk pos luar bandar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 02:44 AM | Show all posts
Tak kira apa job pun.. gov ke atau swasta.. risk tetap ada.. maka kita ni yang ada tanggungjawab.. beringat2 semasa senang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 03:45 AM | Show all posts
x setel2 lagi ka
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 03:23 PM | Show all posts
Dawama tidak sepatutnya rugi



KUALA LUMPUR - Masalah kewangan yang dihadapi Dawama Sdn. Bhd., syarikat konsesi yang diberi tugas mencetak dan mengedarkan buku serta majalah terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) menimbulkan kesangsian banyak pihak termasuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Dalam laman twitternya semalam, Ka Siong menyatakan, adalah mustahil Dawama rugi sedangkan jualan buku teks sekolah menerusi kontrak Kementerian Pelajaran adalah besar dan terjamin.

Katanya, Dawama harus bertanggungjawab ke atas segala masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan hampir 380 pekerjanya terpaksa diberi cuti tanpa gaji sejak kelmarin.

"Kementerian membayar beberapa ratus juta ringgit kepada Dawama sejak tujuh tahun lepas, sampai sekarang kita tidak berhutang sesen pun dengan mereka.

"Kita tidak tahu siapa yang sepatutnya dipersalahkan.'' kata Ka Siong semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 03:37 PM | Show all posts
Muntz...macam mana JAN nak audit syarikat ni...kalau syarikat ni dibagi pada kroni...ni pentingnya kroni semua kontrak dibagi kat kroni...jadi sapa berani nak datang audit..pihak pengurusan mmg kaya raya...tp staf bawahan dibiar tanpa boleh bersuara...suami saya salah seorang dari staff Dawama...tp dari apa yang dia cakap...pihak atasan mmg tak friendly langsung dengan org bawahan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 07:56 AM | Show all posts
Surat Cuti Tanpa Gaji Ditarik Balik, Dawama Setuju Bayar Gaji Minimum 12 Hari Sebulan

PUTRAJAYA, 3 Ogos (Bernama) -- Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Rabu memberi jaminan kepada lebih 400 pekerja Dawama Sdn Bhd (Dawama) bahawa mereka masih terikat dengan syarikat percetakan itu dan surat cuti tanpa gaji yang dikeluarkan kepada mereka ditarik balik.

Beliau berkata, ini kerana tindakan Dawama yang mengarahkan pekerjanya bercuti tanpa gaji adalah tidak sah di bawah Akta Kerja 1955.

Katanya Dawama dinasihatkan melakukan pemberhentian sementara dengan perlu membayar gaji minimum sebanyak 12 hari sebulan sementara melakukan penstrukturan semula syarikat itu.

Pekerja yang terbabit pula boleh bekerja di tempat lain sehingga kemelut syarikat itu selesai kelak, katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di sini hari ini.

"Surat yang dikeluarkan Dawama semalam ditarik balik. Buat sementara waktu nasihat kepada Dawama ialah supaya mereka boleh minta pemberhentian sementara kepada pekerja mereka dan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menstruktur semula untuk memulihkan pernigaan mereka.

"Di dalam perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheik Mohd, Dawama bersetuju membayar gaji minimum sebanyak 12 hari bagi sebulan sehingga syarikat itu meneruskan perbincangan dengan DBP," katanya.

Semalam, Dawama memberikan cuti tanpa gaji kepada lebih 400 kakitangan berkuatkuasa Isnin kerana menghadapi krisis kewangan bagi membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji kepada semua kakitangan yang didakwa berpunca daripada kemungkiran yang dilakukan oleh DBP di bawah Perjanjian Konsesi Penswastaan bertaikh 19 Jun 2002.

Subramaniam berkata sekiranya Dawama gagal membayar gaji minimum atau memberhentikan pembayaran itu maka syarikat itu perlu membayar pampasan pemberhentian kerja kepada semua pekerja terbabit.

"Sebenarnya Dawama merupakan satu syarikat yang diberi perniagaan eksklusif oleh DBP. Jadi mengapa mereka di dalam keadaan ini, saya pun tak tahu lah. Ini satu perkara yang luar biasa," katanya.

gila dapat gaji 12 hari.... nak raya mcm mana nie
__________________
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2011 08:22 AM | Show all posts
kalau pengurusan x betul camni la jadinya. dah la skrg nih susah nak carik kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 08:44 AM | Show all posts
mudah2an TT tabah hadapi dugaan & moga Allah murahkan rezeki mereka semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 08:46 AM | Show all posts
DIBERHENTIKAN KERJA SECARA KIAS



Salam,

Pilu, sedih, sebak dan tertekan...

Semalam mere ...
arinn Post at 1-8-2011 10:18



   Apa status sekarang Arinn?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 08:47 AM | Show all posts
sebak aku baca komen anak2 staff Dawama yg dpt surat cuti tu..dlm FB..mrk turut tensen.. tergamak sungguh mngment Dawama..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 08:47 AM | Show all posts
gaji 12 hari?? tak smp separuh gj tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:20 AM | Show all posts
management dawama ni takde FB ker...ceo? geram aku nak hamun..sib baik bulan posa..
staff buat le solat hajat..minta dgn Allah biar depa2 yg atas songlap makan duit haram tu dapat balasan...bulan2 posa ni..+ doa org teraniaya..biar depa rasa skit 'cash' kat dunia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:22 AM | Show all posts
gaji 12 hari...tak cukup tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:39 AM | Show all posts
mesti ada yg tak kena
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:13 PM | Show all posts
management dawama korup... takde orang nak heret depa pi court ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:35 PM | Show all posts
Dawama tidak sepatutnya rugi



KUALA LUMPUR - Masalah kewangan yang dihadapi Dawama Sdn. Bhd.,  ...
R2D2 Post at 3-8-2011 15:23


nak rugi hapernyer..igt skit2 ka supply buku teks satu mesia nehh...ni sah menyonglap...biler sprm nak buat soal siasat?kot ada yg terjun bangunan lgk,..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 12:38 PM | Show all posts
nak rugi hapernyer..igt skit2 ka supply buku teks satu mesia nehh...ni sah menyonglap...biler sp ...
honeybee1802 Post at 4-8-2011 12:35

yela kan... bisnes dah secure... nak rugi apenya
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 12:39 PM | Show all posts
SPRM nak siasat?
ada berani ka...
kabel kuat!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 02:01 PM | Show all posts
pelik pulak kata cuti ditarik balik...sedangkan pengurusan dawama tak turun pun masa pertemuan dengan pihak atasan....semua org pakat cari pihak pengurusan dawama...sampai skg tak tunjuk muka...ni pakai kabel mana pulak...suami saya pun pelik bila tengok kat internet ditarik balik cuti..sedangkan dia tak tahu apa2 pun...yg dia tahu pengurusan dawama dicari oleh semua org..tp sampai skg tak jumpa....

mesti pakai kabel voltan tinggi.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:36 PM | Show all posts
sepatutnya kena la bagi pampasan 10k sorang ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.092628 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list