CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arinn

kesian pekerja DAWAMA SDN.BHD.

  [Copy link]
Post time 12-8-2011 10:35 AM | Show all posts
Bila surat khabar berhenti mengeluarkan cerita2 sensasi...nasib staff tak ada pembelaan, masa mula2 keluar paper dan tv...ramai yg turun padang..skg sepi tanpa berita....kalau yg dah berumur susah sikit nak cari kerja skg....Kalau yg masih muda kira ok lagi. Suami saya sebelum syarikat memberi surat cuti tanpa gaji...dia dah dapat offer dari syarikat lain. Alhamdullillah, kiranya rezeki anak masih ada. Tp masih berurusan dengan DBP berkenaan buku teks sekolah juga. Lepas raya ni baru mula.....kiranya bulan puasa dia boleh jadi tukang masak sepenuh masa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 10:42 AM | Show all posts
muka jawa duduk jek la kat nusantara nih.. ada ati nak jadi orang putih.. dah jangan nak b ...
ella. Post at 7-8-2011 16:08


Beribu-ribu forumers dah lama nak cakap camni kat mamat tu ahaks!

Salute bro.. SALUTE!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 10:44 AM | Show all posts
co. percetakan
gaji nk mcm co. Oil & Gas
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 11:01 AM | Show all posts
last year 2010, aku fresh grad dapat kerja dekat Dawama ni la. as proof reader. company dia xdela be ...
kekwakuning Post at 5-8-2011 08:23


Ai pun sama gak.. offer sebagai Grafik Designer, masa tahun 2005.

Ikutkan hati, nak jugak keja situ pasal dekat ngan rumah!

Tapi lepas interview, diorang bawak ai tour sekitar ofis.. GULP! Environment sangat2 daif! Parking keta tak cukup, tandas diorang ya ampun!! Silap hari bulan biawak skodeng lak nanti

So ai tolak offer tu.. gaji pun, diorang insist sama dgn keja ai sekarang, takde penambahan.. so ai tolak baik2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 03:08 PM | Show all posts
DBP akan memberi sagu hati raya kepada mantan DBP yang bekerja di DAWAMA ..
alhamdulillah ... walo tak banyak at least mampu membantu sikit beban mereka
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 03:40 PM | Show all posts
jade06, bagaimana dengan bukan mantan dbp, iaitu staff ambilan dawama...kesian mereka sebab dbp dalam perjanjian semasa nak swasta dulu, nasib mantan akan dibela jika terjadi sesuatu kepada syarikat seperti skg ni...suami saya mantan dbp, hari ni dia ada pergi hantar memorandum pada DBP....mantan dbp ada pembelaan...tp kesian jugak dengan staff ambilan Dawama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2011 03:55 PM | Show all posts
DBP akan memberi sagu hati raya kepada mantan DBP yang bekerja di DAWAMA ..
alhamdulillah ... walo  ...
jade06 Post at 12-8-2011 15:08



    haaaa kasi pun...inilah yg wa maksudkan tanggungjawab...mereka yg keje kt DAWAMA tu bkn org lain,ex staf dorang gak..so kudos to DBP!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 04:01 PM | Show all posts
Reply 406# alissa_sofea


tak tahu la plak staf ambilan dawama ... sbb memo yg dikeluarkan dbp hanya mention mantan dbp jer ...
kesian gak kat dorang ... tp nk wat camner ... tanggungjawab dbp pun mungkin hanya pada mantan jer ..
sbb mmg sah2 laaa dbp yg bertanggungjawab menswastakan dorang .. huhu

dgr2 citer pun... dbp ada gak ura2 nk bela nasib mantan2 dbp ... tp dawama tk nk lepaskan staf dorang
soooo mcm busuk hati ... byk laa kalo nk ckp ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 04:05 PM | Show all posts
actually SPRM patut serbu management dawama
atira Post at 11-8-2011 14:48


patut sangat2,,,,  adakah seorg lagi akan terhumban kat pejabat SPRM?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 04:26 PM | Show all posts
DBP akan bertindak jugak kat Dawama sebab dah beberapa bulan dawama tak bayar sewa. Kita tengok nanti apa DBP akan buat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 04:28 PM | Show all posts
jade006, mantan dbp akan dah mmg ada hitam putih dari dbp...tp nasib staff dawama, kalau untung sabut timbul, untung batu tenggelam...berdoalah semoga ada harapan dengan dbp...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 05:54 PM | Show all posts
Bila surat khabar berhenti mengeluarkan cerita2 sensasi...nasib staff tak ada pembelaan, masa mula2  ...
alissa_sofea Post at 12-8-2011 10:35



    Baguslah. Saya harap lebih ramai lagi bekas pekerja DAWAMA yg dapat mencari rezeki dan peluang yg lebih baik di luar sana.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 05:57 PM | Show all posts
malangnya DAWAMA takde share ngan GOMEN.. DAWAMA adalah bersatu nya dua comp bumiputera sdn bh ...
azura79 Post at 7-8-2011 02:24



    Ooohh.. kalau 100% private gitu tak dpt lah JAN nak audit. Sbb JAN biasanya audit yg ada kepentingan kerajaan jer.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 06:44 PM | Show all posts
Reply 413# Muntz

so, ada x sapa-sapa tahu nasib pekerja DAWAMA sekarang?
dah dua minggu puasa dah sejak kes ni bermula
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 03:33 PM | Show all posts
Pekerja Dawama dapat RM500

Oleh Nazura Ngah dan Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2011/08/13

DBP ambil keputusan beri sagu hati sebagai persiapan sambut Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Majoriti kakitangan Dawama Sdn Bhd (Dawama) bakal menikmati sagu hati sebanyak RM500 seorang daripada bekas majikan mereka, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. Bahagian Komunikasi Korporat DBP dalam kenyataannya semalam menyebut keputusan itu dibuat selepas Lembaga Pengelola DBP mengadakan mesyuarat khas lebih tiga jam semalam bagi membincang isu pemberhentian lebih 400 kakitangan Dawama, syarikat konsesi pencetak dan pengedar buku DBP. Pemberian sagu hati ini adalah atas dasar keprihatinan pihak pengurusan DBP kepada nasib semua bekas kakitangan DBP yang terbabit dalam kemelut Damawa. - Bahagian Komunikasi Korporat DBP Katanya, pembayaran kepada 340 bekas kakitangan DBP akan dilaksanakan sebelum sambutan hari raya bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung pekerja.

“Pemberian sagu hati ini adalah atas dasar keprihatinan pihak pengurusan DBP kepada nasib semua bekas kakitangan DBP yang terbabit dalam kemelut Damawa,” katanya.

Sementara itu, wakil kakitangan Damawa yang diberi cuti dengan gaji minimum 12 hari sebulan memohon jaminan bertulis kerajaan menerusi DBP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menjamin kebajikan pekerja terutama bekas pekerja DBP.

Permohonan itu antara yang terkandung dalam memorandum dikemukakan kepada Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz di pejabatnya, di sini, semalam dan dibentangkan dalam mesyuarat khas Lembaga Pengelola DBP selepas itu.

Memorandum itu diserahkan Penolong Pengurus Bahagian Percetakan Dawama, Zainuddin Bahadon selaku wakil pekerja merangkap bekas Pegawai Tadbir DBP. Hadir sama Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama, Zainal Awit serta 150 kakitangan Dawama.

Antara lain, memorandum itu menuntut jaminan kebajikan pekerja terutama bekas pekerja DBP supaya dapat meneruskan perkhidmatan seperti biasa sehingga umur persaraan dan DBP mengambil alih semula lima bahagian yang diswastakan melalui syarikat yang diperbadankan oleh DBP selepas notis penamatan perkhidmatan dikeluarkan oleh Dawama kepada pekerja.

Memorandum itu juga akan dikemuka kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah; Ketua Pengarah UKAS, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Sh Yahya Sh Mohamed dalam masa terdekat.

Zainuddin berkata memorandum itu juga menuntut kerajaan melaksana kawal selia melalui DBP bagi memastikan syarikat melaksanakan pembayaran pampasan kepada kakitangan apabila notis penamatan perkhidmatan dikeluarkan atau penutupan operasi syarikat seperti terma dan syarat perkhidmatan aktiviti penswastaan.

Dawama adalah syarikat konsesi swasta khusus yang diberi tanggungjawab untuk mencetak dan mengedar buku teks serta judul am terbitan DBP yang mana secara purata lebih 85 peratus daripada perolehan syarikat itu adalah daripada hasil jualan buku teks.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 07:59 AM | Show all posts
along, yg dapat Rm500 ni mantan DBP jer kan...staff ambilan Dawama tak dapat duit ni...tp tak tahu ler kot KP DBP berubah fikiran nak bantu staff dawama sekali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 08:40 AM | Show all posts
dpt projek RM260 juta
kenapa tak disiasat untung ruginya
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 11:43 AM | Show all posts
R2D2, semua ni akan disiasat..tunggu masa dan ketika...DBP andaikan bulan 1 thn depan Dawama lumpuh..tp andaian DBP meleset..sebelum tarikh dah lumpuh...sapa nak jawab tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 02:45 PM | Show all posts
semalam mantan DBP diberikan sumbangan sebanyak RM500. Tp kesian jugak sebab staff Dawama tak dapat, hanya mantan saja yg dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 02:51 PM | Show all posts
Majalah Dewan Masyarakat bulan Julai dah dapat. Musykil jugak, ingat dah lebur camtu je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.788520 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list