CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arinn

kesian pekerja DAWAMA SDN.BHD.

  [Copy link]
Post time 25-8-2011 03:20 PM | Show all posts
gile teruk punye management
dah dpt tender senang2 pun tak gheti manage bisness??? waddefakkk la punye top management dawama ngan dbp nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2011 04:15 PM | Show all posts
kesiannya kat pekerja Dawama..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..semoga diberikan rahmat oleh yang maha esa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 09:43 PM | Show all posts
Utusan Printcorp ambil alih syarikat percetakan Dawama


Mohd. Nasir Ali (tiga dari kanan), Wan Nor Asmah Wan Ismail (dua dari kanan) dan Norhisam Mohamed Nor (tengah) bersama bekas pekerja-pekerja Dawama pada majlis pengambilalihan syarikat itu oleh Utusan Princorp Sdn. Bhd di Hulu Kelang, Selangor, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 5 Jan. - Kemelut yang melanda syarikat percetakan Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) selesai apabila Utusan Printcorp Sdn. Bhd., syarikat bersekutu Utusan Melayu (M) Berhad bersetuju mengambil alih syarikat tersebut hari ini.

Pengambilalihan melibatkan pertukaran 100 peratus pemilikan saham Dawama kepada Utusan Printcorp itu juga membawa harapan baru kepada 328 bekas kakitangan Dawama apabila ditawarkan semula bekerja selepas diberhentikan pada 1 September lalu.

Menurut Pengarah Urusan Utusan Printcorp, Norhisam Mohamed Nor, langkah itu juga menyaksikan syarikatnya menanggung liabiliti berjumlah hampir RM130 juta dengan pihak bank dan pembekal.

Katanya, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) telah dimaklumkan mengenai pertukaran pemilikan saham tersebut

"Tujuan utama pengambilalihan itu adalah langkah awal untuk mengembangkan lagi perniagaan dalam bidang percetakan dan pengedaran buku walaupun menyedari akan bertanggungjawab terhadap semua hutang dan masalah syarikat itu.

"Buat masa ini kami merancang untuk meneruskan semula pemberian kontrak kerajaan kepada Dawama iaitu mencetak, menerbit, mengedar dan memasarkan buku serta majalah terbitan DBP dari 2002 hingga 2014," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian cenderamata kepada bekas-bekas pekerja Dawama di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali, Ketua Pegawai Kewangan Utusan, Wan Nor Asmah Wan Ismail dan Pengarah Eksekutif Dawama, Norhazri Mohamed Nor.

Norhisam berkata, pihaknya juga dalam perbincangan untuk menggugurkan tuntutan saman fitnah terhadap Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Tambahnya, Utusan Printcorp juga merancang membeli tiga lagi syarikat percetakan dan bergabung bagi menubuhkan kilang kertas di Sabah atau Sarawak.

"Perancangan itu kini dalam proses perbincangan akhir dan kami jangkakan ia dapat ditubuhkan dalam dua tahun lagi," katanya.

Katanya, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan semula dengan semua pencetak bumiputera yang berdaftar dengan DBP mengenai pengagihan kerja mencetak buku-buku selaras dengan perjanjian konsesi Dawama dan DBP.

"Kami akan meneruskan pengeluaran sebanyak 231 judul buku am pelbagai peringkat, 200 judul cetak ulang yang akan dilaksanakan mengikut keperluan dan penerbitan buku teks untuk tahun hadapan," katanya.

Dawama sebuah syarikat konsesi swasta yang diberi tanggungjawab mencetak dan mengedar buku teks dan judul am terbitan DBP menghadapi krisis kewangan pada pertengahan tahun lalu hingga menyebabkan seramai 288 pekerja tetap dan 40 pekerja kontrak syarikat itu diberhentikan kerja pada September lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 02:36 PM | Show all posts
along3746 replied at 6-1-2012 09:43 PM
Utusan Printcorp ambil alih syarikat percetakan Dawama

apa cerita DAWAMA sekarang ni?

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 02:51 PM | Show all posts
lalu dawama au3 semalam. sendu aje tengok.
tapi tanah besa gedabak. kalau dpt ke pemaju....perghh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 03:14 PM | Show all posts
Ni kompeni yang dapat kontrak cetak buku teks DBP kan? Macam mana boleh bangkrap?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2015 05:09 PM | Show all posts
sape plak necromancer revive topik lame nis
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 05:54 PM | Show all posts
apa terjadi dgn DAWAMA setelah di ambil alih oleh management yang baru?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.580286 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list