CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8301|Reply: 72

Kartel Dadah Mexico SEKSA, BURAIKAN Perut, BUNUH, GANTUNG Jurublog, Mengapa?

[Copy link]
Post time 17-9-2011 08:12 AM | Show all posts |Read mode



Kartel dadah Mexico MEMANG terkenal dengan perbuatan ganas dan kejam mereka. Selalu kita baca di akhbar tentang pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengedar dadah ini terhadap pesaing, polis, dan pihak yang mencampuri urusan mereka.


Baru-baru ini, mayat lelaki dan wanita telah dijumpai tergantung dari sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo yang letaknya di kawasan sempadan Mexico. Yang mengerikan, kedua-dua mayat didapati dikelar dan isi perut mereka terburai lapor DM.


Motif serangan kejam ini adalah untuk memberi amaran kepada pengguna laman sosial/laman sesawang agar tidak mengkritik kartel dadah Mexico di internet.


Wanita yang dibunuh itu dipercayai berusia 20-an telah diikat tangan dan kakinya pada jambatan. Mayatnya dalam keadaan separa bogel dengan isi perut yang terkeluar. Manakala lelaki yang turut dibunuh itu juga dipercayai berusia awal 20-an, ditemukan tergantung dengan tangan terikat pada jambatan.


Laman blog di Mexico kini paling lantang melaporkan keganasan kartel Mexico, selepas beberapa media tradisional telah disenyapkan oleh ancaman pihak kartel.


Jurublog yang mendedahkan maklumat tentang pengedaran dadah menghadapi ancaman daripada pihak kartel pada masa lalu, tetapi kejadian ini mungkin amaran pertama kepada pengguna laman sosial/internet, lapor CNN.


Penyiasat Ricardo Mancillas Castillo memberitahu CNN bahawa bentuk penyeksaan ini, termasuk mengeluarkan isi perut, merupakan perbuatan lazim yang melibatkan keganasan antara kartel tetapi dia tidak pernah melihat keganasan yang serupa terhadap  pengguna internet.


Penyiasat itu berkata kebanyakan mangsa agak sukar dikenal pasti kerana mayat mereka dikelar dan dicacatkan dengan teruk dan tiada saksi yang boleh membantu.


Mayat lelaki dan wanita itu ditemukan pada pagi Selasa, selepas 36 jam dibunuh.



Mesej yang ditinggalkan di tempat mayat digantung: 'This is going to happen to all those posting funny things on the internet'

Kedua-dua blog yang menjadi target pihak kartel ini ialah Al Rojo Vivo dan Blog del Narco. Blog del Narco merupakan laman yang hanya menyiarkan berita berhubung dengan keganasan dadah Mexico.

Sumber: DUNIACACAMARBA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2011 08:19 AM | Show all posts
Sumpah takut
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 08:28 AM | Show all posts
mod..close thread neh cepat mod..!!!..kalu tak mesti ramai sakai sakai cari.com kena bunoh, mod..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 08:28 AM | Show all posts
Kat malaysia ni jgn ondscene kene nasib serupa sudahhhh






Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 08:32 AM | Show all posts
klu kat masia ada mcm nie... sah2 kita kat cari.com kena dulu perghhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 08:35 AM | Show all posts
ni baru sikit, banyak lg yg lbh kejam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2011 08:38 AM | Show all posts
Citt podahhh....

Kartel UMNGOK kat Msia lg kejam.......

Ketua dier siap bg C4........
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 08:43 AM | Show all posts
perghh.. kejam sungguh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2011 08:54 AM | Show all posts
kejam nye...takot sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 09:04 AM | Show all posts
habis tu pos kat sini nanti TT tak takut kene gantung and diburaikan perut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 09:08 AM | Show all posts
pada aku, diorg tu bukan penulis blog tu..
blog2 tu still online cm biasa..
mangsa biasanya org biase, kene bunuh secara rawak sbg warning kt pihak polis, news, & terbaru blogger ..

mmg gile manusia camni.. main bunuh org..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 09:20 AM | Show all posts
ampunnn...takotnye....
gila kejam...dlm hati takda taman langsung
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 09:25 AM | Show all posts
mak aihh...mmg 1st class punya ganaz la dorang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 10:15 AM | Show all posts
takuttt nyee...
dasyat btol pengedar2 dadah nih..
kejam nk mampos...hrp polis kat sna x takut ancaman dr dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 10:34 AM | Show all posts
kartel tu maksudnya apa??biasanya pengedar dadah kat sana mafia jugakkan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 10:37 AM | Show all posts
mod..close thread neh cepat mod..!!!..kalu tak mesti ramai sakai sakai cari.com kena bunoh, mod..
dujuan Post at 17-9-2011 08:28



   tau pun ko takut.. lepas neh bertaubat la nok... tutuop semua akaun cari ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2011 10:43 AM | Show all posts
mcm pelem...... ... .... ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 10:44 AM | Show all posts
TAKOT TGK
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 10:44 AM | Show all posts
kejam btol...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 10:58 AM | Show all posts
senang jek nak buat..kalo nak ler..wat cam indon setel isu kominis nak rampas kuasa dulu

kuo kan senarai seme members depa..kenal pasti kendian set up skuad hitmen , of kos serah kat askor ler

rempit2 kat mesia kalo wat gini kompemmmmmmm besok jalanraya selamat..peragut pun takdok..mak leha leh p paso pakei rantai beso rantai kapai sampai bongkok2 jalan no hal

kill first kendian baru answer question..tu pun kalo nak jawap..susah2 NO KOMEN cam mat 'ada bau' sabu

tembak je sapa ahli kartel kaa geng kaa kongsi gelap kaa..tembak sampai mati, dulik donya nak cakap apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.080984 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list