CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7923|Reply: 53

Bila tajuk lagu sama!

[Copy link]
Post time 28-9-2011 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Ifa Raziah bersaing dengan Shahir AF8

IFA Raziah dan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir adalah dua penyanyi daripada dua era yang berbeza dalam persada seni suara tanah air.
Meskipun Ifa lebih ke arah irama dangdut dan mula mencipta nama pada awal tahun 1990-an, sementara Shahir pula penyanyi pop yang dilahirkan selepas era millenium tetapi pertembungan mereka dalam bidang nyanyian tidak dirancang.
Menurut Ifa, perkara itu dapat dilihat apabila dia dan Shahir secara tidak sengaja muncul dengan judul album single yang sama berjudul Luar Biasa yang kini bersaing menerusi stesen-stesen radio tempatan.
Sayangnya, jelas penyanyi yang sering mencetuskan kontroversi itu, dia berasa seperti dianaktirikan apabila lagu berjudul Luar Biasa nyanyi juara program realiti TV itu yang paling mendapat perhatian stesen-stesen radio swasta berbanding lagu nyanyiannya.
"Sebenarnya, pada April lalu saya juga menghasilkan sebuah album single bertajuk Luar Biasa yang saya terbitkan sendiri. Lagu daripada album single itu diedarkan pada masa yang sama dengan lagu Luar Biasa nyanyian Shahir. Tetapi lagu dia yang paling banyak disiarkan di radio.
"Saya bukan sahaja berasa cemburu tetapi juga bengang dengan sesetengah stesen radio swasta yang seolah-olah menganaktirikan saya dalam hal ini. Stesen-stesen radio sudah semestinya akan menyiarkan lagu Luar Biasa Shahir berbanding lagu Luar Biasa nyanyian saya," katanya kepada Hits.
Dia meluahkan rasa kecewanya itu sewaktu ditemui selepas pelancaran album single itu yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Daud Thair di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Jelas Ifa, dia tidak menduga judul lagu Luar Biasa yang dinyanyikannya itu kebetulan sama judulnya dengan lagu Luar Biasa dendangan Shahir. Ia secara tidak langsung bukan sahaja mencetuskan persaingan tetapi juga boleh menyebabkan para peminat keliru.
Bagaimanapun, dia yang telah 16 tahun bergelar penyanyi itu menganggap biarpun judul Luar Biasa mencetuskan persaingan antaranya dan Shahir tetapi daripada segi konsep lagu, ia berbeza di antara satu sama lain di mana terpulang kepada para peminat untuk membuat pilihan.
"Lagu Luar Biasa nyanyian saya berentak dangdut sedangkan lagu Luar Biasa nyanyian Shahir pula lebih kepada irama pop. Walaupun lagu saya itu tidak banyak disiarkan di radio tetapi saya tidak putus asa kerana saya cuba mempromosikannya melalui Internet dan Facebook.
"Selain itu, saya juga sedang merancang untuk merakamkan semula lagu Luar Biasa dalam bahasa Mandarin. Saya mahu mempromosikan lagu itu di kalangan peminat dan stesen-stesen radio berbahasa Cina di negara ini pada masa depan," katanya lagi.
Ifa yang merupakan Pengarah Firaxis International Sdn. Bhd. yang menghasilkan produk-produk kecantikan Zenzoria menambah, dia berharap pendekatannya itu dapat menarik lebih banyak sokongan para peminat terhadap lagu Luar Biasa.
Ini kerana, selama menjadi jurucakap produk Zenzoria dia banyak mendampingi para pengguna produk kecantikan itu yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina di merata-rata tempat.
"Saya telah menjadi duta produk Zenzoria sejak empat tahun lalu sebelum dilantik sebagai salah seorang rakan niaga. Sepanjang tempoh itu ramai peminat terutamanya pengguna kaum Cina yang telah mengenali saya.
"Sebab itu, saya berharap selain para peminat Melayu, saya juga mahu menerokai pasaran lagu-lagu Cina pada masa depan. Mungkin ada hikmahnya apabila cabaran seperti ini berlaku ke atas saya," jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 12:49 PM | Show all posts
relevan ker die nak bersaing ngan adik sayang ahkak ita nie??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 12:51 PM | Show all posts
relevan ker die nak bersaing ngan adik sayang ahkak ita nie??
samshik Post at 28-9-2011 11:49



   sambil menyelam minum air...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 12:53 PM | Show all posts
ada mek kesah!! dua2 lagu pun x sedap!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 12:54 PM | Show all posts
kalau buat duet lagi best...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 12:58 PM | Show all posts
~ tajuk lagu sama pun nak dijadikan isu ke kalau lagu sendri tak popular..? adehh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2011 12:59 PM | Show all posts
insaf2 lah mak cik ifa oi.... shahir tue ramai peminat... ko tue.. nak kata suam2 tue tak ler... tp rasanya sejuk dah nak hampir beku....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:53 PM | Show all posts
nyanyi da la x sedap..xyah la na membazir duet bt album lg..
kumpul duet 2 lg bgus...leh g melancong ke ape ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 02:13 PM | Show all posts
nak bersaing ? mampoo ke ?
kalau ifa nak bersaing ketet dengan ahkak shahir si rcw tuh pun x mampoo kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 02:16 PM | Show all posts
bila ifa raziah nk kuar single Puk..Puk..Puk..Bapok Kertuuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 02:17 PM | Show all posts
xyah la nak salahkan station radio... da upload lagu kat internet kan...

ce tngok bape ramai lak yg download lagu ko tuh bebanding lagu shahir...

klo stakat 2-3 kerat je yg mendownload tu pun salah radio ke....

da x relevan da lagu dangdut ko tuh skarang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 02:36 PM | Show all posts
lagu luar biasa tuh sedap jugak...video clip pun best (bagi aku lah)...tapi aku langsung tak tau ifa raziah ada lagu luar biasa gak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply 12# jasmeen

hehehe..aku pun tidak menyedari adanya lagu luar biasa dendangan kak ipa ni..tak pernah dengar pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 02:54 PM | Show all posts
Ifa Raziah - Luar Biasa

   
Hanya kerna ku wanita
Kau anggap aku lemah dan tak berdaya
Pandanganku tak pernah kau kisah
Kata-katamu sering berubah
Luar biasa

(korus)
Sekali-sekala buat hatiku marah
Kau mahu ku tunduk oh caramu saja
Segala segala aku takkan mengalah
Aku tetap aku luar biasa

Kau mahu aku mengundur
Dari permainan yang telah kau susun atur
Aku tak mudah untuk kau pijak
Kerna akulah seorang wanita
Luar biasa
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 02:55 PM | Show all posts
Ipah nie kalo jadi pengacara je ok lor
buat ape nak buang duet rakam lagu baru...
rakam syok sendiri je....maseh ade ke yang minat lagu2 beliau?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 02:56 PM | Show all posts
Seandainya mengalir di sini
Yang sejernih apa yang terkunci
Pastinya di dalam tanganmu
Bagailah kasih
Hati ke hati bersemadi

Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

Luar biasa
Landah senja suria
Padamu
Lalu menusukku
Luar biasa
Suara siksa membisu
Akhirnya membunuhmu

Hidup ini puas dipenuhi
Yang sesali tiada berganti
Natijah rasa dizahiri

Bagai dimensi dan hipokrasi berselari
Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu
Luar biasa
Landah senja suria
Padamu
Lalu menusukku
Luar biasa
Suara siksa membisu
Akhirnya membunuhmu

Tanpa kata tanpa rela
Biarkannya jatuh ke riba
Takkan pudar kisah kita
Luar biasa tampak di matanya

Lalu menusukku

Luar biasa penjara
Siksa sesalan
Dikucupnya virus

Luar biasa
Landah senja suria
Padamu
Lalu menusukku
Luar biasa
Suara siksa membisu
Akhirnya membunuhmu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 03:10 PM | Show all posts
bila ifa raziah nk kuar single Puk..Puk..Puk..Bapok Kertuuu
harkktuih Post at 28-9-2011 14:16



    khennnn! iols pun tunggu gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 03:20 PM | Show all posts
Reply 17# Nadia90


    aku pun exited tuggu single ipa raziah puk..puk..puk..bapok kertu..hik..hik..mesti meletop gitu..meroyanlah c azwana alia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 03:24 PM | Show all posts
Motip sebenarnya nie nak promote produk kecantikan nieee......
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 03:39 PM | Show all posts
Ala-ala Lady GuGu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.076937 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list