dulu time skolah,kalo duduk dlm dewan mesti langut ke atas,
tengok potret sultanah bahiyah elok tergantung kat atas stage.mmg cantek sgt,gmbar hitam putih.tapi katanya skrg dah diturunkan potret tu
ummm nanti sama je macam zaman Permaisuri Selangor dulu ai dah x ingat namanya (motip ai x ingat ex Permaisuri sendiri) pakai ler bling bling camne banyak dan mewahnya tp tetap xde aura sebagai bini sultan pon... Harap2 bakal Permaisuri Agong ni reti2 ler menutup aurat ler ye, dah alang2 umo pon dah menginjak tahap monopos tu... kasilah contoh terbaik pada rakyat jelata
Raptai istiadat lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjalan lancar
2011/12/09
KUALA LUMPUR: Raptai bagi istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta hari ini, berjalan lancar.
Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Azwan Effendy Zairakithnaini, berkata persiapan bagi istiadat yang akan berlangsung pada Selasa ini, dirancang sejak tiga bulan lalu.
Beliau berkata, lebih 700 tetamu kehormat akan hadir pada istiadat itu, antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar dan kerabat-kerabat Diraja.
"Kad jemputan sudah diedarkan sejak dua bulan yang lalu dan raptai terakhir akan diadakan pada Ahad ini," katanya di sini.
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14; manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Ia adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.
Selain itu, tinjauan mendapati kawasan yang disediakan oleh pegawai istana untuk pengamal media juga memuaskan, di mana sebuah bilik media khas disediakan bagi membolehkan media membuat liputan dengan selesa.
Ruang khas bagi jurugambar dan jurukamera turut disediakan bagi memudahkan mereka mendapat gambaran dengan lebih jelas.
Istana Negara, Jalan Duta adalah tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang baru menggantikan Istana Negara di Jalan Istana. - BERNAMA