CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freekey

Ramli MS Berpindah Selepas 10 Tahun Tinggal Di Hotel..

  [Copy link]
Post time 23-12-2011 12:22 PM | Show all posts
hotel seri malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 12:22 PM | Show all posts
byk sggh duit dia ni.....duk hotel selama 10thn...awatnya xsewa umh??agknya kalau sewa umh, bsr sgt nti byk kena pk gamaknya......
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:25 PM | Show all posts
saper leh kasi info hotel maner die tinggal ngan rate skali.. akan diberi ganajran kedit
teky Post at 23-12-2011 12:09 PM



ini berita lama ...gugel ...xyah kredit ..ai xmo kredit
bilik suite d sbuah hotel kat PJ ...bilik suite 350 ke atas kannn ..sure dpt diskaun cuz secara monthly  

ARKIB : 19/07/2005               




0[url=]
[/url]

Ramli MS - Berumah di hotelOleh MUZLINA ABU BAKAR

RAMLI begitu tekun meneliti nota lagu yang baru dicipta untuk album terbaru Ziana Zain.




RAMLI MS.Tiba-tiba nama itu menjadi popular dan meniti dari bibir ke bibir para peminat rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim kedua tahun lalu terbitan Astro Ria. Semuanya gara-gara tindakan Ramli membaling pen kepada pelajar AF2, Mas.
Sejak itu, komposer yang begitu low-profile ini bukan sahaja menjadi sebutan malah duda berumur 45 tahun itu turut dipilih menjadi cover beberapa majalah hiburan.
Tetapi itu cerita dulu, cerita setahun lalu yang membuatkan para peminat Akademi Fantasia gempar dengan sikap keterbukaan Pengetua yang tampak serius tetapi sebenarnya begitu prihatin.
``Aku tidak pandai berlakon. Apa yang aku buat itulah sebenarnya.  Aku buat begitu bukan untuk menarik perhatian tetapi untuk kebaikan. Ah... lupakanlah itu kisah lama,'' pinta Ramli MS ketika ditemui baru-baru ini.
Kini, Ramli berbalik kepada sikap lamanya. Dia lebih suka mendiamkan diri dan bersikap profesional. Sebab itu tidak hairanlah apabila diminta komen tentang AF3 dia tidak mahu berkata apa-apa.
``Aku bersikap profesional. Aku tidak mahu komen apa-apa sebab aku dah tidak ada kena mengena dengan AF3. Cuma kalau ada masa kadang-kadang aku tengok,'' akuinya terus-terang.
Disebabkan kesibukannya dengan kerjayanya sebagai komposer itulah sejak bercerai dengan isterinya, Marina Thomson Abdullah (Jennifer Thompson), Ramli yang mempunyai dua orang anak Najee,  15, dan Nadia,10, daripada hasil perkahwinannya itu lebih suka tinggal di hotel.
``Sudah tiga tahun aku duduk di hotel ini. Bukanlah mahu gaya hidup mewah tetapi sesuai dengan hidup aku yang sibuk.
``Kalau aku sewa rumah pun sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan tidak termasuk api air, kena ada tukang kemas rumah. Tapi... di hotel ini mudah, ada yang tukang kemas dan aku rasa lebih selesa. Di sini sewa bulanannya pun tidaklah begitu mahal,'' kata Ramli.

Walaupun bilik suite itu sesak dengan segala barang keperluannya namun Ramli tetap rasa selesa. Sebabnya di bilik yang terletak di tingkat 15 sebuah hotel di Petaling Jaya itu menyimpan segala macam idea dan karyanya.


Bagi Ramli, kalau tidak ada tugasan dia lebih suka mengurung diri di bilik berkenaan menghasilkan ciptaannya untuk dinikmati semua.
Menurut Ramli, selepas diberi tanggungjawab mengendalikan persembahan Citrawarna baru-baru ini, kini dia menumpukan perhatian kepada penerbitan album Ziana Zain.
``Setakat ini aku sudah cipta tiga lagu untuk album baru Ziana, jika semuanya berjalan lancar tidak lama lagi Ziana akan masuk studio,'' kata Ramli yang akan bertindak sebagai penerbit album penyanyi berkenaan.
Mudah jumpa anak
Selain memudahkan tugasnya tanpa mengemas rumah, sebab utama mengapa Ramli MS lebih suka tinggal di hotel ialah bagi memudahkannya bertemu kedua-dua anaknya.
``Anak-anak aku sekolah di Sekolah Sri Petaling, jadi bila aku tinggal di sini setiap hari aku boleh jumpa mereka.
``Bukan itu sahaja, malah setiap hari Sabtu dan Ahad mereka akan datang ke bilik aku. Selalunya kami habiskan masa bersama makan-makan dan shopping.
``Walaupun aku dan Marina sudah bercerai tiga tahun, tetapi kami tidak mahu kasih sayang antara aku dan anak-anak terputus. Kami bercerai sudah tidak ada jodoh lagi, tetapi hubungan kami masih baik,'' cerita Ramli.
Menurut Ramli disebabkan hubungan rapat antara beliau dan dua orang anaknya itulah beliau berazam tidak mahu tinggal jauh daripada mereka.
``Anak-anak aku tinggal di kawasan Petaling Jaya bersama dengan emak mereka. Insya-Allah kalau ada rezeki aku nak beli rumah di kawasan sekitar itu. Senang,'' akui Ramli.
Menyentuh mengenai minat anak-anaknya, kata Ramli, kedua-dua anaknya memang meminati bidang muzik.
Bagaimanapun buat masa ini beliau lebih suka mereka menumpukan perhatian dalam bidang pelajaran.

Itu cerita dongeng
Sebelum namanya heboh gara-gara baling pen, sebenarnya di kalangan wartawan hiburan Ramli mula menjadi buruan pada 2003.
Ketika itu jangan haraplah kalau anda bertanya kepadanya tentang gosip hubungan cintanya dengan seorang penyanyi terkenal akan mendapat jawapan daripadanya.
Selain jawapan klise `no komen' Ramli lebih suka mendiamkan diri.
Bagaimanapun perjumpaan baru-baru ini, Ramli selamba menjelaskan;
``Itu semua cerita dongenglah! Aku tidak tahu macam mana cerita itu boleh keluar tetapi itu cerita dongeng.''
Menurut Ramli, dia sendiri tidak tahu mengapa cerita seperti itu boleh merebak sedangkan sebelum bekerjasama dalam sebuah konsert dengan penyanyi berkenaan dia yang bertindak sebagai konduktur konsert itu juga rapat dengan beberapa penyanyi lain.
``Aku bersama Hetty Koes Endang 19 tahun. Banyak konsert Hetty aku yang kendalikan, tidak pernah ada pun cerita atau gosip cinta sama ada sebelum atau selepas dia berkahwin kerana kami bersikap profesional,'' akui Ramli.
Bila ditanya mengenai rumah tangga, Ramli berkata:
``Buat masa ini aku belum terfikirkan tentang itu. Aku terlalu sibuk dengan kerja jadi aku tidak mahu terlalu memikirkan tentang itu semua.''

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:26 PM | Show all posts
dulu memang tau dia dok kat crystal crown..tapi tatau la skg..
selalunya kalau kita sewa service hotel ni ada special price..nak2 macam dia ni dah lebih 10 tahun..harga mesti beza..
lagipun dia mampu dan dengan lifestyle dia yg bz..memang dok harapkan service hotel buat semua..
apa pun aku lagi nak tau dia beli rumah apa..kat mana..harga rumah brapa..hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:26 PM | Show all posts
Tok Anita Sarawak pun tinggal kat otel. Rumah dia cuma di LV
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:30 PM | Show all posts
slalunya kalo stay berumah dihotel ni dapat diskaun, bkn kira ikut hari rm300/night x 30 = 9000 cenggitu. maybe after less tinggal 3k camtu je kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2011 12:31 PM | Show all posts
Tok Anita Sarawak pun tinggal kat otel. Rumah dia cuma di LV
NAT_11 Post at 23-12-2011 12:26



    Dia duk golden of horses palace kemende tu kn? Tp lps tu duk umah gak
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:31 PM | Show all posts
Tok Anita Sarawak pun tinggal kat otel. Rumah dia cuma di LV
NAT_11 Post at 23-12-2011 12:26


Anita Sarawak sudah lama tinggal dirumah sendiri di Bangsar.
Sudah banyak kali rumah dia masuk dalam majalah bahagian Deko .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 12:32 PM | Show all posts
agak2 brape pendptan sebln dia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:36 PM | Show all posts
dpd dok hotel baik la dia beli kondo...lepas tu upah maid myanmmar...tp kalu hotel sewa bulan lebih rendah ok kot...ramli ms kan mewah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:36 PM | Show all posts
Kalau long term stay kat hotel dpt harga lain..ada diskaun. Bukan kira ikut hari..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:38 PM | Show all posts
hamboi...10 tahun duduk hotel!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:03 PM | Show all posts
pernah jumpa dgn org O&G dok hotel je... sampai semua org kat hotel 2 kenal dh macam kawan2 jer.... special hoho...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:12 PM | Show all posts
mmg dah tau lama dia dok hotel........baguslah dah beli rumah

ps: dah agak freeky mesti buka thread ni{:4_182:}
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:20 PM | Show all posts
Tok Anita Sarawak pun tinggal kat otel. Rumah dia cuma di LV
NAT_11 Post at 23-12-2011 12:26


Saper tok Anita Sarawak?panjangnya umur tok dia..mak dia siput pon dh mati kan?rasa baik kak nita hantar tok dia umah org2 tua lagi bagus drpd bg duk hotel..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:20 PM | Show all posts
tak yah susah2 nak beli sabun,syampu,ubat gigi n sume tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 01:31 PM | Show all posts
a'ah dia mmg dok kat crystal crown pj pun..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:32 PM | Show all posts
Reply 35# cicicumel


    ko memang debump.....jgn la ko ckp mak nita t dah mati..kasar sgt bahasa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:39 PM | Show all posts
bazir jek kan...tp dia mampu x pe la...best la dok otel...balik2 jek...org dh kemas kan bilik...dia balik tido jek...nk mkn order jek dr bilik pe de hal...

sure dpt murah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:59 PM | Show all posts
dia dok crystal crowne sbb dulu iols ada event kat situ..skali..tgh amek makanan..iols nampak sorang pakcik pakai kain pelekat pakai selipar berborak mesra ngn waitress..

dalam hati i..apalah tak beretika org ni pi hotel pakai selipar ngn kain pelekat..dah lama baru i prasan la....RAMLI MS rupanya..

hotel tu dah jadi rumah dia dh..takda hal nak turun pakai kain pelekat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.371737 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list