CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6170|Reply: 55

[LA RACE] assignment 1 - INSOMNIA ~~ team SR <ocean&farouk>

 Close [Copy link]
Post time 27-2-2012 09:30 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by oceanflavour at 28-2-2012 00:18

INSOMNIA?? APE TU??


Tidur adalah amalan yang penting bagi setiap individu kerana ia memberi kesegaran dari segi mental dan fizikal. Kita menghabiskan 1/3 daripada hayat kita untuk tidur. Seseorang yang mempunyai masalah tidur harus mendapat nasihat doktor pada peringkat awal. Keperluan tidur setiap orang adalah berbeza. Walaupun kita semua manghadapi kesukaran tidur dari masa ke semasa, biasanya ini adalah sementara. Kesukaran tidur boleh menjadi gangguan mental sekiranya ia berlaku pada setiap malam sehingga mengganggu aktiviti harian. Insomnia adalah gejala utama berhubung dengan gangguan tidur (sleep disorder).

Antara gejala-gejala insomnia yang di kesan adalah :
sukar untuk memulakan tidur
sering terjaga dari tidur di waktu malam dan sukar untuk tidur semula
bangun terlalu awal pada waktu pagi
tidak rasa segar bila bangkit dari tidur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2012 09:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by oceanflavour at 28-2-2012 00:19

Jenis- jenis Insomnia



Insomnia sementara


Mengalami masalah tidur kurang daripada satu minggu. Antara sebab-sebab insomnia ini termasuklah bekerja mengikut syif dan tekanan perasaan.

Insomnia jangka pendek


Mengalami masalah tidur selama sebulan. Antara sebab-sebabnya termasuk perubahan persekitaran seperti dirawat di hospital, pertukaran kerja atau persekitaran tempat kerja, masalah keluarga dan masalah kesihatan.

Insomnia kronik


Merupakan gangguan serius yang dialami lebih daripada sebulan. Mengikut kajian, lebih kurang 1/3 hingga 2/3 pesakit yang mengalami insomnia kronik mengalami masalah mental.

Kesan-Kesan Insomnia

Penyakit ini membawa implikasi kurang baik dalam kehidupan kita contohnya:
lewat bangun
gagal menghadirkan diri pada satu-satu perjumpaan
ketinggalan kelas
selalu mengantuk di siang hari
ketidakupayaan berfungsi dengan cekap diwaktu siang
:@mudah tersinggung dan marah
kemurungan
sering hilang tumpuan
tertidur semasa bekerja, makan, berbual atau memandu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by oceanflavour at 28-2-2012 00:19

Punca Insomnia??

Umur meningkat tua.
Berpenyakit seperti sesak nafas, kerap buang air kecil dan menanggung kesakitan.
Cemas atau murung.
Suasana bising dan tidak selesa.
Tekanan perasaan /stres di rumah atau di tempat kerja


Selain itu, aku nak share gak antara punca lain yang boleh menjerumus kepada gejala insomnia ni seperti yang dibincangkan oleh forumer lain. Antara ialah:

1. Meminum minuman berkafein~~


Uolss..jgn minum kopi atau teh atau berkafein selepas pukul 2 pm keatas..bukan waktu malam ke atas...sila jgn minum kafein dari kol 2pm sbb kesan kafein amat pjg smpi ke malam..itamrazali
Say no to coffee. Kalau nak minum jugak, pagi saja. Lepas t/hari tok sah...imcacim
oh ye,elakkan caffein sedaya mungkin..kalo leh,5pm ke atas jgn amek caffein langsung..auntie_girl


**So, elakkanlah meminum minuman berkafein ni kalau anda memang tak biasa minum sebab boleh menyebabkan anda berjaga dan susah untuk tidur pada waktu malam.. Seelok-eloknya minumlah pada waktu pagi saje kalu taknak terjadinya imsomnia..

2. Suka tidur siang~~


Tapi sbb masa tido pon x menentu & suka tido siang...solstice


make sure jangan tido siang...farahanafarah


**Tidur siang ni tak elok sangat la sebab bila kita dah banyak tidur siang, malam kita jadi susah nak tidur sebabnya kita dah berehat secukupnya pada waktu siang...

3. Berasa bimbang yang bukan-bukan/terlalu banyak berfikir~~


I notice makin kita worry pasal tidur, makin tak boleh tidur...irisha  
sy mengalami masalah ni jugak ni.nak kosongkan pikiran tu agak susah tuuu...bulanpurple
kat skolah penah 3 ari jugak xtdo..fikiran bersrabut...evita_ina

Masa aku pejam mata tu, macam-macam mari dalam kepala aku, kerja - bukan fikir pasal dateline ka apa ka, sesaja dia mari, fikir pasal kereta - bukan kereta ada masalah pun. Pasal game lah.. Bayang-bayang masa muda-mudalah, camana kalau aku jadi billionare lah, jadi artis ka etc adehh.. bukan aku yang NAK fikir, dia datang sendiri...Awang Ganu


**Lagi banyak berpikir, lagi susah nak tidur.. kesimpulannye, sebelum tidur tu, cuba jangan banyak berfikir... Makin pikir, makin stress.. bila stress, susah la nak tidur..



ini merupakan tred rujukan kami...


http://mforum.cari.com.my/viewth ... ;highlight=insomnia
http://mforum.cari.com.my/viewth ... ;highlight=insomnia
http://mforum.cari.com.my/viewth ... ;highlight=insomnia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by oceanflavour at 28-2-2012 00:20

So? Camne Nak Atasi Masalah Ni??

Terdapat banyak cara atau petua yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah kesukaran untuk tidur(insomnia) ini.. Namun, tidak semua cara itu berkesan terhadap seseorang individu. Setiap individu mungkin berlainan caranya... Jadi, bolehlah anda pilih mana-mana satu daripada tips-tips di bawah..

  • Tetapkan waktu tidur yang sama setiap malam [Sekiranya setiap malam kita tidur pukul 9.00 malam, cuba amalkan selama seminggu dan kekalkan waktu tersebut.. Sekiranya ingin menukar waktu tidur, lakukan perlahan-lahan dan secara berkala supaya otak dapat set supaya tidur pada waktu yang telah ditetapkan]
  • Pastikan tempat tidur yang selesa dan persekitaran yang sesuai [Sebelum tidur tu kalau boleh, kemaskanlah tempat tidur.. PAkai cadar yang baru dan bersih, pastikan pengudaraan baik, ada kipas/air cond, gunakan lampu tidur untuk kesan tidur yang lebih maksima]
  • Jangan fikirkan apa-apa masalah sebelum tidur [SEbaik-baiknya, lupakan semua masalah sebelum tidur.. Setkn dalam minda bahawa "Aku mahu tidur" dan jangan cuba untuk memikirkan apa-apa masalah]
  • Lakukan senaman ringan pada siang hari [Apabila bersenam pada waktu siang, badan akan cepat letih.. Badan yang letih;disebabkan banyak menggunakan tenaga, akan menyebabkan kita berasa mudah untuk tidur di malam hari.. Amalkan berjoging atau bersenam setiap hari]
  • Jika anda tidak boleh tidur, jangan baring di tempat tidur dan memikirkannya. Bangun, baca buku, dengar muzik atau minum susu panas, selepas itu baring semula di tempat tidur. [Ada forumers yang menyarankan untuk membaca buku yang membosankan seperti buku pelajaran/buku sejarah, ada juga yang menyarankan membaca bacaan ringan seperti komik.. Mendengar muzik yang menenangkan juga boleh membantu dalam proses hendak tidur]
  • Menggunakan aromaterapi [Terdapat banyak aromaterapi yang dijual di pasaran dan mudah didapati dengan harga yang berpatutan. Aromaterapi seperti minyak lavender adalah antara yang paling popular digunakan kerana wangiannya boleh menenangkan fikiran..]
  • Melalui petua-petua orang tua
  • Membaca zikir/doa tertentu
  • Tidur dlam keadaan gelap [Hadis ada menceritakan mengenai perkara ini :
    Dari Ibnu Umar, bahwasanya Rasululluh bersabda, “Janganlah kalian meninggalkan api yang menyala ketika kalian tidur.” (HR. Bukhari no. 6293)
    Dari Jabir bin Abdullah, bahwasanya Rasululluh bersabda, “Matikanlah lampu-lampu di waktu malam jika kalian hendak tidur dan tutuplah pintu-pintu, bejana serta makanan dan minuman kalian.” (HR. Bukhari no. 6296 dan Muslim no. 2012)]

orang kata, bau lavender boleh buat kita mengantuk. so cari la aromatherapy yg berbau lavender. lotion pun boleh, johnson & johnson ada lotion lavender. pewangi bilik yg ambi pur (letrik) tu pun boleh. ataupun chamomile...NEMESIS

amik 3 ulas bawang putih, buang kulitnya. goreng tanpa minyak, jangan terlalu garing. kemudian tumbuk bawang putih tu, tambahkan air suam. selawat 3 kali, kemudian minum. Insya Allah, berkesan. seorang sahabat aku pernah mengalami masalah tak tido selama beberapa bulan. selepas mengamalkan cara ni, Alhamdulillah, beliau terus dapat tido dengan nyenyak. apapun, kita hanya berikhtiar, Allah yang menentukan.. cubalah..kaychek_koksey

kalo aku laa, kasik badan penat...
contohnye bersenam petang tuu sampai dekat maghrib
malam pas mandi, makan n solat biasanye senang sangat nak lena
lagi-lagi malam tu bila baring sambil berzikir... jap jer lena... hehe..syaiful

bace ayat kursi b4 tdo..pastu bace bismillah 21 kali..Flora_anggun

1. Pasang lagu piano atau lagu tido.. (kalu nak, PM gua)
2. Main sudoku, membaca atau cari perkataan tersembunyi(beli buku dia)..Aktiviti yang gunakan otak leh watkan kita cepat tido time baring2.
3. Tarik nafas 8 saat, tahan 4 saat, hembus 8 saat..wat banyak2 kali, lebih kurang 30 kali kerr..Ni kira cam nak masuk mode tido, atau meditate~..neednottoknow

awak cuba try minum air ECPI 2...sbb mak saya pun alami mcm 2 juga... lepas minum air 2 dia dah blh tidur.... try la....asnita

Cubalah memakan kurma.kurma bukan sahaja untuk berbuka puasa, tetapi mengandungi banyak khasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan.Ini disebutkan sendiri di dalam hadis Nabi S.A.W
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by oceanflavour at 27-2-2012 23:31

Banner Kami


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 09:31 PM | Show all posts
iols kasik thread neh 255 RP dulu sb blm siap
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2012 09:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by oceanflavour at 27-2-2012 22:59

diharapkan foremer berdaftar bod PP dan super moderators dapat berikan komen yg positif mengenai tred ini...


dan minta jasa baik rakan2 Di' CAri La' Race supaya TIDAK mengomen / membuat apa2 post di tred ini... thank u...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 11:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 27-2-2012 23:40

info yg sgt padat especeli bab mengatasi masalah susah nak tidor tu

harp tips nih dpt membantu aku yg mengalami imsomnia sementara nih akibat berporum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 11:09 PM | Show all posts
cukup 500 words ke krgn ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 11:13 PM | Show all posts
cukup 500 words ke krgn ni?
juju_amin84 Post at 27-2-2012 23:09



    cukup la kalu termasuk yg quote tu... Quote tu sebahagian daripada karangan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 11:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 11:21 PM | Show all posts
cukup la kalu termasuk yg quote tu... Quote tu sebahagian daripada karangan...
oceanflavour Post at 27-2-2012 23:13



   tmbh lg info thread mn laks jd rujukan neh ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 11:24 PM | Show all posts
tmbh lg info thread mn laks jd rujukan neh ?
juju_amin84 Post at 27-2-2012 23:21



    dah tambah!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 11:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 27-2-2012 23:41

sgt menarik dan cantik cara persembahan..... esok nak baca.... simpan dl..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 11:49 PM | Show all posts
info yg sgt padat especeli bab mengatasi masalah susah nak tidor tu

harp tips nih ...
babablec Post at 27-2-2012 23:06



   tq babablek..kim salam ngan adek ye
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 11:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-2-2012 00:20

info yg sgt menarik


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2012 12:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-2-2012 00:20

Berilmiah dah good info


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:15 AM | Show all posts
salam.

1) tajuk.... ejaan yg betulnya adalah insomnia

2) 'Mengikut kajian, lebih kurang 1/3 hingga 2/3 pesakit yang mengalami insomnia kronik mengalami masalah mental.' kajian mana & kajian siapa ya? maaf. rasa agak 'offended' dengan statement 'masalah mental' tu. haha.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 00:55

arap2 teknik2 dalam ni membantu diri ku heheheheh tq tq


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 12:17 AM | Show all posts
arap2 teknik2 dalam ni membantu diri ku heheheheh tq tq
krepek_pisang Post at 28-2-2012 00:16



   eheh..tenkiu tuan krepek  hehe  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.279487 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list