CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8967|Reply: 40

WH sakit hati dgn lagu MULUT LONGKANG - BRENDA haha

[Copy link]
Post time 15-3-2012 08:21 AM | Show all posts |Read mode
ambooi2... terasa la plak. selalunya org yg buat salah mmg akan terasa. kalau tak salah, takde sapa nak terasa pon. contoh kalau org mengata aku mencuri. tapi aku tak curi apa dan aku mmg dah tahu aku tak salah, takde la nak melompat2 marah. sebaliknya kalau org tu mmg pencuri, bila dituduh mencuri, dia mesti marah sebab org dok sindir dia . terasa la katakan ahaha..

dah mmg Wartawan Hiburan WH perangai mmg suka sebar fitnah, mengada2 nak layanan lebih, bila org buat lagu, sakit ati pulak... yg WH dok tuduh org sana sini dalam paper tu , artis tak sakit ati ke? tak pikir ke benda tu? bila kompem salah, ada mintak maap ke kat artis? mmg takde nye nak mintak2 maap ni kan.

VDO KLIP :



‘Adakah itu salah saya?’
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MULUT Longkang, lagu ciptaan Jasnie Mohd Yaakob dan lirik karya Sheikh Qalam adalah sebuah karya yang kontroversi ketika ini.

Andai diamati, liriknya berbaur sindiran, cuba mengutuk dunia kewartawanan, padahal golongan itu membantu pembangunan negara termasuk kemajuan industri hiburan.

Penggunaan judul yang tidak mencerminkan kesopanan rakyat Malaysia menyebabkan sambutan lagu itu agak dingin putarannya di radio.

Bahkan jika ada sekalipun radio memainkannya, judul lagu itu jarang atau tidak disebut sama sekali kepada pendengar memandangkan fungsi radio sebagai media elektronik sama seperti media cetak yang bertanggungjawab memajukan masyarakat.


Dek gara-gara kontroversi lagu berkenaan, Brenda Anura Lundo Jamin, 18, selaku pelantun lagu itu terkena tempiasnya, sekali gus terjerat dalam situasi serba salah.


“Adakah itu salah saya? Sebagai penyanyi, saya hanya cuba menyanyikan lagu itu dan tidak pernah menyangkakan kesannya. Pada saya, apa saja kontroversi yang tercetus disebabkan lagu itu, perlu diajukan kepada komposer dan penulis liriknya. Saya bukan orang yang tepat untuk memberikan komen,” katanya.

Berasal dari Kudat, Sabah, fokus utama Brenda untuk mencapai impiannya sebagai penyanyi dan komposer atau ‘singer - songwriter’ satu hari nanti. Dia juga berharap, Mulut Longkang yang dipertaruhkan sebagai single pertama tidak akan menjejaskan kemunculan single terbarunya, Manusia Biasa.

Manusia Biasa adalah hasil ciptaan Yovie & Nuno, malah lagu itu pernah dirakamkan artis Indonesia berkenaan. Brenda turut diberi mandat menyanyikan semula lagu Gerimis Mengundang nyanyian Zamani Slam untuk filem dan pementasan teater muzikal kelak.

Filem Gerimis Mengundang akan menjengah pawagam sekitar Mei ini manakala teater bakal dipentaskan pada 27 Mac sehingga 8 April.

Tidak hanya menyanyi, gadis tinggi lampai itu dikhabarkan turut terbabit dalam beberapa babak yang memerlukannya menyanyi.

“Saya orangnya cepat gementar apabila berada di atas pentas walaupun sudah banyak kali membuat persembahan. Saya tidak dapat bayangkan berlakon dan menyanyi serentak nanti di pentas teater berprestij iaitu Istana Budaya. Saya harap dapat mengatasi gemuruh dan jauh di sudut hati sebenarnya teruja dengan peluang diberikan,” katanya.

Bernaung di bawah Erama Records, pemilik wajah comel itu yang meminati irama balada dan country ini mula menyanyi seawal berusia lima tahun dan mula serius lapan tahun kemudian ketika berusia 13 tahun.

Sewaktu di tingkatan satu, Brenda mendalami permainan gitar dan sepanjang tempoh lima tahun menguasai instrumen itu, lebih 20 lagu berjaya dihasilkan.
Hampir keseluruhan lagu berkisar pemerhatiannya terhadap keadaan sekeliling.

Tambah membanggakan, belumpun namanya menyerlah sebagai penyanyi, Brenda sudahpun diberi kepercayaan menghasilkan lagu buat juara Akademi Fantasia 9, Hazama yang berjudul Cinta Atas Tar. Lagu itu karya Jasnie manakala Brenda bertindak sebagai penulis lirik.

“Saya tertarik bermain gitar selepas melihat bakat abang saya. Mereka mencabar saya tetapi tidak pernah pula mengajar saya. Justeru, saya belajar bermain sendiri dan lagu pertama yang saya cipta ketika sedang bersedih.

“Sebuah lagu berjudul Not A Top Girl adalah lagu yang saya dedikasikan khas buat dua sahabat saya. Mereka adalah kawan baik tetapi berlainan saiz. Seorang berwajah cantik dengan tubuh langsing manakala seorang lagi berbadan gempal,” katanya.

Bekas pelajar aliran Sains di SMK Pinawantai, Kudat itu baru saja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia memperoleh keputusan membanggakan, 4A, 4B dan 2C+.

Menetap di Kuala Lumpur sejak April lalu, anak ketiga daripada tujuh beradik itu juga sepupu kepada Marsha Milan Londoh. Bagaimanapun, Brenda akui tidak begitu rapat dengan Marsha.

“Bapa saya dan Marsha adik-beradik. Sejak orang tua saya bercerai, saya dijaga ibu dan disebabkan itu, saya tidak begitu mengenali atau rapat dengan keluarga sebelah ayah termasuk Marsha. Saya hanya sedar kami bersaudara ketika Marsha menyertai AF3.

“Apabila ramai tahu, ada yang menganggap saya cuba menumpang popularitinya.
Walaupun kami tidak rapat, saya tetap bangga dengan kejayaan Marsha tapi itu tidak bermakna saya mahu menumpang namanya,” kata Brenda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 08:39 AM | Show all posts
klon stacy
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:46 AM | Show all posts
cuba mengutuk dunia kewartawanan, padahal golongan itu membantu pembangunan negara termasuk kemajuan industri hiburan


nobody's perfect.. But it seems like reputz ni always right..tak ade yg salah..tak boleh ditegur..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:55 AM | Show all posts
lantak dier ler nak wat lagu guane pon eks
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 09:14 AM | Show all posts
membantu pembangunan negara katanyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 09:17 AM | Show all posts
WHP laa kaki klentong paling besar dlm mesia nih sbb 1malaya baca bahan tulisan dia...voleh gitu??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2012 09:31 AM | Show all posts
aku x pernah tahu pun lagu nie...waaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 09:49 AM | Show all posts
ahhahaha...tak senang duduk WH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 09:56 AM | Show all posts
sentap kah?.....
choy sgt.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 10:03 AM | Show all posts
WH who? ce esplen lebih sket.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 10:05 AM | Show all posts
Bekas pelajar aliran Sains di SMK Pinawantai, Kudat itu baru saja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia memperoleh keputusan membanggakan, 4A, 4B dan 2C+.



result SPM dah keluar ke? ke result trial? ke dia amik SPM 2 tahun lepas?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2012 10:39 AM | Show all posts
Reply 10# madura


    setakat ni, Sume WH perangai sama. jubir ketua kot hua hua hua
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:35 AM | Show all posts
wartawan sentap lebih plak..kalau dia menyentapkan org takper..ntah apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:49 AM | Show all posts
1st single dah kna kondem...2 la,kondem lg wartawan2 mlysia ni. wrtawan kn raja....hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2012 08:25 PM | Show all posts
wartawan tak boleh dikutuk. wartawan mengutuk sebar fitnah tu boleh. sebab diorg ada lesen
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 09:13 PM | Show all posts
Da artikel ni pun da memang sama dengan apa yang digambarkan dalam lirik lagu. Lagu ni tak cakap kata tujukan kat wartawan hiburan?

Dah kalau terasa haruslah sentap kan.. rolf!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 10:14 PM | Show all posts
wartawan ni hebat sgt ke? harus dipuja bagai.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:14 PM | Show all posts
perlu ke nak marah hanya pada lirik lagu
take it easy and professional
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:54 PM | Show all posts
Lirik Lagu Mulut Longkang -Brenda Londoh

Manisnya mulut bijak berkata
Siapa mendengar pasti kan terlentok
Macam … bisanya tempo
Mengiku rentak oh goyang di..

Sedap mengata menjaja cerita
Siang dan malam semua kau kelentong
Depan kau kipas belakang kau belasah
Tak agak-agak sampai hati bengkak

(Korus)
Kau mulut longkang suka mengganyang
Pribadi orang siapa yang kau nak temberang
Seluas tempayan luas lagi mulut kau
Mengata orang ikut tekak kau

Ingatlah pesananku cakap siang pandang-pandang
Janganlah jadi mulut longkang..


x der sebut wartawan pun. lirik ni general, sape2 pun boleh. makcik2 yg kepoh pun blh jadik jugak. pehal nak sentap2. dah sah2 wartawan mulut longkang, sbb tu terasa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 12:28 AM | Show all posts
ooo WH tu wartawan hiburan rupenyer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.066629 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list