CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12398|Reply: 71

aisha sendu juara bintang rtm 2012

[Copy link]
Post time 9-7-2012 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Aisha Juara BRTM 2012

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI (qayumazizi@thestar.com.my)


Aisha dinobatkan juara Bintang RTM 2012. - Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Peserta kelahiran negeri Pahang Darul Makmur, Aisha Masnamimi Safia@Shafie (Aisha) dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir Bintang RTM (BRTM) 2012pada malam Ahad.

Persembahan mantap dan penuh penghayatan Aisha, 23, menerusi lagu Kisah Hati nyanyian asal Alyah dan sebuah lagu baru ciptaan Omar K dan Slen berjudul Fantasia berjaya menambat hati enam juri profesional.

Malah sorakan para hadirin yang teruja dengan aksi persembahan menarik Aisha turut menggamatkan Auditorium Perdana, Angkasapuri tempat berlangsungnya BRTM 2012.

"Saya tidak menjangkakan berjaya menjadi juara kerana persaingan sengit daripada peserta lain tambahan pula pada awalnya saya memang tidak terpilih ke peringkat akhir.

"Alhamdulillah, rezeki memihak kepada saya," kata Aisha pada sidang akhbar selepas pertandingan akhir itu selesai.

Selain bergelar juara, Aisha juga turut menerima anugerah Bintang Paling Popular BRTM 2012 dan pemilihan adalah berdasarkan undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton.

Aisha menerima hadiah daripada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (dua, kanan) dan isteri, Datin Seri Maznah Rais (dua, kiri). Turut kelihatan Ketua Setiausaha KPKK Datuk Kamaruddin Siaraf

"Kemenangan menerusi sistem juri dan sms serentak cukup membuatkan saya terkejut namun berbesar hati dipilih dalam kedua-dua kategori itu," ujarnya.

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Fitri Hakim Omar Walid (Fitri), 19, sementara Mohd Hafsham Noordin (Hafsham), 25 merangkul tempat ketiga.

Kategori Persembahan Terbaik dimenangi oleh peserta dari Sarawak iaitu Christine Chua Yea En, 16, menerusi persembahan hebatnya menyampaikan lagu Sekilas Senyumanmunyanyian Fauziah Latiff dan lagu ciptaan terbaru oleh Adnan Abu Hassan berjudul Cinta Semalaman.

Pada pertandingan itu, kesemua enam peserta diberikan dua tugasan iaitu menyanyikan lagu pilihan sendiri dan lagu baru yang dicipta khas untuk mereka.

Buat permulaan, single terbaru mereka itu akan dimainkan di semua stesen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkuatkuasa hari ini (Isnin).

Enam juri profesional yang mengadili BRTM 2012 ialah Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Johari Salleh, Fransisca Peter, Syafie, Jenny Chin dan Sharon Paul.

Dalam sidang akhbar, menurut Mokhzani, pemberian markah adalah berdasarkan kawalan suara sebanyak 80 peratus; potensi (10 peratus); serta persembahan dan penampilan (10 peratus).

Lain-lain peserta yang membawakan lagu masing-masing termasuk Fitri dengan Cinta Bukan Pelangi dan Bila Resah; Hafsham (Kata Maaf dan Percayalah Sayang); Aree (Mencintaimu dan Inginku Miliki) dan Shazia (Cinta Adam dan Hawa dan Cinta Tanpa Mu).

Persembahan setiap peserta diiringi oleh Orkestra RTM.

Penyampai radio Nasional FM, Muazanazzudin Mohamed (Muaz) tampil bersama Linda Onn selaku pengacara bersama pertandingan akhir itu.

Fitri, Aisha dan Hafsham

Pertandingan itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Azharina, Siti Sarah, Ramlah Ram dan Alyah.

Dalam perkembangan lain, sebagai juara BRTM 2012, Aisha membawa pulang sebuah kereta Cherry Tiggo, wang tunai RM20,000, rantai dan loket bernilai RM5,000, telefon pintar Samsung Galaxy Note, jam tangan Casio berserta trofi dan sijil.

Naib juara BRTM 2012, Fitri memperolehi wang tunai RM10,000, trofi dan sijil, rantai dan loket bernilai RM3,000, telefon pintar dan sebuah komputer riba dan jam tangan Casio.

Hafsham sebagai pemenang ketiga BRTM 2012 meraih wang tunai RM5,000, trofi dan sijil, barangan kemas bernilai RM2,000, telefon pintar Samsung S11 dan jam tangan Casio.

Untuk kategori Persembahan Terbaik, Christine mendapat pakej percutian ke Natasya Resort, Cameron Highlands, Limo Ride ke destinasi percutian bernilai RM5,000, barangan kemas berserta trofi dan sijil.

Aisha yang memenangi Bintang Paling Popular (undian SMS) turut membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan sijil, sebentuk cincin dan pakej penginapan tajaan Asia Room.

Tiga pemenang saguhati mendapat wang tunai RM3,000, trofi dan sijil, telefon bimbit Samsung dan jam tangan Casio.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Ini bermakna, Aisha telah mengikut jejak langkah Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Rohana Jalil, M. Rizal, Azharina Azhar dan Izwan Pilus menempa nama melalui program ini.




motiffffffffffffffff????

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2012 08:09 PM | Show all posts
Tahniah
Meletopp sangat BRTM tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:10 PM | Show all posts
Ini bermakna, Aisha telah mengikut jejak langkah Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Rohana Jalil, M. Rizal, Azharina Azhar dan Izwan Pilus menempa nama melalui program ini.  ...
afifirosli91 Post at 9-7-2012 20:03



    10 nama juara sendu depa x sebut nama....
Dok ulang sudirman, ramlah ram, CT....

Sapoww ingat juara tahunn lepas?????

Tahun lepas ada ke????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 08:12 PM | Show all posts
10 nama juara sendu depa x sebut nama....
Dok ulang sudirman, ramlah ram, CT....

Sapow ...
solstice Post at 9-7-2012 20:10



   nok janji dorang bahagia, bagi hiburan dekat warga pprt dan felda yang x mampu langgan astro. warga kl pun ade jah x langgan astro, x mampu katanyer, anak 10 orang, kahwin sepuluh tahun laki tiap2 ari nak tetek tetek tetek, last2 bini jadi mangsa jadi kilang sampai monopos
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:14 PM | Show all posts
sedap x sorenye?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:15 PM | Show all posts
ada tetengok skit mlm td...dgn asap2 nya time nyanyi....
very 80's
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2012 08:16 PM | Show all posts
sendu sgt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:17 PM | Show all posts
Walaupun sendu, berjaya jugak bawa balik RM20k.....Ko ada?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2012 08:22 PM | Show all posts
Walaupun sendu, berjaya jugak bawa balik RM20k.....Ko ada?
Kebabomb Post at 9-7-2012 20:17


I likeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:24 PM | Show all posts
sesendu rtm,hahaha...
tp dpt 20k kire ok ape
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:26 PM | Show all posts
ade jugak undian sms ye. tak nampak pon iklan2 nak promote...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:29 PM | Show all posts
sekampung ngan CT ker
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:40 PM | Show all posts
Dia ada bakat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:43 PM | Show all posts
Wahhh bertambah lagik sorang geng nenek siti neh... :
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:57 PM | Show all posts
vokal aisha ni sedap ye...dia bawak lagu Alyah Kisah Hati. Lagu baru dia pon not bad. Sekurang2nya vokal dia jauh lebih sedap daripada bebudak AF/mentor yang berangan je lebih...paling best dia dapat kereta! Chevrolete kot..

tapi macam biasala, penonton kat malaysia ni pon sendu. Lagi sendu daripada finalis2 BRTM..kot ye pon bagi la sorakan sikit biar nampak happening..sabo je la
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 09:05 PM | Show all posts
bagila peluang kat dia.......mana tau kot2 esok boleh top.
dulu iols suka rina azhar yg suara husky tuh..batch ngan arwah izwan pilus kalo tak silap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2012 09:06 PM | Show all posts
tertengok sekejap semlm. ada segmen tribute utk juara2 lepas. ada minah ni (tak tau nama) pakai baju sebijik mcm baju cik ta masa party stail eh! ( ke apa tah) bebaru nih. kelas brtm wakakaka!!! gosipnya .... mcm baru sgt party tuh, sempat ker basuh gaun tu???
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 09:29 PM | Show all posts
ada tetengok skit mlm td...dgn asap2 nya time nyanyi....
very 80's
PEPPERMAN Post at 9-7-2012 20:15



    mungkin depa guna tema retro 80's
Pakaian pon ala2 pesen 30 tahun dulu jahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 09:31 PM | Show all posts
wujud lagi ke bintang RTM

fefeeling nnt akan jd spt tokti kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 09:32 PM | Show all posts
Walaupun sendu, berjaya jugak bawa balik RM20k.....Ko ada?
Kebabomb Post at 9-7-2012 20:17



    20k??????

Sayangnya...

Lagi baik depa bagi hadiah 5k jahhh
15k lg upah consultant utk imej & set yg sendu tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.255566 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list