CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8361|Reply: 47

SUAMI JADI PENJAMIN - MINTA PENDAPAT

[Copy link]
Post time 25-8-2012 12:05 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...

Nak mintak pendapat semua.Dipendekkan cerita suami saya shared partner dengan sorang ni.Saya nama kan dia ISA.Suami saya ni ada company dengan ISA. ISA ni jenis org yg lemah lembut,cakap pon sore rendah jer.pendek kata baik hati la kalau org tengok

Suatu hari ISA ni ajak suami saya ke sebuah company pinjaman berlesen ni.ISA ni bgtau suami saya yg dia nak buat pinjaman 3 ratus ribu dengan company pinjaman berlesen ni dan nak gunakan nama company husband saya dan ISA ni la.Suami saya ni pulak atas dasar percaya kawan, bendul lagi pon setuju la tanpa banyak soal.ISa ni janji dia kan bayar semua hutang tu tapi suami saya just jadi witness saje.tapi rupanya suami saya tu dijadikan guarantorr...


Nak dijadikan cite selepas 2 tahun berlalu...company husband saya denga isa ni tutup.Rupanya Si ISA ni tak bayar pon hutang dengan compay pinjaman berlesen ni..so dapatlah surat pi mahkamah....pi mahkamah la suami saya dengan isa ni...hakim pon ckp deal lah dengan company pinjaman berlesen tu brapa yg boleh bayar.ISA ni ckp kat suami saya dia kaan bayar...

Tapi memang ISA celaka ni tak bayar langsung.So company pinjaman berlesen ni upah Debit Collector untuk kejar suami saya untuk bayar hutang tersebut.DC ni suruh suami saya bayar 100 ribu kalau tak dia kan mufliskan suami saya.

Persoalannyer di sini, bolehke nak mufliskan suami saya.Saya sekarang bimbnag sbb rumah yg kami beli tu ade nama saya dan suami..Hidup kami tak tenteram.Saya pon banyak bergaduh dengan suami pasal benda ni

Saya ada bgtau suami saya supaya discuss direct dengan company pinjaman berlesen tu, tapi suami saya bgtau DC tu bgtau company pinjaman berlesen tu suruh DC yg settleka hal ni..

Tolonglah..mcm mane nak selesaikan..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2012 07:08 PM | Show all posts
wsalam mummyhakim

mmg inilah ciri2 tipikal seorang conman.. perwatakan baik2, ckp sopan santun, berbudi perkerti utk menyembunyikan agenda sebenar mereka.. (kalau terang2 tunjuk sifat buruk mereka, sudah pasti bakal mangsa mereka dapat menghidu niat yg tak baik itu dan cabut lari drpd perangkap yg mereka pasang).. dan terlalu byk kes kawan makan kawan..

errr.. apa2 urusan pinjaman syarikat milik bersama suami puan dan ISA ni, sudah pastilah ianya dianggap sebagai pinjaman bersama2.. no such thing as ISA pinjam & suami puan hanya jadi saksi sahaja sedangkan pinjaman dipohon melalui kapasiti syarikat dan bukannya ISA seorang sebagai atas kapasiti individu.. tujuan pinjaman juga meragukan kerana jumlah yg dipinjam RM300k tetapi tak dinyatakan samada utk tujuan business expansion, capex expenditure ataupun operational expenditure..

kes ini mmg rumit kerana melibatkan pinjaman melibatkan jumlah wang yg byk.. jawapannya YES kompeni pinjaman berlesen tu mmg boleh mufliskan suami puan sbb jumlah minimum RM30k dan jumlah yg terhutang RM100k, so bila2 masa je dia boleh instruct lawyer dia begin proceeding dan lodge kat jabatan insolvensi di putrajaya..

mmg keadaan nih sukar bagi sapa2 pun.. tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. berkenaan dgn rumah tu, better puan pegi check kat pejabat tanah mana tahu kalau2 kompeni pinjaman berlesen nih dah masukkan private caveat kat geran.. kalau takder lagi, masih ada jalan utk pindah hakmilik tu ke atas nama puan atau anak2 utk mengelakkannya diliquidate oleh jabatan insolvensi..

utk kes2 berat mcm nih saya cadangkan puan dpt kan professional opinion drpd financial consultant kerana mereka lebih arif dan berpengalaman mengendalikan kes2 seperti ini.. setiap kes berbeza antara satu sama lain dan berbeza jalan penyelesaiannya.. nanti sy pm kan detailsnya kpd puan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2012 10:05 PM | Show all posts
dasatgiler posted on 25-8-2012 07:08 PM
wsalam mummyhakim

mmg inilah ciri2 tipikal seorang conman.. perwatakan baik2, ckp sopan santun, b ...

en dasatgiler,

tima kasih banyak2..utk pengetahuan dasatgiler, memang tak tau ke mana si ISA ni gunakan duit 300 ribu tu, sbb bila di tanya banyak benar alasannyer.

Loan tu berjumlah 300 ribu tapi separated loan. satu 200 ribu. satu 100 ribu. yg 100 ribu sudah dapat surat judgemental iaitu surat dari court. Bermakna kalau tak bayar dorang boleh proceed muflis kan. Yg lagi 2 ratus ribu masih tak dapat surat dari mahkamah dan dari company pinjaman berlesen tu. Tapi DC sudah mintak suami bayar dalam 150 ribu dulu.

Rumah yg saya duduk sekarang ni masih dalam loan, boleh ke tukar nama? Private caveat tu apa?

Boleh ke kalau kalau berbincang dengan company pinjaman berlesen tu mintak kita nak bayar bulan2 pada company tu?



Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 10:37 PM | Show all posts
company sdn bhd ke? company x bleh tutup klu ada loan..n lg loan company x bleh kacau harta pemilik.melainkan enterprise je..ke aku salah konsep?? huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 01:38 AM | Show all posts
Ya lah betul tu ....
Jenama company dulu yang nak tau...
Samada Enterprise atau Sdn Bhd atau Bhd ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 01:40 AM | Show all posts
Jika pinjaman yang di buat adalah dalam salah satu perjanjian tertulis Director's Guarantee maka masalahnya akan bertambah berat lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2012 07:43 AM | Show all posts
nak kongsi citer pasal penjamin yg baru je 'ribut' dlm family aku masa raya baru2 ni...

kira2 11 tahun yg lepas, abah aku menjadi penjamin kedua pelajaran (MARA) kpd sepupu aku (anak kakak mak aku). penjamin pertama ialah emak dia sendiri (makcik akulah). tahun demi tahun berlalu, lepas grad, mendapat keje dan berkahwin, sepupu aku ni buat derk je akan hutang dia....sampai la bulan puasa ari tu abah aku kena blacklist (sepupu aku dan mak dia opkos la kena blacklist sekalik). Yg geramnya, banyak kali dah surat hutang tu sampai kpd abah aku dan setiap kali itulah dia ingatkan sepupu aku supaya bayar hutang MARA, tapi sepupu aku buat bodoh je....seolah2 perkara ni takde apa2 pada mereka....day before raya itu hari,adik perempuan aku yg bekerja kat luar negara balik beraya dan telah bertegas kpd sepupu aku supaya langsaikan sebahagian hutang tersebut. caranya, adik aku booking tiket flight utk bercuti kat Bali, nak bawak abah dan mak aku sekali, lalu tunjukkan tiket tu kpd sepupu aku dgn berkata "ko kena bayar....aku nak bawak mak bapak aku pegi oversea. ko tahu kan orang yg diblacklist tak boleh keluar negara?? jadi skrg aku tak nak dengar apa2 alasan lagi...benda ni dah bertahun2...SILA BAYAR"

so terpaksalah sepupu aku bayar. lepas tu siap tarik muka masam dan sentap2. padahal, sapa yg salah? sikit pun tak rasa bersalah menyebabkan abah aku diblacklist. nak minta maaf tu jauh sekalilah selfish ya amat.

dia bukannya takde duit, awal tahun ni siap pegi umrah lagik...pastu tiap2 tahun tukar kereta. seingat aku tak pernah pun beli kereta 2nd hand, semuanya kereta baru. pastu duduk serumah dgn mak bapak dia. dah save sangat2 dah tu. entah apa la alasan tak nak bayar hutang MARA. anak dua orang. tak risau ke kalo anak2 tu nanti susah nak dapat pinjaman belajar gara2 rekod buruk mak dia?

pengajaran: tak usahlah baik hati nak menjamin orang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2012 09:21 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 30-8-2012 01:38 AM
Ya lah betul tu ....
Jenama company dulu yang nak tau...
Samada Enterprise atau Sdn Bhd atau Bhd . ...

Company tu Sdn bhd

Petang ni nak pergi kat company pinjaman tu..nak bincang pasal mende ni....


Harap2 semua berjalan lancar dan doakan yg terbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2012 10:25 PM | Show all posts
Minta di lihat akan dokumen perjanjian tentang pinjaman tu ... kemudian baru bincang jika betul atau diamkan dulu ( katakan I'll get back to you later ) dan kemuidian minta pendapat forummers di sini ....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2012 10:47 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 30-8-2012 10:25 PM
Minta di lihat akan dokumen perjanjian tentang pinjaman tu ... kemudian baru bincang jika betul atau ...


tdi dah pegi company loan tu..so rupanya company tu panggil Debit Collector suruh bincang dengan kitaorg dulu..rupanya si ISA (conman tu) dah bagi cek 150 ribu(akan clear pada 17hb September ni). Debit Cpllector tu ckp mmg loan tu kena dibayar oleh husband saya dan ISA..Bahagi 2. So loan 300 ribu, sorang bayar 150 ribu..Nama ISA akan di take out sbb dia dah bayar. So balance lagi yg 150 lhusband saya kena bayar dalam masa 6 bulan!

Org di company pinjaman tu suruh kami deal dengan Debit Collector..doarng malas nak layan.

Saya ada surat perjanjian tu.x silap saya memang ada tulis Director Guarantee...


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 11:40 PM | Show all posts
Okay ...
Kita lupakan dahulu DC tuh ...masih ada 6 bulan ...
Pertanyaan lagi ...
Berapa banyak pengarah yang ada di dalam syarikat ?
Berapa banyak syer ( saham dalam syarikat ) yang suami Puan pegang .... ?
Berapa banyak syarikat kah Isa menjadi pengarah ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2012 02:05 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 30-8-2012 11:40 PM
Okay ...
Kita lupakan dahulu DC tuh ...masih ada 6 bulan ...
Pertanyaan lagi ...

pengarah syarikat ada 2 orang iaitu ISA dgn husband saya

tak silap syer ISA 60% husband saya 40%

Setau saya banyak juga ISA jadi pengarah syarikat..tapi x pasti brapa syarikat

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 05:18 PM | Show all posts
kalau gitu maknanya Isa harus bayar 60% pinjaman tersebut daripada suami Puan ... bukan nya equal share ... ini berpandukan kepada director's guarantee ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 05:56 PM | Show all posts
Syarikat di tutup adakah dengan perintah mahkamah atau saja sendiri tak berniaga ( domain ) ?
Jika syarikat di tutup sendiri maka segala asset boleh di tuntut oleh syarikat peminjam dan dinilaikan dan di tolak dengan nilai pinjaman. Sekali lagi kena lihat syarat pinjaman ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2012 10:21 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 31-8-2012 05:18 PM
kalau gitu maknanya Isa harus bayar 60% pinjaman tersebut daripada suami Puan ... bukan nya equal sh ...


ya betul tu.Sepatutnya ISA kena bayar 60%.Dan itu yg suami saya cakapkan pada company pinjaman berlesentu .Tapi dorang cakap kena bayar separuh2...
So apa patut kami buat yer radzaccess..

Dan company tu skarang masih wujud. Dan suami saya cakap director dalam company tu sudah ditukar kepada nama org lain.Dah x der nama ISA dan suami saya

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 09:23 AM | Show all posts
Bagaimana pulak pengarah syarikat asal boleh di tukar kepada yang lain kecuali ada company's resolutions ?
dan jika syarikat di tukar pengarah bermakna ada pembelian saham saham termasuk hutang hutang yang sedia ada , walaupun ujudnya directors guarantee..mmm ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2012 11:33 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 1-9-2012 09:23 AM
Bagaimana pulak pengarah syarikat asal boleh di tukar kepada yang lain kecuali ada company's resolut ...

kalau saya telefon company secretary boleh tak untuk sayatanyakan ada x company resolutions...?

apa cadangan rdzaccess?

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 05:02 PM | Show all posts
Yep, boleh...apa apa hal boleh tanya ngan company secretary ... kalau Puan tak boleh dapat maklumat kerana Puan bukan seorang pengarah maka mintalah suami Puan berurusan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2012 10:26 PM | Show all posts
rdzaccess posted on 1-9-2012 05:02 PM
Yep, boleh...apa apa hal boleh tanya ngan company secretary ... kalau Puan tak boleh dapat maklumat  ...


rdzaccess

katakanlah kalau betul nanti ada company resolutions apa yg patut saya buat?

sbb company pinjaman tu dah x nak bertolak ansur dah.yg penting bg mereka nak dapatkan duit mereka sahaja.ISA pon dah lepas tangan kerana bila ISA dah bayar separuh company tu alan take out nama dia dari loan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2012 10:32 PM | Show all posts
Kalau ada company resolution maka dari sini bolehlah di buat penghakiman atau proceeding mahkamah di mana nanti salah satu cara untuk melambatkan pembayaran pinjaman dan mungkin boleh menyebabkan Isa harus membayar semuanya ...

Company resolution selalunya ada menyebutkan untuk apa wang tersebut di gunakan kerana ia adalah luar dari aktiviti procedure syarikat dan sudah tentu ada kelulusan BOD dan di catatkan oleh C S untuk di hantar kepada SSM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.207977 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list