CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155846|Reply: 1375

DURI [AFIQ MUIZ,SHERA AYOB,IZZUE ISLAM][ADAPTASI NOVEL FAUZIAH ASHARI][A.PRIMA]

[Copy link]
Post time 18-11-2012 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Drama 15 episod bakal ditayangkan di Astro Prima Disember ni.

*update: akan mula bersiaran pada 12 Disember 2012 di Astro Prima pukul 5 pm.  (tikammmm Afiqqq!! kata kat twitter 13hb mula)
**apa??? pukul 5 pm? iols xtau dalam slot apa ni

Pelakon2:
Afiq Muiz - Muzhaffar Zaman (Zhaf - abang)
Izzue Islam - Hazim Fikri (adik)
Marisa Yasmin (mak)
Hafizuddin (ayah)
Shera Ayob - Nur Amalsufi (Sufi)
Sharifah Sakinah - Nur Adamnuri (Nuri)


Video Promo:



description kat video promo:
Mengisahkan tentang niat membalas dendam antara dua keluarga kerana masa lampau. Semuanya bermula apabila Sufi mengahwini Muzaffar kerana ingin membalas dendam akibat kisah lama. Sufi tidak tahu Muzaffar juga mempunyai niat yang sama, ingin membals dendam terhadap keluarga Sufi kerana ditinggalkan oleh Nuri adik Sufi. Adakah rancangan mereka akan berjaya ataupun mereka akan kalah pada perasaan cinta yang semakin menebal di dalam hati.

Saksikan drama bersiri Duri, setiap Isnin hingga Khamis, 5 petang di Astro Prima (105)

Poster Duri:


Sinopsis (petikan interview Izzue Islam): (sumber)
"Duri ialah sebuah drama adaptasi daripada novel tulisan Fauziah Ashari. Saya membawakan watak Hazim yang terlibat dengan konflik cinta. Orang yang dicintai akhirnya menjadi kakak ipar sendiri," ujarnya tentang drama 15 episod yang bakal bersiaran di Astro Prima kelak.

Dia mengaku teruja dalam masa yang sama merasakan watak Hazim adalah satu watak yang cukup berat untuknya. Perlu dalam keberadaan emosi membuatkan dia berasa Hazim harus dilakari sebaik mungkin.

"Saya baca novel Duri dua kali. Saya sebenarnya bukan pembaca novel tetapi untuk memahami jalan cerita, saya rasa ini persediaan yang perlu saya lakukan. Saya mahu khalayak rasa apa yang Hazim rasakan seperti mana yang mereka visualkan sewaktu membaca novel Duri," kata Izzue yang mahu mendekati Hazim sedekat mungkin.

Penulis skrip:
Rozie Rashid (sumber)














all credit for piccas go to instag: @afiqmuiz, @marisa19mym


Last edited by ahkiluz on 29-12-2012 11:20 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2012 06:57 AM | Show all posts
Sinopsis Novel Duri



Ia mengisahkan kekuatan di jiwa Nur Amalsufi (Sufi) yang ditinggalkan oleh kekasihnya, Hazim Fikri. Kekentalan jiwanya bertukar sakit hati yang parah di mana bagaikan ada duri yang sentiasa mencucuk-cucuk sekeping hatinya. Sufi sentiasa berada dalam kesakitan selagi 'dendam' tidak terlunas. Dendam apabila bukan sahaja ditinggalkan oleh Hazim tetapi Durrah iaitu ibu Hazim telah menjadi punca ibunya koma sehingga menemui ajal.

Bermula kisah yang tragis itu, dan apabila peluang terhidang di hadapan mata, dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Adiknya Nur Adamnuri (Nuri) yang terpisah sejak kecil kerana dibela oleh ibu tiri mereka rupanya sedang asyik mahsyuk bercinta dengan Muzhaffar Zaman (Zhaf) iaitu abang kepada bekas kekasihnya..

Suatu hari, Nuri melarikan diri daripada majlis perkahwinan yang dirancang dan diketahui oleh umum demi mengejar cita-citanya di luar negara.

Fathurrahman buntu dan berasa malu dengan sikap anak bongsunya, meminta pertolongan Sufi untuk menjadi pengantin kepada Muzhaffar. Sufi dengan rela hati bersetuju demi melunaskan dendamnya terhadap Durrah. Sufi merancang untuk menyakiti perasaan Durrah dan akan berpisah dengan Muzhaffar sebelum Nuri pulang ke tanah air.

Perancangan demi perancangannya sememangnya semakin mudah apabila Muzhaffar meninggalkannya untuk mencari Nuri setelah beberapa hari mereka bernikah. Ketiadaan Muzhaffar membolekannya bekerja dengan bapa merntuanya, Hasif. Kelicikan Sufi menyebabkan bapa mentuanya jatuh cinta padanya. Durrah pula lumpuh dan hanya berkerusi roda. Mahalh tanpa disengajakannya, Hasif dan Durrah juga bercerai talak tiga.

Namun, Sufi masih tidak puas. Dia merancang untuk punya anak pula dengan Muzhaffar demi adanya keturunan keluarga Durrah dari warisan keluarganya yang dihina oleh Durrah dahulu. Kepulangan Muzhaffar tanpa Nuri buat hati Sufi menjadi nakal. Dia cuba goda suaminya dalam diam hingga Muzhaffar jatuh cinta padanya. Muzhaffar yang berasa keseorangan dan kian jauh dari Nuri mudah terpesona. Muzhaffar mula membandingkan dua beradik itu dan lama-kelamaan hatinya pula terpikat dengan Sufi.

Keadaan menjadi genting apabila Sufi disahkan hamil dan dalam masa yang sama Nuri pulang ke tanah air untuk memiliki semula kekasih hatinya, Muzhaffar. Muzhaffar serba-salah dan Sufi juga serba tak kena kerana dia sayangkan adiknya, Nuri. Dalam waktu sama, bibit-bibit cintanya terhadap suaminya mula tercipta tanpa sedar....

Sumber
Last edited by ahkiluz on 19-11-2012 06:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 12:23 PM | Show all posts
pakcik tu pakcik kaka honeyda la kiluz

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 12:25 PM | Show all posts
ahkiluz posted on 19-11-2012 06:57 AM
Sinopsis Novel Duri

besh novel ni...iols dh baca tp x ingat ending dia camne
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 01:53 PM | Show all posts
skang ni, semua dah berlumba2 nak wat drama adaptasi dari novel kan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 01:54 PM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 22-11-2012 12:23 PM
pakcik tu pakcik kaka honeyda la kiluz

a'ah.. apa nama dia, hafizuddin kot kalau tak silap..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2012 02:09 PM | Show all posts
tiewa posted on 22-11-2012 01:53 PM
skang ni, semua dah berlumba2 nak wat drama adaptasi dari novel kan..

mungkin sykt2 produksi tahu kot ramai pembaca nobel n citer2 yg diadaptasi dari novel kebanyakannya menjadi fenomena
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 06:13 AM | Show all posts
tiewa posted on 22-11-2012 01:54 PM
a'ah.. apa nama dia, hafizuddin kot kalau tak silap..

Okeh, dah edit nama pakcik tu.. tenkiu @tiewa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2012 06:16 AM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 22-11-2012 02:09 PM
mungkin sykt2 produksi tahu kot ramai pembaca nobel n citer2 yg diadaptasi dari novel kebanyakanny ...

kena pandai adaptasi. kalau silap & x kena cara adaptasi, mau jadik sendu & lemau macam Bicara Hati tu. novel bestseller tp cerita adaptasi nya nan hado..... tapi Nora Elena tu yg novel nya iols x pernah tau pun boleh hit
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 08:19 AM | Show all posts
ahkiluz posted on 23-11-2012 06:16 AM
kena pandai adaptasi. kalau silap & x kena cara adaptasi, mau jadik sendu & lemau macam Bicara Hat ...

nora elena tu tajuk novelnya x sama ngan tajuk drama kan?.... drama yg dira ngan bam wemy bakon tu pom adaptasi jgk kan? tk ingat tajuk apa...tp hancusss jgk drama tu..novel kemain lg besh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 08:42 AM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 23-11-2012 08:19 AM
nora elena tu tajuk novelnya x sama ngan tajuk drama kan?.... drama yg dira ngan bam wemy bakon tu ...

aah, tajuk novel lain Nora Elena tu... Kasih Yg Suci rasanya tajuk dia, iols x penah baca novel nya.

drama tu tajuk Kau Untukku kan? iols rasa mcm pernah baca, novel Aisya Sofea tuuu... tp dah x ingat cite nya mcm mana....
mmg sendu pun drama nya.... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 08:50 AM | Show all posts
wah, abam izzue dapat watak psiko lah !!! cepat uols ahkiluz demi abam izzue dengan abam afiq nih !!!

hari tu iols bace status fb fauziah ashaari, katanya heroin dia dira abu zahar !!! nasibaik dah tukar !! i loike !!!

harus dan wajib layan sbb ni pun nobel fav iols...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 08:54 AM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 22-11-2012 12:25 PM
besh novel ni...iols dh baca tp x ingat ending dia camne

novel fav iols nih !!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 08:59 AM | Show all posts
saaya posted on 23-11-2012 08:50 AM
wah, abam izzue dapat watak psiko lah !!! cepat uols ahkiluz demi abam izzue dengan abam afiq nih !! ...

ntah2 btol kot dira jd heroin (sufi)...yg sheera tu ambik watak adik sufi (nuri)
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 09:10 AM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 23-11-2012 08:59 AM
ntah2 btol kot dira jd heroin (sufi)...yg sheera tu ambik watak adik sufi (nuri)

tak mungkin ! dan tidak mahu ! tak sesuai !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 09:12 AM | Show all posts
saaya posted on 23-11-2012 08:50 AM
wah, abam izzue dapat watak psiko lah !!! cepat uols ahkiluz demi abam izzue dengan abam afiq nih !! ...

harus lew pantas ... hehe.. tapinya series ni tayang kat astro prima, harap2 ada yg share kat tenet.

byk gak dorang berdua ni bakon sama; Aishiteru, Senyuman di KL, Tudung Tweet, Mimpi Cinderella.

tp mcm x sesuai je dorang ni jadi adik badik dalam Duri ni. muka xde iras
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 09:12 AM | Show all posts
saaya posted on 23-11-2012 09:10 AM
tak mungkin ! dan tidak mahu ! tak sesuai !

kalo btol sepattt p hantor petisyen ke produksi drama nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 09:19 AM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 23-11-2012 08:59 AM
ntah2 btol kot dira jd heroin (sufi)...yg sheera tu ambik watak adik sufi (nuri)

yeahhh!! tau dah sampe jadik nuri..... jeng jeng jeng


caption pic ni: #drama #duri #filmmaking #sleep silentmomentfromnuri



cilok dari instag marisa (marisa19mym)


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 09:21 AM | Show all posts
ahkiluz posted on 23-11-2012 09:19 AM
yeahhh!! tau dah sampe jadik nuri..... jeng jeng jeng

sampe nih? bukan bdk yg bakon spa Q tu ke?

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 09:26 AM | Show all posts
ahkiluz posted on 23-11-2012 09:12 AM
harus lew pantas ... hehe.. tapinya series ni tayang kat astro prima, harap2 ada yg share kat ...

harus demi abam berdua nih... hehe... iols pun berharap jugak ade kt tenet

haha, pun boleh lah. iols ternanti izzue jadi giler nih... hahaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.088913 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list