CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DumBell

(koleksi dari pengalaman sebenar)Rezeki

  [Copy link]
Post time 10-10-2021 09:26 PM | Show all posts
terbaik bro dbell...jaga diri selalu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2021 09:56 AM | Show all posts
DumBell replied at 15-9-2021 02:22 AM
Assalamualaikum pembuka bicara....

Mengurut...

Kalau disusun dengan elok seperti ini, senang nak baca.

Assalamualaikum pembuka bicara.

MENGURUT


Pagi itu, aku sakit pinggang, mungkin kesan sampingan lama akibat kemalangan dan terbabas semasa menunggang motosikal di masa dulu.

"Aduihh, kebas pinggang aku... berdenyut dan menyucuk-nyucuk haa," aku mengomel di depan Zul (bukan nama sebenar) sambil mengurut-urut pinggang dan bahagian belakang badan.

"Loh, mu sakit pinggang ke Din?" soal Zul dengan muka serius.

Aku tersenyum sambil memandangnya. Dalam hati aku teringat kisah Nabi Musa A.S dan Allah azza wajalla. Cerita tentang Allah bertanyakan, apa yang dipegang Nabi Musa itu adalah sebatang tongkat? Aku lantas mengiyakan sahaja pertanyaan Zul dan bertanyakan sama ada dia mengetahui tempat-tempat untuk berurut. Menurut Zul, ada satu tempat berurut di Jalan Kebun (Klang ke Shah Alam, berdekatan dengan kilang roti Gardenia, perjalanan dalam 40 minit). Kami pun tetapkan masa untuk pergi pada waktu malam dan membawa seorang lagi rakan yang berada di perumahan berdekatan Kilang Gardenia itu, sebab dia pun nak berurut sekali.

Disebabkan hari itu adalah hari Selasa, tukang urut menolak untuk memberi perkhidmatan mengurut. Aku terpaksa mengambil jalan kedua iaitu makan ubat tahan sakit Ponstan 500mg sebanyak dua biji untuk menghilangkan rasa sakit yang menyucuk itu.

Keesokan harinya, Zul mengambil aku di rumah dan menuju ke rumah Abang Epy. Sebaik memasuki kawasan perumahannya yang melalui jalan berdebu dan berlekuk-lekuk, kami tiba di depan rumahnya. Kawasan perumahan itu kelihatan seperti ada dua baris sahaja sebab kami bergerak pada waktu malam. Kelihatan di jalan, lori roti balik ke kilang. Aku pun turun dari kereta dan terpacak di pintu pagar rumah Abang Epy.

Alangkah terkejutnya aku,posisi sebelah rumahnya condong dan senget. Nampak dengan jelas, rumah semi-D nya sebelah senget.

"Assalamualaikum.. Ooo Asalamualaikum Abang Epy. Kitorang dah sampai ni," panggil ku dari luar pagar walaupun aku tahu Zul sedang menghubungi dari dalam kereta. Sudah terbiasa dengan adat Melayu lama (memberi salam / memanggil dari luar). Ramai yang anggap aku kolot, biarlah.. janji rock!

Pintu sliding rumah dibuka, nampak Abang Epy keluar dan mencapai kasutnya di rak sebelah kiri. Kami memberi salam dan berborak. Aku sempat bertanya kenapa rumahnya senget.

"Abang Epy, sorry nak tanya kenapa rumah senget sebelah kanan? Teruk sangat sengetnya," tanyaku bodoh-bodoh alang pintu.

"Itulah, silap aku juga. Dah beli rumah ni, tak sabar nak buat ubahsuai. Terbang RM50,000," terangnya.

Aku merenung dia sedalam-dalamnya, dia seolah-olah mengerti lalu menyambung lagi. "Masa nak meratakan tanah aku pun tak tahu. Patutnya sebelum melantai dulu, kena pasak kayu bakau sebab kawasan ini kawasan paya gambut. Dah siap dan senget, baru tahu. Ini kalau nak buat balik kena roboh semula dan pasak kayu bakau, baru tak turun dan senget," jelasnya lagi.

"Ooo..." sekadar melopong mendengar penjelasannya. Dalam hati, Alhamdulillah dapat rezeki ilmu baru. Aminn.

Selepas menghabiskan sebatang rokok, kami meneruskan perjalanan ke rumah tukang urut yang selalu dikunjungi oleh Zul. Sampai di lokasi, tukang urut sudah menunggu sebab Zul sebelum itu telah membuat temujanji dengannya. Mula-mula Zul masuk berurut, agak lama juga.. lebih kurang dalam dua jam. Jam menunjukkan pukul 11 malam dan Zul akhirnya keluar. Giliran Abang Epy pula masuk, juga mengambil masa yang lama. Mata aku berkerdip-kerdip kesat, minta rokok untuk menghilangkan rasa mengantuk sambil berbual dengan Zul yang memuji-muji perkhidmatan tukang urut itu, bagus, sedap dan molek sambil menunjukkan isyarat tangan. Tidak lama selepas itu, Abang Epy pun keluar dengan tukang urut itu yang datang melepak bersama. Hati aku dah berdebar-debar.

"Relax jap bang, penat. Dari tadi dah.. 15 orang datang berurut," katanya dengan nada penat yang menghilangkan rasa debaran di hati aku.

Selesai dia meneguk teh susu yang dihidangkannya tadi, "Aaa jom bang, giliran abang pula," katanya sambil bangun. Aku mengekorinya ke bilik mengurut. "Nah, pakai kain pelikat ini bang dan tanggal semua baju, spender tak payahlah," dia gelakkan aku sebab aku tanggal semua dalam kain pelikat yang hujungnya aku gigit dengan gigi. Aku tersengih sebab tak tahu.

Aku disuruh baring dan bermulalah sesi mengurut. 'PRUPP! PRAPP!' dengar sendi aku meletup, berpinar sekejap mata. "Haa masuk dah engsel lari sikit. Lama dah ni, kemungkinan tisu akan koyak ni," terang si tukang urut dan dia masih mengurut di bahagian pinggang, betis dan kaki sampai di belikat.

"Abang, minta duduk dan membelakangi saya boleh?" pintanya. Aku turutkan saja sebab dalam keadaan meniarap dengan muka di bahagian lubang (katil urut), aku terus bangun dan duduk bersila.

"Err bang, minta maaf. Saya nak bagitahu yang saya ni guna khidmat 'khadam' untuk mengurut," katanya sambil mengurut bahu aku. Aku terkejut lalu menoleh, "Haah" itu saja yang aku balas sambil dia berhenti dari mengurut bahu. "Iya, saya guna khidmat khadam. Khadam ni saya beli di Perak dengan harga RM20,000 juga untuk mengurut. Mana tahan bang, satu hari 20 orag. Kerbau pun boleh tumbang," jelasnya lagi.

"Aik? Dah tu kenapa beritahu saya tuan?" soal aku.

"Sebab khadam saya tak nak tolong saya mengurut abang. Tu, dia berdiri di tepi langsir tu. Ikut kata guru saya, kalau jumpa kes macam ini, kena minta izin tuan badan untuk mengurut," katanya.

"Alamak?! Saya pun tak tahu dan saya izinkan tuan untuk mengurut saya sebab sakit sangat," jawabku.

"Okay bang, terima kasih. Abang nak tengok khadam saya?" katanya sambil memegang bahu untuk memulakan sesi mengurut yang terbantut tadi.

"Eii, tak payahlah tuan. Karang tak pasal-pasal saya tidur pengsan," ujarku membuatkan kami berdua ketawa.

Lama juga dia mengurut sambil-sambil itu dia mengajar teknik mengurut di urat dada fungsinya apa, tapak kaki dan cara untuk setting bone sikit-sikit. Selesai mengurut, dia berkata, "Dari mula tadi sampai selesai khadam tak nak urut. Abang bagi saya RM150 sajalah". Aku keluarkan duit dari dompet dan memberikan jumlah yang dipinta. Aku genapkan bayaran RM200 sebagai tanda berterima kasih kerana membantu menghilangkan kesakitan di bahagian pinggang aku.

Dalam perjalanan pulang ke rumah Abang Epy berkata, "Bagus dia mengurut, walaupun mahal RM250, tetapi sedap dan kena dia urut". "Alhamdulillah bang, Allah bantu hambaNya dengan takdir kita bertemu si pengurut tu," amiin. Dalam benakku berbicara sendiri, masih ada lagi ke jual beli khadam di zaman moden ini? Gajet ke hulu ke hilir.. Wallahualam. Ilmu orang lama sukar ditebak guna peralatan canggih.

Tamat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2021 01:42 PM | Show all posts
assalamualaikum,lama rasanya dbell tak menulis sbb sibuk dgn hal lain..
kisah ni dah ada org cerita..tapi dbell refresh balik sbb yg melukis dan yg melihat sendiri penampakan bentuk tu di kota gelanggi..bkn di selangor..makanya bukan org selangor je la yg nampak,seluruh semenanjung la kut..dan yg dtg pada arwah mengugut supaya jgn berlaku kekecohan jika tak mau hilang keluarga dan keturunan(ni sekadar apa yg dikatakan org terdekat) wallahualambissawab...

dgn lafaz bismillah..

Dari dalam kereta lagi aku rasa tak selesa..ku cuba tenangkan diri dgn zikir lipat bumi(sebenarnya maksud zikir ni..kita ralit dgn bacaan bacaan ayat al quran,surah lazim,zikir munajat sambil berfokus bawa kenderaan,berjalan kaki,duduk kepenatan dll sampai tak ingat ruang dan masa..sedar2 dah sampai..masa tetap sama cepat atau lambat bergantung keadaan situasi)

tetapi diri ini tak terfokus,terasa ada je gangguan di jiwa..lalu aku membuka siaran radio yg tak berapa jelas dek kerana ganguan frekuensi,maklum la..highway..malam pulak tu..kata org berjalan malam jimat minyak..entah lah,,hahahaha
sesampainya aku di perkarangan rumah mak..aku tutup enjin kenderaan dan tidur di anjung rumah sbb taknak mengejutkan mak dari tidur..moga dgn tindakan aku ini dpt la sikit berkat redha dari mak...bak kata ustaz..kita sebut "ah" sikit je dah ke neraka..ini kan pula mengejutkan mereka dari tidur yg enak..
pagi itu aku terdengar bebelan mak.."ei engko ni..balik tak bagi tau,dah tu tidur dkt luar pulak tu..apa lah.."bebel mak..aku tersenyum senyum menahan bebelan mak sambil mata terkedip kedip menahan pedih dari bangun tidur..tapi aku rasa malam tadi tidur mcm tidur sungguh..sedap je bangun walaupun tidur beralaskan mozek cokelat..aku bingkas bangun dan mencapai kain sal(towel) yg diletakkan mak ku di dinding anjung..selesai mandi,mak ku dah siapkan cekodok goreng garing buat ku..hahaha..lahapnya aku makan..nikmat tak terkata,asyiknya dgn cicahan kuah asam pedas semalam di perangat balik..

selesai makan, aku duduk di beranda sambil seorg perokok melakukan teknik merokok.."assalamualaikum" tiba2 suara dari depan mengucap salam,aku membalasnya dan menyuruh masuk sbb adab melayu mcm adat kaum arab mekah,madinah,syiria..suka memuliakan tetamu(perasan tak?)rupanya seorg gadis datang mencari mak ku.."masuk lah"pelawa ku sambil bergegas ke dalam rumah mencari mak dan mencapai kaca mata.."mak,oo mak..ada org datang,che ah tak kenal siapa..ujar ku pada mak yg sedang menyiang sayur pucuk paku..

aku buat Uturn ke anjung(beranda rumah) dan memanggil gadis itu.."eh laa..engkau rupanya" sambil menghulurkan tangan.."ye saya pak lang..mak sarah mana?..kata masayu.."tok mak ada tu tengah menyiang sayo " kata ku membalas pertanyaannya..ni ayu nak tanya..mak suruh dtg tanya ubat batuk tak lepas..."ooo'" gi la ambil kt pasu tepi rumah tu..pokok ati-ati daun hijau tu..blender,tapis minum..ucap ku..
eh dia pulak buat u turn dah separuh rumah dia berjalan..terus menonong ke selipar kt luar rumah..tergelak besar aku lihat gelagatnya...
aku membontotinya sbb aku tau kang dia tanya aku mana satu pokoknya..aku mempercepat langkah dan menunjukkan pokoknya sebelum masayu terpinga2 melihat sekampung bunga yg mak ku tanam di laman rumah.."ha..ni ha pokoknya..terangku padanya..oo..tima kasih pak lang"ucap nya..rojer balas ku sambil bergerak kejalan sbb terdetik nak melepak ke rumah sahabatku yg berdekatan...

salam sabri..ucapku..haa 'ah'bila sampai? tanya awie..hahaha pagi tadi kol 1 pagi balas ku..
ko balik ni aku dah 5 hari teringat kat ko sbb bak tanya soalan.."alamak..soalan senang2 la,jgn susah2,tak lulus puspakom nanti,ucap aku berseloroh..ku lihat awie memberhentikan kerja mengait sampah..dan terus masuk rumah..aku tunggu di luar,seketika kemudian dia membawa segulung kertas bersampulkan envelope besar..ni ah..apa dia?..aku lihat ada kertas cokelat berukuran A4 yg bertulis dan bergambar..hmmm..sambil duduk..aku berfikir.."wie,mna ko dapat ni?.."arwah punya..ada org dtg rumah nangis2 dan menyuruh bapak aku ikut dia dan bila diorg balik bapak aku bawak menda ni.."hmm mmg tulisan tangan arwah bapak ko ni awie..dan mmg ada tertulis ttg kisah tergempar akan terjadi pada thn 100?..aku rasa valid ni awie sbb org dulu kira bkn 1992..ni tulis lepas 96 akan senyap..100 bermula kisah tergempar..terang ku sambil dada ku berdegup kencang..dlm hatiku,MasyaAllah aku jumpa pelukis sebenar penampakan awan di langit..tapi tertulis melihatnya di awan barat daya kota gelanggi..aku membelek-belek lukisan lama itu dan ada juga penerangan ttg kes buang janin akan berlaku seperti org membuang sampah merata..Allahuakhbar..bisik hatiku..lama aku termenung..sambil aku membelek..aku terbaca penerangan ttg 2 org bertelagah dan bersalaman..ditulis..ugama seperti nyanyian,pak imam alim2 bergaduh dgn mazahab masing masing keberuntungan pada pendzolim..botol air dan botol arak,singapura bercantum dgn semenanjung(pemimpin akan di fitnah seluruh keluarganya dgn petanda terakhir hukuman nya berada di singapura)orang memilih arak (non muslim)dari air bersih(muslim)memimpin negara...
wallahualam..
aku termenung dan meminta izin utuk mengabil gambar pada helaian kertas..tetapi kertas penerangan ditegahnya sbb dia memegang amanat arwah(org gelanggi kawan arwah ayahnya)..jgn sebar kalau taknak anak keturunan ko hilang...

aku bingkas bangun dan berjalan pulang..sambil dibenakku berputar berfikir.."kenapa Allah memberikn teka teki ini pada ku..dan mmg ada ke persatuan/kumpulan(hidden hand) yg mencegah kekacauan ini?mereka tak ubah mcm kita segak,berserban..silap2 lebih handal ilmu agama dari kita..tapi kenapa?..teka teki tu masih aku mencari jawapannya..harap kita dalam lindungan rahmat dan redha-NYA..aminn..kematian arwah ayah sahabatku biarlah kita menggangap kemalangan kenderaan biasa sahaja walaupun pemandu lori itu dilepaskan oleh pihak berkuasa sbb dijamin dan terlepas hukuman(bak kata informer.,masih hidup tapi sakit buah pinggang serta dihalau famili bini tua dan famili bini muda)..kita berdoa agar mereka yg terlibat berada dlm golongan yg beriman dan beramal soleh sama ada yg hidup atau yg telah pergi..amiin

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2021 01:47 PM | Show all posts
Rockafella replied at 14-10-2021 09:56 AM
Kalau disusun dengan elok seperti ini, senang nak baca.

Assalamualaikum pembuka bicara.

salam tuan..maaf,dbell kurang pandai nak aligiment tulisan kalau menulis pakai henpon..dan terima kasih membantu meng ejaskan penulisan..moga hidup tuan/puan sekeluarga diberkati ,dirahmati dan dilindungi rahmat dan redha ALLAH..amiin..terima kasih sekali lagi bos ku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts

dbell post lukisan ni je lah.. yang lain2 boleh guna pakcik gugel.. assalamualaikum..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2021 01:58 PM | Show all posts
DumBell replied at 9-12-2021 01:54 PM
dbell post lukisan ni je lah.. yang lain2 boleh guna pakcik gugel.. assalamualaikum..

salam momod..mcm mna nak buat watermark?..boleh buat watermak cari.com tak?..kalau momod boleh buat minta post dan dbell akan delet gambar asal..tq

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak baca cerita dbell…. Kain sal tu arwah mak selalu sebut hihi…. Welcome back tq mencerikan hari hari kami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
juliesha replied at 14-12-2021 10:06 PM
Lama tak baca cerita dbell…. Kain sal tu arwah mak selalu sebut hihi…. Welcome back tq mencerikan  ...

salam..
Allahummafirli dzunubi,.. waliwalidaiya warhamhuma kama robbayyani soghiro.. amiin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
DumBell replied at 15-12-2021 07:12 PM
salam..
Allahummafirli dzunubi,.. waliwalidaiya warhamhuma kama robbayyani soghiro.. amiin

Salam….. terima kasih dbell….
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 02:04 PM | Show all posts
Salam...

Dh lama tk masuk thread ni,rupanya ada bnyak gak cerita2 baru dr TT
Semoga TT dirahmati dan dilindungi rahmat dan redha ALLAH..amiin

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
soul_fly replied at 4-1-2022 02:04 PM
Salam...

Dh lama tk masuk thread ni,rupanya ada bnyak gak cerita2 baru dr TT

salam semoga kita semua dibawah lindungan redha dan rahmat Allah.. amiin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
juliesha replied at 14-12-2021 10:06 PM
Lama tak baca cerita dbell…. Kain sal tu arwah mak selalu sebut hihi…. Welcome back tq mencerikan  ...

welkam juga sahabat mps semua..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
salam.. sebenarnya ada 2 janji yg dbell tak tertunai lagi..
1.kisah abg ju kena sorok hantu masa main nyorok2 bulan puasa
2.kisah perjalanan dbell dari jerantut ke kuala berang(ni janji dgn kak wawa rasanya, lupa dah.. huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
DumBell replied at 6-1-2022 12:31 PM
salam.. sebenarnya ada 2 janji yg dbell tak tertunai lagi..
1.kisah abg ju kena sorok hantu masa mai ...

tapi sbb studi dan kekangan kerja.. nanti dbell tulis sikit2.. risau jugak takut bersambung sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 02:31 PM | Show all posts
DumBell replied at 6-1-2022 12:31 PM
salam.. sebenarnya ada 2 janji yg dbell tak tertunai lagi..
1.kisah abg ju kena sorok hantu masa mai ...

salam dbell....lama dbell tak muncul kat mps ni
kawan pun lama dah x masuk mps
sila2...cerita yg best2 ye, mboh ralit membacanya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 6-1-2022 02:31 PM
salam dbell....lama dbell tak muncul kat mps ni
kawan pun lama dah x masuk mps
sila2...cerita yg b ...


salam aoknye.. mentelah aok on9 ni kawan nok tanya pasei org chenor yg buat gewang te.. aok kenai tak?.. huhuhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 05:02 PM | Show all posts
DumBell replied at 6-1-2022 03:28 PM
salam aoknye.. mentelah aok on9 ni kawan nok tanya pasei org chenor yg buat gewang te.. aok kenai  ...

maap ler...kawan tak kenei ke dia
bukan org kampung kawan, dia beloh ke bandor nu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2022 10:13 PM | Show all posts
jilid iii

Di Sorok Hantu Kopek/Tetek

Bulan Syaaban sudah dipenghujung harinya,maka tibalah masanya umat islam seluruh dunia untuk bersedia dgn bakal tibanya bulan yg berkahnya dibuka pintu pintu langit dan tertutupnya pintu pintu neraka rapat rapat,beningnya cahaya syurga dan harumnya angin kala bulan itu tiba..yaa..bulan ramadhan..
Marhaban Ya Ramadhan!!!
..dahulu bila masuk ramadhan,org bermalas malasan duduk dirumah kerana panas dan teriknya waktu kala itu..bila bulan itu dikurniakn oleh ALLAH SWT dgn berkah dan limpah redhanya..maka panasnya bkn seperti zaman bahari..panasnya tempiasnya syurga dan anginnya angin dgn tempiasnya bauan syurga ditambah ada malam2 istimewa buat insan insan terpilih dlm bulan itu..malam lailatul qadr..

Buat warga kampung pelbagai ragam dampak dilihat,ada yg memikirkan rezeki,ada yg memikirkan barakah,ada juga yg memikirkan hal dunia..buat kanak2 pula..bulan puasa amat ditunggu tunggu mereka kerana pada malam2 tersebut,ditutup hati2 untuk merasa takut diganti dgn rasa gembira dgn permainan permainan yg selalu di maintan tiap tiap tahun oleh mereka..yaaa inilah masanya,waktunya bermain mercun,bunga api,meriam kabait dan bermain permainan polis sentri one two jaga,zero fine atas jalan,berbasikal malam dan main sorok sorok sampai jumpa..

Pada kebiasaannya panjut dan pelita akan dipasang di kaki lima jalan sepanjang menuju ke masjid..makanya cerahlah kampung kala itu,(tradisi tiap tahun  itu kini lenyap ditelan zaman)
maka bermulalah cerita abg ju disorok hantu..

dgn lafaz bismillahirrohmanirohom...

Sudah masuk hari ke-3 puasa,feel ramadhan masih belum masuk kejiwaku..mana taknya badan belum rasi dgn lapar dan dahaga.."ahh,hari keempat insyaallah hilang la kut",pujuk hati miah pada dirinya..sambil baring tengah hari dan memikirkan apa yg mak sarah akan menyuruhnya membantu memasak untuk juadah berbuka buat adik adiknya tiba-tiba ada suara sapaan dari luar rumah.."suara mcm ramai"tiba2 lamunan miah terhenti dan bingkas bangun dari baring sambil mendodoi adiknya yg masih kecil dan tak reti puasa itu.."haa ko atan,chot,anon dan sarimah"..ngko org dtg tengah hari buta ni kenapa? pekik simiah pada sahabat sahabatnya.."xde apa miah..ni atan ajak main nyorok nyorok lepas kita main meriam busut(kabait)malam ni.."kata si chot dgn nada serius dan tersenyum kambing biri birinya.."ohh..ok lah..aku ok je,panggil le yg lain lain pakat2 main ramai2 baru syok!!"kata si miah dgn tgn digenggam dan ibu jari ke atas tanda setuju dan best..


bersambung..maaf sahabat nanti sambung balik

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2022 10:16 PM | Show all posts
DumBell replied at 11-1-2022 10:13 PM
jilid iii

Di Sorok Hantu Kopek/Tetek

nama nama dah diubah..nama akak dbell pun dbell ubah dan cuba selami bait2 perbualan dia masa bercerita kisah ni dan kata2 org org kampung yg mencari abg ju yg hilang disorok hantu tu..tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2022 02:13 AM | Show all posts
sambungan...

"Bzzttt..cerrr..tezetttt..krappp..krapp.." lagi lagi sikit lagi..jerit adiknya miah dari dlm rumah sedang melihat siarat tv yg terganggu.."dah ok ke"pekik miah dari luar rumah sambil memusing tiang antena tv dari jenis buluh..hari sudah memaling ke senja..miah perlu cepat kerana sekejap lagi akan berkumandangnya azan marghrib,bunyi azad dari masjid susah dan payah didengar kerana jauh,maka keluarganya hanya menggunakan siaran tv ataupun radio,disebabkan radio jenis national mereka rosak dan tiba2 siaran terganggu,mungkin kerana angin kuat memusingkan arah frekuensi antena..

"btzztt,blib blib..bunyi frekuensi di kaca tv yg kelabu bintik2 memaksa mencari frekuensi..zup!! keluar juga akhirnya tetapi terlewat melihat intisari rancangan,dan sekarang keluar waktu imsak dan berbuka dgn lagu padang pasir.."haaaa..along!!! dah,dah.dah ada siaran!!"terang adik miah sambil berlari ke muka pintu memanggil akak sulungnya.."ok ude..sambil miah berjalan masuk ke rumah dan meyambung membantu maknya membuat pemanis mulut,disebabkn kuih melaka paling cepat dibuat pemanis mulut,maka miah cuma membuat kuih itu dgn mengukur kelapa menggunakan kukur kuda kepang(kukur kayu),
"Alhamdulillah"sebut miah,nak sengkak perut kerana membalun macam macam hidangan,dari tapai ubi,nasi berlaukkan asam pedas,kuih melaka dan air sirap cap bunga ros..miah menyandar di tiang seri sambil memujuk perutnya agar selesa untuk melakukan ibadah selepas ini..selepas selesai marghrib,miah dan 2 lagi adiknya ke laman rumah untuk menyalakan pelita dan bermain bunga api..sedang asyik bermain,datang lah kawan2nya untuk bermain permainan nyorok-nyorok dan kesepakatan itu telah dipersetujui mereka petang tadi..

maka bermulalah permainannya,mereka diundi untuk mengetahui siapa yg jadi tukang cari dan siapa yg dicari..dan undian tersebut,miah menjadi tukang cari,kawasan permainan pula adalah di kwsn rumah pak hammad dan pak harun..pusingan pertama,miah berjaya mencari kesemua pemain dan org yg pertama dapat jumpa adalah si chot..maka pusingan kali ini chot menjadi tukang cari...

dan bermulalah episode yang panik..chot dapat mencari semua org kecuali ju,puas mencari dan chot mengalah kerana tak dapat mencari ju..ramai menunggu ju keluar tapi tak keluar2,dan mereka berfikir ju balik rumah sebab masa sudah menunjukkan pukul 11 malam,dan mereka bersurai..

tengah hari itu,mak minah datang kerumah"assalamualaikum rah",aku nok tanye ade ju main kat sining dok malang(malam) takdi?dia dok balik lagi ni,"terang mak minah dgn nada risau.."haa miah ,semalam engko dgn geng-geng ko main umah pak hammad kan? aju main jugak kan? tannya makku.."haah mak,tapi kiteorang ingat aju balik rumah sbb panggil2 tak menyahut.."terang miah pada maknya..ishhh,bg tau abah engko dgn pak hammad cepatt!! bentak mak dan miah berlari ke rumah pak hammad untuk memberitakan kehilangan si aju,dan petang itu penuh lah warga felda di rumah mak minah,pak ripin suaminya mak minah mendengar tak limat pak hammad untuk membuat gerakan mencari aju di ladang getah berhampiran,dan yg selebihnya mencari di rumah rumah berdekatan..pencarian dimulakan pada petang itu juga dan selepas waktu berbuka segelintir pula membantu mencari aju..tetapi hampa..tiada jejak tiada tanda,aju hilang bergitu sahaja,berita aju hilang pantas tersebar ke seluruh warga felda,dan gossip gossip dan treori konspirasi pun tercetus,ada yg mengatakan aju mungkin di culik org untuk dibuat bahan sesembahan untuk membina jambatan dan bangunan,ada pula teori lain iaitu aju mungkin diculik untuk dijual organnya ada pula bercerita hilang diambil bunian...

sudah 4 hari mereka mencari aju,mak minah sudah kesedihan sejak 2 hari lepas,pak ripin sudah buar keputusan untuk membuat kenduri tahlil,dan abahku muncul bersama pak addam yg baru balik dari terengganu,"haa dam,tu siripin tu dah pening tu"ucap ayah ku,masatu aku bersama mak tengah tenangkan mak minah sambil aku membantu membuatkn air minuman.".mcm ni pin,lepas buka pose,kita ke rumah karim, berkumpul kat sana,"terang pak adam,mereka setuju dan marghrib itu..

marghrib itu mereka solat hajat di ruang tamu rumah,tiba2 bau kemenyan menusuk hidung..dan pak addam bangun dan berkata,kita ke rumah hammad..sesampainya di rumah pak hammad.."Assalamualaikum mad"ucap pak adam,ayah ku dan pak ripin,"waalaikummussalam,"sambut pak hammad,haa nape ni?tanya pak hammad dgn rasa pelik dan curiga.."gini mad,budak tu kt bawah rumah mu,jom tolong kami suluh kt bawah kolong tu"tegas pak adam,pak hammad bingkas bangun dan mencapai lampu picit cap kucingnya(everyready) dan bersama kami menyuluh di bawah kolong rumahnya..aku tak ketinggalan melihat dari sisi kolong,tak berani nak masuk bisik hati miah pada dirinya sendiri..haa dah jumpa!! pekik ayahku dgn sinaran lampu picitnya aku lihat di sebalik busut bawah rumah itu,aju sedang memakan sesuatu dalam bekas tempurung,badannya penuh bintik2,miah lihat,pak adam menyarungkkn kain dan memeluknya serta menyeret aju keluar kolong yg amat rendah,kalau orang dewasa perlu merangkak masuk,bagi kami yg kanak kanak ni hanya berjalan itik untuk masuk...
..dan malam itu penuh isi ruang rumah mak minah dgn org ramai ingin melihat kondisi aju yg kurus dan badannya dipenuhi gigitan nyamuk,..
semasa pulang kerumah,miah bertanyakan tentang aju,dan ayah miah berkata"aju disorok hantu kopek,dia makan telur semut dalam tempurung kelapa,dan kalau tak cepat lagi 2 hari dia meninggal sbb kekurangan air dan gizi makanan...terang ayah miah padanya.."oo " sahaja yg terkeluar dari mulut miah tika itu..dan kisah itu diceritakan pada aku pula oleh kak miah...

"zazzzz..aku melepaskan tali pancing,aku harap lemparan itu tidak menanggalkan umpan udang hidup ku..dan aku meletakkan di pancang dan terus ke pokok ketapang dimana ada sahabat yg baru aku kenali tadi..dia pun sekeluarga bercuti di pengkalan balak melaka.."haa,mcm tu lah ceritanya ikmal" tegasku padanya yg kulihat dahinya berkerut pelik.."itu la aku pun pelik bulan puasa ada hantu.."hahaha,kami bergelak sakan sambil aku melirik ke joran aku untuk memastikan kalau2 ada ikan yg sudi menggetu umpan ku,maka joran akan bergoyang..huhuhu..

sedang asyik bersembang,tiba2 aku lihat ada sepasang suami isteri berlari memegang anaknya dari air pantai ke persisir..mcm sesuatu terjadi tu " aku bersuara pada ikmal sambil telunjukku mengarah ke pasangan itu,kami bingkas bangu dan berlari kearah mereka..sesampainya kami ikmal bertanya"eh kenapa bang".."dgn nada kelam kabut dan marah abg itu bersuara,"entah la,anak aku gi pegang obor obor ,tiba2 menagis dan bagi tahu gatal,kalau engkau berdua tanya bukan boleh baik pon,pantat betul"aku tersenyum dan berkata"jap bang angkat anak abang ke pangkit,akak pulak gi ke kedai sangkut tepi2 pantai pengkalan balak ni,gi beli tapai,tak kira la tapai apa pun"tegas aku sambil memaut anaknya dan menuju ke pangkin batu berdekatan kami,"abang bawak anak abg ke tpt mandi awam tu kita mandi air paip dulu,"abg itu mengikut kata kami,satu lagi masalah timbul,kami tak bawa duit dan tukang jaga tandas awam itu tidak membernarkn kami masuk,dan aku mencagarkn jam tangan hadiah perkahwinanku dari isteri untuk membuat kesepakatan mencagar dan akan aku datang balik dgn duit 50 sen nanti setelah urusan mandi selesai,sbbkn situasi menegang dan perlu cepat ,mcm tiada masa untuk ke chalet mengambil dompet..benarlah kata org tua-tua,"sediakan payun g sebelum hujan..huhuhu,selesai mandi kami ke pangkin batu tadi yg telah diduduk menunggu oleh isteri abg(tak tau nama)dgn seplastik beso tapai..aku dan dan tergelak,anak abg tu yg asyik nangis pun dah hilang kesiannya..aku terus mencapai tapai pulut dan menyuruh abang itu memerah tapai ke mulut anaknya utk keluarkan  air tapai itu..setelah tapai ke empat,baru hilang gatal dan bisa obor2 itu,dan aku berpesan pada abang itu untuk ke klinik segera untuk mengambil suntikan,sbb yg tadi tu petua sahaja takuty malam karang naik gatal balik,pasangan itu mengucapkan terima kasih pada aku dan ikmal,setelah selesai aku ke pancingku dan ikmal ke keluarganya untuk memaklumkan ttg ampai2 tgh banyak di persisir laut pengkalan balak,dia takut anaknya pula kena sengatan obor2..
dgn ilmu kumpau yg aku miliki,ternyata ilmu itu ampuh,seekor ikan pun tak dapat,,cilaka betul(hahahaha)aku mengarau pancingku dan ke chalet bersihkan badan,keesokan paginya aku  dan keluarga balik ke ibu kota,sesampai nya dirumah..aku baru teringat tentang jam yg aku cagar tu..dalam hati aku"alamak kalau betara guru tau ni masak aku kena bebel seminggu"..huhuhuh..

tammat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.070521 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list