CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5234|Reply: 22

Serban: Hal labisuha minas sunnah aw minal-'aadah?

[Copy link]
Post time 4-12-2012 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Sy yg masih jahil dlm ilmu ALLAH ini ingin mengajak rakan2 yg 'arif dlm perihal 'ulum hadith was sunnah utk membincangkan secara ilmiah bersama2 sy tentang tajuk ini, iaitu sama ada pemakaian SERBAN SERTA JUBAH termasuk dlm perkara sunnah, atau adat...

Kerana setakat rujukan sy setakat ini dlm bab ni, terdpt khilaf antara 'ulamak yg serban adalah bukan sunnah & merupakan adat (sesuatu yg 'uruf) di zaman Nabi...pemakaiannya adalah bukan dari sunnah, namun jika memakainya kerana kecintaan pd Rasulullaah, maka diberi pahala.

Sy merujuk beberapa pndgn (huraian dlm bahasa Arab), dan kesimpulan yg sy perolehi adalah memakai serban itu bukanlah sunnah tp adat.. (sila rujuk link ini: http://www.islamweb.net/fatwa/in ... n=FatwaId&Id=138986
& http://islamqa.info/ar/ref/113894 & http://www.egyig.com/Public/articles/fatwa/7/50640120.shtml)

Sy ade menonton rakaman video pndgn Ustaz Azhar Idrus bersama Ustaz Kazim Elias di mana pndgn beliau serban adalah dari Sunnah Nabi S.A.W.

So kpd yg ade pengetahuan mendalam dlm hal ni, sila beri pndgn......sy mohon dgn rendah diri utk diperbincangkan.

Last edited by PitMie on 4-12-2012 01:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2012 01:18 PM | Show all posts
apakah ini berkenaan dgn diperintahkan atw tidak oleh Rasul?

skala perintah

I HARUS
I    DIANJURKAN
I       SEBAIKNYA
I           BOLEH
I
I                  SUBHAT
I______________ TERLARANG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 01:22 PM | Show all posts
dionysusxxyyzz posted on 4-12-2012 01:18 PM
apakah ini berkenaan dgn diperintahkan atw tidak oleh Rasul?

skala perintah

Persoalan yg sy ajukan adalah sama ada pemakaiannya 'per se' dikira sbg sunnah Rasulullaah atau tidak kerana 'ulamak berbeda pndgn dlm hal ini....sama ada diperintahkan atau tidak, jika terdpt hadith2 SAHIH yg menganjurkan pemakaiannya sptmana Rasul menganjurkan beberapa perkara spt bercelak, bersugi dll, maka secara jelas perbuatan memakai serban adalah termasuk dlm Sunnah & bukan adat.

Pndgn anda bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 01:40 PM | Show all posts
sepertinya, beberapa hadist mengandung kaitan dgn serban, in some senses ... tapi sy ragu jika ada yg jelas menyuruh menggunakan serban untuk muslimin.

mungkin berkaitan dgn "membedakan" ?

namun, quraish pun memakai serban ... juga yahudi ... juga hindi ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 02:34 PM | Show all posts
Serban: Sunnah atau Adat?

Saya lebih cenderung kepada Serban itu termasuk dalam Sunnah Nabi, yang juga sebagai adat amalan pemakaian ketika itu.

Dalam Al-Quran itu sendiri disebut Akhlak Nabi itu akhlak agung, mencakupi segala aspek kehidupan, perbuatan, fikiran, pakaian...

Dalam Al-Quran juga disebut pakaian Taqwa ialah pakaian yang terbaik, dan kita percaya sebaik-baik contoh itu dari Nabi yang mana Nabi adalah manusia yang paling bertaqwa kepada Allah dalam segala aspek kehidupan. Jika adat itu tidak baik, tentu Nabi tak akan pakai sesuatu yang tak baik.

Disebabkan ada riwayat yang sahih Nabi pakai serban, maka serban itu adalah Sunnah. Cumanya tiada perintah khusus kena pakai Serban, maka Sunnah itu termasuk dalam hal yang Sunat, pakai dapat pahala Sunnah tak pakai tak mengapa.

Dalam Surah Aal-e-'Imran ayat 125 dan Surah Al-Anfal ayat 9, diberitakan Allah hantar malaikat bantu tentera muslim di Medan Badr. Dalam Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir Jalalayn, disebut hal ini bersama riwayat berkaitan malaikat turun dengan BERSERBAN (عمائم)
http://altafsir.com/Tafasir.asp? ... Size=1&LanguageId=1

Ringkasan tafsir Jalalayn dalam Bahasa Inggeris:
http://altafsir.com/tafasir.asp?tmadhno=0&ttafsirno=74&tsorano=3&tayahno=125&tdisplay=yes&userprofile=0&languageid=2

Adakah kerana adat manusia ketika itu yang malaikat diperintahkan turun berserban, atau itu Sunnah Nabi yang termasuk dalam Akhlak Agung?

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 4-12-2012 02:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 05:59 PM | Show all posts
mnm77 posted on 4-12-2012 02:34 PM
Serban: Sunnah atau Adat?

Saya lebih cenderung kepada Serban itu termasuk dalam Sunnah Nabi, yang ...

Sy hormati pndgn anda & sy merasa gembira dgn perkongsian ilmiah ini...sy dah rujuk tafsir mengenai malaikat yg turun berserban pd waktu Badar.... Sy jgk sblm ni percaya bahawa berserban itu adalah Sunnah yg agung, cuma setelah membaca beberapa pndgn mengenai hal tersebut, sy terasa utk mengkaji dgn lebih mendalam agar mndpt pencerahan yg lebih jelas...

Cuma dlm hal ni sy inginkan kepastian melalui perbincangan sebegini sama ada pemakaian "al-'imamah / al-'amaa'im" adalah termasuk dari Sunnah yg 'wajar' diteladani atau sekadar pakaian adat oleh Rasul ketika zamannya...

Sy akui pelbagai hadith2 menghuraikan ttg pemakaian serban oleh Rasulullaah, tiada pertikaian pd perkara tersebut & disepakati. Namun adakah ia termasuk dlm perkara sunnah muakkadah atau ghoir muakkadah? Juga menjadi perbincangan sama ada serban termasuk dlm perkara yg dinisbahkan kpd 'sunan al-'aadaat' ataupun 'sunan al-'ibaadaat'?

Apepun sama2 kita bincangkan lg dgn rujukan2 yg ada...boleh sertakan link, tak kira dlm b.Arab atau Melayu atau English....cuma yg dlm Arabic adalah lebih diutamakan...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2012 12:00 AM | Show all posts
PitMie posted on 4-12-2012 05:59 PM
Sy hormati pndgn anda & sy merasa gembira dgn perkongsian ilmiah ini...sy dah rujuk tafsir mengena ...

Salam...

Saya cuma berkongsi pandangan dan hujjah yang asalnya dari guru saya. Apabila didapati beberapa Ulama yang berpendapat serban merupakan adat, maka persoalan yang diajukan oleh guru saya: apakah kamu fikir malaikat yang diperintahkan turun itu memakai serban kerana keutamaan adat manusia? Maka dengan soalan ini menyebabkan golongan ahli ilmu yang berpendapat serban itu adat, tidak dapat menjelaskan jawapan mereka. Justeru, hujjah ini (serban merupakan Sunnah) saya dapati lebih mudah untuk saya terima berbanding pendapat yang menyatakan serban itu adat (tanpa mengira ia sebagai sunnah).

Apepun sama2 kita bincangkan lg dgn rujukan2 yg ada...boleh sertakan link, tak kira dlm b.Arab atau Melayu atau English....cuma yg dlm Arabic adalah lebih diutamakan...

Bacaan tambahan:
http://www.inter-islam.org/Actions/kurta.html

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 07:00 AM | Show all posts
terima kasih atas topik ini.baru saya nak bertanya pasal ni kebetulan dah ada yang buka. sebelum ni saya bertanya2 adakah serban itu sunnah nabi? dan alhamdulillah baru saya tahu ada dalil pemakaian serban.

saya nak tanya, pemakaian seban tu dikira macam mana? adakah sekadar kain serban itu ditaruk dikepala? atau dililit seperti yang biasanya baru dikatakan kita memakai serban? sebab saya curious sket, kenapa dekat mekah, imam2 dan ustaz2 disana tidak memakai serban seperti orang pakai serban ditempat lain(maksud saya yang berlilit tu). mereka biasa pakai kain dan lansung ditutup kepala(macam imam masjidil haram punya pakai).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2012 10:35 AM | Show all posts
unhas posted on 6-12-2012 07:00 AM
terima kasih atas topik ini.baru saya nak bertanya pasal ni kebetulan dah ada yang buka. sebelum ni  ...

Assallamualaiakum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdullillah..

Saya perasan Ustaz Pitmie buka tajuk ini utk "perbincangan ilmiah" tentang pemakaian serban.

Rasa segan juga nak menyampuk...hehee...dasar burung jampuk menyampuk...   saya sampukan juga....harap dimaafkan....   


Tuan unhas bertanya.....yg saya rasa...jawabannya ada dalam Hadith riwayat At Tobrani....cara Rasullullah s.a.w memakaikan serban kepada Syaidina Abd Rahman Auf R.A...& hadith ini mempunyai sandaran yg baik menurut Imam As Sayuti R.A..

Begitu juga...Ulama ada menerangkan juga tentang serban pakaian Imam Syafii R.A


Tidak berkomentar panjang.....walau TIADA SURUHAN.. tapi....kalau bukti kasihkan K pop anak muda kita dah asyik berjeket korea...hehee......mana pulak bukti kasih kita kepad Rasullullah s.a.w & para Ulama ...

Saya tak mampu nak join perbincangan Ilmiah Ustaz Pitmie..tapi....secara umumnya.....saya mengetahui adanya Hadith tentang pemakaian Serban...Baginda s.a.w memakaikan serban.....Malaikat memakai serrban...Alim Ulama memakai serban.....

soooo...dri sudut Syiiar Islam.....serban bagi saya mempunyai "tempat" yg istimewa...& boleh diangkat sebagai suatu yg istemewa....

kalau kita anggap Ferrari istemewa sebagi sebuah kereta...

Begitulah Serban Istimewa sebagai pakaian...




Pandangan jahil saya je....





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 11:41 AM | Show all posts
unhas posted on 6-12-2012 07:00 AM
terima kasih atas topik ini.baru saya nak bertanya pasal ni kebetulan dah ada yang buka. sebelum ni  ...

Soalan yg bernas sy kira.

Sy ade terbaca dgn cara pemakaian serban yg diriwayatkan dari hadith2, tp kebanyakannya yg sy baca adalah dlm B.Arab....jd utk kita semua mudah paham, sy petik dari blog ttg Cara Rasulullah memakai serban...& huraiannya adalah spt berikut:-

Cara Rasulullah SAW Memakai Serban
- Dalam sebuah riwayat yang bersumber dan Jabir dikemukakan:

“Nabi saw. memasuki kota Mekah pada waktu pembebasan kota Mekah, beliau mengenakan serban hitam”.1)

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Baayan, dari ‘Abdurrahman bin Mahdi, dari Rammed bin Salamah. Hadits ini pun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Hemmed bin Salamah, dari Abi Zubair, yang bersumber dari Jabir ra.)

- ‘Amr bin Huraits berkata:

“Aku melihat serban hitam di atas kepala Rasulullah saw.”. 2)

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Umar, dari Sufyan, dad Musawir al-Waraq, dari Ja’far bin ‘Amr bin Huraits, yang bersumber dari bapaknya);

- Masih dari Amr bin Huraits, ia berkata:

“Sesungguhnya Nabi saw. berpidato di hadapan umat,beliau memakai serban hitam”. 3)

(Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari diriwayatkan pula oleh Yusuf bin ‘Isa, keduanya menerima dari Waki’, dari Musawir aI-Waraq, dari Ja’fan bin ‘Amr bin Huraita, yang bersumber dari bapaknya).

- Dalam sebuah riwayat yang bersumber don Ibnu ‘Umar r.a. dikemukakan:

“Apabila Nabi saw. memakai serban, maka dilepaskannya ujung serbannya antara kedua bahunya “. 4) Kemudian Nafi’ berkata Ibnu ‘Umar juga berbuat seperti itu’.
‘Ubaidullah berkata ‘Kulihat al-Qasim bin Muhammad dan Salim, keduanya melakukan hal seperti itu”.

(Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al-Hamdzani, dari Yahya bin Muhammad al-Madini, dari ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad, dari ‘Ubaidullah bin ‘Umar, dan Nafi’, yang bersumber dari Ibnu ‘Umar r.a.).

- Ibnu ‘Abbas r.a. mengemukakan:

“Sesungguhnya Nabi saw. berpidato di hadapan umat, waktu itu beliau memakai serban, dan serbannya terkena minyak rambut”. 5)

(Diriwayatkan oleh Yusuf bin ‘Isa, dari Waki’, dari Abu Sulaiman Abdurrahman bin Ghasail, dari ‘Ikrimah, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas r.a.).

Berkenanaan cara nak lilit serban terpulanglah..Ini berbeza mungkin disebabkan keadaan geografi atau adat. Mungkin ada yang menyukai cara ustaz2 pondok..mungkin cara masyarakat Afghan..mungkin cara ustaz2 di Mesir..terpulanglah

Wallahu'alam


Credit to blog soaljawab al-Qur'an & hadith.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 11:52 AM | Show all posts
burungantu posted on 6-12-2012 10:35 AM
Assallamualaiakum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdullillah..

Salam...thanks bg pndgn, & pndgn yg sgt baik. Cuma sy perlu betulkan yg sy bukanlah ustaz, malah tak layak digelar ustaz pun....hanya org biasa2 yg masih jahil. Tiada ilmu pun dlm diri.

Nak beri pndgn dlm hal ni sy rasa sesape yg ade sedikit pengetahuan pun tak jd hal...asalkan yg menyintai agama Islam serta memberi pndgn dgn ilmu, bukan dgn kejahilan semata2....(bukan ape, dlm bhgn lain spt Isu Semasa etc, sy lihat terlalu ramai puak2 yg suka permain & persenda Islam di sana....maka golongan2 tu sy haramkan utk bg pndgn di sini...hehe)

Cuma berbeza situasi pemakaian di negara2 Arab di mana kdg2 'ulamak besar pun tidak mengenakan serban...tp itu tidak bermakna mereka meremehkan pemakaian serban atau tidak mencintai sunnah etc, malah di sana menurut sahabat baik sy, selalunya org2 biasa tidak memakai serban kerana memakai serban agak tinggi martabatnya. Kalau pakai serban trus akan dipanggil "Syaikh"....suatu gelaran yg besar & hebat yg menyebabkan hanya yg layak memakainya.

Dlm konteks di negara kita pula, pemakaian serban adakalanya bukan kerana sunnah semata2....adakalanya kerana ingin dilihat sbg org yg tinggi pengetahuan agamanya, ingin digelar ustaz....ingin dipandang mulia sehingga ada yg menggunakan modal serban di kepala utk mula berceramah tnpa ilmu...

Sy dulu (duluuu sgt laa...dah lama dah) mmg suka pakai serban...tp setelah byk mengenal manusia, kini sy selesa hanya ber'qolansuah' kerana merasakan diri sy sgt tidak layak utk berserban buat masa skrg...

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 01:40 PM | Show all posts
saudara PitMie, itu mungkin salah satu alasan mengapa banyak org lebih memilih peci/kopiah, meski tetap berselendang ... mungkin untuk menjaga fitnah dan gejolak takabur dalam dada ...

tapi, apakah "penutup kepala" saja tidak cukup?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 02:58 PM | Show all posts
dionysusxxyyzz posted on 6-12-2012 01:40 PM
saudara PitMie, itu mungkin salah satu alasan mengapa banyak org lebih memilih peci/kopiah, meski te ...

Maaf, sy kurang jelas...mohon pencerahan komen di atas. Peci itu ape ya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 04:08 PM | Show all posts
peci itu topi hitam yg sering digunakan di sebagian besar budaya nusantara. sy pikir semua presiden Indonesia menggunakan peci hitam bahkan semua alim ulama, baik NU, MUHAMADIYAH, atw PERSIS, menggunakan peci hitam ... dan selendang membalut pundak ...

what i'm saying is; is it not about "head covering"? some of muslims r just to humble-feeling to wear a turban, to avoid fitna that people may think he act haughty, or maybe to redeem arogancy within our soul, so to stay humble?

mengenai sunnah atw tidak, sy pikir hal ini sudah cukup settled, namun mengenai penutup kepala lain, tidak kah ini juga membedakan muslimin dgn umat lain? bahkan ulama saudi, ulama nusantara, ulama turki, ulama maghreb, memiliki kebiasaan berbeda2?

sehingga yg menjadi lebih jelas adalah menggunakan penutup kepala atw tidak? terlepas dari jenis penutup kepalanya.

n.b. sy pikir, kurma atw unta akan banyak ditemukan dalam hadist, apakah lebih baik untuk mengganti nasi menjadi yg biasa dimakan di jaman Rasul?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 04:21 PM | Show all posts
Peci itu songkok ya? Gini rupanya kan peci kalau tak salah sy?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 04:24 PM | Show all posts
dionysusxxyyzz posted on 6-12-2012 04:08 PM
peci itu topi hitam yg sering digunakan di sebagian besar budaya nusantara. sy pikir semua presiden  ...

Maafkan sy sekali lg....maybe it's just me or....tp sy masih tak dpt tangkap keseluruhan yg dimaksudkan dionysusxxyyzz...mungkin kerana perbezaan antara tatabahasa serta uslub b. Melayu & b.Indonesia.. Maafkan sy ya. Bukan sy tak faham lgsg, cuma masih samar2 dari maksud keseluruhan yg ingin disampaikan....kalau rakan2 Malay yg faham boleh tlg jelaskan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2012 05:01 PM | Show all posts
ha ha ha ... 1000 teman rasanya kurang ;)

betul, songkok=peci, maaf, sy reply dan coment menggunakan cellphone, jadi agak susah

bagaimanapun, perbedaan ungkapan dan bahasa ini fascinating

mohon maaf jika sy terlalu lancang
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 10:23 PM | Show all posts
PitMie posted on 6-12-2012 11:52 AM
Salam...thanks bg pndgn, & pndgn yg sgt baik. Cuma sy perlu betulkan yg sy bukanlah ustaz, malah t ...

Alhamdullillah...

Saya pulak Tuan...kalau saya berserban...selalunya hanya untuk p Solat...& serban favorete saya...yg putih & nipis tu..

Yg tebal & bercorak...saya ada byk..tapi kebanyakannya hadiah pemberian org..


Kadang...saya terasa juga macam kata Tuan bila berserban....Tapi..kalau dah niat saya berserban masa tu...saya akan terus juga pakai...sebab ...saya pasti akan teringat juga pesan ulama...

" Buat sesuatu sebab org tu ria'
Meninggalkan sesuatu sebab org juga ria' ".....jadi...terus jugalah saya pakai...


Tapi..pemakaian saya yg biasa agak rugged juga...hehee...seringkali ber T shirt & jeans.....juga selalu berbaju sukan...hehhee....seringkali serban hanya saya pakai waktu solat jee le....

(pernah adik saya ketawa tengok saya habis solat jumaat...pakai kurta & serban....sampai kereta...cabut serban + kurta...tinggal T shirt dgn jeans kat dalam...   



Memang "seban" suatu yg istemewa....sebab seringkali...ianya menjadi ingatan pada orang orang yg saya kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 11:28 AM | Show all posts
HUkumnya harus,  kerana tidak ada hadis menyentuh ia sehingga dapat ditafsirkan ia sebagai satu suruhan sama ada sunat atau wajib. Semua hadis yang dikatakan menyuruh itu sama ada dhaif atau mauduk.

Nabi bukan diturunkan semata2 hendak memberikan kita cara berpakaian. Apa yang kita perlu lihat adalah illat atau sebab disebalik pakaian itu. Illatnya hendaklah menutup aurat dan dalam keadaan bersih. Kalau berserban dan berjubah tapi jarang masih tetap haram. Kalau berserban dan berjubah tapi pengotor pun tetap tidak disukai.


Jika setakat berserban dan berjubah sahaja, maka ia hanya sekadar pakaian dan samalah dia seperti makan dan minum. Setakat dapat kenyang sahaja. Tetapi kalau dia berpakaian kerana cintakan nabi maka dia mendapat pahala mengikut nabi tetapi bukan dapat pahala berserban dan berjubah.

MAka kalau kita berpakaian biasa sekali pun tetapi berniat mengikut sunnah nabi menutup aurat, insya-Allah kita dapat menutup aurat dan juga dapat pahala sunnah. Walaupun kita tidak berserban dan berjubah. Tambahan, siapa tahu jubah dan serban nabi macam mana?

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 01:20 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 10-12-2012 11:28 AM
HUkumnya harus,  kerana tidak ada hadis menyentuh ia sehingga dapat ditafsirkan ia sebagai satu suru ...

Alhamdullillah.....

Saya tak mau mendebat Tuan...sebab Tuan alim dan saya jahil...

Terpulang sja...

Tetapi adakah 'illat-'illat kedhaifan hadith-hadith serban ini sampai ke tahap dusta. Nyata para fuqaha' tidak berpendapat sedemikian kerana nyata Ibn Hajar Haithami menerimanya dalam Tuhfatul Muhtaj, Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj, begitu juga dengan Ibn Qudamah dalam Al-Mughni, Ibn Abidin dalam Durrul Mukhtar, An-Nawawi dalam Majmu' dsbnya.


Sekiranya cacatnya amat besar tentulah para fuqaha telah menolaknya sebagai suatu yang sunat (mandub) dipakai.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.128916 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list