CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2474|Reply: 12

3 beradik di rogol & buang dlm perigi - di India

[Copy link]
Post time 21-2-2013 08:11 PM | Show all posts |Read mode

Makanan Jadi Umpan Untuk Rogol Dan Bunuh 3 Beradik!

February 21, 2013 Kes Rogol






India – Tiga beradik perempuan berusia 11, sembilan dan enam tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mayat mereka dibuang ke dalam perigi usang selepas diperkosa di perkampungan Murmadi.

Mayat ketiga kanak-kanak itu hilang pada Hari Valentine dan hanya ditemui empat hari selepas itu.

Mereka hilang selepas pulang dari sekolah.

Datuk mereka percaya penjenayah telah menawarkan makanan kepada kanak-kanak itu sebagai umpan sebelum mereka dirogol dan dibunuh.

Bapa mereka meninggal dunia empat tahun lalu, menyebabkan ibunya terpaksa bekerja keras sebagai buruh demi untuk menyara anak-anak itu.

Susulan itu lima pasukan penyiasat telah dibentuk oleh polis bagi mengesan dalang yang terlibat dalam serangan seksual dan pembunuhan berkenaan.

Dalam masa sama, ganjaran sebanyak of 50,000 rupee turut ditawarkan kepada orang ramai sehingga tertangkapnya penjenayah tersebut.

Bagaimanapun penduduk di kampung berkenaan telah mengkrtitik polis kerana mendakwa pihak berkuasa cuba menutup kematian tersebut dengan mengklasifikasinya sebagai kemalangan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Maharastra, Praful Patel, ketika melawat keluarga mangsa berjanji akan membantu keluarga tersebut daripada aspek kewangan.

“Sebagai bapa kepada tiga anak perempuan, apa yang berlaku ini amat menyedihkan.

Saya menggesa supaya siasatan kes ini dipercepatkan agar dalang yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dengan segera,’’ katanya.

Pembunuha kejam ini berlaku beberapa bulan selepas seorang pelajar perubatan berusia 23 tahun dirogol dalam bas sebelum dicampak keluar dari kenderaan tersebut.

Mangsa meninggal dunia 13 hari selepas serangan berkenaan akibat kecederaan dalaman yang serius.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2013 08:12 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 08:13 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 08:18 PM | Show all posts
kejam gila..kesian budak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 08:20 PM | Show all posts
deemmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 08:27 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-2-2013 08:34 PM | Show all posts
India rape-murder case: 3 sisters brutally raped and murdered, 3 suspects held


P/S - budak2 ni mesti lapar coz baru blik skola, kesian sgt2. Byk btul rape cases di India, tp slalu ditutup...... Brutally raped , poor little girls
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 08:42 PM | Show all posts
kalau lah dapat tangkap perogol ni....gi kerat anunya, kerat biar sampai habis..... lepas tu campak  dia kat perigi...biar dia mampus. Kalau tak mampus gak, gantung je leher dia tu.

geram tul aku rogol budak2 yg tak ngeti apa2 ni....dah lah dirogol gi bunuh lak lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 08:52 PM | Show all posts
nafsu keldai
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 10:50 PM | Show all posts
omaigod... kijamnyaaaaaaaaaaaa


mmg pembunuh tu lebey binatang daripada binatang
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 11:05 PM | Show all posts
jahat gila & kejam perogol bangsat ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 11:12 PM | Show all posts
Makin menjadi2 kejadian rogol di India sejak kebelakangan ni.  Yang ni pulak melibatkan kanak2 kejam sungguh.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 11:22 PM | Show all posts
Sadis sungguh...malang sekali 3 budak tu sbb berjumpe dgn perogol tu...

kalau aku jmpe la perogol tu tahulah ape yg nak buat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.102879 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list