CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rosemary70

ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - Puteri Wirawati Yang Dilupakan

[Copy link]
Post time 6-7-2013 10:25 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 04:59 AM
Ya, betul...

Adruja hidup pada zaman PRA-ISLAM – satu zaman di mana berlakunya proses pertukaran ...
    Raja Sakranta (Raja Aminuddin) – datuk Adruja.
    Raja Sang Tawal (Sultan Muhammad) – ayah Adruja.
    Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud Syah) – abang Adruja.
   
    Dewi Sudaksini (Siti Zubaidah) - anak saudara Adruja melalui abangnya, Raja Bharubhasa.
Dari mana datangnya silsilah ini ?Saya nak tentukan kesahihannya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 10:29 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 02:28 AM
Dinasti Yuan (Mongol) di tanah besar China pernah (dan hanya) menyerang tiga buah kerajaan di Asia ...
Jika benar kerajaan Tambralinga pernah diserang oleh tentera Dinasti Yuan (Mongol), sila berikan sumber pensejarahan dari negara China untuk membuktikannya.
Bukti dari ibnuBatuta sudah cukup.

Rejim Yuan tak rekodkan kekalahan yang mereka sendiri alami

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 10:40 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 01:50 AM
Saya ada buku manuskrip ‘Pengembaraan Ibn Battuta’ dalam bahasa Melayu. Puas saya rujuk manuskrip  ...

Sila rujuk buku Cathay and the Way Thither - 4 Vols. ByHenry Yule. p107. Guna  google books sudah memadai

"The skipper told me that Urduja had in her army freewomen, slave girls, and female captives, who fought just like men ; that she was in the habit of making incursions into the territories of her enemies, taking part in battle, and engaging in combat with warriors of repute."


Biar saya ulang semula petikan ayat dari manuskrip Yuan Shih. Pada tahun 1294, Maharaja Yuan telah mengeluarkan amaran keras kepada Kam-ra-teng (utusan kerajaan Siam Sukhothai):

“Oleh kerana orang Sien (Siam) dan Mali-yu-erh (Melayu) sering berbunuhan sekian lama, maka kamu (Siam) hendaklah menunaikan perintah dan berjanji, jangan mengganggu lagi orang-orang Melayu”.

Arahan maharaja rejim Yuan yang diberikan ialah agar Siam tidak lagi berperang dengan Malayu.
Malayu yang dimaksudkan ialah kerajaan Malayu di Sumatera. Diakhir kurun ke-13 Malayu telah bertindak keluar dari gabungan Jawa yang diketuai Kedah. Tindakan ini menjadikan Malayu  satu sasaran oleh Siam. Di zaman itu Siam sentiasa cuba mengambil kesempatan ke atas negara negara melayu yang tidak lagi dilindungi oleh sebarang pakatan ketenteraan seperti pakatan Jawa naungan Kedah. Setelah menyedari betapa seriusnya ancaman siam ini serta ancaman dari pihak mongol cina sendiri, pihak malayu mengambil keputusan untuk menyertai semula gabungan Jawa naungan Kedah sekitar 1300.


Last edited by BotakChinPeng on 6-7-2013 10:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 10:50 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 01:41 AM
Adruja memerintah selama 10 tahun iaitu dari tahun 1335 sehingga 1345. Itu BUKAN tempoh kehidupan  ...

Urdula masih lagi gabenor Kaylukari semasa kunjungan  ibnu Battuta pada tahun 1345

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 10:53 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 03:22 AM
Kurang tepat. Sebenarnya SELURUH ASIA TENGGARA, bukan Semenanjung Tanah Melayu sahaja.

Orang Arab ...

Bangsa sinhala menggunakan istilah Javaka kepada melayu Zabag sahaja . Selain itu Zabag juga digelar Kalingga oleh pihak sinhala.

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 11:00 PM | Show all posts
Sigap86 posted on 5-7-2013 02:11 AM
  • ‘Puteri Urduja’ merujuk kepada Adruja Wijayamala Singa.
  • ‘Raja Tawalisi’ merujuk kep ...
  •    ' China’ merujuk kepada kerajaan Siam Sukhothai (bukan dinasti Yuan / Mongol di China).

        ‘Raja China’ merujuk kepada Raja Siam Sukhothai (bukan Maharaja dinasti Yuan).

       
    Mana boleh.
    Siam sukhotai adalah siam sukotai.
    Raja mongol cina adalah raja mongol negara cina

    Reply

    Use magic Report

    Follow Us
    Post time 6-7-2013 11:05 PM | Show all posts
    Sigap86 posted on 5-7-2013 02:56 AM
    Sebenarnya, Islam sudah pun tersebar di Nusantara ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdu ...

    “Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah” hanya karangan zaman moden  . Dari mana sumber rujukannya ? Kalau tak ada bukti sahih dari zaman yang sama (kurun ke 7) ia akan terus dicap sebagai lamunan oleh Muhammad Hassan saja. Begitu juga dengan buku “101 Puteri Dunia Melayu”.

    Di kurun ke 10, 11, 12 & 13 memang ada orang islam di negara negara melayu tapi raja dan majoriti orang melayu masih belum peluk Islam.

    Reply

    Use magic Report

    Post time 6-7-2013 11:12 PM | Show all posts
    Sigap86 posted on 5-7-2013 04:06 AM
    Sekali lagi, saya ulang...

    ‘Negara Jawa Semenanjung’ yang anda sebutkan itu sebenarnya merujuk  ...
    Lagipun, kisah ‘empayar Zabag Kedah’ ini tidak pula dicatatkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Sejarah Kedah

    Kalo nak dirujuk kepada naskah dongeng itu semua memang la tak ada ulasan berkenaan empayar Zabag Kedah. Segala hujah berkenaan empayar ZabagKedah serta empayar Kedah Jawa telah saya berikan di komen-komen terdahulu dalam topik ini. Semuanya dari sumber sahih.


    Melaka pula memang mula wujud di abad ke13. Ia antara satu dari negara baru yang muncul dari runtuhan empayar Zabag Kedah.

    Last edited by BotakChinPeng on 6-7-2013 11:13 PM

    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 6-7-2013 11:26 PM | Show all posts
    Sigap86 posted on 5-7-2013 01:44 AM
    Grahi BUKAN wilayah etnik Khmer. Grahi merupakan sebuah kerajaan Melayu yang terletak di utara Sem ...

    Batu bersurat Grahi 1183 memaparkan arahan seorang maharaja melayu kepada raja bawahannya yang mentadbir Grahi dalam bahasa Khmer . Itu membuktikan bahwa Grahi adalah sebuah negara yang dihuni bangsa khmer.  

    Di zaman Adruja pula mungkin Grahi telah ditakluk oleh sama ada Siam atau Tamralingga. Walau apa pun ia jelas sekali telah menjadi wilayah penampan antara melayu dengan siam.

    Siam hanya mampu menyeberang sempadan masuk Tamralingga ketika melancarkan serangan besar besaran sahaja.

    Reply

    Use magic Report

    Post time 7-7-2013 12:34 AM | Show all posts
    Sigap86 posted on 5-7-2013 02:23 AM
    ‘Raja Tawalisi’ yang disebut oleh Ibn Battuta sebenarnya merujuk kepada Raja Sang Tawal, Maharaj ...

    Tamralingga adalah suatu nama yang sukar disebut oleh seorang Arab maghribi seperti ibnu Batutta. Apatah lagi untuk mengingatinya setelah berbelas tahun. Untuk makluman anda ibnu batutta tidak pernah membuat sebarang catatan sepanjang zaman beliau berkelana. Segala yang diketahui tentang pengembaraan ibnu batuta adalah apa yang diceritakan oleh beliau kepada jurutulis raja maghribi ketika beliau telah 'bersara'  dan berpandukan hanya kepada ingatan beliau. Maka banyak lah nama yang gagal diingatinya termasuk Tambralingga. Selain itu ada juga kesilapan serius seperti ulasan beliau bahawa penduduk negara cina menggunakan gajah untuk ke tempat kerja seperti juga penduduk Qaqulla. (negara Melayu di utara semenanjung).

    Tapi alhamdulillah mujurlah ibnu batuta masih mampu merekodkan Raja Tawalisi ,Urduja serta kisah amat menarik tentang negara mereka.

    Berkenaan kedudukan negara raja Tawalisi ini saya rasa tempat yang paling sesuai ialah Tamralingga kerana ia hanya dipisahkan dengan Siam  oleh satu negara kecil berbangsa Khmer iaitu Grahi. Maka itulah sebabnya terjadi persengketaan amat sengit lagi berpanjangan antara negara Raja Tawalisi dengan pihak Siam yang jauh lebih besar bilangan penduduknya.  ibnu battuta yang singgah di kaylukari mengesahkan bahawa Urduja masih gigih berperang. Justeru sudah tentulah kaylukari adalah Ligor. Jika negara Raja Tawalisi ini bertempat di kelantan dan kaylukari ialah kuala krai maka pastilah tidak banyak masalah dengan siam kerana dipisahkan oleh negara melayu lain seperti langkasuka,singora,tamralingga serta satu ahli empayar Jawa naungan Kedah iaitu Qaqulla. Lebih penting lagi ialah hakikat bahawa kelantan tak pernah ada pencapaian mambanggakan dalam sejarah. Sedangkan Tamralingga telah menunjukkan belang dalam bidang ketenteraan sejak menjadi anggota empayar Zabag lagi. Tahun 903 Tamralingga telah menawan Lawo di tengah-tengah negara Siam. Chandrabanu seorang raja tamralingga pula diberi kepercayaan penuh oleh maharaja Zabag untuk mengetuai kempen menawan Ceylon.  Seorang putera dari tamralingga juga dilaporkan telah merampas takhta Khmer pada tahun 1010 . Maka Melayu Tamralngga telah beberapa kali membuktikan bahawa mereka lebih dari mampu untuk mengalahkan musuh bukan melayu yang berpuluh kali ganda bilangan penduduknya sepeti siam dan khmer. Kelantan pula bagaimana ? Yillek....



    Last edited by BotakChinPeng on 7-7-2013 01:59 AM

    Reply

    Use magic Report

    Post time 7-7-2013 12:58 AM | Show all posts
    Sigap86 posted on 5-7-2013 07:11 AM
    Fesyen berkemban merupakan pakaian perempuan Melayu yang PALING ASAS. Itulah pakaian asal bagi perem ...

    sebelum tu orang melayu pakai ape? sebelum kemban? ..ke bogel?
    Reply

    Use magic Report

    Post time 11-7-2013 09:58 PM | Show all posts
    the_killer posted on 7-7-2013 12:58 AM
    sebelum tu orang melayu pakai ape? sebelum kemban? ..ke bogel?

    pandai pun..bogellah ape lagi...tak pun bercawat mcm manusia purba..semua manusia mcm tu..tpi kalo ko ikut agama ibrahim..memanglah berjubah memanjang je..heheh
    Reply

    Use magic Report

    Post time 11-7-2013 09:59 PM | Show all posts
    Sigap86 posted on 5-7-2013 01:41 AM
    Adruja memerintah selama 10 tahun iaitu dari tahun 1335 sehingga 1345. Itu BUKAN tempoh kehidupan  ...

    ok...maafkan hamba tersilap..huhu
    Reply

    Use magic Report

    Post time 11-7-2013 10:00 PM | Show all posts
    Sigap86 posted on 5-7-2013 04:54 AM
    Fakta ini kurang tepat…

    Selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani (1636–1641), Aceh telah diper ...

    terima kasih kerana menunjukkan kebenaran
    Reply

    Use magic Report

    Post time 11-7-2013 10:37 PM | Show all posts
    Sigap86 posted on 5-7-2013 04:15 AM
    Sebenarnya, peristiwa Adruja memenggal kepala Raja Rama Khamhaeng dan tarikh 1317 itu ada dinyatakan ...

    ya memang byk kontrovesi tentang rama khamhaeng...batu bersuratnya pun jadi kontroversi..kerana ada sarjana thai dan barat yg mempertikaikan keasliannya dan mengatakan ianya dibuat ketika raja rama vi sebagai propaganda utk menunjukkan legitimasi siam keatas beberapa JAJAHANnya kepada org eropah.
    Reply

    Use magic Report

    Post time 11-7-2013 10:55 PM | Show all posts
    Sigap86 posted on 5-7-2013 07:16 AM
    Ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, majoriti wanita Melayu di negeri Johor masih lagi berk ...

    terima kasih saudara sigap86 diatas info yg sudi dikongsikan...tetapi melayu skrg byk yg anti sejarah dan warisan era animisma-hindu-budha pra islam org2x melayu...mereka akan cherry picking...malu sebab diorang tak boleh memisahkan sentimen dogma agama dgn kajian sejarah sebenar..realiti msyrkt melayu suatu ketika dahulu..sejarah yg kita ada dan belajar kat sekolah adalah sejarah setengah masak..tidak jujur..nak buat mcm mana byk pihak berkepentingan yg terlibat..org politik..org agama..msrkt kita memang mudah lupa disebabkan org-org yg tidak jujur dgn sejarah ini ada kuasa dan pengaruh dlm msyrkt..kalaul di US ato UK..para scholar dpt mengetengahkan kajian mereka berserta bukti2x sahih tanpa sekatan malah diadakan debat mengenainya..kat malaysia kalo dia tahu kajian yg nak dibentangkan tdak selari pandangaan dan selera mereka pasti ade birokrasi nak menghalang. biarpun ianya berlandaskan bukti kuat.
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 12-7-2013 05:43 PM | Show all posts
    mundu posted on 11-7-2013 09:58 PM
    pandai pun..bogellah ape lagi...tak pun bercawat mcm manusia purba..semua manusia mcm tu..tpi kalo ...

    Lu ada bukti ka ?

    Reply

    Use magic Report

    Post time 12-7-2013 11:53 PM | Show all posts
    BotakChinPeng posted on 12-7-2013 05:43 PM
    Lu ada bukti ka ?

    hang tgoklah history chanel kah..discovery kah...manusia zaman purba...pra tamadun memang majoriti bercawat je...ikut tempatlah kalo yg duduk kat hemisfera utara..teballah pakaian bulu gajah mammoth dia..kalo yg duduk kat hutan tropika pakai cawat jelah..yg dibuat dr kulit kayu ato kulit haiwan..ni aku cerita sebelum dorang menjdi bangsa2x yg berbeza dan membina identiti tamadun sendiri..ni termasuk manusia yg akan jadi pendiri bangsa melayu..tpi tulah kalo ko percaya dogma agama ibrahim spt yahudi nasrani dan arab memang ko tak boleh terimalah sifat primitif ni.
    Reply

    Use magic Report

    Post time 13-7-2013 06:16 AM | Show all posts
    mundu posted on 11-7-2013 09:58 PM
    pandai pun..bogellah ape lagi...tak pun bercawat mcm manusia purba..semua manusia mcm tu..tpi kalo ...

    masa tu ummah nusantara sume berbogel dan bercawat la..sedangkan ummah bangsa lain ada tamadun sendiri...

    kira kat tanah melayu..ummah melayu dan orang asli tiada beza
    Reply

    Use magic Report

    Post time 13-7-2013 05:11 PM | Show all posts
    dulu kat sekolah adelaa sket2 blaja sejarah, ade ttg langkasuka. info br tahu grahi nie.... huhu
    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    18-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.076698 second(s), 42 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list