CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53414|Reply: 266

Jovian Mengaku Bercinta Dengan Kakak Dafi

[Copy link]
Post time 17-5-2013 10:20 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkenal, JovianMandagie, 27 mengaku bahawa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan kakakkepada penyanyi terkenal, Dafi iaitu Nina Sabrina, 26.
Bercakap kepada portal murai.com.my selepasmajlis pertunjukan fesyen Orked iaitu koleksi terkininya untuk hypermarket,Tesco petang semalam, Jovian Mandagie berkata perhubungan itu mula terjalinsejak setahun lalu.
“Alhamdulillah, kami telah berkawan lebihsetahun. Hubungan kami bermula sebagai seorang pelanggan dan pereka fesyen,tetapi kemudian selepas kerap berjumpa kami semakin rapat sehingga ke hari ini.
“Apa yang saya tahu, di awal pertemuan kami, Ninamempunyai banyak perancangan perniagaan tetapi kerana ketika itu dia barusahaja menamatkan pengajian, jadi saya membantunya menunjukkan jalan bagaimanauntuk menguruskan perniagaan.
“Saya memberikannya peluang untuk menganjurkanmajlis pertunjukan fesyen AviRaya iaitu koleksi fesyen Hari Raya saya tahunlalu dan sejak itu kami kerap bertemu, semakin rapat dan saya telah jatuh hatidengannya,” kata Jovian Mandagie berterus terang.
Tambah pereka fesyen kegemaran Ning Baizura itu,terdapat banyak faktor yang menyebabkan dirinya terpesona dengan gadisberkenaan.
Kata Jovian Mandagie, selain mampu membuatdirinya sentiasa tersenyum, keperibadian Nina yang sentiasa positif untukmenghargai kehidupan sebenar tanpa hanya memikirkan soal kerja, membuatkandirinya tertawan.
“Saya seorang yang workaholic. Tetapi Nina selalumengingatkan saya supaya sentiasa menghargai perkara lain iaitu jangan terlalusibuk dengan kerja dan sikapnya yang sentiasa positif membuatkan saya tertarikdengannya.
“Dari sudut lain pula, saya banyak membantu Ninamemberi semangat, motivasi dan perangsang untuk dia terus berjaya terutamabagaimana untuk menguruskan sesebuah perniagaan.
“Malah apabila bersama dengannya, hati sayagembira dan jiwa muda saya kembali segar. Ini kerana sebelum ini hati sayapernah dilukai dan dari situ saya banyak belajar erti perhubungan sebenar sejakbersama Nina.
“Kami kerap luangkan masa bersama, membuat kerjadan adakalanya pergi bercuti bersama-sama. Setiap kali dapat bersama, Ninatelah berjaya menjadikan saya, diri saya yang sebenar,” katanya tersipu-sipumalu.
Dintanya bagaimana penerimaan kedua-dua belahkeluarga tentang perhubungan mereka berdua itu, Jovian Mandagie berkatakeluarganya telah merestui hubungan mereka berdua, tambahan pula dia sudahpunbertemu kedua ibu-bapa Nina.
“Keluarga saya sangat menyukai Nina, malah wargakerja Jovian Mandagie sendiri juga merestui hubungan kami ini.
“Begitu juga Dafi yang sering menyokong denganperhubungan ini. Dafi juga telah banyak membantu saya terutama jika kamimengalami masalah perhubungan kerana dialah yang akan membantu mendamaikan kamiberdua,” katanya kepada murai.com.my.
Sumber: Murai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 10:33 AM | Show all posts
aaawww so suweet. kadang aku tgk life diorang ni dah mcm laki bini kekdahnye. cecepatlah kawin yer
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:42 AM | Show all posts
kalau cmni mesti dah barai dah.. adam tahu sep2 KL.. port2 biasa parking shoping complex basement, atau hotel 5 star... berlambak je artis atau orang2 biasa buat ringan2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ku ingtkn lgbt
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:47 AM | Show all posts
nina sabrina ni comel gak.. tgk dlm nona aritu dia nk bukak taska ke tadika ke gitu la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 10:47 AM | Show all posts
besok lepas kahwin 2-3 tahun cerai sbb dah jemu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2013 11:05 AM | Show all posts
tgk je ig diorg.. memang dah patot kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:11 AM | Show all posts
elok je kan jd pereka x pyh nak patah2 sgt...kadang ada je pereka ni hensem tp milih ke arah lemah gemalai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 11:13 AM | Show all posts
Jovian ni Muslim o Non????
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:19 AM | Show all posts
ehem ehem







Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:20 AM | Show all posts
elok kawen je laahhh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:20 AM | Show all posts
elok kawen je laahh...
jovian muslim rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:23 AM | Show all posts
dah mcm laki bini.......ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:26 AM | Show all posts
raya neh aku maleh nak usha jovian.collection rizalman lagi lawa....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:28 AM | Show all posts
Elok kahwin depa dua ni....Rasanya dorg baru habis kursus kahwin last week..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:38 AM | Show all posts
laaa...jovian umur 27 ke?? mati-mati aku ingat dia 30an..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 11:42 AM | Show all posts
kalo ko tak mengaku pun, org dh tau...
elok la kawen cepat2
dh serupa laki bini dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:46 AM | Show all posts
nina ni comel...
tapi entah berapa kilo foundation yang dia pakai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:46 AM | Show all posts
kategori wajib kawin dahh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Jovian nmpk lbh 'sweet' drpd gf nyer! Bibir jovian sgt comel! Muahahahha
Alaaa... Dpt tangkap anak org kaya, skang dah dpt jadi menteri pulak ( bapak si dafi).., jadi la gf. Cuba si Nina tu anak org biasa2 jer... Ko nak ke kat dia Jovian oiii? Hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.071473 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list