CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gogo2

[Jenayah] Khir Toyo didapati bersalah. 12 bulan penjara + rumah disita. Akan rayu lagi !

[Copy link]
Post time 31-5-2013 09:02 AM | Show all posts
puterikhaleeda posted on 31-5-2013 08:58 AM
puteri pernah beberapa kali nak masuk longkang kalau ke sabak bernam ... lalu kampung dia... bawak ...

khir toyo boleh minta bantuan indonesia...kan same2 jawa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 09:07 AM | Show all posts
manusia bila lupa diri dan amanah yg seharusnya dpelihara sebaiknya akan jd camni... dr seorang doctor gigi biasa akhirnya jd begini kerana lalai & tlupa...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:11 AM | Show all posts
muka tiada rasa kesal


Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo (kiri) bersama isterinya, Zahrah Kechik di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman, Putrajaya, Khamis. Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam empat tahun lepas. 
Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 lalu yang telah memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan. -fotoBERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:12 AM | Show all posts
Khamis Mei 30, 2013
Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Penjara 12 Bulan Terhadap Khir Toyo
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di sini empat tahun lepas.
Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.
Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.
Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Disember, 2011.
Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.
Azahar menjelaskan panel telah meneliti secara mendalam enam alasan utama yang diutarakan terutamanya oleh pihak perayu (Dr Mohamad Khir) mengapa rayuan tersebut seharusnya dibenarkan.
Pertama, isu sama ada perayu merupakan seorang penjawat awam sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, kedua sama ada bayaran RM3.5 juta untuk hartanah tersebut mencukupi atau tidak, ketiga sama ada perayu mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan penjual hartanah terbabit Shamsuddin Hayroni (SP2), keempat sama ada SP2 merupakan rakan sepenjenayah, kelima kredibiliti SP2 dan keenam sama ada pihak pendakwaan berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Untuk isu pertama, Dr Mohamad Khir selaku ahli lembaga serta pengerusi PKNS telah menjalankan banyak menunaikan tanggungjawab ekskutifnya dan beliau termasuk dalam tafsiran sebagai penjawat awam.
Bagi isu kedua, beliau berkata perayu memang telah menunjukkan minat terhadap hartanah tersebut sejak 2004 dan akhirnya Shamsuddin bersetuju untuk menjualnya pada harga RM3.5 juta untuk menjaga kepentingan perniagaannya di mana beliau membuat banyak berurusan terutamanya dengan PKNS.
"Transaksi tersebut dibuat bukan di atas dasar 'willing buyer and willing seller' di mana SP2 telah membeli haratanah tersebut pada harga RM7 juta," jelas Azahar.
Dr Mohamad Khir, 48, dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.
Beliau yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Azahar berkata hujah peguam perayu bahawa penilaian hartanah yang dibuat juruperunding dari Rahim & Co sebanyak RM3.5 juta yang dibuat berdasarkan nilai pasaran, tidak boleh mengikat mahkamah dan ia perlu ditaksirkan berdasarkan kepada penilaian keseluruhan fakta transaksi hartanah tersebut.
Mengenai isu bahawa SP2 (Shamsuddin) adalah rakan sejenayah, Azahar menjelaskan bahawa hakim perbicaraan telah mendapati SP2 merupakan seorang saksi yang berkredibiliti serta bukan mengambil bahagian dalam jenayah itu secara sukarela.
Azahar berkata SP2 pada asalnya (pada 2004) ketika Dr Mohamad Khir menunjukkan minat terhadap hartanah terbabit, telah menawarkan harga RM6.5 juta dan terpaksa bersetuju kepada harga yang lebih rendah kemudiannya kerana untuk menjaga kepentingan perniagaannya sebagai kontraktor.


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:13 AM | Show all posts
tu tgh pk masa depan tuh.. haha..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:13 AM | Show all posts
kesian....
kenapa tak reti duduk diam2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2013 09:20 AM | Show all posts
putr@polo posted on 31-5-2013 08:32 AM
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo (kiri) bersama isterinya, Zahrah Kechik di Mah ...

Masa aku tengok muka dia keluar kat berita kelmarin,
aku tengok muka dia berbeza dari dulu (selepas buat surgeri), hidung makin tirus tinggi...

ada buat surgeri lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:21 AM | Show all posts
pelik gak apsal Khir Tempe nak merayu lagi..
dah sah2 terbukti apa yg dia buat tu salah..beli tanah under value..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 09:24 AM | Show all posts
Nash^Roy posted on 30-5-2013 05:04 PM
padan muka.. ni nak salahkan sape lak? DAP?

nih semula salah PAS n PKR
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:26 AM | Show all posts
agak2 khir toyo kena liwat tak dalam penjara?
muka dah jambu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:29 AM | Show all posts
tobby posted on 30-5-2013 07:21 PM
kenapa tak kena sebat?  undang2 bodo apakah ini?  pencuri susu rega rm30 di supermarket kena lagi te ...

tobby, yang kaw nak marah2 pehal. ini kan undang2 Malaysia yang adil. mencurik utk kelangsungan hidup yg daif mmg kn hukum. kalau mencurik untuk luaskan kekayaan tidak mengapa.PAHAM tak???

Tolongla terima hakikat ini
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:29 AM | Show all posts
syalyn posted on 31-5-2013 08:56 AM
tak kira siapa... org UMNO ke, PR ke PAS ke DAP... Allah dah kata kalau diberi kuasa, manusia akan d ...

komen terbaik setakat ini....like
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:32 AM | Show all posts
d-7-0ne posted on 30-5-2013 08:57 PM
rumah kna sita, jadi kna duduk dlm hutan lah si toyol........

kaw ingat rumah pprt dia sebijik tuh jah kah???
takat rumah pprt nih dia semun jah kalau kena rampas pon....

rumah banglo dia ada banyak noks....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:33 AM | Show all posts
melampau sgt!!! takat setawun jekkkk.... : mmg lah tak adil tul mahkamah mesia nih, hrp2 kat akhirat dpt balasan setimpal!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:33 AM | Show all posts
little_sis posted on 31-5-2013 08:55 AM
dia ni sebelum jd MB ok je kan doktor gigi... pastu dpt pangkat, harta senang nk dpt... pastu dh mul ...


si KT ni dulu member kamceng dgn Uni mate aku... sama batch dgn aku pun...
masa kat UM dulu khabarnya siap join group usrah lagi..

menurut kerabat aku org kuat umno, masa nak cari pengganti jawatan MB dari Abu Hassan Omar dulu,
Chedet mintak senarai calun2 yg layak utk jadi MB Selangor.
antara nama2 yg tersenarai utk calun MB tu, si KT ni dipilih sebab rekod dia paling bersih masa tu...
sekali bila dia naik jadi MB, terkejut beruk otai2 umno selangor sebab dlm masa singkat jadi jaguh korup di selangor.

ramai otai2 umno selangor yg bengang di si KT ni...
termasuklah uncle aku yg jadi penerangan umno.
dulu, setiap kali aku jumpa uncle aku ni, dia asyik kutuk si KT ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:36 AM | Show all posts
mizkajura posted on 31-5-2013 09:32 AM
kaw ingat rumah pprt dia sebijik tuh jah kah???
takat rumah pprt nih dia semun ja ...

aku tau lah,aku buat lawak je tu perli noh odang......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 09:36 AM | Show all posts

gara gara jawa anak
toyo ni rakyat Selangor
trauma dengan UMNO

semoga Sarawak terus virgin
dari UMNO makhluk perosak
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:37 AM | Show all posts

bila Nik Aziz pula akan di
dakwa berkenaan tanah
bernilai 10juta

tak sabar tunggu

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:39 AM | Show all posts
Equalizer posted on 30-5-2013 05:32 PM
hmm... 12 bulan je??

tu cuma 1 daripada berpuluh kes2 lain yg tak diselongkar.

bior dy menjawab la sundirik kt akhirat sana.. time tu, mulut dh kne kunc, tgn kaki yg menjawab...mamps  la...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:40 AM | Show all posts
lipans posted on 30-5-2013 05:38 PM
Jangan jatuhkan sabun dalam penjara nanti ye abang khir tempe. Buruk padahnye....

rela kot mandi xpakai sabun pasni ank toyo..hahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.385346 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list