CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gogo2

[Jenayah] Khir Toyo didapati bersalah. 12 bulan penjara + rumah disita. Akan rayu lagi !

[Copy link]
Post time 31-5-2013 12:37 PM | Show all posts
garyura posted on 31-5-2013 11:32 AM
curi 1 tin susu baby = penjara 12 bulan

curi duit rakyat juta2= penjara 12 bulan

aah kan ?
takde beza... DIMANAKAH KEADILAN ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 12:44 PM | Show all posts
mixed posted on 31-5-2013 09:11 AM
muka tiada rasa kesal

ni mungkin sebab besar kenapa negeri selangor bukan milik BN ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 01:36 PM | Show all posts
leylapple posted on 30-5-2013 05:15 PM
ala ringan nyer hukuman...

orang curik setin susu baby pun sama jugak hukuman mcm khir toyo

di donia memang ringan sebab manusia yang jatuhkan hukuman...ape sangat....kat akhirat...mana kau nak larik toyol nieee.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 01:41 PM | Show all posts
setia00 posted on 31-5-2013 12:37 PM
aah kan ?
takde beza... DIMANAKAH KEADILAN ?

Keadilah kene rujuk pada isteri anuat dia yang tubuhkan parti keadilan ...mungkin boleh bagi keadilan pada semua....tak pong  anuat sendiri.....hehehehe....dia kan sangat adil lagi saksama.....itu kata dia lah...hehehhe....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 01:42 PM | Show all posts
sitihawa posted on 31-5-2013 11:46 AM
kenapa baru masuk berita ker?
dua bulan lepas lagi orang SPRM datang  opis bagi ceramah intergriti  ...

ahahah...ada sesi Q&A tak masa tu???



Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin ganteng toyo ni skrg.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2013 02:08 PM | Show all posts


ada hari berkuasa lagi berharta.
ada hari di rampas harta
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 02:35 PM | Show all posts
tobby posted on 31-5-2013 12:11 PM
namun khir toya masih dimuliakan oleh segelintir manusia yg bernama macai. perompak2 negara dimuli ...

macai yg suka hidu haprak perbuatan yg sah2 tidak mencerminkan ketua rakyat.
Ceittt podah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 02:36 PM | Show all posts
akulah7E posted on 31-5-2013 02:08 PM
ada hari berkuasa lagi berharta.
ada hari di rampas harta

... ada hari kuasa tiada
... ada hari harta tiada
... ada hari maruah tiada


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 02:37 PM | Show all posts
moyas posted on 31-5-2013 01:45 PM
Makin ganteng toyo ni skrg.

...dan rahsianya adalah....

TEMPE
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 02:40 PM | Show all posts
totokreturn posted on 31-5-2013 12:09 PM
nak ganti noh udang..? mmg otak udang org2 umno nih.. sedang dah tahu noh udang perembat tanah org ...

jangan la nak mengemok tak tentu pasal.
kan BN parti yang bagus. ini kerana ia ada sebuah parti yang telah direbranding....

BN = Binik Najib
tuh pasal BN kena menang hatta apa jugak cara. Binik Najik masih mahu berkuasa dibelakang langsir
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 02:40 PM | Show all posts
bini dia dulu cantik skrg sudah sembab apasal..?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 02:41 PM | Show all posts
Suara hati Dr Khir

31 Mei 2013



Khir Toyo

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo di luar Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman di Putrajaya, semalam
Berikut adalah petikan dari blog bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Putus Sudah Harapan?

1. Semalam, Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan saya.

2. Saya akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini tapi saya tidak mengharapkan peluang untuk dibebaskan secerah semasa kes ini di Mahkamah Rayuan.

3. Saya hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah amanah.

4. Saya membeli rumah dengan harga pasaran. Saya tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsudin Haryoni berbanding syarikat-syarikat lain yang melakukan usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

5. Saya dimaklumkan bahawa tuduhan ke atas saya di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Dengan kata lain, apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

6. Saya tidak pasti bagaimana mahu membeli rumah kerana hampir kebanyakan "developer" mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai Menteri Besar Selangor.

7. Sudah tentu ada yang berkata belilah rumah mengikut harga sebenar. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Sebab itu saya minta diadakan penilaian ke atas rumah separuh siap yang mahu dijual oleh Shamsuddin kepada saya.

8. Rahim and Co dan HSBC menilai rumah tersebut pada harga RM 3.5 juta. Penilai Rahim and Co memberi keterangan terperinci dalam Mahkamah mengenai cara penilaian dibuat. Keterangan beliau tidak dicabar oleh Pendakwa Raya. Malangnya ia tidak diambil pakai oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

9. Sepanjang tempoh perbicaraan ini terdapat 4 nilai harga rumah tersebut dibawa oleh pendakwa raya. Pertama ialah harga RM 6.5 juta, harga yang dibeli oleh Shamsuddin daripada pemilik pertama. Harga kedua, ialah RM 5.2 juta yang kononnya dibuat oleh Trans Asia atas permintaan Shamsuddin sebelum pembelian dilakukan. Shamsuddin tidak pernah menunjukkan kepada saya laporan tersebut dan ini diakui sendiri oleh beliau di dalam Mahkamah.

10. Pendakwa raya juga membentangkan laporan oleh Henry Butcher yang dibuat pada 2009, iaitu hampir 3 tahun selepas rumah tersebut saya beli dan siapkan.

11. Peguambela saya membentangkan dua nilaian. Satu daripada Irhamy and Co yang menilai rumah tersebut sebanyak RM 4.3 juta semasa Shamsudin membeli rumah tersebut pada 2005. Nilaian ini dibuat setelah Shamsuddin memohon untuk melakukan pinjaman cagaran ke atas kediaman tersebut dengan Maybank.

12. Nilaian kedua adalah nilaian Rahim and Co sebanyak RM 3.5 juta yang dilakukan ketika saya membeli rumah tersebut yang separuh siap apabila Shamsuddin meroboh dan membina semula.

13. Saya masih ingat tulisan dan pertanyaan seorang penulis sebuah portal yang menulis artikel bertajuk Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim? Saya tidak pasti jika hakim menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.

14. Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, "Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi."

15. Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik.

16. Panel Hakim menyatakan hakikat saya mengetahui rumah tersebut sebelumnya ditawarkan kepada saya RM 7 juta dan Shamsuddin membeli dengan harga RM 6.5 juta menunjukkan saya mengetahui balasan yang saya berikan tidak mencukupi.

17. Apakah masuk akal untuk saya membeli rumah separuh siap dengan harga rumah yang siap bersama perabot dan kolam renang yang dibeli Shamsuddin pada 2005? Jika berdasarkan pertuduhan inilah kesalahan saya. Namun sehingga dua Mahkamah saya lalui, tiada satu pun bukti menunjukkan harga RM 6.5 juta tersebut merupakan harga pasaran yang sebenar.

18. Empat orang hakim masih tidak boleh memberi saya tanda aras apa yang sepatutnya saya guna untuk membeli rumah tersebut. Jadi bagaimana saya seorang yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai undang-undang boleh membuat keputusan yang tidak menyalahi undang-undang?

19. Dan jika nilaian oleh penilai bebas yang bertaraf antarabangsa seperti Rahim and Co dan bank antarabangsa seperti HSBC tidak boleh diterima pakai oleh Undang-undang dalam menentukan nilai sebenar hartanah tersebut, keadilan apa lagi yang mahu kita cari?

20. Saya percaya saya akan tetap bersalah walau apa pun bukti dibawa. Cuma saya berharap panel lima hakim akan datang menyatakan dengan jelas apakah tanda aras sebenar balasan tidak mencukupi tersebut.

21. Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.

22. Tapi sekurang-kurangnya saya berharap para Hakim akan memberi penghakiman yang jelas agar tidak ada lagi penjawat awam menjadi seperti saya - mangsa yang boleh  dimanipulasi untuk kepentingan politik!

Rasuah

23. Walau apa pun tanggapan mereka yang tidak suka dengan saya, tapi hakikatnya saya tidak melakukan rasuah. Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal.

24. Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah.

25. Rasuah apa? Sokongan saya terhadap cadangan memajukan tanah secara usahasama ke atas syarikat milik Shamsuddin dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal yang saya tidak ketuai. Malah keterangan pegawai PKNS menunjukkan banyak sokongan saya juga ditolak.

26. Shamsuddin memohon pengecualian Bon dan disokong oleh saya tetapi ditolak oleh PKNS. Jadi untuk apa Shamsuddin merasuah saya?

27. Malahan dalam keterangan Shamsuddin, beliau sendiri mengakui bahawa beliau yang menawarkan untuk menjualnya kepada saya, bukannya saya yang meminta untuk membeli.

28. Memanglah ada "rempah ratus" pendakwa raya dari saksi-saksi yang bermusuhan dengan saya atau terpaksa kerana telah didakwa bersama saya terlebih dahulu. Namun hakikat utama dalam kes ini bahawa saya membeli rumah dengan balasan tidak mencukupi masih merupakan satu kenyataan yang sangat kabur.

29. Saya bangga sekurang-kurangnya saya membeli ruma
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 02:42 PM | Show all posts
DeMax posted on 31-5-2013 11:15 AM
Kesian semoga bertabah di hari PUASA/Aidilfitri yg bakal menjelang tiba. Semoga keindahan dan kesero ...

walaupun penjara dirumah....kekayaan still dia ada. boleh jah jemput sedara mara n macai penjilat dtg beraya dgn megah n riak nya. so wht the hek?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 03:43 PM | Show all posts
putr@polo posted on 31-5-2013 02:41 PM
Suara hati Dr Khir

31 Mei 2013

tengok.... dia langsung tak rasa bersalah. pundekk la.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 03:44 PM | Show all posts
mizkajura posted on 31-5-2013 02:37 PM
...dan rahsianya adalah....

TEMPE

jom menempe mlm ne
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 03:51 PM | Show all posts
pabila khir toya mampu mengupah Muhammad Shafee Abdullah mewakili beliau bermakna dia memang kaya ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 03:55 PM | Show all posts
putr@polo posted on 31-5-2013 02:41 PM
Suara hati Dr Khir

31 Mei 2013

Mamat ni dulu bukan legam ala2 buruh kontrak ke? Camne leh muka jadi sepet2 cam cina dan berkulit cerah lak ek?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 04:00 PM | Show all posts
mizkajura posted on 31-5-2013 02:40 PM
jangan la nak mengemok tak tentu pasal.
kan BN parti yang bagus. ini kerana ia ada sebuah parti y ...

camna cara sekalipong.. bn binik najis wajib menang pru sebab mana nak korek duit buat majlis kawin anak pompuan dia dengan jantan yg dikehendaki us tuh nanti.... jadi musti kena wajib menang nak buat majlis gilang gemilang pakai duit kerajaan malaysia nanti.... kalu kalah arituh, takleh laa nak buat majlis kawin grand punyer... pandai tak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 04:05 PM | Show all posts
nampak tak antara molia ka tak..aku dah dok semeja tauuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.254305 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list