CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5447|Reply: 45

Kenapa semakin ramai kunjungi TG Nik Aziz?

[Copy link]
Post time 3-7-2013 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Salmah Mat Husain,       
                03 Jul 2013       


KOTA BHARU: Kunjungan masyarakat luar Kelantan untuk bertemu dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melebihi aura sewaktu mula-mula menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sekitar tahun 90-an.

Dengan situasi itu, hampir setiap hari rombongan pelancong luar akan ke Masjid Pulau Melaka tidak kurang tiga hingga lima buah bas sehari, khususnya pada hujung minggu, tidak termasuk kenderaan individu yang datang berkonvoi untuk tujuan yang sama.

Perkara itu diakui sendiri isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, ketika ditemui petang semalam di JKR 10 untuk menyelami perasaannya selepas Tuan Guru bersara sebagai Menteri Besar.

Menurutnya, walaupun Tuan Guru hanya Adun biasa, namun masjid dan kediamannya sering dikunjungi orang ramai termasuk masyarakat luar untuk bertemu dengan Tuan Guru.

“Kalau era 90-an ketika mula menjadi Menteri Besar, mereka datang bertemu Tuan Guru hanya pada majlis-majlis tertentu, kalau ada rezeki sempat bertemu.

“Tetapi sekarang mereka bertemu di rumah atau di masjid tanpa protokol,” ujarnya.

Katanya lagi, memandangkan kehadiran orang luar begitu ramai, hanya masjid sahaja menjadi ruang untuk bertemu.

Tegasnya, rumahnya yang agak sempit tidak mampu menampung kehadiran orang ramai pada satu-satu masa, apa lagi dengan rombongan bas sehingga lima buah sehari.

Katanya, jika diminta Tuan Guru khususnya ada rombongan berkenaan terdiri daripada muslimat, beliau juga akan turun di halaman rumahnya bersama-sama Tuan Guru.

Sabariah ketika ditemui mengakui walaupun beliau tidak lagi menjadi isteri kepada seorang Menteri Besar, namun tugasnya masih seperti dahulu.

“Sentiasa sibuk, sering menghadiri majlis, kadang-kadang ganti Tuan Guru kalau dia tidak sempat hadir atau keletihan,” ujarnya.

Beliau juga turut memberitahu, selagi hidup perjuangannya tetap untuk Islam, membantu kerajaan negeri dan parti.

Tuan Guru dan Sabariah kini mempunyai 59 orang cucu dan dua orang cicit.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2013 12:23 PM | Show all posts
hasan ali dan zulkifli nordin ada jumpa nik aziz tk???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 12:37 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 3-7-2013 12:23 PM
hasan ali dan zulkifli nordin ada jumpa nik aziz tk???

2 orang ni tk dapat jadik senator ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 12:42 PM | Show all posts
mat_krai posted on 3-7-2013 12:37 PM
2 orang ni tk dapat jadik senator ke?

insyaAllah...kalau ada senator pendek umur dan expired pegang jawatan...mereka berdua akan dilantik dan diserapkan ke dalam kabinet kerajaan...sama2 kite berdoa untuk kejayaan penjihad2 melayu dan Islam ini...

110 peratus boleh menang... hahahahahahahhahahahaha..apabila nafsu mengatasi akal dan iman...apabila mengaku diri lebih power daripada tuhan.....akhirnya kalah bertanding.. hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 04:40 PM | Show all posts
berita ayam nik aziz bertelo tak nak masuk sokkabo ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 05:35 PM | Show all posts
jangan lah kamu menjadi pendengki
TGNA adalah ikon
hanya yg luhur mengenali siapa dia TGNA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2013 05:36 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 3-7-2013 12:42 PM
insyaAllah...kalau ada senator pendek umur dan expired pegang jawatan...mereka berdua akan dilanti ...

hanya Allah yg mengetahui apa yg tersirat dihati mereka ini
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 02:58 AM | Show all posts
Aku jugak yg belum berpeluang jumpa tuan guru.  Mudah2an Allah sentiasa pelihara tuan guru dunia dan akhirat.. aminnn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2013 06:57 AM | Show all posts
hebat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 07:06 AM | Show all posts
Berahim Ali tak gi lawat ke..dekat je tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 10:52 AM | Show all posts
In Sha Allah

pak berahim akan sedar jua akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 12:06 PM | Show all posts





yg bg amanat tu tiga suku kahkahhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 12:11 PM | Show all posts




lebih penting sangat,dah menang Selangor apesal tak nak perintah....
kahkahhhhhhhh...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 12:18 PM | Show all posts
adakah anda memahami apa itu sekular?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 12:20 PM | Show all posts








tiket masuk syurga dah jmpa....
jom jun sekali !!

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 12:27 PM | Show all posts

idola pakatan haram jadah!!!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2013 12:35 PM | Show all posts
umno sekular ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 03:43 PM | Show all posts
tetamu yg bertandang nih reti2 la bagi masa mereka bercomolot. mereka pun bertentang mata jugak
reti2 bahasa sikit la. mereka nih baru nak tarik napas....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 10:46 PM | Show all posts
well.. why not ...ziarah menziarahi amalan mulia...well...okaylah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 08:00 AM | Show all posts
mat_krai posted on 3-7-2013 05:35 PM
jangan lah kamu menjadi pendengki
TGNA adalah ikon
hanya yg luhur mengenali siapa dia TGNA

semoga Allah panjangkan umurnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061673 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list