CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

( Cerita ) Selepas maghrib..Di Padang Solar ..kena sergah ngan ...

  [Copy link]
 Author| Post time 13-5-2014 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Tidak bertangguh Ucu Tunal menyusur denai mengikiut jejak keruh ait itu sampai ke seberang padang lalang. Memang sah mereka berdua nampak rusa jantan tanduk bercabang menjilat-jilat tubuh di tepi belukar. Terhangak-hangak rusa berkenaan sebaik sahaja terdengar bunyi daun kering berdesir dipijak.

“Hari ini rezeki kita baik, Ucu,” bisik Dolah Tenjot sebaik sahaja Ucu Tunal membedek senapang.

Ucu Tunal tidak menyahut, Dia tidak mahu tembakannya jauh dari sasaran dalam saat demikian. Sebab itu dia mesti membedek tepat biar peluru yang berdentam menerjah ke kepala rusa. Tentu rusa itu akan tersungkur menyembam bumi apabila peluru senapang menyinggahi tengkorak kepalanya,

Dalam keadaan berhati-hati itulah Ucu Tunal melepaskan tembakan. Memang jarang tembakannya tidak menepati sasaran. Sekaligus rusa jantan itu tersungkur dengan rengekanmemanjang. Tidak bertangguh pula Ucu Tunal mencuit bahu Dolah Tenjot supaya mara kehadapan menghunus parang menyembelih leher rusa sebelum terlambat.

Tetapi Dolah Tenjot Dolah Tenjot tidak ada di situ. Puas dia memerhat keliling memang Dolah Tenjot tidak bersembunyi di mana-mana. Lagi pun tidak ada sebab Dolah Tenjot mesti bersembunyi takala dia melepaskan tembakan.

Di hadapan mereka bukan harimau panjang tujuh depa yang terseragam menunggu mangsa, masakan Dolah Tenjot takut tidak menentu apabila terserempak rusa jantan tengah naik badan. Tentu DolahTenjot juga gecur air liur kalau daging rusa itu di masak rendang.

“Hah, ke mana pula kau Dolah?” gerutu Ucu Tunal segera menerpa ke hadapan. Bimbang juga dia kalau lambat disembelih rusa yang telah terguling ke tanah. Kalau sudah mati kejang memang tidak berguna lagi daging rusa itu dibawa balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2014 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Sebaik sahaja dia menghunus parang mahu menyembelih rusa, berdebar hatinya apakala melihat Dolah Tenjot tergolek di sisi tubuh rusa berkenaan. Darahmembuak-buak di kepala Dolah Tenjot dengan kakinya menggelepar sama seperti tubuh rusa yang merengek-rengek dengan kakinya menendang angin.

“Hah, setan! Kau nak cari geruh aku nampaknya,” bentak Ucu Tunal menggertap bibir.

Segera dia memangku kepala Dolah Tenjot dengan meletakkan pada arah matahari memancar kuat. Kemudian dia memancang anak kayu yang dikerat sedepa di keliling tubuh Dolah Tenjot seolah-olah mengurung di dalam serkap.

Setelah duduk bersila dia antara Dolah Tenjot dan tubuh rusa yang merengek-rengek, lantas Ucu Tunal cancangkan mata parang ke tanah. Dia mengukukan duduk lantas membaca:

Ya qadim, ya daim, ya ahad, ya wahid, ya samad. Allahumma inni as –as laka bismikal ahadal a’aza wada’wake, Allahumma bismikal ahadal samada wada’waka, Allahumma bismikal ‘azimil witri wada’ waka, Allahumma bismikal kabiral muta’ alallazi mala-al arkana kullaha an tak’ afa ‘inni ma asbahata wama amsitafihi

Kemudian serentak dia mencabut mata parang yang tercancang ke tanah hingga keluar darah memancut di tempat mata parang itu tercancang. Sekali gus pula Dolah Tenjot terbersin lantas duduk terpinga-pinga macam terkejut dari tidur.

Sewaktu Dola Tenjot berpaut kepada anak kayu yang di cancang di kelilingnya mahu bangun, dia melihat rusa yangtergolek bingkas bangun. Cepat-cepat pula rusa tersebut melompat ke dalam belukar menyusup entah kemana.

“Rusa melintas depan kita, Ucu!” jerit DolahTenjot bagaikan tidak sabar disebabkan rusa itu terlepas.

Tetapi Ucu Tunal tidak menyahut. Dia memberi isyarat mengajak Dolah Tenjot balik sahaja. Biarlah dia balik dengan tangan kosong sekalipun kehampaan terbayang diwajahnya. Puas di desak oleh Dolah Tenjot supaya teruskan juga berburu, tetapi Ucu Tunal sudah mengambil keputusan tidak akan berburu.

Manalah Dolah Tenjot tahu apa yang dialaminya tatkala tubuhnya kejang di sisi tubuh rusa. Kalau dia berkeras menyembelih rusa berkenaan , tentu Dolah Tenjot juga terpenggal leher. Siapa akana percaya kejadian itu kalau diberitahu kepada orang-orang kampung. Tentu mereka menuduh Ucu Tunal yang memenggal leher Dolah Tenjot.

“Biarlah aku lepaskan rusa tu..” bisik Ucu Tunal sayau bila mengamit Dolah Tenjot mengajak berundur.

Terpaksa juga Dolah Tenjot mematuhi keputusan Ucu Tunal. Dia sekadar mengikut sahaja ke mana pun dibawa Ucu Tunal di tengah hutan demikian. Lagipun senapang terpanggul di bahu orang tua itu, masakan dia boleh berkeras mengajak berburu meranduk hutan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Dia terasa terkurung di dalam lubang gelap semasa Ucu Tunal melepaskan tembakan. Tiba-tiba sahaja kakinya terjerlus ke bawah dengan tidak bertahan. Puas dia memekik-mekik memanggil Ucu Tunal tetapi suaranya tidak kedenganran di mana-mana.

Lama dia terkial-kial di dasar lubang gelap itu, barulah Dolah Tenjot nampak cahaya matahari memancar jauh di udara. Dia cuba melonjak ke atas, tetapi lubang berkenaan jauh ke bawah. Bimbang juga Dolah Tenjot terkurang di dalam lubang gelap itu sekalipun sudah nampak cahaya matahari memancar. Manalah tahu ada ular berlingkar di situ menunggu mangsa untuk mencerutnya sampai tidak dapat bergerak langsung.

Puas terkial-kial dalam lubang gelap itu barulah Dolah Tenjot mendengar suara Ucu Tunal memanggilnya. Perlahan-lahan dia merangkak naik sambil berpaut pada akar yang terjuntai. Ketiaka sampai di permukaan lubang, dia terbersin kuat hingga terhumban hingga tercampak ke celah kayu di cancang macam serkap mengurung dirinya. Ketika itu juga dia melihat seekor rusa jantan bingkas bangun melompat ke tengah belukar.

Manalah Dolah Tonjet tahu mengenai dia berbaring di sisi tubuh rusa dengan kepalanya berlumuran darah. Masakan dia percaya kalau Usu Tunal beritahu kejadian sebenarnya berlaku ke atas mereka berdua. Cuma Ucu Tunal satu-satunya yang dapat memahami geruh tersebut, sehinggalah dia terpaksa menggunakan ikhtiar untuk selamatkan kawannya Dolah Tonjet.

“Kalau begitu, Ucu ni kena badi,” lantas sahaja Kadir Misai menuduh sebaik sahaja Ucu Tunal kenangkan fasal dia berburu ke hutan bersama Dolah Tenjot.

Tidak lama selepas kejadian dia berburu ke hutan itulah Ucu Tunal tiba-tiba dia mengidap demam sejuk. Terpaksalah Misah Sepet lingkupkan selimut berlapis-lapis ke seluruh tubuh suaminya. Dia percaya Ucu Tunal tentu diserang demam kura sampai terkokol-kokol menahan kesejukan menusuk.

“Aki ingatkan dia kena demam kura,” beritahu Misah Sepet tersengih-sengih menegrling suaminya yang terkejang tidak bergerak tubuh.

Tentulah dia sangkakan Ucu Tunal diserang demam kura setelah terketar-ketar sejuk sampai lebih satu jam. Kemudian dia mengerang-ngerang kepanasan lantas membuangkan selimut. Setelah berpeluh-peluh hingga meracau tidak menentu barulah dia tidur nyenyak keletihan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Sejuk mengigil-gigil itu berulang lagi keesokannya, kemudian panas membahang dan berpeluh-peluh seluruh badan. Sebab itulah Misah Sepet menuduh suaminya dihinggapi demam kura. Tahu sangat Misah Sepet kalau sebut fasal demam kura, memang begitulah penyakit tersebut merasuk mangsanya.

Tetapi seminggu selepas berulang-ulang seperti keadaan demam kura itu, tubuh Ucu Tunal berubah menjadi kuru. Kulitnya menjadi hitam dan kendur laksana daun sirih lecur dilayur. Dia bertambah lemah tidak bermaya lagi.

“Kalau demam kura, minum air jadam pun boleh sembuh.” Jar Kadir Misai mengeleng lemah.

“Manalah aku tahu penyakitnya macam ni;” sahut Misah Sepet memicit-micit kepala lutut suaminya. Tetapi dia berhati-hati bagaikan bimbang kulit suaminya akan luruh sama apabila dipicit demikian.

“Habis macam mana fikir Ucu sekarang?” soal Kadir Misai tidak mahu bagaimana mahu membuat keputusan.

“Entahlah,” lantas sahaja Ucu Tunal menjelaskan sambil cuba mengangkat kepala. “Baca Yassin dah tiga petang, badan aku dah tak rasa apa-apa lagi, macam kebas!” beritahunya seolah-olah terbayang kekecewaan di hatinya.

“Macam mana ustaz fikir baik?” Misah Sepet berpaling menatap muka saya bagaikan meminta keputusan.

“Terpulanglah kepada Ucu sendiri,” sahut saya perlahan mengusp-usap dahi Ucu Tunal.

Ucu Tuna semakin sebak menahan keharuan hatinya disebabkan dia merasa tubuhnya sudah kebas. Dipicit pun tidak memberi bekas langsung kepadanya. Memang dia tahu dahinya diusap tetapi Ucu Tunal tidak dapat lagi merasa usapan tangan saya itu.

Lama dia tersengguk-sengguk barulah Ucu Tunal memberitahu mengenai mimpinya pada malam dia terketar-ketar menahan kesejukan bagaikan diserang demam kura. Sengaja dia rahsiakan daripada pengetahuan isterinya mimpi tersebut kerana bimbang Minah Sepet akan menuduhnya sengaja mereka-reka cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Mimpi itulah yang membawa padah kepadanya, apabila terasa berdiri di tubir jeram memerhatikan seorang lelaki tua bertunggang di belakang rusa. Dia melihat bahagian kepala rusa itu berlumuran darah bekas ditembusi peluru senapang. Tersengih-sengih lelaki tua itu mengejeknya dengan memegang gada berceranggah di tangan. Kulit lelaki tu aitu kendur meluyut macam daun sirih lecur dilayur.

“Hutang mesti dibayar Tunal!” jerkah lelaki tua itu bertenggong dibelakang rusa berkenaan.

“Bukankah aku dah pulangkan hak kamu?” sahut Ucu Tunal tidak berganjak di tubir jeram.

“Tapi kau pulang hak aku dah cacat,” jelas lelaki tua itu bagaikan berdendam.

“Hah, nampaknya kau sengaja nak cari geruh, kalau begitu aku terpaksa beli,” marah benar Ucu Tunal apabila dicabr lelaki berkenaan.

Semasa lelaki tua itu melontarkan gada berceranggah, cepat-cepat Ucu Tunal mengelak. Dia melompat menyebabkan kakinya tergelincir jatuh ke bawah jeram. Terkekeh-kekeh lelaki tua itu berkulit kendur macam daun sirih dilayur itu mentertawakan Ucu Tunal jatuh ke air.

Lama Ucu Tunal dipusar oleh arus di tengah jeram hingga dia hampir lemas barulah tangannya dapat mencapai batu di tebing. Cepat-cepat dia berpaut naik sampai terasa sejuk menusuk ke tulang sum-sum akibat terlalulama terendam.

Sejuk yang dialaminya melalui mimpi itulah berterusan hingga menjadi dia demam tergigil-gigil. Selera makannya juga menjadi mual tidak mahu menelan nasi. Sedikit demi sedikit tubuh Ucu Tunal semakin lemah tidak bermaya.

“Kenapa awak tak beritahu saya mimpi tu?” gerutu Misah Sepet kesal dengan sikap suamimya mahu merahsiakan segalanya dari dia.

“Ah mimpi, macam mana nak beritahu,” jelas Ucu Tunal meluahkanrasa terharu yang sekian lama terpendam.

“Memang tak masuk akal,” keluh Kadir Misai apabila kenangkan kaitan mimpi itu dengan penyakit yang di alami oleh Ucu Tunal. “Tapi, kalau cepat dapat tahu mungkin juga ada ikhtiar,” katanya lantas mengerling ke arah saya.

Disebabkan penyakit yang dideritai oleh Ucu Tunal itu sudah lebih tiga bulan, tentulah tenaga jasmaninya tidak mampu lagi melawan penyakit . Kalau diubati pun sekadar harapkan tenaga luar, sedangkan tenaga jasmani itu diperlukan juga untuk melawan gangguan penyakit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Setelah merasakan Ucu Tunal dapat tenteramkan hatinya, lantas saya letakkan tapak tangan di kepala dengan membaca:

Lailaha illallahu wallahhu akbaru saddaqahu rabbahu faqul lailaha illa ana waana akbaru, waiza qola la-ilaha illallahu wahdahu lasyarika lahu qola yaqulu la-ilaha illa ana wahdi lasyarikali, waiza qola la-ilaha illallahu lahulmulku walahulhamdu qola la-ilaha illa ana liyalhamdu waliyalmulku wa-iza qola la-ilaha illallahhu wala haula wala qauwata illa billahhi qola la-ilaha illa ana wala ana wala haula wala qauwata illabi

Ketika ini saya terdengar Ucu Tunal beristighfar beberpa kali dan mengaku seluruh badanya bagaikan bergegar. Apabila saya beralih kelunjur kakinya memegang ibu jari, dia tiba-tiba mengeliat.

“Hah, baru terasa sakit, ustaz,” tuturnya lemah tetapi terkial-kial memberi isyarat kepada isterinya dia semakin sukar mahu bernafas.

Segera Misah Sepet mengusap dada suaminya. Kemudian Ucu Tunal berbisik meminta saya teruskan membaca apa sahaja. Dadanya terasa lapang mendengar saya membaca doa, tetapi tangannya bergerak-gerak memberi isyarat supaya Misah Sepet terus mengusap dadanya.

Jiran-jiran juga melihat Ucu Tunal sudah mula mahu mengerakkan tangan seolah-olah tenaganya pulih semula. Wajahnya juga segar sekali pun kepala masih belum boleh diangkat. Tetapi segera saya memberikan isyarat kepada Kadir Misai supaya mengajak jiran-jiran yang sama terconggok di situ bacakan Yassin.

Dalam masa jiran-jiran bacakan Yassin itulah perlahan-lahan Ucu Tunal menutup matanya. Perkara menetukan segalanya adalah hak Allah, kerana saya hanya sekadar mampu berdoa sahaja. Ucu Tunal menghembuskan nafasnya semasa saya bersama jiran-jiran di situ berdoa memohon pertolongan Allah meringankan beban penyakitnya.

Sewaktu Ali Ranggi memberhentikan kereta di depan rumah, saya masih terconggok di kerusi. Isteri saya keluar membukakan pintu pagar mempelawanya masuk.

“Eh, angah tak siap lagi?” ujar Ali Ranggi lantas duduk sambil memerhatikan saya masih tidak menukar pakaian.

“Minumlah dulu, lepas tu baru siap-siap untuk pergi,” sengaja saya berdalih kerana malas sangat mahu memenuhi permintaan kawan Ali Ranggi itu. Saat ini saya merasa debaran dada saya pula kencang berombak bagaikan menghadapi darah gemuruh.

“Mail Togok tu harap sangat angah datang,” desak Ali Ranggi meminta saya segera menukar pakaian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-5-2014 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
37 BADI RUSA JANTAN

Tetapi saya tidak mahu tergesa-gesa. Sebaik sahaja isteri saya hidangkan sarapan pagi, saya segera mengajak Ali Ranggi minum dahulu. Ketika menjamah sarapan itulah isteri Ali Ranggi pula menelefon. Cepat-cepat isteri saya menggamit Ali Ranggi disebabkan isterinya itu cemas tidak menentu.

Apabila Ali Ranggi menangkat telefon , dia bagaikan kecewa tidak bertahan. Perlahan-lahan dia meletakkan gagang telefon dan memandang isteri saya tercegat di tepi meja makan.

“Kimah tu, baru kejap ni tadi meninggal,” jelas Ali Ranggi berjalan lemah lantas duduk semula. Cepat-cepat dia menghirup minuman kerana mahu segera balik ke rumah ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

PANTANG larang turun temurun tetap dipegang oleh nenek kukuh-kukuh menjadi petua yang mesti dipatuhi. Dia tidak akan melanggar pantang larang dari yang sekecil-kecil hinggalah yang sebesar-besarnya. Kalaulah tidak disebabkan dia sudah bertekad tidak mahu menjadi bidan lagi selepas saya dilahirkan, memang neneklah satu-satunya bidan yang diharapkan oleh orang-orang kampung.
Apalagi tatkala orang kampung tidak lagi menumpu ke hospital seperti sekarang, memang bidan seperti nenek saya inilah tempat mereka mengantung harapan. Bukan nenek sahaja mereka perlukan Dukun Samid dengan Mudim Encol juga menjadi tumpuan mereka.
Sewaktu Mudim Encol sunatkan Madun Calet tetiba saja darah turun membuak tak henti terpaksa dia menjemput Dukun Samid. Selepas Dukun Samid bubuhkan tasak yang diambil dari sawang di kasau atap cepat sahaja darah Madun Calet berhenti macam air disekat empang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2014 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Dukun Samid juga tergesa-gesa menyuruh dijemput nenek saya sewaktu dia mengubati Melah meracau-racau tidak menentu. Apabila nenek saya potongkan bawang merah ditenyeh ke dalam piring berisi minyak kelapa, lantas sahaja Melah bangun tercengang-cengang tidak tahu apa telah berlaku pada dirinya.
Memang mereka saling kerjasama menghadapi kesukaran sewaktu dijemput orang kampung lantaran jauhnya pusat kesihatan dan jalan pula bertanah merah dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke pekan atau bandar.
“Saya tidak sanggup lagi berbidan,” jelas nenek apabila dijemput orang setelah dia memutuskan tidak mahu lagi berbidan. Tidak sanggup dia untuk menempuh geruh jika digagahi juga membidankan ibu sarat mengandung.
Sudah jadi pantang larang dia tidak boleh membidankan anak sendiri. Namun tatkala emak saya terlantar sarat mengandung, nenek sendiri tidak dapat mengagak sama ada emak saya sampai resa atau pun belum. Tidak ada tanda-tanda emak saya akan bersalin sewaktu dia sarat mengandungkan saya.
Sebab itulah ayah saya ke rumah Tok Aji dan Nenek Aji kerana kenduri sambutan Maulidur Rasul. Menjadi kelaziman setiap tahun akan diadakan kenduri menjelang maulid di madrasah nya untuk sama-sama bertahlil dan berselawat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Hanya sebelum maghrib tiba-tiba emak saya mula merasa perutnya sakit lantas melaung nenek dari tingkap disebabkan rumah kami saling berdekatan. Sewaktu nenek datang bersama bapa saudara saya Usu Jusuh, hujan mula turun rintik-rintik. Memang nenek sudah tahu emak saya tengah sakit nak bersalin. Kalau mahu dipanggil bidan lain tidak sempat pula Usu Jusuh ke rumah Tok Aji memberitahu ayah saya. Dalam keadaan terdesak itu nenek terpaksa menyuruh Usu Jusuh memberitahu ayah saya fasal keadaan emak saya.
Sebaik saja diberitahu mengenai emak saya hampir mahu bersalin ayah saya cepat-cepat balik ke rumah. Tok Aji dan Nenek Ajin terpaksa juga teruskan kenduri disebabkan jiran-jiran sudah diberitahu. Hairan juga ayah saya dengan keadaan tersebut disebabkan emak saya tidak ada tanda-tanda hendak bersalin kecuali ikut ramalan bidan sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu lagi.
Tetapi nenek saya sudah meraba perut emak saya memang terasa jelas resa akan melahirkan itu sudah diketahuinya. Belum pernah lagi nenek tidak dapat mengesan fasal ibu sarat mengandung mahu melahirkan. Dia satu-satunya bidan yang berpengalaman di kampung itu. Bidan lain pun minta tunjuk ajar selepas dia bertekad tak mau berbidan lagi.
"Memanglah sudah sampai resanya" kata nenek kepada ayah saya.
Ketika ini Abang Tapa yang disuruh jemput Bidan Nah belum lagi menjengah muka. Hujan mulai turun dengan lebat menyebabkan ayah saya tidak senang duduk. Abang Tapa adalah anak angkat nenek. Kalau dah menjemput Bidan Nah tentu boleh singgah di rumah Pak Tua Mahat di Kampung Hulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Kalau Pak Tua Mahat datang sebelum emak melahirkan tidaklah bimbang sangat nenek. Tetapi saat cemas ini tidak dapat dielakkan juga apabila emak semakin sakit sebelum Bidan Nah datang. Sebaik sahaja azan Isya di surau bersama deruan hujan lebat itulah saya dilahirkan dengan nenek terpaksalah membidankan. Mahu tidak mahu nenek terpaksa juga langgar pantang turun temurun. Apakala membidankan anak sendiri yang dalam cemas demikian.
Sebaik sahaja saya dilahirkan, nenek jadi serba salah kerana saya tidak menangis seperti bayi lazimnya. Dua belah tangan saya melekap ke telinga seolah-olah bercantum tidak boleh direnggangkan. Dalam keadaan tidak tahu apa mahu dilakukan itu inilah Tok Aji dan Nenek Aji datang dengan berpayungkan daun pisang.
"Siapa bidankan anak ini?" Nenek Aji tanya sebaik sahaja naik kerumah.
"Saya sendiri, bisan." sahut nenek lemah disebabkan terpaksa melanggar pantang larangnya sendiri.
"Tapi budak ini tidak menangis nampaknya." ujar nenek kesal dengan kejadian menimpa saya. Nenek percaya tentulah akibat melanggar pantang larang yang menyebabkan saya dilahirkan tidak menangis langsung seolah-olah bayi tidak bernyawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Cepat-cepat Tok Aji mengambil saya terus melekangkan tangan saya daripada melekap ke telinga dengan membacakan Al-Fatihah tiga kali. Sebaik sahaja tangan saya lekang daripada telinga barulah saya menangis sama seperti bayi lain.
Saat inilah Abang Tapa sampai dengan Bidan Nah dalam keadaan basah kuyup. Setelah Bidan Nah sampai nenek serahkan semua urusan kepadanya untuk mengerat pusat dan memandikan bayi.
"Kawan serahkan pada awaklah Bidan Nah," ujar nenek terus sahaja mengelak.
"Tak usahlah risau bisan," Tok Aji sengaja mengusik nenek yang resah dengan kejadian itu.
"Agaknya budak ini lahir tengah menyeru azan sebab itu dia tak menangis," jelas tok Aji sambil ketawa lembut disebabkan nenek saya kenal benar apabila melanggar pantang.
Sudah berapa kali anak-anaknya melahirkan memang nenek tidak akan membidankan. Setelah menyedari anak-anaknya hampir bersalin nenek akan segera menjemput Bidan Nah. Tahu sangat Bidan Nah pantang larang nenek tidak boleh bidankan anak sendiri. Bukan takat membidankan sahaja nenek pegang pantang tu kejap-kejap malah mencabut akar kayu di tepi hutan juga dia tidak akan melanggar petua. Selepas berselawat sekiranya anak kayu tidak boleh dicabut selepas sekali direntap nenek tidak akan mengulanginya. Dia akan cari anak akar kayu lain pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Sebab itulah apabila mencari limau berlangir nenek mudah sahaja dapatkan limau tatkala pokok2 limau lebat tidak berbuah. Selepas puas mencari limau dalam kampung sekiranya tidak ada juga pokok yang berbuah nescaya nenek duduk tercongok di perdunya. Setelah menepuk perdu pokok tiga kali nenek akan membacakan jampi serapahnya
"Assalamualaikum hai nenek kayu, nenek penunggu segala batu, aku nak minta sebiji limau buat ubat si anu aku tahu asal usul kau limau, limpa anu asal kau limau, berkat la ila haillallah, hu........"
Setelah dihembuskan tiga kali ke perdu pokok nenek akan mencungkil di perdu pokok dengan hujung mata parangnya. Di situ nescaya tersembul sebiji limau sekalipun pokoknya tidak berbuah langsung. Memang siapapun hairan bagaimana nenek boleh dapatkan buah limau tatkala sebatang pun pokok limau dalam kampung tidak berbuah.
"Macam mana Kak Ibah dapat buah limau?" Bidan Nah sendiri hairan disebabkan dia puas mencari limau untuk melanggir tembuni uri.
" Hah, ada di sebalik daunnya, awak tak tengok betul-betul," sahut nenek sengaja berahsia. Tetapi mereka tahu selepas nenek mecungkil perdu pokok berkenaan akan layu daun dalam tempoh tiga hari sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Sebab itulah apabila mencari limau berlangir nenek mudah sahaja dapatkan limau tatkala pokok2 limau lebat tidak berbuah. Selepas puas mencari limau dalam kampung sekiranya tidak ada juga pokok yang berbuah nescaya nenek duduk tercongok di perdunya. Setelah menepuk perdu pokok tiga kali nenek akan membacakan jampi serapahnya
"Assalamualaikum hai nenek kayu, nenek penunggu segala batu, aku nak minta sebiji limau buat ubat si anu aku tahu asal usul kau limau, limpa anu asal kau limau, berkat la ila haillallah, hu........"
Setelah dihembuskan tiga kali ke perdu pokok nenek akan mencungkil di perdu pokok dengan hujung mata parangnya. Di situ nescaya tersembul sebiji limau sekalipun pokoknya tidak berbuah langsung. Memang siapapun hairan bagaimana nenek boleh dapatkan buah limau tatkala sebatang pun pokok limau dalam kampung tidak berbuah.
"Macam mana Kak Ibah dapat buah limau?" Bidan Nah sendiri hairan disebabkan dia puas mencari limau untuk melanggir tembuni uri.
" Hah, ada di sebalik daunnya, awak tak tengok betul-betul," sahut nenek sengaja berahsia. Tetapi mereka tahu selepas nenek mecungkil perdu pokok berkenaan akan layu daun dalam tempoh tiga hari sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Hanya selepas nenek membidankan emak saya itulah nenek menghidapi tokak dibuku lali kakinya. Terpaksa dia pupukkan dengan pucuk daun kenan sampai berkerak-kerak keras namun tokaknya tidak juga sembuh. Ketika ini pusat saya juga membengkak macam buah pinang tengah merah.
Apabila diberitahu kepada Tok Aji mengenai pusat saya itu membengkak hingga bernanah dia pangkah saja dengan kapur sirih. Tok Aji bacakan Al-Fatihah dan Al-Ikhlas memasing tiga kali diikuti dengan doa yang khusyuk daripada sanubarinya" Allahumma ra-binnasi azhibalbasa isyfiantasy-syafi...la syifa a illah syifa uka syifa an layu ghadiru saqaman."
Dalam sehari semalam saja bengkak dipusat saya surut tidak bertahan. Serentak itu tokak di ibu lali kaki nenek saya juga mengecut macam terung dicelur air panas. Memang nenek dapat mengagak segala geruh yang ditempuhinya disebabkan melanggar pantang berbidan.
Bukanlah sehari dua dia mengamalkan petua yang diturunkan oleh arwah emaknya sebelum jadi bidan kampung yang berpengalaman. Dia terpaksa ikut sama mencabut akar kayu buat ramuan ibu bersalin sebelum diturunkan amalan berbidan. Setiap akar kayu ditentukan khasiatnya biar hilangkan rengat gunakan akar pasak bumi pecahkan angin diramu dengan akar tutup bumi kalau senggugut pula carikan akar sangka buana. Nenek dilatih supaya mengenali setiap jenis akar sebelum diturunkan petua tidak boleh merentapnya diulang-ulang sekiranya tidak dapat dicabut sebaik sahaja digenjur sekali!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Selepas tahu ramuan akar kayu barulah diajar amalan mengurut seluruh urat badan kalau dimasuki angin diurut songsang kalau sengugut diurut menurun kalau terkena angin bisa perlu dijampi sambar urat. Semuanya amalan yang diturunkan oleh arwah emaknya yang mempunyai pantang larang yang wajib dipatuhi.
Setelah mahir fasal urut mengurut baharulah dia dilatih dengan menyambut bayi. Kalau sampai resa beri minum air selusuh jikalau songsang jampikan uri kalau disampuk syaitan nenek akan membakar kemenyan menyeru pendampingnya membantu. Disebabkan menyeru pendampinglah dia mesti mematuhi pantang larangnya biar sempurna segala amalan yang diturunkan kepadanya.
"Kalau saya dah langgar pantang, cukuplah saya berbidan," tutur nenek perlahan sebaik sahaja tidak berdaya mengubat tokak di kakinya. Ketika ini dia sudah membakar menyeru pendampingnya bersemuka setelah menyedari dia melanggar pantang.
"Kenapa awak bidankan anak sendiri?" gerutu Tok Syeikh menjelma didepannya dengan jubah serba kuning.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2014 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM


"Habis nak biar je anak kawan beranak tak berbidan!" sahut nenek mencebek bibir meluahkan rasa hati yangmendongkol.
"Tapi awak tak kerat pusat, awak juga tak mandikan bayi itu." ujar Tok Syeikh perlahan memujuk nenek kerana nenek tidak melanggar pantang larang yang ditetapkan.
"Memang kawan tak langgar pantang, tapi kenapa tokak di ibu lali kaki kawan ni?" marah benar nenek disebabkan tokaknya belum surut setelah berminggu.
" Hah, tokak awak bukan pasal langgar pantang." kata tok Syeikh menyakinkan nenek.
"Jadi apa ke he nya?" nenek berang dengan riak Tok Syeikh yang tersengih-sengih memandangnya.
"Awak terpijakkan tempat jembalang tanah berumah," ujar Tok Syeikh menuding ke arah ular hitam yang garang mengangkat kepala di tepi belukar tempat nenek menebas tapak semaian padi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

"Kenapa Tok Syeikh tak lindungkan kawan?" lantas nenek menyindirnya kerana tidak dapat bertahan daripada gangguan syaitan yang menjelma menjadi ular hitam di tepi belukar.
" Macam mana nak lindungkan, sebab awak lalai sampai terpijak tempat dia," dalih Tok Syeikh terpaksa berundur apabila ular hitam itu mahu menerkam ke arahnya.
Sambil berligar-ligar Tok Syeikh terpaksa memukul kepala ular itu dengan tongkat buluh tumpat bewarna kuning. Terpelanting ular hitam itu akibat dipukul kepala hingga bergulung-gulung mengelepar. Tetapi ular hitam tidak mengalah sekalipun terkitai-kitai kepala selepas dipukul kuat. Tubuhnya beransur-ansur jadi asap debu hingga bertukar jadi perempuan tua dengan rambut beruban mengerbang serta muka berkerut hodoh.
Belum sempat Tok Syeikh mara ke hadapan memukul tongkat buluh tumpatnya, perempuan tua itu menghentakkan tongkat batang bembannya hingga memancar api yang menyambar. Terpaksa Tok Syeikh undur ke belakang lantas membuka serbannya terus dikibaskan ke api yang menyala marak.
Api yang marak itu bagaikan ditiup angin kencang meliuk kearah perempuan tua itu hingga hampir menyambar rambutnya yang mengerbang putih. Terdengah-dengah perempuan tua itu mengelak api. Terketar-ketar dia melompat ke atas busut hitam dalam keadaan termengah-mengah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

"Nak berlawan sangat awak ni Tok Syeikh!" ejek perempuan tua hodoh itu melenggok-lenggok kepalanya laksana ular diterpa musuh.
"Kalau awak nak cuba apa salahnya." sahut Tok Syeikh menghentak-hentak tongkat buluh tumpatnya.
"Awak penghulu bunian, kenapa nak tolong Bidan Ibah ni?" terketar-ketar perempuan tua itu bersuara sambil mengerling nenek yang bersimpuh membiarkan asap kemenyan berlabun ditengah rumahnya.
"Kenapa pulak awak jembalang tanah nak mengganggu dia.!" jerkah Tok Syeikh mengejeknya.
"Selagi aku ada jangan cuba nak ganggu sahabat aku ini." dia memberi amaran menudingkan tongkatnya ke muka perempuan tua berambut putih mengerbang itu.
Tertunduk perempuan tua itu apabila Tok Syeikh menuduhnya jembalang tanah. Saat ini dia tidak dapat menyembunyikan dirinya setelah nenek dapat membaca rahsia perempuan tua berkenaan. Apabila perempuan tua itu cuba memusingkan badan, Tok Syeikh menghembus ke arahnya, menyebabkan tiba-tiba sahaja jaring besi jatuh dari udara menyerkupnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2014 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
38 -JEMBALANG TANAH DI BUSUT HITAM

Terlalu marah perempuan tua rambut putih mengerbang itu disebabkan terkurung dalam serkup jaring besi. Puas diketuk-keuknya dengan tongkat batang bemban jaring besi itu tetap tersergam kukuh. Kemudian dia membongkok mengambil menggenggam pasir lantas dilemparkannya ke arah jaring besi itu hingga terpokah bagaikan cair dilebur ke tepi.
Terkekeh-kekeh dia ketawa mengejek sebaik sahaja dapat membolos keluar daripada serkup jaring besi itu. Ketika ini Tok Syeikh membisikkan kepada nenek supaya membacakan “Unggun-unggun anggah-anggah datang nenek tongkat besi, terlanda engkau patah terpijak engkau mati, mata kamak mata kamu, kamu budang badang, siah kiri siah kanan siahkan kata aku, aku tahu asal kau jadi, darah ular sekati munur asal kau jadi, Yassin kata Allah, Yassin kata Muhammad, Yassin kata baginda Rasulullah, berkat la-ila haillallah hu....”
Habis sahaja membaca jampi serapah yang diajarkan oleh Tok Syeikh, dia melihat Tok Syeikh berundur ke belakang . Perempuan tua rambut mengerbang putih itu terpinga-pinga apakala mendengar tanah bergegar bagaikan dipijak tapak kaki sebesar bukit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.253084 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list