CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2465|Reply: 13

[Tempatan] {12} Duit raya anak & mak RM1,500 lesap !

[Copy link]
Post time 15-8-2013 11:41 AM | Show all posts |Read mode
15 Ogos 2013               

MARANG – Seorang pembantu kedai di sini, berputih mata apabila duit miliknya termasuk duit raya anak-anaknya diletakkan dalam beg tangan, berjumlah RM1,500 di ruang tamu rumah lesap, dipercayai dicuri, kelmarin.
       
        Zainun Othman, 48, menyedari kehilangan wang tersebut ketika dia memeriksa beg berkenaan, kira-kira jam 8 pagi, tidak lama selepas bangun daripada tidur.
       
        Menurutnya, dia terkejut sebaik sahaja mendapati tiada wang di dalam beg miliknya itu dan lebih malang, ia kejadian kedua menimpanya dalam tempoh lebih dua bulan.
       
        Katanya, dalam kejadian pertama sebelum bulan puasa lalu, dia mengalami kerugian sebanyak RM4,000 apabila beg berisi tunai dalam rumah itu hilang.
       
        "Kali ini ia berlaku lagi selepas seminggu sambutan Aidilfitri dan dalam kejadian kali ini, telefon bimbit saya juga turut hilang.
       
        "Saya bingung memikirkan bagaimana wang dan telefon bimbit diletakkan dalam beg boleh hilang dan mengesyaki seseorang telah memasuki rumah ketika kami sekeluarga nyenyak tidur," kata ibu tunggal empat anak berusia antara 13 dan 23 tahun ini.
       
        Berikutan kejadian itu, Zaitun membuat laporan polis di Balai Polis Marang, di sini, kelmarin.
       
        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian terbaru yang menimpa mangsa, dari Kampung Paya itu.

p/s `toyol' dlm umah?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 11:45 AM | Show all posts
MARANG – Seorang pembantu kedai di sini, berputih mata apabila duit miliknya termasuk duit raya anak-anaknya diletakkan dalam beg tangan, berjumlah RM1,500 di ruang tamu rumah lesap, dipercayai dicuri, kelmarin.
Letak akt ruang tamu.... memang la lesap... Siang "orang" datang beraya... malam "TOYOL" pulak datang beraya... Await tak letak Hand bag tu dalam bilik mokcit ooiiii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2013 11:48 AM | Show all posts
Polis tanya , CCTV ader?
" baru nak pasang ..."
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:52 AM | Show all posts
kecuaiang tanpa batasang
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 12:04 PM | Show all posts
ntah2 dalam rumah tu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 12:21 PM | Show all posts
macit neh pulak..letak la beg tmpat kt tmpat selamat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2013 01:21 PM | Show all posts
dulu ak penh post kat thread mana tah pasal duit sering hilang dalam dompet..


ada forumer bagitau, kalo toyol, dia tak dapat ambik byk2 helai..mesti sehelai dan nilai yang terbesar...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
lain kali tuko matawang asing cm usd ka.yen ka...euro ka...nanti toyol pprt konfuse.xjad amik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dlm rumah jgk kot..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 01:45 PM | Show all posts
ada unsur2 pencerobohan tak mak cik oii? tak boleh main teka je..kot2 yg amik pun org dlm umah je..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 01:58 PM | Show all posts
toyol kepala hitam kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 01:59 PM | Show all posts
toyol kepala hitam kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 02:00 PM | Show all posts
cerita agak blur and tak terang
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 02:01 PM | Show all posts
Cer periksa anak2 makcik tu....ada peniaga ikan yg aku kenai....mcm ni jugak...balik meniaga around 5pm....letih tidoq dulu...bangun around maghrib baru nak kira duit segala.....tup2 buka  bag....duit ilang...2-3 kali jugak jadi....rumah tu depa dok 3 beranak jaaa...dia, bini dia dgn anak pompuan yg form 5.

Apa lagi teruih gempaq laa toyol sudah ambik duit dia......duit meniaga ilang.....member sudah penin....so, 1 petang, dia sengap2  pasang perangkap dengan adik  dia...nak terjah toyol tu laaa....last2 bukan toyol yang timboi...tapi anak pompuan dia yang cekau duit tu....budak ni dok ambik duit bapak dia then bagi kat boyfriend dia...tepok dahi laa pak dia...nak buat lagu mana.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.071174 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list