View: 2017|Reply: 6
|
Nora Danish: Banglo RM7.2j bukan untuk saya
[Copy link]
|
|
Anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz membeli rumah banglo RM7.2 juta untuk ibunya dan bukan artis terkenal Nora Danish, kata jelitawan yang dikaitkan dengan Nedim.
Ibu tunggal yang terkenal dengan siri televisyen Puteri dan Ana Luluitu juga berkata, rumah mewah itu sebenarnya bukan dibeli oleh Nedim seorang, lapor Sinar Harian.
"Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengannya dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," Nora Danish (kanan) dipetik sebagai berkata kepada "Zass", ruangan hiburan harian itu.
Sebuah NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",
Nazri bagaimanapun mengulas dakwaan itu dengan gayanyatersendiri dengan berkata: "Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya"
Nora Danish juga berharap penjelasannya menjadi titik noktah dan tiada lagi yang mengaitkannya dengan isu itu.
Mengulas hubungannya dengan Nedim, Nora Danish mengakui Nedim rapat dengan dirinya tetapi menegaskan beliau berkawan dengan lelaki itu bukan kerana harta.
"Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain," Nora Danish dipetik sebagai berkata.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kawen duduk sama2 la kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah lagi dengar
yer! saya kahwin dengan dia kerana harta! boleh saya share harta dengan kaum kerabat saya supaya kami semua merasai kesenangan.terbang kesana kesini.
takkan ada yang nak mengaku |
|
|
|
|
|
|
|
aah khen.. mana ade orang nak ngaku kalo kawen sbb harta.. |
|
|
|
|
|
|
|
Agak-agak kalau mamat Ned ni kija jual VCD haram kat Jinjang Nora terpikat tak, gaya semua sama cuma tak sekaya mana
|
|
|
|
|
|
|
|
same issues! proceed thread sedia ada.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|