CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4451|Reply: 33

Zahid lebih teruk dari Dr Mahathir

[Copy link]
Post time 8-10-2013 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Tingkah laku ahli politik terhadap pemberita bertambah buruk dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kata bekas wartawan veteran Peter Kandiah.

Bekas wartawan The Star itu berkata, walaupun pada era 80-an terdapat akhbar yang ditutup, ahli politik tidak pernah secara terbuka memalukan atau memarahi pemberita.

"Malah di zaman (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad juga tidak begitu buruk. Beliau suka menegur orang, tetapi bukan dengan cara begitu.

"Beliau memang sarkastik kepada media asing, tetapi beliau tidak mendabik dada," katanya.

Bagaimanapun, sudah tentu Dr Mahathir mempunyai cara lain, seperti menggunakan setiausaha akhbarnya, tambahnya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi pada Jumaat lalu membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar itu. [VIDEO]

Dalam kenyataannya, Malaysiakini meminta Zahid supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Kandiah berkata, seperti Mahathir, bekas menteri perindustrian dan perdagangan antarabangsa Tan Sri Rafizah Aziz juga tidak pernah berperlakuan seperti Zahid.

Kandian menyifatkan perbuatan itu sebagai "seperti orang gila dan sakit".

Beliau sekarang terlibat dengan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia. Beliau pernah menjadi setiausaha agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan pada 1987, ketika tiga akhbar ditutup.

Selepas meninggalkan The Star, Kandiah berkhidmat dengan penerbitan antarabangsa Nikkei Business Publication dan The Economist sebagai penyumbang Asia Tenggara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2013 10:03 AM | Show all posts
Tembak Tanpa Amaran, Zahid Hamidi Wajar Ditangkap

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar ditangkap kerana mahu anggota polis menembak suspek jenayah tanpa amaran.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata kenyataan Menteri Umno-BN itu merupakan satu kesalahan yang serius dibawah pelbagai Kanun Keseksaan seperti 302, 120A dan 107.

“Maknanya Menteri Dalam Negeri sendiri sedang mengarahkan ataupun mengapi-apikan polis untuk melakukan pembunuhan kerana kalau polis tembak tanpa amaran, pakai tembak sahaja suspek maknanya itu ditakrifkan sebagai pembunuhan dibawah Kanun Keseksaan,” kata Ahli Parlimen Padang Serai ini kepada TV Selangor.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap dalam satu ‘Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat’ pada hari Sabtu lalu.

Dalam majlis itu para wartawan dilaporkan dihalau keluar dan diugut oleh menteri tersebut agar tidak melaporkan kandungan ucapannya.

“Pada pendapat saya Menteri Dalam Negeri perlu ditangkap segera (kerana) meminta supaya pembunuhan dilakukan,” kata Surendran.

Mengikut undang-undang, suspek adalah orang yang disyaki melakukan jenayah. Perbezaan antara suspek dan pelaku adalah suspek tidak diketahui samada melakukan kesalahan, manakala pelaku melakukan kesalahan itu, tetapi tidak semestinya disyaki.

Tatacara penguatkuasa undang-undang yang digunapakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan penggunaan senjata api adalah langkah ekstrem dan tidak boleh digunakan kecuali suspek mengancam nyawa orang lain.

Ekoran kenyataan Zahid itu, Surendren menggesa semua kes tembak sampai mati melibatkan polis dibuka untuk siasatan semula. Sebelum ini, media pernah melaporkan beberapa melibatkan anak-anak muda yang ditembak sampai mati oleh pihak berkuasa. Turut dilaporkan kes-kes rakyat Malaysia ditemui mati sewaktu dalam tahanan polis.

“Kita menyeru Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera. Satu siasatan polis yang bebas juga perlu segera dijalankan keatas kenyataan Zahid, yang dengan jelas melanggar undang-undang,” tegas Surendran. -selangorku

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 10:04 AM | Show all posts
Kenyataan Zahid mirip gengster mafia - Hanipa

PAS menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung "kita tembak dulu", seperti dilapor Malaysiakini, sebagai tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Hanipa Maidin berkata, kenyataan Zahid itu mirip bahasa gengster atau mafia.

"Satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab keluar dari seorang menteri, sepatutnya menteri tahu apa yang ingin dikatakan. Seperti kenyataan orang yang tidak bersekolah.

"Saya melihat tindakan tersebut tidak jauh bezanya dengan kumpulan gengster atau mafia, "ada bukti tembak"," jelasnya kepada Harakahdaily.

Malaysiakini dalam laporannya hari ini mendedahkan rakaman audio ucapan 20 minit Zahid di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka Sabtu lalu.

Dalam ucapan itu Zahid antara lain memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek jenayah ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Antara lain beliau didakwa menyebut "Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu".

Mengulas lanjut, Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang juga menjelaskan, amat malang bagi rakyat negara ini apabila mempunyai seorang menteri yang bersikap ala mafia.

"Apa guna undang-undang dan mahkamah jika menteri bercakap sedemikian, tak semua mereka ditahan itu bersalah.

"Setiap kesalahan perlu dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu barulah hukuman dijatuhkan, ini tidak, terus nak tembak," sambung beliau.

Selain itu, Zahid dalam rakaman itu juga dilapor mendakwa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang memperkenalkan penahanan tanpa bicara sebagai undang-undang beliau.

"Bagi saya setiap apa yang Zahid perkatakan itu tidak memcerminkan seorang menteri dan malang bagi negara ini mempunyai menteri sedemikian," kata Hanipa. -HD





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 10:04 AM | Show all posts
makin lama menteri ameno makin besar kapla
yelah..wat la apa pong rakyat tetap pangkah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 02:35 PM | Show all posts
lawak calon ketua pemuda
"Jikalau Umno boleh pinda perlembagaan sesuka hati,maka jangan kutuk DAP jika kita tak ikut perlembagaan"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 02:57 PM | Show all posts
        Aidila Razak
        4:23PM Okt 7 2013         
'Perubahan peraturan' berkempen di saat-saat akhir menimbulkan perasaan tidak puas hati calon ketua Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, yang berdepan tugas gentir menentang penyandang Khairy Jamaluddin.

Mempersoalkan keabsahan tindakan itu, Syed Rosli berkata, keputusan itu bertentangan dengan perlembagaan dan boleh dianggap sama dengan DAP yang berdepan masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini.

"Jikalau Umno boleh pinda perlembagaan sesuka hati,maka jangan kutuk DAP jika kita tak ikut perlembagaan.

"Sama sahaja seperti DAP yang melanggar perlembagaan sendiri. Jangan sampai orang ramai kata Umno sama dengan DAP dua kali lima," kata Rosli.

Beliau berkata, beliau sudah bangkitkan perkara itu kepada Jawatankuasa Disiplin Umno dan jika tiada tindakan diambil, perkara itu akan dipanjangkannya kepada ROS.

Ditanya kenapa beliau tidak kisah dengan tindakan sama apabila menteri berkempen untuk calon BN, beliau berkata akar umbi tidak mempunyai peluang menyatakannya.

"Saya sebagai ahli akar umbi tiada peluang dan ruang untuk menyuarakan bantahan tentang salah guna kuasa menteri, untuk kepentingan politik dan peribadi.

"Apa yang masyarakat, rakyat dan ahli bawahan pandang ialah ia salah guna politik. Sekarang saya bertanding ketua Pemuda Umno, saya boleh bangkitkan," katanya.

Utusan melaporkan, keluhan ahli Umno terhadap syarat kempen pemilihan parti yang terlalu ketat mendapat respon Lembaga Disiplin parti yang mengesahkan calon-calon boleh berkempen secara terbuka asalkan tidak keterlaluan dan terlalu ekstrem.

Syed Rosli sebelum ini mendakwa Khairy menyalah guna jentera kementerian belia dan sukan untuk berkempen bagi pemilihan Umno. Khairy menafikannya.

Turut bertanding merebut jawatan itu Ketua Pemuda cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, bekas ketua Pemuda Merbok Abd Karim Ali serta ketua Pemuda Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2013 01:04 AM | Show all posts
pasal kes tembak tanpa amaran ni percaya tak sebenarnya mmg ada alam undang2.
jadi apa isunya sekarang?

lagipun bukan sukahati je nak tembak. ini yang kata media jangan spin story. ada syarat2 nak tembak pun.

contohnya boleh tembak kalau penjenayah mengancam keselamatan seperti bawak senjata appi dan memegang senjata api.lagi best kalau penjenayah pun kasik tembak mula.

pernah nampak kes polis kejar perompak kedai emas? ada amaran? takde kan.

itu yang pelik, tembak tanpa amaran ni mmg ada dah lama, kenapa sekrang media nak spin macam tak pernah dengar?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 11:23 AM | Show all posts
nacuwin posted on 9-10-2013 01:04 AM
pasal kes tembak tanpa amaran ni percaya tak sebenarnya mmg ada alam undang2.
jadi apa isunya sekar ...

ko kena paham apa yg zahid tu cakap
dia sesedap rasa aje dok cakap
memang la selama ini kalo ada kes tembak menembak penjenayah yg mula dulu then polis balas

tp zahid ni cakap lain. maksud dia terus je tembak tanpa amaran

sapa yg pusing. wartawan pon kasik video apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 03:29 PM | Show all posts
Apa pulaq yang kena spin...  Kalau orang baik-baik tidak akan timbul kecurigaan. Tapi, pada kebiasaannya Polis yang lebih kenal gerak geri penjenayah. Pada kebiasaannya sesuatu kes tembak-menembak di Malaysia. Siapa yang mula tembak! Kes-kes Polis tembak dulu apabila penjayah lari & engkar arahan berhenti. Tapi, kes-kes seperti ini di bawa ke Mahkamah untuk diadili. Keputusanya.. ada Polis-Polis disabit kesalahan. Contoh banyak - tak perlu disebutkan. Baru-baru ini berita luar negara (USA). Polis tembak wanita yang bawa budak melanggar sekatan Polis. Kalau kita jadi Polis...  Apa agaknya kita lakukan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 08:56 PM | Show all posts
Mataris posted on 9-10-2013 05:29 PM
Apa pulaq yang kena spin...  Kalau orang baik-baik tidak akan timbul kecurigaan. Tapi, pada kebiasaa ...

yang jadik kat US tu memang ngeri okeh, polis sikit punya ramai, pompuan tu dgn anak dia je pun dalam kereta!
ada budak dalam keta weh!  
so, patut tembak ke tak? pompuan tu takde pun bawa pistol tembak kt polis

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 01:53 AM | Show all posts
tudia mat krai cite macam dia ada kat sana masa zahid kat statement.
u jgn lah takat tgk video ja dah kata macam2...

video 20 menet je pun, walhal zahid ada sana lebih 20 menet la u. apa jadi lagi waktu waktu off rekod?

lagi satu, dari video pun dia kata
"Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu"
ayat itu pun secara umum je u, bukan spesifik.lagipun jenayah pun ade macam2 dari ringan hingga lah ke berat.

kalau dia maksudkan jenayah berat mcm geng bersenjata, mmg ikut undang2 le.
selagi penjenayah pegang senjata api, mmg boleh tembak tanpa amaran pun la u.

yang aku tak paham hero2 alam maya ni,
dah la tak minta penjelasan apa2, terus2 keluar keluar "fatwa"

ramai pula tiba2 jadi lawyer dan hakim.

2 cents.





Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 12:49 PM | Show all posts
kalau penakut toksah jadi wartawan la
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 11:05 PM | Show all posts
polis tembak penjenayah ? apa ada isu....penjenayah memang patut kena tembak pun tambah2 lagi yg pakai pistol...rompak org pakai senjata.....lain kalu setakat curi gula2 kat kedai ke curi benda kecik2 tu tak pa la ni rompak bank samun org....kang masuk jail satu hal plak nak bg makan.....yg dok kecoh pasal penjenayah kena tembak ni apa hal, biar laa kena tembak.....kalu dok diam2 jalani kehidupan normal x kaco org....tak buat jenayah polis x der nyer tembak.....kalu busuk pun takat saman sbb x pakai seat belt la....langgar traffic light la
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 04:23 PM | Show all posts
Tingkah laku ahli politik terhadap pemberita bertambah buruk dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kata bekas wartawan veteran Peter Kandiah.
..............................................................................................................................
.memangla keling akan lebih suka dgn keling....tu pun tak bley pikir ke?



Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 10:42 AM | Show all posts
aku suka kedua duanya..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 11:12 AM | Show all posts
nacuwin posted on 12-10-2013 01:53 AM
tudia mat krai cite macam dia ada kat sana masa zahid kat statement.
u jgn lah takat tgk video ja d ...

ko ada situ ek?

jadi sapa yg spin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2013 11:13 AM | Show all posts
zahid dah u turn pulak. kes lama katanya

jadi betul la apa yg reporter laporkan tu

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 05:40 PM | Show all posts
Dan dan keling keling ni sapot rakan sekeling bekas PM....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 08:39 PM | Show all posts
mat krai: aku takde situ. sbb tu aku cakap tak boleh nak rely atas video semata macam kau buat.
tgk video, komen macam ada sana.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 03:55 AM | Show all posts
tudia mat krai cite macam dia ada kat sana masa zahid kat statement.
u jgn lah takat tgk video ja dah kata macam2...

video 20 menet je pun, walhal zahid ada sana lebih 20 menet la u. apa jadi lagi waktu waktu off rekod?

lagi satu, dari video pun dia kata
"Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu"
ayat itu pun secara umum je u, bukan spesifik.lagipun jenayah pun ade macam2 dari ringan hingga lah ke berat.

kalau dia maksudkan jenayah berat mcm geng bersenjata, mmg ikut undang2 le.
selagi penjenayah pegang senjata api, mmg boleh tembak tanpa amaran pun la u.

yang aku tak paham hero2 alam maya ni,
dah la tak minta penjelasan apa2, terus2 keluar keluar "fatwa"

ramai pula tiba2 jadi lawyer dan hakim.


BETUL KATA KO...AKU SOKONG...!!
AKU PELIK KENAPA MEREKA JADIKAN POLIS MACAM MUSUH??? MEREKA PENJENAYAH AGAKNYA...KENAPA TAKUT DITEMBAK KALAU TAK BUAT SALAH??? ADA NIAT NAK BUAT BENDA TAK BAIK LE TU?? SO JANGAN LE MELATAH ATAU MEROYAN LEBIH DARIPADA LAWYER BERTAULIAH...POLIS ADA SOP DIA...POLIS JUGA SAYANGKAN NYAWA...TAKKAN LE KALAU PENJENAYAH DAH ACU PISTOL/SENAPANG KAT DIA....POLIS KENA TEMBAK AMARAN DULU??? KO GILE KE???? ANCAMAN NI MACAM MACAM..ADA YANG MENGANCAM LANGGAR POLIS DENGAN KERETA PUN DIKIRA MENGANCAM NYAWA POLIS DAN POLIS DIKATAKAN MEMBELA DIRI...MACAM MAT REMPIT LANGGAR POLIS SAMPAI ADA YANG MAUT PASAL TAK TEMBAK SEBAB POLIS PUN ADA TIMBANGRASA/BUDIBICARA...TAPI RISIKONYA TU LE....NYAWA TERANCAM... KO NI MAT REMPIT AGAKNYA...BIMBANG SEMACAM JE..???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.096367 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list