CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1174|Reply: 2

[Dunia] Taufan Fitow badai China, 2 maut

[Copy link]
Post time 8-10-2013 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Taufan Fitow badai China, 2 maut

BEIJING 7 Okt. - Taufan Fitow melanda perairan timur China pada awal hari ini, membawa angin sekuat lebih 200 kilometer sejam, menyebabkan beratus-ratus ribu penduduk terpaksa dipindahkan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, sekurang-kurangnya dua orang maut akibat taufan kuat itu di wilayah Wenzhou dan Zhejiang.
Sebahagian daripada Zhejiang dilanda hujan lebat selama lebih 17 jam sejak semalam dan keadaan sama dilaporkan turut berlaku di wilayah Fujian.
Daerah Cangnan di Wenzhou dilaporkan paling teruk terjejas, menyaksikan lebih 1,200 kediaman musnah dan nilai kerosakan dianggar bernilai jutaan yuan.
Xinhua yang memetik pihak berkuasa banjir melaporkan, seorang daripada mangsa yang maut merupakan lelaki berusia 55 tahun.
Di Fujian, Fitow menyebabkan banyak tiang elektrik tumbang, selain papan tanda jalan rosak.
Di bandar Ningde, penduduk kampung menyatakan bahawa ombak besar yang dicetuskan Fitow memusnahkan kawasan tanaman rumpai laut.
Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) hari ini memaklumkan, taufan itu dijangka bergerak ke barat laut negara ini, tetapi dalam keadaan lemah.
Keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran angin kencang dan memindahkan penduduk ke tempat perlindungan sementara.
Fitow turut menyebabkan beberapa perkhidmatan pengangkutan awam di Zhejiang, Fujian dan Jiangxi terjejas. - AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 11:02 AM | Show all posts
Dulu masa tsunami ramai mati di acheh, my chinese ex boss cakap bagus la ramai mati boleh reduce number of world population yang melimpah ruah sekarang ni...

sekarang jadi kat china, wonder apa pulak dia nak kata....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 11:45 AM | Show all posts
dunia akhir zaman..mcm2 leh berlaku..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.244754 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list