CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17381|Reply: 94

Zahida gagal ketepi saman difail pemandu peribadi (pg.4)

[Copy link]
Post time 27-11-2013 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Published: Rabu November 27, 2013 MYT 12:52:00 PM
Updated: Rabu November 27, 2013 MYT 1:20:17 PM

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


KUALA LUMPUR: Bekas pemandu peribadi kepada pelakon Zahida Rafik memfailkan saman fitnah terhadap aktres itu di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.

Noor Azman, 39, selaku plaintif mengemukakan saman tersebut selepas pelakon berkenaan gagal membuktikan tuduhan yang dia telah melarikan wang tunai berjumlah RM200,000 yang didakwa milik Zahida pada tahun lalu.

Peguam kepada Noor Azman iaitu Latheefa Koya ketika ditemui berkata, pihaknya pada 4 April lalu telah menghantar satu surat tuntutan kepada Zahida supaya menarik semula laporan polis, memohon maaf dan membayar ganti rugi kepada plaintif namun dia gagal berbuat demikian.

Disebabkan kegagalan Zahida itu jelas Latheefa, pihak plaintif terpaksa memfailkan saman selain menuntut satu perintah injunksi bagi menghalang Zahida daripada terus memfitnah plaintif secara lisan, menerusi media atau pun Internet.

"Selain itu kami turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi tauladan dan apa-apa yang difikirkan sesuai oleh mahkamah terhadap defendan," katanya.

Bagaimanapun pihak plaintif tidak menetapkan sebarang jumlah terhadap saman yang dikemukakan terhadap Zahida.

Nama Noor Azman sebelum ini menjadi kontroversi apabila dia mendakwa Zahida mempunyai hubungan intim dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal selama beberapa tahun.

Dia turut mendakwa telah dibayar oleh menteri terbabit untuk menjadi pemandu kepada pelakon itu.

Noor Azman meletak jawatan sebagai pemandu Zahida pada 29 Februari tahun lalu dan membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dituduh melarikan wang RM200,000 kononnya milik Zahida.

Dalam pada itu, Noor Azman berkata, ekoran fitnah berkenaan dia gagal mendapatkan pekerjaan baharu selepas dipecat oleh Zahida selain reputasinya tercalar.

Jelasnya, perbuatan Zahida yang sengaja mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya kepada pemberita disifatkan sebagai berniat jahat.

"Saya telah berulang kali dipanggil untuk temu duga kerja namun tidak berjaya kerana fitnah yang dilemparkan kepada saya.

"Akibat daripada kejadian itu juga saya terpaksa menanggung malu kerana telah disoal siat polis dan ditahan reman dalam lokap polis selama empat hari," katanya.

Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman iaitu penyanyi Dayangku Intan yang turut menemani anak saudaranya itu berkata, dia dan keluarganya turut menanggung malu besar akibat kejadian tersebut.

Jelas Dayangku yang juga seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), nama Noor Azman perlu dibersihkan kerana dia berkenaan tidak bersalah dan fitnah itu telah memberi kesan kepada kehidupannya.




Credits: mstar.com.my
Last edited by achik2009 on 17-4-2014 08:17 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 01:33 PM | Show all posts
artikel ni letak kt CI, mesti meriah ni

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 01:35 PM | Show all posts
rasa cam citer lama je..rupanya baru eh..heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 01:39 PM | Show all posts


Noor Azman (tengah) sedang berbincang dengan peguamnya, Latheefa Koya tentang saman fitnah yang dikemukakan terhadap aktres Zahida Rafik. Penyanyi popular era 80-an, Dayangku Intan turut hadir bagi memberi sokongan kepada anak saudaranya itu. - FOTO CHAN TAK KONG.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:01 PM | Show all posts
lantak korang laa... esok2 terkeluar sumer citer
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:03 PM | Show all posts
dh x rzki ko...ckp plak pasai fitnah tu ko x dpt rzki....kalu betui le retis tu ngn pak menteri ni ada skandal...dn ko bersubahat nah amik ni sbg blsan...jgn ckp krn fithnah tu ko x dpt rzki...kekdg atas dosa2 kita Allah uji kita ngn berbagai....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2013 02:05 PM | Show all posts
makin menarik ini citer.....................ZR pun nk kawin 'katanya'
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:07 PM | Show all posts
ni berita ni dulu kn

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 02:10 PM | Show all posts
Muke plastic ZR ni
Perangai pon plastic!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 02:15 PM | Show all posts
miawpink posted on 27-11-2013 02:07 PM
ni berita ni dulu kn

TQ cik miaw...

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:23 PM | Show all posts
ooo, baru nak saman eh? patutnya dah lama
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:30 PM | Show all posts
Semoga kes sebenar terbuka. hahahaha.. i loike.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:36 PM | Show all posts
pergh .. banyaknya duiiiiitttt
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:41 PM | Show all posts
Kat Bernama News pulak, Zahida SAMAN bekas pemandunya kerana
mempitnahkan dia. So, saman di atas samanla..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:42 PM | Show all posts
kihkih..macam berbaur politik je
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:45 PM | Show all posts
laa... x abis lagi rupenye kisah skandel nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 02:47 PM | Show all posts
kalau aku kaya.. banyak kosong kosong kosong..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:54 PM | Show all posts
saman jeh..zahida mmg dah all out ngan pak piee bedal...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 03:02 PM | Show all posts
kwang...kwang...kwangggg
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 03:17 PM | Show all posts
naseb la
tak tau sape btol sape salah
sbb pemandu ni pon ade burukkan bekas majikannya tu jugak kan
tgk je la sape menang sape kalah nnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.544516 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list