CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: just_aku

Moero Attack...ingat lagi kah anda?

  [Copy link]
Post time 21-3-2014 03:35 AM | Show all posts
HangPC2 posted on 18-3-2014 11:03 AM
Blog : http://hairieusoff.blogspot.com/2009/02/suatu-penghormatan-buat-guru-bahasa.html

Blog awak ke tu? Retro sggh entri tu.. =)

Beruntung dapat kenal, belajar atau keje dgn org/kat Jepun.. Aku sgt teringin nak pegi sana..
Mmg bagus Dasar Pandang ke Timur tu.. Kalau tengok ada satu rancangan kat TV Al-Hijrah tu, tajuk Al-Khawater kalau tak silap, dah byk episod bincang pasal negara Jepun, yg rasanya kalau disimpulkan, negara yg patut jadi contoh, dr segi sikap, teknologi, mcm2 lgla..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2014 08:53 AM | Show all posts
AeriSha posted on 21-3-2014 03:35 AM
Blog awak ke tu?  Retro sggh entri tu.. =)

Beruntung dapat kenal, belajar atau keje dgn org/k ...

Blog Orang Lain...

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2014 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
AeriSha posted on 21-3-2014 02:26 AM
Betul3.. Tersorok nun dlm pakej chinese, pack mahal plak tu kan?

Kan best kalau ada pakej Jepun ...

tu arr, kalo ade pakej jepon aku langgan dah...xde makne nk ambik pakej cine...hihi...

amerika tu pon satu hal, suke no remake show/movie jepon gak...rimas nengoknye
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2014 09:59 PM | Show all posts
kuceeng posted on 22-3-2014 10:28 AM
tu arr, kalo ade pakej jepon aku langgan dah...xde makne nk ambik pakej cine...hihi...

amerika  ...

Aku takleh lupa lepas habis tengok Dragon Ball Evolution, aku dlm hati mcm "argh.. pulangkan balik 8 hinggit akooo!!"
Lepas tu tobat taknak tengok dah American remake nye Japanese movie ke anime ke game ke.. Takkan jadi nye..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 04:45 PM | Show all posts
akhirnya...dapat juga aku tonton drama moero attack... rindu beb tengok cite tu....

http://azharazfar.com/moero-attack-mengimbau-zaman-kanak-kanakku/
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 09:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2015 07:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 12:03 PM | Show all posts
wauuu!!
best best!! rindu nak tgk cter ni.. siap ponteng jap kelas ptg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 11:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:00 PM | Show all posts
Moero Attack gamit memori 80-an






Aini Roshidah Ahmad Mawawi

25 Mac 2018 4:00 PM


‘Summersault berpusing! Mungkin generasi penonton era 80-an masih lagi mengingati dialog tersebut. Ia merupakan slogan yang sering disebut-sebut oleh peminat drama Jepun, Moero Attack sehingga ke hari ini. Ketika itu juga, penonton di Malaysia dilanda ‘demam’ gara-gara penangan drama tersebut.

Drama bersiri hasil karya Shotaro Ishinomori ini ditayangkan di Jepun melalui rangkaian TV Asahi bermula 5 Januari 1979 hingga 11 Julai 1980 iaitu menjelang temasya sukan Olimpik Moscow 1980.

Beberapa ketika selepas itu, tayangannya mula diperluaskan ke serata Asia termasuklah Malaysia. Drama yang dialih suara ke bahasa Melayu ini mula ditayangkan di rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1989.

Mengimbau kembali siri tersebut, Moero Attack mengisahkan seorang gadis Jepun (Kojika Chun) yang berusaha bersungguh-sungguh bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi wakil negaranya untuk skuad bola tampar di temasya sukan Olimpik.

Dalam masa yang sama, Chun ingin menunaikan hasrat ibunya yang telah meninggal dunia agar dia bergelar pemain bola tampar. Biarpun dia tidak sempat mengenali ibunya kerana wanita itu meninggal sewaktu dia masih bayi, namun Chun banyak mengetahui tentang wanita itu melalui Pengurus Pasukan Bola Tampar Shirafuji yang merupakan rakan baik ibunya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mewasiatkan kepada Chun sebuah buku tentang bola tampar. Dalam buku lama tersebut mengandungi lakaran berupa taktik-taktik akrobatik yang handal dalam permainan bola tampar.

Walaupun pada permulaannya tidak memahami tentang ilmu yang ingin disampaikan, namun dia tidak sesekali menyerah kalah.

Setiap kali selesai berlatih bersama pasukannya, dia akan menghabiskan masa dengan duduk seorang diri dalam gelanggang bola tampar semata-mata ingin mendalami ilmu-ilmu dalam buku wasiat tersebut. Selain itu, dia juga sedaya upaya memikirkan bagaimana caranya untuk memahami taktik-taktik tersebut.

Pukulan spike summersault, pukulan spike berkembar summersault dan teknik bayang-bayang merupakan antara teknik yang berjaya dipelajari Chun. Malah berkat kesabarannya dia berjaya mempelajari teknik yang dikenali sebagai ‘servis tinggi’.

Sebelum mengambil teknik tersebut, biasanya Chun akan menjerit dengan menyebut ‘servis tinggi’ terlebih dahulu. Itu merupakan teknik terakhir yang dipelajari olehnya melalui buku yang ditinggalkan oleh ibunya itu. Kesemua teknik tersebut digunakannya setiap kali berhadapan dengan pihak lawan.

Bukan sahaja disebabkan wajah Chun yang jelita malah keistimewaan drama yang menjadi kegilaan ramai ini sudah tentunya terletak pada kehandalannya melakukan aksi lonjakan dengan berpusing sebelum membuat hantaran kepada pihak lawan. Aksinya yang laju membuatkan pihak lawan tercengang dan akhirnya terlupa untuk menepis bola.

Pun begitu ternyata bukan mudah perjalanan yang perlu dilalui olehnya untuk dipilih sebagai pemain skuad kebangsaan. Sebelum terpilih, dia merupakan salah seorang anggota pasukan Shirafuji. Biarpun pasukan tersebut merupakan antara pasukan yang terhandal namun mereka sering tewas di tangan pasukan senior.


Yumiko Araki


Pada awal tahun 2000, rancangan bual bicara CCTV di Jepun ada menemubual pelakon utama drama tersebut iaitu Chun atau nama sebenarnya Yumiko Araki. Sesi beramah mesra bersama peminat-peminat drama 72 episod tersebut berlangsung kira-kira 15 minit.

Dalam temubual tersebut pelakon dan penyanyi yang sudah pun berusia 58 tahun itu mengakui drama Moero Attack sentiasa membawa dirinya mengenang saat-saat indah ketika usia remaja. Kenangan tersebut juga seolah-olah baru semalam berlalu.

“Satu memori yang sangat indah untuk diingati terutamanya saat bersama rakan-rakan. Ketika membawa watak Chun, umur saya masih belasan tahun lagi. Masih muda remaja dan hidup juga penuh dengan warna warni. Sepanjang penggambaran kami tidak berhenti gelak ketawa.

“Namun yang orang tak pernah tahu sebenarnya saya adalah seorang pemain bola jaring. Dalam masa yang sama, saya tidak pernah meminati bola tampar tetapi disebabkan drama tersebut saya terpaksa mempelajarinya sedikit demi sedikit.

“Salah satu sebab saya sukakan bola jaring berbanding bola tampar kerana sukan bola jaring tidak pernah mengambil tahu tentang ketinggian berbanding sukan lain. Ini kerana tinggi saya cuma 153cm dan tidak layak untuk bermain sukan lain. Tetapi setelah membintangi drama tersebut ramai peminat di luar sana yang tertipu mereka ingatkan saya tinggi,” ujarnya sambil tergelak.

Sepanjang temubual itu juga, pelakon yang pernah berlakon lebih daripada 10 buah drama bersiri ini turut meluangkan masa bermain bola tampar bersama peminat-peminat di dalam studio sambil menunjukkan teknik-teknik dalam drama Mouro Attack yang masih diingatinya.

Gamit Nostalgia


Mungkin cerita ini masih kuat melekat di memori mereka yang sedang membesar sekitar tahun 1989. Ramai yang masih mengingati fenomena yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak serta remaja di Malaysia ketika drama bersiri itu ditayangkan.

Ketika itu, kelab bola tampar di sekolah-sekolah mahupun universiti menjadi popular dan jauh meninggalkan aktiviti-aktiviti sukan yang lain. Ramai yang berebut-rebut untuk mendaftar kelab bola tampar semata-mata berangan ingin menjadi seperti Chun.

Malah setiap kali tibanya siaran siri tersebut yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang, kebanyakan peminat akan berlari pulang daripada kelas mengaji mahupun kelas tambahan semata-mata tidak ingin terlepas siaran.

Tidak keterlaluan juga, ramai yang sanggup ponteng kelas tambahan semata-mata drama Moero Attack. Hebat bukan penangan drama Jepun ketika itu? Selain itu, ada juga yang tercedera kerana ingin meniru aksi watak utama dalam drama tersebut.

Walau bagaimanapun, satu pengajaran yang boleh diteladani dari siri Moero Attack ini adalah sikap orang Jepun yang tidak putus asa dalam mencapai sesuatu kejayaan biarpun berhadapan dengan cabaran.

Mungkin di Malaysia drama ini hanyalah sekadar drama hiburan semata-mata namun bagi negara China misalnya mereka menjadikan Moero Attack yang diterbitkan di Jepun sebagai satu inspirasi kepada pasukan pemain bola tampar kebangsaan mereka.

Drama siri ini ditayangkan berulang-ulang kali di negara tersebut semata-mata untuk merangsang semangat pasukan bola tampar.

Hasilnya pada tahun 1981 hingga tahun 1986, pasukan bola tampar wanita China menjadi juara pada kejohanan bola tampar dunia dan olimpik sebanyak lima kali.

Moero Attack juga turut dijelmakan dalam bentuk komik. Walau bagaimanapun ia tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti komik Doraemon.



- Utusan Malaysia -


© Utusan Melayu (M) Bhd






Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:47 AM | Show all posts
arusla ingat!!!

drama kesukaan aku ni..haha

memory masa sekolahh
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:56 AM | Show all posts
燃えろアタック 必殺技集





ヒグマおとしvsヒグマがえし





燃えろアタック予告編集3





燃えろアタック予告編集2





燃えろアタック予告編集1





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.051905 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list