CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladygaga

[Jenayah] 5 pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah & bapa - FB pembunuh aktif Je??

  [Copy link]
Post time 13-2-2014 05:04 PM | Show all posts
Yang Fadhil RUshdan tu..
kot esok2 yang empat nih terlepas..
mau lunyai dia kena..

ntahlah.
dia bersubahat ke atau mmg dia terpaksa ikut arahan dorang.

Moga nasib arwah-arwah terbela.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 05:12 PM | Show all posts
Budak2 ni nama je pelajar kolej. Tp org gila lagi cerdik dari diorang. Kenapa la sampai nak membunuh. Memanglah diorg nak tutup kesalahan curi duit, kereta, emas tu..tp diorg takleh fikir ke, polis dapat siasat jgk sebab diorg memang ada hubungan dgn zara tu.

Aku doakan semoga nasib mangsa terbela. Sedih baca keterangan mak zara.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 05:39 PM | Show all posts
atiqah_bea posted on 13-2-2014 05:12 PM
Budak2 ni nama je pelajar kolej. Tp org gila lagi cerdik dari diorang. Kenapa la sampai nak membunuh ...

kalau diorg lepas pun, kat dunia je..
kat akhirat nanti merangkak le cari zara n uncle peter ni balik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 06:01 PM | Show all posts
i rase dr sehari ke sehari byk lagi citer sebenar akan terbongkar ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg sial sangat  bangsat2 neh seme.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 10:59 PM | Show all posts
sedihnye la aku baca kes ni..jahat betul budak2 ni pergunakan arwah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2014 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Please la pendakwaraya make effort sket..jgn jd kes ketiga pd tahun ni pesalah lepas dgn mudah sbb peguanbela lg strong  
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
xsabar nak tau cerita  mulut pembunuh2 neh...
aku mmg terkejut..studemt aku sdri terlibat..nasib baik aku lyn die baik2 dlu...kang aku jd mangsa gak..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 05:19 PM | Show all posts
sape2 yg ada latest story tolong tepek ehh..thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 05:36 PM | Show all posts
Ibu Zara Eleena menyesal percaya teman lelaki anaknya





Normaliah memasuki kamar mahkamah untuk memberi keterangan. Klik sini bacaperbicaraan sebelum ini – Sinar Online
SHAH ALAM – “Saya bodoh kerana mempercayainya,” kata Normaliah Mahmood, sambil menangis di dalam kandang saksi, hari ini semasa perbicaraan kes bunuh anaknya, Zara Eleena, 23, dan suaminya, Omar Peter Abdullah, 56.
Normaliah Mahmood, 53, yang menjadi saksi pendakwaan keempat itu memberitahu Mahkamah Tinggi, tertuduh, Shah atau nama sebenarnya, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20 mengatakan terdapat 25 ekor hantu padanya.
“Saya memang takut hantu,” katanya sebak.
Wanita itu memberitahu mahkamah, menurut Zara Eleena, Shah yang kononnya seorang ustaz akan mengubatinya.
“Pada waktu itu, saya tidak sihat dan tidak boleh tidur,” katanya.
Dia memberitahu, Shah tiba bersama Boy atau nama penuhnya Azizi Aizat Ibrahim,20, serta seorang lagi individu selepas Zara Eleena membuat panggilan telefon dengan menanyakan di mana pelajar itu berada.
[size=1em]
Sumber gambar Blog Syahril kadir

Normaliah berkata, Shah memintanya tidur sebagai syarat mengubatinya namun dia tidak dapat melakukannya.
“Saya memang tidak dapat tidur, dan Yaya ( Zara Eleena) ada membuat air Nescafe 3 in 1 untuk saya minum. Suami juga menumpang cawan yang sama,” katanya.
Menurutnya, sebelum pulang, Shah menyelongkar rumahnya untuk mencari hantu dan menjumpai hantu di dalam kotak barangan kemasnya.
“Suami angkat barang kemas saya yang disimpan di dalam kerusi kotak dan Shah mengasingkannya.
“Shah asingkan barang kemas yang ada hantu di lantai bilik,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin.
Beliau berkata, sekitar jam 1 pagi 16 Februari 2012, Shah dan rakannya pulang.
Menjelaskan perkara berlaku selepas itu, Normaliah memberitahu dia dan Omar Peter tertidur sekitar jam 3 pagi sehingga jam 2 petang.
Aidatul Azura : Selepas bangun tersedar dari tidur, apa yang berlaku.
Normaliah : Saya memberitahu Yaya yang pada waktu itu baru pulang dari tempat kerja bahawa saya tidur.
Aidatul Azura : Apa reaksi Yaya?
Normaliah : Yaya bagitahu dia ada bagi ubat tidur pada saya kerana Shah menyuruhnya untuk berubat demikian.
Aidatul Azura : Ada puan bertanya mengenai hubungan Yaya dan Shah?
Normaliah : Sehari selepas itu, saya ada bertanyakan berkenaan hal itu dan Yaya mengakui Shah adalah teman lelakinya. Yaya juga meminta pandangan daripada saya memandangkan Shah merupakanpelajarnya.
Bagi menjelaskan hal itu, Normaliah bertanyakan kepada anaknya apa yang Shah lakukan selain belajar.
“Yaya memaklumkan Shah bekerja sebagai penarik kereta dan saya memberitahu penarik kereta adalah bahaya kerana mereka agak kasar Saya juga ada kawan yang bekerja seperti itu dan mereka kasar,” katanya.
Terdahulu, Aidatul Azura menyoal Normaliah berkenaan perihal kehilangan kad bank dan wang milik Zara Eleeena.
Saksi keempat itu memberitahui, pada Januari 2012, Zara Eleena memaklumkannya melalui telefon selepas membuat laporan polis mengenai kehilangan wang dan kad bank itu.
“Saya tertanya-tanya bagaimana duit gaji dan duit yang kami berikan di dalam akaunnya boleh hilang sehingga Omar Peter terpaksa menghantar duit kepadanya pada waktu rehat untuk membeli makanan.
“Yaya sangat ambil berat terhadap barang miliknya. Pergi tandas, duit hilang, pergi mengajar duit hilang. RM10 pun boleh hilang,”katanya.
Normaliah berkata, Zara Eleena membuat satu lagi laporan polis bersama suaminya selepas mendapati wang tunai RM500 miliknya lesap.
Sebelum ini, pensyarah bahasa Inggeris itu dan bapanya ditemui mati di sebuah rumah di Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, 11 Mac 2012.
Perbicaraan hari kedua itu berlangsung dihadapan Hakim, Datuk Abdul Halim Aman dan akan bersambung pada hari ini.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 05:46 PM | Show all posts
Jiran terhidu bau rokok di ruang tamu rumah mangsaEMPAT tertuduh dalam kes pembunuhan Zara Eleena dan Omar Peter dikawal anggota polis di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, semalam.


SHAH ALAM 13 Feb. - Seorang jiran kepada pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena Omar Peter yang mati dibunuh bersama bapanya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, dia terhidu bau rokok yang kuat di ruang tamu rumah mangsa semasa memasuki rumah berkenaan sehari selepas kejadian pembunuhan itu.
Tan Ching @ Chin Ching, 63, berkata, dia berada dalam rumah tersebut sekitar pukul 10 pagi untuk mencari kunci kereta Omar Peter Abdullah di bahagian dapur rumah setelah diminta melalui telefon oleh isteri Omar, Normaliah Mahmood yang ketika itu berada di Segamat, Johor.
Katanya, wanita itu telah memintanya membuka pintu kereta Omar bagi melepaskan anjing milik keluarga tersebut yang terkurung dalam kereta mangsa.
Walaupun terhidu bau rokok itu namun saksi pendakwaan kelima itu berkata, dia tidak mencari punca sebenar bau itu sebaliknya terus keluar dan menutup pintu rumah serta mengunci pintu pagar rumah berkenaan setelah meletak kembali kunci dan melepaskan anjing itu.
Lelaki itu turut memberitahu, sebelum kejadian tersebut dia telah memasuki rumah mangsa setelah diminta oleh Normaliah untuk mengejutkan Omar yang dikatakan tidur untuk memberitahu mangsa mengenai anjing berkenaan.
"Saya masuk ke rumah itu kerana pintu pagar dan pintu masuk rumah itu tidak berkunci kemudian terus mengetuk berkali-kali pintu bilik utama namun tiada jawapan," katanya yang memberi keterangan dalam bahasa Kantonis.
Ching berkata demikian semasa sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan terhadap Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22 atau dikenali sebagai Shah yang juga teman lelaki Zara Eleena, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, atau Mat Rof, Azizi Aizat Ibrahim, 22, atau Boy, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, atau Chap.
Mereka didakwa membunuh Zara Eleena, 23, di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, antara pukul 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.
Kesemua mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh Omar, 56, di tempat sama, antara pukul 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan pukul 1.30 keesokan paginya.
Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman bersambung esok.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140214/ma_03/Jiran-terhidu-bau-rokok-di-ruang-tamu-rumah-mangsa#ixzz2tHvrrXyK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Geram je baca kes camnih..mcm tgk cite law & order..pembunuh saiko gile, mcm xde pape yg blaku
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 06:08 PM | Show all posts
jiran kuar masuk umah tapi tak tahu ada 2 mayat dlm rumah...dah busuk baru jumpa kan?
twist of fate betul...
yg aku tak paham, ada yg citer zara bukak mata dan bercakap dgn jiran tu time bila? yg jiran sblh umah nampak zara terbaring tu?
aku bca mcm tak paham plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 07:27 PM | Show all posts
peachRose posted on 14-2-2014 06:08 PM
jiran kuar masuk umah tapi tak tahu ada 2 mayat dlm rumah...dah busuk baru jumpa kan?
twist of fate ...

haa part ni pun aku pun tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 08:11 PM | Show all posts
Bagi pendapat aku pula.. Mungkin mereka dah rancang nak bunuh Ayah Zara tu.. Sebab dah datang sifat tamak haloba dalam diri lepas lihat barang kemas berlonggok longgok dalam peti tu... Masing masing dah berangan-rangan dengan duit ribu ribu tu...




Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 12:05 AM | Show all posts
kejamnya budak budak ni....harap2 tak terlepas la mereka ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2014 08:38 PM | Show all posts
ARKIB : 26/02/2014





Saksi lihat mayat lelaki berulatOleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my


anggota polis mengawal empat tertuduh kes pembunuhan Zara Eleena Omar Peter sewaktu hadir ke Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam, Selangor, semalam. - utusan/Riduan Rizal Ahmad

SHAH ALAM 25 Feb. - Seorang anggota polis memberitahu perbicaraan kes bunuh pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena Omar Peter dan bapanya yang dia melihat mayat seorang lelaki di atas tilam di atas sebuah katil dalam keadaan mukanya yang sudah berulat.
Sarjan S.K. Amathi dari Balai Polis Kinrara, Puchong berkata, mayat lelaki yang berbau hanyir itu dijumpai di bilik pertama sebuah rumah yang diperiksanya manakala mayat seorang wanita ditemui di atas lantai bersama cecair berwarna merah yang kering di dalam bilik kedua rumah tersebut.
Menurut saksi itu, mayat perempuan berkenaan yang juga berbau hanyir tidak dapat dilihat sepenuhnya kerana mayat itu menghalang daun pintu yang menyebabkan pintu gagal dibuka sepenuhnya.
Katanya, keadaan rumah dan bilik-bilik itu tidak kemas dan bilik yang mengandungi mayat perempuan berselerak dengan timbunan barang-barang.
Saksi pendakwaan keenam itu menyatakan demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin yang mewakili pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bunuh Zara Eleena, 23, dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 56, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Dalam kes itu, empat bekas pelajar KTAC, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, Azizi Aizat Ibrahim, 22, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, didakwa membunuh dua beranak itu di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong.
Kejadian didakwa berlaku antara pukul 1.30 pagi dan pukul 2.30 pagi, 9 Mac 2012.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Menurut Amathi, mayat lelaki tersebut memakai baju T dan seluar jeans manakala mayat wanita itu berpakaian baju T dan wajahnya pula menghadap ke atas dan keadaan mayat sudah mereput dan busuk.
Ditanya mengenai lampu kedua-dua bilik itu, saksi menyatakan, kedua-dua lampu bilik sedia terpasang ketika dia menjalankan pemeriksaan itu sekitar pukul 9.40 malam pada 11 Mac 2012.
Selepas itu, menurut Amathi, dia menghubungi Ketua Polis Daerah Puchong dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Puchong, seterusnya mendapat arahan supaya menunggu sehingga pegawai penyiasat datang ke tempat kejadian pada pukul 11 malam hari yang sama bersama pasukan forensik.
Ketika disoal balas oleh peguam, Rusli Zain yang mewakili tertuduh ketiga iaitu Azizi Aizat atau Boy, sama ada saksi melihat ada kereta di dalam kawasan rumah itu, Amathi menyatakan, tidak nampak sebarang kereta di situ.
Disoal sama ada saksi itu menemui jiran mangsa , anggota polis itu menyatakan, dia ada pergi ke rumah No. 26 bersebelahan rumah mangsa dan seorang wanita memberitahu sudah beberapa hari tidak nampak kelibat Zara Eleena dan Omar Peter.
Sementara itu, saksi pendakwaan ketujuh, Farah Dayana Sulaiman, 26, yang menetap di taman perumahan yang sama menyatakan, dia kenal Zara Eleena, Omar Peter dan ibu Zara Eleena, Normaliah Mahmood sebagai jiran kepada ibu angkatnya yang tinggal di rumah No. 26.
Menurut Farah Dayana, dia mengenali Zara Eleena tetapi tidak pernah bertegur sapa dan mereka cuma berbalas senyuman apabila ternampak antara satu sama lain.
"Kali terakhir saya nampak Zara Eleena sekitar pukul 11 atau 12 malam, tarikh tidak ingat, waktu itu saya bersama anak ibu angkat saya, Ernina dan seorang kawan bernama Aryati dari IOI Mall pulang ke rumah ibu angkat untuk menghantar roti.
"Saya tunggu di dalam kereta yang saya letakkan di hadapan rumah ibu angkat saya dan juga berhadapan kereta Perodua Kenari merah milik Zara Eleena yang turut diletakkan di situ," ujarnya.
Menurut saksi itu, ketika Ernani masuk ke rumah menghantar roti, dia melihat Zara Eleena keluar dari rumahnya, menghampiri tempat pemandu kereta Perodua Kenari dan kemudian ada seorang lelaki keluar dari tempat duduk penumpang hadapan dan bertukar tempat duduk dengan Zara Eleena.
Lelaki berkenaan kemudian dicamkan oleh saksi tersebut sebagai tertuduh pertama, Mohamad Zul Shahril atau Shah.
Ujar Farah Dayana, kereta Perodua Kenari itu kemudian bergerak melalui keretanya dan dia nampak terdapat seorang lagi lelaki duduk di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut.
Ditanya lagi oleh Aidatul Azura sama ada itu kali pertama dia melihat Shah, saksi itu berkata dia pernah nampak Shah bersama kawannya lebih kurang tiga kali di depan rumah Zara Eleena pada waktu siang tetapi tidak dapat mengecam kawan Shah itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman bersambung esok.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140226/ma_02/Saksi-lihat-mayat-lelaki-berulat#ixzz2uzsaxXfJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2014 08:39 PM | Show all posts
Jual emas kepada saksi

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my



KERATAN Kosmo! 24 Mac 2014.


SHAH ALAM - Seorang tukang emas memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa tertuduh ketiga, Azizi Aizat Ibrahim merupakan individu yang datang ke premisnya menjual lima utas barang kemas di Pandan Jaya, Kuala Lumpur pada Februari 2012 lalu.
Menurut, Lim Eng Huat, 55, beliau dapat mengenal pasti tertuduh ketiga itu berdasarkan bentuk fizikal individu tersebut yang berbadan besar, gempal dan tinggi yang masih diingatinya untuk membuat pengecaman ke atas Azizi Aizat, 22, di dalam kandang tertuduh semalam.
Kata saksi ke-10 itu, dia tidak mengetahui barang kemas yang dibelinya terdiri daripada tiga gelang tangan dan dua rantai leher emas itu mempunyai kaitan terhadap kes pembunuhan pensyarah bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Zara Eleena, 23, dan bapa mangsa, Peter Omar Abdullah, 56.
"Lelaki badan gempal ini datang ke premis saya memberitahu mahu menjual barang kemas dengan alasan mahukan wang kerana ibunya sedang sakit.
"Rasa simpati dengan tertuduh mahukan duit, saya setuju membelinya dan meminta kad pengenalan bagi mengeluarkan resit jual beli barangan bernilai RM6,200 dan memberi wang itu kepada tertuduh," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman pada sesi perbicaraan hari keenam semalam.
Katanya, dia hanya mengetahui barang kemas itu mempunyai kaitan dalam kes pembunuh pensyarah dan bapa mangsa selepas anggota polis datang ke premisnya bersama Azizi Aizat untuk menyiasat kes itu pada Mac 2012.
"Saya menunjukkan dan menyerahkan barang kemas berkenaan kepada polis dan dua daripada barang terbabit telah dileburkan iaitu dua gelang tangan manakala dua rantai leher dan satu lagi gelang tangan emas masih disimpan," jelasnya
Mengikut pertuduhan, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, bersama tiga yang lain, Mohamad Sharafe Mat Noh, 21, Azizi Aizat Ibrahim, 22, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, dituduh membunuh Zara Eleena Omar, 23, di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong antara pukul 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012. Mohamad Zul Shahril dipercayai kekasih kepada Zara Eleena.
Mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama antara pukul 11.30 malam 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokkannya.
Zara Eleena dan Omar Peter mati selepas muka kedua-dua mangsa ditekup dengan baju dan bantal.
Bagi semua kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika didapati bersalah.
Perbicaraan hari ketujuh bersambung hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2uzssdnn5
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2014 08:40 PM | Show all posts
ladygaga posted on 4-3-2014 08:39 PM
Jual emas kepada saksi

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

pasal emas bernilai rm6,200 je dik ko merengkok dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok pun elok je bergelak ketawa lepas sabit hukum.. semoga insaf la uolss ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.080628 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list