CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10657|Reply: 17

Vitamin C Penyebab Batu Karang..

[Copy link]
Post time 27-2-2014 11:26 AM | Show all posts |Read mode


Vitamin C Penyebab Batu Karang..

alau bercakap bab kesihatan, semua benda takleh makan. Semua benda kena jauhi. Tapi kalau tak makan, melalut kegersangan pulak. Selain daripada makan, tekanan stress juga perlu dijauhi, kena kontrol. Tapi nak elak stress bukan senang. Tambah lagi dgn jalanraya mcm haram, pemandu suka buat taik sana sini.

So, for those yang amik vitamin c sebagai supplement tambahan, aku rasa ni boleh bagi guide kat korang. Vitamin C ni dgr crita mmg bagus untuk kecantikan kulit, untuk selsema. Tapi side effect tetap ada. Ada setengah pihak pulak menyatakan, pengambilan vitamin C perlu ditokok tambah dengan minum air suam pada kadar yang banyak untuk melarutkan vitamin C dalam badan.

SUATU ketika dahulu, penulis pernah bercadang untuk mengeluarkan produk dalam bentuk suplemen bertujuan membantu mencegah serta merawat arteri jantung tersumbat. Satu daripada bahan yang penulis akan masukkan ke dalam formula suplemen tersebut ialah vitamin C di mana dosnya adalah jauh lebih tinggi daripada biasa dicadangkan golongan doktor.

Seorang sahabat memperkenalkan kepada seorang doktor pengamal perubatan moden yang memang berminat untuk mengeluarkan produk suplemen. Namun ketika berbincang dengannya beliau terus menunjukkan rasa tidak puas hati kerana formula olahan penulis mengandungi paras vitamin C yang tinggi berbanding paras biasa yang beliau preskripsi kepada pesakitnya.

Dalam formula tersebut, penulis ada menyatakan paras vitamin C ialah 500 miligram (mg) untuk setiap kali makan.

Jika konsumer mengambil vitamin C bagi tiga kali sehari seperti dicadangkan ia berjumlah 1,500 mg sehari.

Doktor tersebut berkata bukan beliau sahaja tidak bersetuju dengan idea kandungan vitamin C dos tinggi tersebut namun ia berkemungkinan besar sukar untuk mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan.

Itulah usaha terakhir penulis dalam usaha cuba mendapatkan pelabur untuk projek pengeluaran suplemen mengandungi vitamin C dos tinggi. Sejak hari itu penulis memfokuskan usaha menyampaikan kearifan (ilmu) kepada orang ramai mengenai vitamin C dos tinggi banyak manfaatnya kepada kesihatan dan tidak mendatangkan kemudaratan.

Penulis sendiri biasa mengambil sehingga 3,000 mg sehari bagi memulihara kesihatan secara keseluruhan. Pada keadaan tertentu penulis mencadangkan penghidap flu di mana simptomnya lebih teruk daripada demam selesema agar mengambil antara 5,000 dan 7,000 mg sehari.

Selain berfungsi sebagai antioksidan, bahan pembentukan kolagen dan membantu pelbagai proses metabolisme, vitamin C sebenarnya bersifat antivirus dan antibakteria!

Rawat flu
Bagi mereka yang mengambil suplemen antivirus dan perangsang sistem imun seperti echinacea atau neem mereka boleh mengurangkan dos pengambilan harian vitamin C di atas kepada separuh.
Beberapa suplemen yang berfungsi secara sinergi dengan vitamin C dos tinggi ketika seseorang mengalami flu ialah herba antivirus, suplemen Zink dan minyak hati ikan kod.
Herba antivirus yang sesuai bagi membantu memendekkan tempoh flu ialah echinacea, neem, thyme, oregano, cengkih dan kayu manis.
Ramai doktor tidak setuju dengan pengambilan vitamin C dos tinggi kerana mereka percaya ia boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Sesungguhnya cadangan pengambilan vitamin C dos tinggi bukan sahaja dilakukan pakar perubatan alternatif yang arif, malah dipraktikkan doktor yang mempunyai latarbelakangkan ilmu perubatan moden.

Dr Ronald Hunninghake merupakan pakar yang menyuntik vitamin C kepada pesakit terutama yang menghidap kanser.

Dos minimum suntikan vitamin C menurut protokol Riordan IVC (intravenous vitamin C) ialah 15 gram. Riordan ialah nama keluarga bagi Dr Hugh Riordan iaitu seorang doktor di mana Dr Hunninghake mempelajari kaedah penggunaan vitamin C dos tinggi kepada pesakit kanser.

Pembaca harus ambil perhatian, artikel ini hanya menyampaikan maklumat mengenai penggunaan vitamin C dos tinggi. Ia memang bertentangan dengan amalan doktor konvensional.

Pembaca harus faham, sebarang jenis suntikan sama ada ubat atau suplemen hanya boleh dilakukan doktor perubatan moden bertauliah di mana pesakit perlu menjalani pemeriksaan paras kandungan sejenis protein bagi memastikan sama ada pesakit selamat disuntik atau tidak. Orang awam hanya boleh mengambil vitamin C dos tinggi secara oral (ditelan bersama air masak/mineral).

Adakah pengambil vitamin C dos tinggi menyebabkan pembentukan batu karang?

Pembentukan batu karanglah yang menyebabkan doktor bimbang apabila mendengar jika ada orang yang mengambil vitamin C dos tinggi. Pembaca yang ingin mengetahui mengenai fungsi dan kesan vitamin C sila lawati Linus Pauling Institute, Oregon State University di laman web http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/vitamins/vitaminC/.

Kesimpulan daripada institut ini adalah
“Vitamin C suplemen meningkatkan paras oksalat, bagaimanapun kaitan antara peningkatan oksalat dalam air kencing dengan peningkatan risiko batu karang masih tidak diketahui.”
Keputusan pelbagai kajian yang mengaitkan pengambilan vitamin C dan risiko batu karang adalah bercampur. Maksudnya terdapat kajian yang menunjukkan kaitan positif dan ada juga kajian yang menunjukkan kaitan sebaliknya (negatif).

Sebuah kajian epidemiologi (sesetengah pakar tidak menerima pakai kajian jenis ini kerana ia tidak sejitu kajian intervensi sepertimana kajian double blind) iaitu kaji selidik terhadap sekumpulan lelaki dan sekumpulan wanita yang telah mengambil vitamin C dos tinggi dan rendah.

Sebuah kajian melibatkan 45,251 orang lelaki mengambil vitamin C selama 6 tahun manakala sebuah kajian lain melibatkan 85,557 orang wanita yang mengambil vitamin C selama 14 tahun.
Golongan penyelidik mendapati mereka yang mengambil vitamin C lebih dari 1,500 miligram sehari tidak meningkatkan risiko batu karang.
Kedua-dua kajian dilakukan Curhan GC dibantu beberapa penyelidik lain dan masing-masing dilaporkan dalam  Journal of Urology (Jun 1996) dan Journal of American Spociety of Nephrology (April 1999).

Berdasarkan keputusan kajian yang mengaitkan pengambilan vitamin C dan risiko batu karang yang bercampur, maka Insitut Linus Pauling termasuk ramai saintis dan pakar perubatan moden mencadangkan agar orang ramai yang mudah mengalami pembentukan batu karang berasaskan oksalat agar menjauhi suplemen vitamin C.

Dr Hunninghake iaitu doktor yang biasa menyuntik vitamin C kepada pesakit kanser dipetik berkata, “Ia (vitamin C) adalah selamat.

Idea yang menyatakan vitamin C menyebabkan batu karang tidak dapat dibuktikan... terdapat beberapa kajian oleh ahli-ahli urologi yang mendapati vitamin C dos tinggi tidak menimbulkan masalah.”

Asid oksalik iaitu metabolit (produk yang terhasil apabila vitamin C menjalani metabolisme) vitamin C memang akan meningkat apabila seseorang mengambil vitamin C. Namun pembentukan batu karang berasaskan asid oksalik dan kalsium bergantung kepada pelbagai faktor.
Stres dan makanan tinggi protein dikatakan antara faktor yang mudah menyebabkan pembentukan batu karang.
Sebarang penyakit atau keadaan yang menghalang penyerapan lemak oleh trek gastro usus juga dikatakan meningkatkan risiko batu karang jenis kalsium oksalat.
Jika anda mengalami batu karang atau mengambil vitamin C dos tinggi tetapi bimbang akan mengalami baru karang maka amalkanlah pengambilan cuka epal. Satu sudu besar diambil bersama setengah cawan air setiap pagi. Boleh juga diambil 1 - 2 dos sepanjang hari.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 11:38 AM | Show all posts
pulak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 11:55 AM | Show all posts
ais_kosong posted on 27-2-2014 11:38 AM
pulak....

setiap benda ada kebaikan dan keburukan. atau ada kegunaan dan xda kegunaan. atau ada faedah dan tiada faedah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 11:59 AM | Show all posts
berun posted on 27-2-2014 11:55 AM
setiap benda ada kebaikan dan keburukan. atau ada kegunaan dan xda kegunaan. atau ada faedah dan t ...

baikkkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 11:03 AM | Show all posts
setahu yg saya tahu max makan sehari dalam 1000mg..lebih dr tu tak tahhu la pulak..radiglow ada berapa mg of vit c eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2014 11:19 AM | Show all posts
tengah_bosan posted on 5-3-2014 11:03 AM
setahu yg saya tahu max makan sehari dalam 1000mg..lebih dr tu tak tahhu la pulak..radiglow ada bera ...

sy pun x tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2014 11:30 AM | Show all posts
berun posted on 5-3-2014 11:19 AM
sy pun x tahu

tetiba sy curious dengan radiglow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2014 11:34 AM | Show all posts
tengah_bosan posted on 5-3-2014 11:30 AM
tetiba sy curious dengan radiglow

google jap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2014 09:58 PM | Show all posts
Apa bende pun, kalo diambil secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 09:13 AM | Show all posts
oleh yang demikian, ambillah mengikut dos yang ditetapkan. pastu air masak minum secukupnya.
biasalah, ada baik buruknya juga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 04:27 PM | Show all posts
mkn vitamin ni kene bnyk minum air..
lebih efektif and tak efek buah pinggang sgt..
kalau mcm shaklee dia hadkan 500mg je sehari utk vit c..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 06:56 PM | Show all posts
pulakk....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 04:18 PM | Show all posts
that's why kalu amek supplement digalakkan minum air secukupnya. cukup ke tak cukup depends on berat badan and lifestyle.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 12:41 AM | Show all posts
Kalau jab vit c camne plak ek .. Sma ke efek kat kidney ??
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 09:32 PM | Show all posts
Doktor selalunya tak advice amek vit c pil...vit c semulajadi baru bagoos
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena hujung thn 2012.. Dekat2 nak kawen kene batu karang.. Azab! Ingatkan dah nak mati..

Lepas baca2 balik artikel kat internet, rupa2 nya, mmg overdose vit c penyebab batu karang.. Masa mula mkn tu, beli dua botol promo. Sebotol utk sebulan nye bekal..High dosage, 1000mg/ daily..
Masa habis botol pertama, tak nmpk sgt kesan. Dua minggu pas mkn botol kedua, dah ketara tanda2 yg pelik.

Demam panas tetiba pas waktu tengah hari.. Dlm kul 1 or 2 pm cmtu.. Demam berlarutan sampai mlm.. Pagi esoknya, sihat balik.. Demam intermittent.. Selang sehari atau dua, jadi balik.

Pi check kat doktor, klinik 1st cakap suspect denggi.. Tp xde lenguh2 sendi, bebola mata... Selang seminggu, di k.k daerah.. Doktor suspect tibi.. Tiap2 pagi selama 3 hari gi hantar sample kahak.. Tapi -ve tibi.. Mkn panadol je..

Start sedar kene batu karang ni bila pi check urine kat Gen Hosp satu pagi tu. Dlm kul 1am, perut sakit yg amat. Gerak kiri, kanan, depan, belakang.. Semua sakit. Berpeluh2 satu badan. Ingatkn gastrik atau heart attack.

Dalam sakit2 yg amat tu, gagah kan diri pkai sluar & drive kete ke hospital.
Tunggu sejam stengah, baru dpt didiagnos, tu pun housemen doktor je.Respect gak housemen kat sana. Cakap sakit perut, trus suruh buat urine test utk batu karang.. Ingatkan dia nk ckp gastrik je..

Alhamdulillah, pas mkn ubat, batu kuar melalui kencing & tak rasa sakit. Cuma dengar je batu jatuh dlm bowl

Pas jadi camtu, pengajaran dia- jgn memandai2 amik supplement tanpa saranan pakar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 posted on 28-3-2014 11:30 PM
Dah kena hujung thn 2012.. Dekat2 nak kawen kene batu karang.. Azab! Ingatkan dah nak mati..

Lepa ...

Ishh ngeri nye dengar bunyi batu jatuh. Mcm bsr je..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 11:03 AM | Show all posts
batu karang aku nak share petua, abg ipar adik aku, dah cfm by doktor kena batu karang, n dlm seminggu nak operate. so dia pun kol herbalist n tanya ada ubat tak. herbalist tu suruh beli lemon 30 biji n olive oil. perah lemon sebiji n campurkan air setengah glass minum. pas2 oiilive oil suku glass campur air gak kurang setengah glass n minum. buat sehari dalam 5 - 6 kali, until abis lemon tu. so pas abis lemon tu abg ipar tu g doktor sbb nk final kan operate tu, doktor kata dah tak de batu karang. aku dgr pun terkejut, and baru aku tau, lemon utk pecah kan batu karang tu n olive oil tu supaya bila batu karang tuk kuar masa kita buang air, kita tak sakit.

nk share satu lagi, vitamin seelok2 nya mkn waktu pagi.... ;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.078711 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list