CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mziskandar

[Dunia] Maklumat Rasmi KEHILANGAN MH370 [Hari ke X]

[Copy link]
Post time 10-3-2014 03:05 PM | Show all posts
Soalan : Mengapa kapal selam TUDM tidak digunakan dalam operasi mencari?
Ini soalan yang menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana ramai masih sakit belakang dengan tuduhan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak milik TLDM adalah dua gajah laut putih yang membazirkan duit negara. Di laman sosial dua pemimpin kanan parti pembangkang dengan nada sarkastik bertanya mengapa kapal selam tidak dihantar ke kawasan pencarian. Sistem sonar kapal perang ini tidak boleh digunakan untuk mencari pesawat yang mungkin menjunam ke dasar laut?

Pertama mari kita mulakan dengan sebuah analogi. Katakanlah ada ingin memotong sebuah kertas A4. Anda mempunyai pilihan menggunakan gunting atau sistem pemotong menggunakan laser. Yang mana satukah yang anda akan pilih untuk gunakan untuk memotong kertas? Sekiranya anda praktikal dan waras anda akan memilih gunting. Sekiranya anda suka melakukan sesuatu dengan cara susah dan tidak praktikal anda akan memilih menggunakan sistem pemotong laser.

Analogi ini kami gunakan dalam persoalan mengapa kapal selam TLDM tidak digunakan dalam pencarian MH370. Ketika artikel ini ditulis 44 kapal bantuan dari pelbagai negara luar sudah dikerahkan menjalankan operasi mencari MH370. Ada diantara kapal ini dilengkapi sistem sonar yang ditunda (towed array sonar). Sebagai contoh Singapura menghantar sebuah Corvette kelas Victory dan Frigtte dari kelas Formidable mereka. Kedua-dua kapal perang ini mempunyai fungsi sebagai kapal perang anti kapal selam dan dilengkapi sistem sonar untuk mencari objek di dasar laut. Beberapa lagi kapal bantuan dari Amerika Syarikat dan Vietnam turut dilaporkan mempunyai kemampuan yang serupa. Apakah sonar yang ditunda ini? Sonar yang ditunda ditarik di belakang kapal untuk memeta objek di dasar laut. Sistem ini digunakan dalam penemuan bangkai RMS Titanic oleh Dr Robert Ballard pada tahun 1985. Sistem sonar ditunda ini juga digunakan dalam operasi mencari kapal selam K-141 Kursk yang tenggelam akibat letupan pada tahun 2000.

Jadi apa bezanya dengan sistem yang ada pada kapal selam. Perbezaannya tidak banyak tetapi disini kita kembali kepada persoalan praktikal. Kapal permukaan (surface ship) boleh bergerak lebih pantas ke dan beroperasi lama pada satu-satu masa berbanding sebuah kapal selam.  Kapal selam perang tidak pernah dicipta dengan fungsi kedua untuk bantuan kecemasan. Sebaliknya kapal permukaan dibina dengan fungsi ini terbina. Kerap kita dengar pesawat perang menyelamatkan mangsa kapal karam dan membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan dilanda bencana alam. Di akhir hari kapal permukaan seperti Frigate dan Corvette yang memenuhi Teluk Siam dalah gunting manakala kapal selam adalah pemotong laser. Kedua-duanya boleh digunakan untuk mencari MH370 tetapi dalam keadaan sekarang penggunaan kapal permukaan adalah paling praktikal dan sesuai dengan keperluan operasi (operational needs).

Ada bezanya kapal selam yang dihantar Singapura dengan kapal selam Scorpene milik TLDM? Singapura menghantar kapal selam mini DSAR 6 (Deep Search And Rescue 6) di atas kapal MV Swift Rescue . DSAR 6 mempunyai bahagian hadapan berkaca bagi melihat objek di bawah laut. Umum diketahui Scorpene tidak mempunyai tingkap untuk melihat keluar. DSAR 6 bukannya kapal selam untuk berperang dan mempunyai fungsi yang sangat berbeza dari sebuah Scorpene.

DSAR6  tidak digunakan untuk mencari MH370. Ianya hanya akan digunakan jika bangkai pesawat ditemui bawah laut dan pengesahan visual (visual confirmation) diperlukan dari data yang diterima dari bacaan sonar. Setakat ini cebisan pesawat tidak lagi ditemui apakan pula bangkai pesawat di dasar laut. DSAR 6 akan kekal di atas dek kapal MV Swift Rescue sehinggalah ianya diperlukan.

Bagaimana pula dengan penggunaan kapal selam émeraude oleh kerajaan Perancis dalam pencarian Air France 447 pada tahun 2007? Ini situasi berbeza. Air France 447 dikhuatiri tenggelam di kawasan dengan kedalaman mencecah 4700 meter dan kawasan laut dengan ombak bergelora. Bandingkan situasi ini dengan keadaan di Teluk Siam yang mempunyai kedalaman maksimum 80 meter sahaja! Penggunaan kapal permukaan disini adalah kurang selamat. Semasa proses mencari majoriti operasi mencari dilakukan menggunakan pesawat P3 Orion (pesawat yang sama digunakan untuk mencari MH370) dan Embraer R99.  émeraude hanya digunakan untuk mengesan bunyi sistem pengesan automatik dari PDP Air France 447 kerana sistem pengesan bunyi yang digunakan kapal selam nuklear ini bersesuaian dengan kehendak operasi.

Jadi ingin kami jelaskan disini tidak timbul isu kenapa Scorpene tidak digunakan untuk operasi mencari MH370 .  Tiada keperluan untuk kapal selam TLDM itu dihantar ke Teluk Siam sedangkan aset yang lebih sesuai dan praktikal sudahpun digunakan. Kenapa perlukan pemotong laser sekiranya gunting sudah cukup sempurna bagi menjalankan tugasan.

Kami berhadap artikel pendek ini dapat menjawab persoalan anda dan memberikan pencerahan yang jelas tentang penggunaan teknologi dalam mencari MH370. Kami di Amanz.My berharap ada berita baik yang akan kita terima berkenaan insiden yang menyayat hati. Kami doakan pesawat ini dapat dikesan dan penumpangnya masih selamat. Jika masih ada persoalan sila nyatakan di ruang komentar di bawah dan sekiranya ada kekhilafan di dalam artikel ini kami meminta maaf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2014 03:11 PM | Show all posts
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kelihatan agak berat untuk memberi maklumat mengenai dua penumpang yang menggunakan pasport palsu untuk penerbangan malang MH370.

Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman (kiri) berkata penyiasatan akan terganggu sekiranya terlalu banyak maklumat didedahkan berkenaan identiti dua penumpang misteri tersebut.

"Kami tak akan mendedahkan terlalu banyak berkenaan dua penumpang itu kerana ia masih di bawah siasatan dan sebarang maklumat akan menjejaskan penyiasatan yang berlangsung," kata beliau ketika dihujani pertanyaan wartawan di sidang media di Hotel Sama Sama hari ini.

Dua individu berkenaan menggunakan identiti warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christian Kozel dikatakan mempunyai wajah 'berciri Asia' ketika menaiki penerangan dari Kuala Lumpur tiga hari lalu.

Interpol dalam kenyataan mereka semalam membidas pihak berkuasa Malaysia yang tidak mengambil peduli pangkalan data badan antarabangsa itu yang menunjukkan pasport mereka telab hilang dua tahun lalu.

Bernama semalam turut melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi semalam turut menyelar pegawai imigresen yang membenarkan dua individu itu menaiki pesawat dengan pasport mereka.

Zahid berjanji satu siasatan dalaman akan dilakukan bagi menyiasat kecuaian tersebut.

Sementara itu, Azharuddin berkata beliau akan berbincang dengan pihak penyiasat sama ada akan mengeluarkan gambar dua individu terbabit untuk membantu siasatan.

"Pihak penyiasatan sekarang sedang meneliti rekod dan rakaman video. Kami akan sampaikan kepada media jika kami mendapat laporan pihak penyiasat," kata Azharuddin.

Azharuddin bagaimanapun meminta orang ramai tidak curiga terhadap kawalan keselamatan lapangan terbang negara ini kerana ia telah diaudit dan diiktiraf standard antarabangsa.

credit: http://www.malaysiakini.com/news/256606

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 03:12 PM | Show all posts
#PrayForMH370
Live Updates: Veteran pilot says radar data can tell if plane blew up

A veteran military and commercial pilot said today that with radar and transponder information alone, investigators should be able to tell if missing Malaysian Airlines flight MH370 blew up in mid-air.

The veteran pilot, with 40 years experience, said that since the military revealed yesterday that such readings exists to show that the missing Boeing 777-200ER aircraft may have changed course, then they should also quickly dispel or confirm one or two other theories being probed.

"We need the Department of Civil Aviation (DCA) to come up with the radar picture - the speed of the turnaround and height of the plane.
"What was the radar picture showing? During the turn back that came with a heading change, was it abrupt or gradual?" said the veteran Malaysian pilot, who declined to be named.

Looking at the radar and transponder data, the veteran pilot said, DCA could then rule out searches in certain areas and zero in on the exact location of the plane.

"It is highly unlikely that the plane could turnaround and fly towards the Straits of Malacca without our radar detecting it any more," he said.

Although rare, he said there have been two cases where a plane had exploded and disintegrated in the mid-air - the 1988 Lockerbie incident and Trans-World Airlines Flight 800 (TWA 800) in 1996.

In the first tragedy, which occurred in December 1988, a terrorist bomb destroyed Pan Am Flight 103 over the Scottish town of Lockerbie, killing 270 people.

The TWA flight exploded - probably due to a faulty fuel tank - and crashed into the Atlantic Ocean near New York in July 1996, killing 230 people on board.

'Information could be withheld'
At a press conference in KLIA yesterday, air force chief Rodzali Daud ( left ) said military radar records indicate the plane may have tried to change course, but could not reveal further details due to ongoing investigations.

The veteran pilot further told Malaysiakini that a commercial Boeing plane typically has a 12km turning radius and could be very slow and easily detected by the radar.

"If the turnaround is fast and tight, something is not right," he said.
DCA has said that there were no distress calls from the plane which went missing in the early hours of March 8.

But the veteran pilot insisted that even if civilian radar readings and the transponder did not give the information, the defence radar should also give a clue, but acknowledged that such information may be withheld.

"There is a possibility that MH370 could be out of radar coverage on primary mode. If that is the case, what about our air defence radar, did they see anything?

"This is a security question and the Royal Malaysian Air Force (RMAF) is not (allowed) to answer in public," he said.
The plane, which took off after midnight on Friday from Kuala Lumpur International Airport, went undetectable less than an hour later. It did not arrive in Beijing at 6.30am on March 8 as scheduled.

Three days later, a search-and-rescue operation is still underway.
There were 227 passengers, including two infants, and 12 crew members on board the plane. Of these, 152 are Chinese nationals, 38 are Malaysians and the rest are from 12 other countries.

Last edited by edoraixora on 10-3-2014 03:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 03:18 PM | Show all posts
Vietnam looks for possible wreckage from Malaysian plane



Vietnamese searchers look for possible aircraft debris after combing the sea for nearly 48 hours in the hunt for a Malaysian passenger jet that vanished with 239 people aboard, officials say.

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 03:20 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 03:20 PM | Show all posts
RENUNGAN DETIK DETIK KECEMASAN..

http://mforum.cari.com.my/forum. ... d=790594&extra=
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2014 03:23 PM | Show all posts
Credit: http://www.astroawani.com/news/show/10-tanda-tanya-berkenaan-kehilangan-mh370-31583

10 Tanda Tanya Kehilangan MH370

Pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.

1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?

Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapal merupakan rakyat Malaysia.

Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu, 19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.

Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.



2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?

Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.



3. Di mana pesawat ini menghilang?

Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.

Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.



4. Di mana misi mencari dilakukan?

Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan.

Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman.



5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?

Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.

Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.

Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200  pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula. Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu.



6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?

Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganas buat masa ini.

Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.

Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti.



7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?

Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.

Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari perakam penerbangan dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.

Perakam penerbangan atau kotak hitam berkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya.

Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas.



8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?

Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.

Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.



9. Apakah negara-negara yang terlibat dalam usaha gerakan mengesan dan menyelamat ini?

Selain Malaysia, gerakan besar-besaran ini juga turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.

Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.



10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?

Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Selain itu juga, saluran berita Astro Awani 501 dan laman sesawang www.astroawani.com juga menyiarkan laporan mendalam dan berterusan termasuk siaran sidang media secara langsung berkenaan usaha mengesan pesawat MH370.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/10-tanda-tanya-berkenaan-kehilangan-mh370-31583?cp Last edited by garyura on 10-3-2014 03:28 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 03:26 PM | Show all posts



Seram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2014 03:49 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 03:58 PM | Show all posts
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pegawai risikan dan ejen keselamatan khas yang dihantar China di Hotel Sama-Sama di sini sebentar tadi.

sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 04:14 PM | Show all posts
Warga China Tak Puas Hati  

BEIJING: Media di China pada Isnin membidas Malaysia dan syarikat penerbangan negara, MAS berhubung cara mereka menyelesaikan kes pesawat penumpang yang hilang sambil menyeru usaha tindak balas yang lebih cepat dan keselamatan lapangan terbang diperketatkan.
[size=0.938em]Hampir dua pertiga daripada 239 orang di atas kapal MH370 adalah dari China dan jika kehilangan pesawat itu disahkan, ia akan menjadi bencana udara kedua terburuk dalam sejarah China.

Siasatan telah dijalankan ke atas suspek penumpang selepas kedua-duanya menggunakan pasport yang dicuri di Thailand.

"ihak Malaysia tidak boleh mengelak daripada tanggungjawabnya," akhbar 'Global Times' menulis dalam ruangan editorialnya.

"Tindakan awal dari Malaysia tidak cukup pantas.

"Terdapat kelemahan dalam kerja-kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan," katanya.

"Jika ia adalah disebabkan oleh kerosakan mekanikal atau kesilapan juruterbang, maka Malaysia Airlines harus dipersalahkan.

"Jika ini adalah satu serangan pengganas, maka pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan dalam penerbangan itu boleh dipersoalkan."

'The China Daily' menulis dalam ruangan editorialnya bahawa "unsur keganasan tidak boleh ditolak", dengan pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa masih gagal untuk menjelaskan bagaimana sekurang-kurangnya dua penumpang dapat menaiki pesawat dengan pasport curi.

"Siapakah mereka dan kenapa mereka menggunakan pasport palsu?" soal akhbar tersebut.
[size=0.875em]


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 04:20 PM | Show all posts
thread ni bagus....
xde merepek merapu meraban bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 04:25 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 04:29 PM | Show all posts
PHU QUOC ISLAND (Vietnam), March 10 — Vietnam has scrambled rescue helicopters to check a “yellow object” floating in its waters that rescue teams suspect could be a life raft from a Malaysian plane that went missing with 239 people aboard, a minister said today.

A Vietnamese jet had seen the object earlier on Monday but was unable to get close enough to determine what it was, Pham Quy Tieu, Vice Transport Minister and deputy head of the country’s rescue committee, told Reuters.

The Civil Aviation Authority of Vietnam said on its website searches were being conducted about 140km  southwest of Tho Chu island, which is located about 200 km off the coast of southern Vietnam. — Reuters

- See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.N2qP7MpP.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 04:35 PM | Show all posts
takde kena mengena dgn maklumat ttg kehilangan MH370....tapi kita boleh tgk sibuknya lalauan kat atas nun macam kereta kat highway ...(credit to https://www.facebook.com/fuadlatip)

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 04:44 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2014 04:48 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 04:56 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 04:59 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 05:06 PM | Show all posts
Imbasan Sidang Media yang berlangsung sebentar tadi oleh YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Pemangku Menteri Pengangkutan, ‪#‎MH370‬:

1. Fokus utama adalah untuk mencari dan menyelamat
2. Delegasi dari China sudah tiba dan sedang bekerjasama dengan pihak di sini
3. Saya merayu agar semua orang agar tidak menyebarkan berita palsu - akan menganggu pencarian dan menganggu emosi keluarga yang menanti kepulangan ahli keluarga yang terlibat
4. Jangan sebarkan berita tidak sahih kepada kaum keluarga yang menunggu...
5. Sidang media ini adalah untuk memberi informasi kepada anda semua
6. Kami telah menghantar kapal ke Vietnam untuk mengenalpasti "objek" yang dilaporkan media
7. Duta dari China dilaporkan berpuas hati dengan siasatan kita setakat ini
8. Kesemua maklumat mengenai dua pasport yang dicuri telah diserahkan kepada agensi perisikan antarabangsa
9. Pesawat yang hilang harus dicari dahulu sebelum memberi fokus kepada perkara-perkara lain
10. Kami tidak memandang ringan apa sahaja perkara yang berkaitan
11. Pihak negara China akan membantu kita dalam semua perkara
12. New Zealand juga sudah menghulurkan bantuan
13. Kita tidak tolak apa jua kemungkinan samada pesawat MH370 disabotaj atau tidak
14. Foto penumpang yang menggunakan pasport curi sudah diedarkan kepada agensi perisikan antarabangsa dan akan diberikan kepada media tidak lama lagi
15. Pihak Boeing sudah berada di Malaysia dan DCA akan bertemu dengan mereka untuk menjalankan siasatan
16. Kami akan berkongsi carta lokasi pencarian kami dengan media tidak lama lagi
17. Laporan mengenai pesawat telah melalui ruang udara Kelantan belum disahkan lagi

Sidang media berikutnya akan dijalankan pada jam 8 malam ini.

kredit to sinar fm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.262635 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list