CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64095|Reply: 172

Palsukan Sijil Nikah: Ummi Nazeera Dakwa Ibu Dianiaya

  [Copy link]
Post time 28-3-2014 12:09 PM | Show all posts |Read mode


Heroin filem Hikayat Merong Mahawangsa, Ummi Nazeera mendakwa ibunya usahawati Dato Maziah Musa dianiaya oleh bapanya iaitu usahawan Dato’ Zainul Abadin yang mendakwa bekas isterinya itu memalsukan sijil nikah mereka.
Ummi hadir menemani ibunya pada sebutan kes tersebut yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat (hari ini). Malah aktres berkulit hitam manis ini dengan yakin berkata ibunya tidak bersalah dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh.
“Saya yakin ibu saya berada di pihak yang benar. Beliau ada bukti yang kukuh. Malah ibu saya telah merujuk surat nikah itu kepada Majlis Narathiwat & sijil itu diperakui oleh pihak disana”
“Selain tu saksi yang tampil hari ini tidak relevan. Sebab itu peguam bela kami tidak bertanyakan apa-apa soalan kepada saksi itu tadi,”  katanya dengan nada tegas.
Laporan sebelum ini menyebut, Dato Maziah telah dituduh pada 20 Mei 2013 di Mahkamah Majistret Jalan Duta Kuala Lumpur dengan sengaja memberikan keterangan palsu pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan KL pada 16 Oktober 2009.
Berdasarkan kepada pertuduhan, beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut semasa perbicaraan di Mahkamah Syariah tersebut dengan menggunakan sijil nikah palsu bertarikh 25 Disember 1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand sebagai benar.
Pertuduhan dibuat di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 193 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan denda jika didapati bersalah.
Dato Marziah diwakili peguam bela, Datuk Zainul Rijal Zainal Abidin.
Dalam pada itu, Ummi mengakui terkejut mengenai tuduhan terhadap ibunya itu. Bahkan kes yang berlanjutan itu sikit sebanyak mengganggu pelajaran sewaktu dia melanjutkan pengajian dalam jurusan perniagaan di University of Melbourne, Australia.
“Saya terkejut bila berlaku tuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ni dari tahun lepas lagi tapi dipanjang-panjangkan dan masih tidak selesai lagi. Bapa saya sengaja mahu panjang-panjangkan kes ni sebab mahu menyusahkan ibu saya. Saya akui kes ibu saya sikit sebanyak menganggu pembelajaran saya sewaktu di Melbourne”
“Jadi hari ini saya tampil untuk menjelas memperbetulkan beberapa laporan media sebelum ini yang kurang tepat mengenai ibu saya,” katanya yang turut mengesahkan yang kini sudah tamat pengajian di sana sejak Disember tahun lalu.
Sementara itu abang Ummi, Nazreem Musa yang juga ditemui diluar mahkamah berkata mereka adik-beradik akan tetap menyokong ibu mereka.
“Sebagai anak-anak kami percaya ibu kami dan sentiasa berada dibelakang ibu kami menyokong beliau,”  kata Nazreem ringkas kepada media.
Mahkamah putuskan perbicaraan kes ini akan bersambung di pada 14 dan 5 Mei depan. (rtky/fr)
apa kes apa kes ni? kredit rotikayap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2014 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
wah...nk tau details ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:15 PM | Show all posts
palsu surat nikah? maknanye apa ni?
nikah ke tak diorg ni?
adoi la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:18 PM | Show all posts
Bertuah ibu dia.
semua anak2nya sedia menyokongnya di belakang.

#anaksoleh
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:19 PM | Show all posts
biar betul ni...
bahaya kalau real2 palsu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:19 PM | Show all posts
tak paham..palsukan apa? nikah dgn sapa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2014 12:19 PM | Show all posts
xpaham....someone please bg detail...tq
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:22 PM | Show all posts
apa ni...x paham
surat nikah bertarikh 25 Dis 1997 yg katenye palsu tu, surat nikah mak die dgn sape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2014 12:25 PM | Show all posts
datuk datin pun nikah thailand ke? ke maknya isteri no 2, 3, 4?
apasal pulak nak dipalsukan sijil nikah? nikah ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:26 PM | Show all posts
mcm tergantung...xtau asal usul kesnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:31 PM | Show all posts
Tak paham la derrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:44 PM | Show all posts
x paham ........
tlg la sesapa fair n lovely pls
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:48 PM | Show all posts
aku x paham
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:52 PM | Show all posts
tuh la..x paham la..sape boleh bg pencerahan ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:55 PM | Show all posts
berkata benarlah walau ia pahit
....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:57 PM | Show all posts
apa kes ni?? x bole hadammmmm... xpahammmm...
pcerahan plz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2014 12:57 PM | Show all posts
i jmpa artikel lama ni ja..
tp cm xde kna mgna la plak

credit to http://www.utusan.com.my/utusan/ ... duhan-palsu-dokumen

ARKIB : 23/01/2013
Ahli perniagaan hadapi 10 tuduhan palsu dokumen           KUALA LUMPUR 22 Jan. - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen dan pemalsuan dokumen mengenai peletakan jawatan serta pemindahan saham milik isteri keduanya, tujuh tahun lalu.
Datuk Zainulabidin Mat Akhir, 62, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Datin Maziah Musa di pejabat Indah Secretarial Management, 18-1, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Sentul dekat sini antara Disember 2006 dan Mei 2009.
Tertuduh didakwa atas pertuduhan dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen Resolusi Lembaga Pengarah Mutiara Efektif (M) Sdn. Bhd. (Mutiara Efektif) dan B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd. (B.TIS Manufacturer) iaitu surat Peletakan Jawatan Sebagai Pengarah oleh Maziah.
Melalui Resolusi Lembaga Pengarah Mutiara Efektif, lelaki itu turut didakwa melantik Ahmad Fikhri Zainulabidin sebagai Pengarah dan Peletakan Jawatan Datin Maziah Musa sebagai Pengarah.
Dia juga didakwa menggunakan Resolusi Lembaga Pengarah B.TIS Manufacturer untuk melantik Ahmad Fikhri dan Nor Akhilah Zainulabidin sebagai Pengarah.
Selain itu, dia didakwa melalui resolusi kedua-dua syarikat berkenaan telah memindahkan saham daripada Maziah atas namanya sendiri dan Nor Akhilah.
Kesemua tujuh pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh turut didakwa atas tiga tuduhan mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pemalsuan dokumen Borang 32A Pemindahan Saham bagi memindah milik 1,680,000 unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn. Bhd. daripada Maziah kepada Ahmad Fikhri.
Dia turut didakwa memindah milik 300,000 unit saham syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd. daripada Maziah kepada dirinya sendiri dan Nor Akhilah.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Maziah yang juga ahli perniagaan merupakan ibu kepada seorang pelakon tempatan wanita yang pernah membintangi drama bersiri popular, Nur Kasih.
Tertuduh yang mempunyai tiga isteri dan enam anak, kini dalam proses perceraian dengan isteri keduanya itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Rozaliana Zakaria yang mengendalikan pendakwaan menawarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam bela Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos memohon mahkamah mengurangkan jumlah tersebut kepada RM80,000 dengan dua penjamin.
Hakim S.M. Komathy Suppiah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 11 Mac ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130123/ma_05/Ahli-perniagaan-hadapi-10-tuduhan-palsu-dokumen#ixzz2xELD4ZR1
©  Utusan Melayu (M) Bhd



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:58 PM | Show all posts
x paham cite dia ni...?
nape nak palsukan surat nikah...?
konpius mokcik...
anyway....sejuk tgk ummi bertudung skang.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 01:01 PM | Show all posts
aah macam x bape faham cite nih ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 01:01 PM | Show all posts
aiyaa....dah berpisah tu pisah je la..tayah la nak nyusahkan orang nak saman pasal sijil palsu ke ape..
ho leng aaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.183167 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list