|
retepek artikel lama
Geram DiFitnah
"Sudah lama saya bersabar dengan karenah pengguna satu laman forum gosip popular yang semakin melampau. Hal ini bukan berlaku kepada saya saja,tetapi membabitkan ramai lagi selebriti. Ada yg terang-terangan membuat kenyataan berbaur fitnah dan saya pelik bagaimana merekan berani berbuat demikian tanpa berasa takut meskipun tiada bukti sahih,"katanya.
Menurut Amyza,kes fitnah terbaru terhadapnya membabitkan seorang pelakon lelaki yang bergandingan dengannya sebagai pelakon jemputan dalam program Anak Wayang,Erry Putra, yang juga teman rapatnya.
Katanya dia dituduh orang tertentu dalam laman forum itu,kononnya mempermain-mainkan Erry dengan pelbagai tujuan,termasuk mensabotaj pelakon lelaki yang menempa nama menerusi beberapa drama bersiri.
"Saya yang memberi cadangan kepada pihak produksi supaya menjemput Ery sebagai pasangan lakon dalam rancangan itu,kenapa pula saya dituduh ada niat tidak baik terhadapnya?"
"Saya difahamkan,wakil pengendali mengawal setiap kenyataan dikeluarkan,tetapi mereka membesar-besarkan cerita sehingga fitnah itu nampak benar pada mata pengguna forum.Bahasa yang mereka guna kasar,jijik dan memualkan,malah ada yang tergamak menggunakan perkataan lucah. Malangnya tiada tindakan diambil"
Mengulas lanjut isu itu,Amyza berpendapat,sampai masanya artis yang pernah menjadi mangsa fitnah internet bergabung tenaga menyelesaikan permasalahan menjadi-jadi itu. Bahkan,dia berasakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sewajarnya menyiasat pergerakan laman forum supaya tidak menyalahi undang-undang,khususnya akta berkaitan.
"Saya berharap dapat diselesaikan segera supaya golongan artis seperti kami dapat menjalani kehidupan lebih aman,malah kerjaya kami tidak tergugat hanya kerana laman forum yang tidak ubah seperti medan mengumpat," kata Amyza.
|
|