CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: willow12

engku emran sedang mencuba pikat erra kembali? #prayformomandayah

[Copy link]
Post time 14-4-2014 04:51 PM | Show all posts
semoga ada sinar harapan untuk mereka bersatu kembali inshallah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 05:06 PM | Show all posts
sian la kat EE ni...erra dah ckp tu hormatilah privacy dia....erra taknak dah la tu..EE buat gitu nnt ganggu lak perasaan memana VVIP yg nak tackle erra..... Last edited by puteri_malam on 14-4-2014 05:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 05:40 PM | Show all posts
Lebih 6,000 'Like' Tanda Sokong Engku Emran & Erra Fazira Rujuk Semula
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 3:04 PM


[size=0.75em]Engku Emran enggan mengulas tentang tindakannya seolah-olah mahu memujuk Erra Fazira semula.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Hasrat bekas suami pelakon Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin yang ingin rujuk semula dengan bekas isterinya mendapat banyak komen positif menerusi Instagram miliknya.

Pemerhatian mStar Online pada Instagram milik Engku Emran menerusi akuaniamkumbre  sehingga pukul 1.45 petang Isnin mendapati seramai 6,433 orang memberi tanda ‘like’ pada status yang memaparkan gambar anaknya Engku Eleesya, 5, memakai baju T tertulis #prayformomandayah.
[size=0.98em]Selain itu terdapat kira-kira 1,244 pengikut laman sosial itu memberi komen masing-masing.
[size=0.98em]Dengan menggunakan hastag #prayformomandayah pengikut laman sosial berkenaan   menulis komen-komen positif dan menyokong tindakan yang dilakukan Engku Emran itu sebagai usaha untuk kebaikan keluarga mereka.

Salah seorang pengikut Instagram yang menggunakan akaun @fezaahar mendoakan agar  usaha yang dilakukan Engku Emran itu dipermudahkan  Allah dan berharap agar kedua-dua selebriti ini  mengetepikan ego masing-masing demi kebaikan keluarga.

"Jangan berhenti berdoa kepada Allah dan jangan berhenti berusaha untuk kembali bersama. Kami sentiasa menyokong anda. Kalau dulu boleh ambil hati Erra sampai kahwin, kali ini pasti lebih mudah kerana ada Aleesya sebagai objektif," tulisnya.

[size=0.75em]Peminat-peminat di laman sosial turut berkongsi gambar ketika saat bahagia pasangan ini.



Sementara itu, @noor_amylia_syuhada berkata, sebagai peminat, mereka ingin melihat pasangan ini kembali hidup bahagia seperti dahulu.

[size=0.98em]Manakala bagi @azahns berkata, perpisahan yang terjadi antara kedua-dua selebriti ini ada hikmah yang tersembunyi dan berharap mereka mencari hikmah tersebut.

Bagi @imza79, kenyataan yang dibuat oleh Engku Emran adalah sesuatu yang jujur dan berharap Allah permudahkan perjalanan pasangan ini untuk membina masjid semula.

"Kenyataan paling jujur pernah saya baca, semoga Allah pemudahkan demi kebaikan dan niat murni untuk membina semula masjid yang telah dibina... Aleesya sayang, kami semua bersamamu," tulisnya.

Bagi @echasidek pula meminta agarErra jangan bersikap pentingkan diri dan perlu memikirkan kebaikan bersama terutamanya Aleesya.

"Jangan risau kami akan kembali bersama, harap Erra sedar hidup ini bukan kita seorang sahaja, tolong fikirkan Aleesya," tulisnya.

Pada Sabtu lalu, Engku Emran, 39,  menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar anak hasil perkahwinannya dengan Erra iaitu Engku Aleesya yang memakai baju T dengan tulisan #prayformomandayah.

Dalam kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasratnya ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu.

Engku Emran juga turut mengimbas semula kenangan ketika perkenalannya bersama Erra.

[size=0.75em]komen-komen positif peminat di laman sosial Instagram.


[size=0.98em]Sementara itu, sebanyak 130 keping gambar telah dimuat naik semula terutamanya gambar-gambar milik Engku Emran dan Erra Fazira dengan hastag tersebut dilakukan sehingga pukul 1 tengah Isnin.
Salah seorang peminat, @naziramadzin turut memuat naik gambar-gambar mesra pasangan itu serta ketika hari perkahwinan mereka bagi menyokong usaha Engku Emran untuk rujuk semula dengan Erra.
[size=0.98em]
Dia juga berharap agar Erra Fazira menerima semula bekas suaminya itu.

Dalam pada itu, Engku Emran ketika dihubungi pihakmStar Online, enggan memberi sebarang komen walaupun ditanya tentang kehidupannya selepas bergelar seorang duda.
[size=0.98em]"Saya tidak ada komen apa-apa tentang perkara tersebut dan saya berharap pihak mStarfaham dengan jawapan yang saya berikan ini," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp, di sini, pada Isnin.
[size=0.98em]Terdahulu Erra, 40, menerusi mStar Online pada Isnin meminta Engku Emran menghormati privasinya selain terkejut dengan komen bekas suaminya yang berhasrat untuk rujuk semula.

Pasangan berkenaan telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu. Mahkamah juga memberi hak penjagaan anak kepada Engku Emran.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007.
[size=0.98em]Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Engku Emran dan kedua buat Erra Fazira selepas aktor Yusry Abdul Halim.


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 05:48 PM | Show all posts
kalau baca dari kenyataan Erra tu cam dia tak mo...dan i think dia tak happy cara EE nak win ker back...ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 05:55 PM | Show all posts
EE nak bagitau satu dunia yang EF tu masih dia punya..Jangan berani nak takle hockayyy
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 08:03 PM | Show all posts
Doakan yg terbaik walaupun nampak sangat EF dah tak ko EE yg jadi mangsa EA ... Eeeeerrrrkkkk!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2014 08:30 PM | Show all posts
selama ni ee low profile je...sekarang dah berani ckp terang2 kat ig...maybe because of aleesyah...harap2 yg terbaik je for both,..macam sweet je..macam romantik je...hee
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 08:35 PM | Show all posts
doakan yg terbaik utk dorang...apa2 pn,berdamai la demi anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 08:49 PM | Show all posts
hairan kenapa 2 tahun berpisah kenapa tak pujuk? Dah jadi bapa tunggal jaga anak sorang2 baru rasa payahnya jaga anak dan perlukan isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 08:55 PM | Show all posts
Pada aku EE nie poyo tahap gaban!! kalau betul2 nak balik EF, dah lama cari jalan, kenapa mesti tunggu bertahun2 lepas dah bercerai, baru sedar yang EF adalah yang terbaik?? kenapa mesti nak buat di medan public??? diam2 sudah lah!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 08:55 PM | Show all posts
Apsal x blajo dr hattan...nak win blk isteri kena senyap2...dan perlahan2....hatinya terluka...it takes time to heal...tunggu alesya msk sekolah menengah barulah ada harapan...tu pun kalau x dak org lain kidnap erra dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 09:02 PM | Show all posts
Ntah lah. Pd pemahaman aku dgn ayat2 EF ni, aku xdelah rs yg dia dah berpatah arang. Cuma aku rs dia harap sgt org2 luar hormati dia. Sblm ni ms gosip rumahatangga dia ada prob, semua org nak tau semua org kutuk2 dia. Bila dia bercerai pun semua org duk ngata dia jgk. Ni bila EE nak cuba nak pikat dia semula, org2 yg kutuk2 ni jgk lah suh dia terima EE tu blk, tp still ada jgk ayat2 x boleh blah.. Suh berhenti kejar duni lah apa lah. Cara korang ni mcm memaksa dia. Tentu2 bt dia rs tertekan.

Hormati EE, hormati jgk EF. Bg EF ruang, bg EF masa utk berfikir. Kawen cerai ni bkn perkara main2.

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 09:07 PM | Show all posts
To me, this was one of his ways to win back EF's trust n also by publicly announcing his intention he also gained help from his followers with their doa. It also cleared some negative stories/gossips abt EF. In a way he was being humble by throwing away his ego. EE dah letakkan EF di tempat yg tinggi berbanding 18 February lalu apabila ramai yg memandang EF sangat rendah malah menyalahkan dan menghina beliau pada ketika itu. My view, EE's words brought tears to my eyes so saya sokong cara dia. the way he described EA's reaction i am quite sure she wld be the happiest person if her parents were to reunite.  Just my 2 sens.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama aku pikir menda ape pray for momandayah..
Moman tu sape?
Dayah tu pulak sape?
Rupe-rupenye mom and ayah..
Walaaahh! Betapa la daku buta bahasa hastag nih!
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 11:01 PM | Show all posts
btol2 mcm gila talak....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 11:29 PM | Show all posts
Alhamdulillah syukor sangat sekiranya mereka berbaik semula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 11:44 PM | Show all posts
irisismail posted on 14-4-2014 09:07 PM
To me, this was one of his ways to win back EF's trust n also by publicly announcing his intention h ...

Agreed!! The best comment ever iris!
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 11:48 PM | Show all posts
non.sari posted on 14-4-2014 09:12 PM
Lama aku pikir menda ape pray for momandayah..
Moman tu sape?
Dayah tu pulak sape?

Lawak..lawak.. Ai gelak guling2 bc statement u. Tp dun worry, learning takes time ok!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:12 AM | Show all posts
cikus posted on 14-4-2014 08:55 PM
Apsal x blajo dr hattan...nak win blk isteri kena senyap2...dan perlahan2....hatinya terluka...it ta ...

Yup... Takes time
masa dlm program Romantika dulu pun hattan mengaku dia dah bnyk berubah dari masa first time kawin dulu, itu sebab bini dia nak balik kat dia.


Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:11 AM | Show all posts
poyohabis posted on 13-4-2014 11:33 PM
Ni kes hampir sama gan adik aku gila talak tp adik aku cerai taklik skrg tgh turun naik mahkamah...  ...

Scarynye dengar sampai berparang bagai
Kire gila talak la kan.
Betul ke dh ade makwe yg di war2 kan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.610368 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list