CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53459|Reply: 150

filemkan kisah hidup Mama Juwie, Remy Songkran lakonkan wataknya?

  [Copy link]
Post time 17-4-2014 12:53 PM | Show all posts |Read mode
tadi aku blogwalking, terjumpa story ni. very nice explaination. hopefully ada pihak boleh buat filem ttg kisah hidup wartawan veteran ni.
ala-ala hollywood buat filem kisah hidup truman capote / j. edgar



bayangkan pelakon bagus macam Remy dpt watak khunsa??

remy ishak sesuai jadi mama juwie...muka ada iras2 ..cuma remy kena kuruskan badan, buang muscle je





kredit to : http://arkibnegara.blogspot.com

Pada 1989, sempena ulangtahun ke-50 akhbar Utusan Malaysia, wartawan hiburan senior, Bahyah Mahmud (BAM), telah menulis sebuah artikel khas bagi menghargai peranan besar Juwie dalam penulisan hiburan, khususnya zaman setelah Juwie berpindah kerja daripada Berita Harian kepada Utusan Malaysia.

BAM turut menceritakan serba sedikit kisah peribadi Juwie, yang nama sebenarnya ialah Abdul Jalil Salleh, dan merupakan seorang khunsa yang tidak berselindung mengenai status kejantinaannya. Menurut BAM, keadaan diri Juwie yang sebegitu menyebabkannya pernah mengalami tekanan jiwa yang kuat sehingga terpaksa mendapatkan khidmat pakar perubatan. Juwie dikatakan pernah cuba untuk menukar jantinanya di Singapura pada 1970 (zaman persekolahannya) tetapi membatalkan hasrat tersebut setelah mendapat nasihat oleh pakar jiwa dan ibu bapanya.

29 Mei 1989

Beberapa maklumat & petikan mengenai/oleh Juwie dalam artikel tersebut:
  • Juwie lahir di Singapura pada 9 Julai (tahun tidak dinyatakan). Bapanya berasal dari Johor dan merupakan bekas anggota polis di Singapura. Ibunya berasal dari Melaka.
  • Juwie mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sang Nila Utama, Singapura; Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur (Sijil Tinggi Persekolahan); Institut Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor (kursus perhotelan selama 3 bulan).
  • Juwie mula bekerja pada 1974 sebagai wartawan di akhbar Berita Harian dan berkhidmat di situ hampir 10 tahun sebelum berpindah ke akhbar Utusan Malaysia pada sekitar pertengahan 1980-an.
Kata BAM:
  • "Dia menggunakan nama Juwie sebagai nama seorang mak nyah"
  • "Pernah juga orang menelefon bertanya: Juwie tu lelaki ke perempuan? Suaranya lembut.. romantik!"
  • "Juwie yang terkenal dengan sifat peramah dan mudah mesra"
  • "Dia mahu semua tulisannya adalah benar. Tidak ada penafian. Lantaran itu dia sentiasa berhati-hati pada setiap kisah yang dipaparkan"
  • "Juwie tidak pernah menghampakan harapan seseorang artis. Apa yang diceritakan oleh artis, itulah yang ditulisnya tanpa tokok tambah. Apa lagi untuk menulis hal-hal yang tidak pernah dibualkan"
  • "Pernah dulu dia membuat keputusan untuk berhenti kerja gara-gara dia diarahkan oleh boss nya menulis dengan tujuan jahat untuk memfitnahkan serta mendedahkan keaiban seorang artis ternama tanahair"
  • "Juwie telah banyak menempuh kesengsaraan, tekanan jiwa untuk hidup dan menyesuaikan diri dalam masyarakat yang kurang memahami kehidupan insan-insan mak nyah"
  • "Juwie mengaku jiwanya sering terseksa dengan cemuhan masyarakat"
  • "Demikian pengakuan Juwie yang terus terang menyatakan dia adalah bekas pesakit jiwa yang selama 14 tahun menerima rawatan, masuk wad keluar wad iaitu di wad sakit jiwa di Singapura, Johor Baharu dan Kuala Lumpur"
  • "Dia banyak mendapat bimbingan moral Islam dari Encik Anwar Ibrahim (Menteri Pendidikan) yang pada ketika itu (zaman persekolahan Juwie) menjadi Pengarah Yayasan Anda Akademik"
Kata Juwie:
  • "Saya ni pondan! Memang sudah ditakdirkan saya dilahirkan sebagai khunsa! Ini bukan kehendak ku. Dan bukan juga doa ibu bapa ku"
  • "Aku anggap penderitaan jiwa dalam diri ku ini sebagai dugaan Allah. Tentunya ada muslihat di sebalik derita dan keanehan insan seperti ku ini"
  • "Aku yakin, Tuhan tidak lahirkan aku untuk derita di dunia ini. Aku juga yakin, bahawa penderitaan itu suatu rahmat Allah. Dengan menghayati penderitaan itu aku bertambah insaf. Aku rasa bertambah dekat padaNya"

Nota tambahan:
  • Maksud khunsa dalam Kamus Dewan: "orang yg mempunyai dua alat kelamin".
  • Pada 1990, M. Nasir muncul dengan senikata lagu Midnight Blues (persembahan kumpulan Wings) yang seakan-akan merujuk kepada Juwie dalam rangkap pertama: "Si manis di belakang Kowloon rupanya sang khunsa. Ada jua wajah yang pernah ku lihat di akhbar, auw!". Rangkap lain senikata lagu itu turut menyentuh beberapa golongan "tersisih" yang disimpulkan sebagai "sampah masyarakat". Juwie melalui ruangannya dalam akhbar sisipan Pancaindera (Mingguan Malaysia, 18 Mac 1990) telah mengecam penulisan senikata oleh M. Nasir itu yang dianggapnya sebagai sangat kasar dan berunsur menghina. Kata Juwie, "Lirik itu ternyata menghina. Kita hidup tidak boleh menghina makhluk Allah. Siapalah diri kita hendak menghina orang lain?". Tambah Juwie, "Sepatutnya M. Nasir bersyukur atas nikmat Allah yang telah memberikan kemewahan padanya sebagai orang Singapura yang dapat menumpang mencari rezeki di Malaysia".
  • Juwie pernah berlakon watak kecil dalam filem Tuan Badul (1979), tetapi ketika itu dia belum menggunakan nama Juwie, dan namanya dikreditkan sebagai "Jalil Salleh".
"Abang Din nak epal?" - antara dialog Jalil Salleh (Juwie)
yang melakonkan watak Siti dalam filem Tuan Badul (1979)


Last edited by sokmogitu on 17-4-2014 01:12 PM

Single Polls, Total 184 Users voted
16.85% (31)
83.15% (153)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2014 12:53 PM | Show all posts


Juwie Juwie Juwie (1987 & 1989)
Pada 1987, kumpulan rock BumiPutra Rockers (BPR) telah mengeluarkan album pertama mereka yang berjudul Selamat Pagi Malaysia. Salah satu lagu dalam album tersebut berjudul Juwie Juwie Juwie, hasil ciptaan kumpulan BPR sendiri, manakala senikatanya ditulis oleh penyanyi kumpulan itu, Joey.

Juwie mungkin satu-satunya penulis senikata Malaysia yang namanya diabadikan oleh penulis senikata lain sebagai subjek untuk sebuah lagu, dan ini berlaku seawal 1987. Walau bagaimanapun, senikata lagu Juwie Juwie Juwie bukanlah menceritakan tentang Juwie seorang penulis senikata, tetapi merujuk kepada Juwie (yang turut digelar "Mama") seorang wartawan hiburan yang sangat terkenal pada 1980-an.

Senikata lagu rock Juwie Juwie Juwie berbentuk santai & menunjukkan penghargaan penulisnya terhadap peranan wartawan hiburan bernama Juwie dalam memeriahkan dunia artis dan hiburan di Malaysia pada waktu itu. Dalam senikata itu, artis baru (termasuklah kumpulan BPR) digambarkan mendambakan perhatian Juwie bagi dipaparkan dalam ruangan kelolaannya yang sangat popular dalam majalah URTV dan akhbar Mingguan Malaysia.

Juwie menjadi ikon dalam bidang penulisan hiburan di Malaysia pada 1980-an. Di atas ialah logo untuk ruangan tetap "Auw!!" kelolaan Juwie yang diterbitkan secara mingguan dalam akhbar sisipan Pancaindera (Utusan Malaysia edisi Jumaat) pada 1987.

JUWIE JUWIE JUWIE
(pencipta lagu: BumiPutra Rockers / penulis senikata: Joey)

Majalah hiburan banyak di pasaran
Berbagai kisah di sana sini
Gosip para artis, cerita nan romantis
Di bawah kelolaan Juwie

Ramai artis Mama liputkan
Ramai muda-mudi yang turut serta
Mama paparkan penyanyi, Mama paparkan pelakon
Tapi kami yang Mama lupa

Juwie, Juwie, Juwie
Tulis nama ku di dalam ruangan mu
Juwie, Juwie, Juwie
Papar gambar ku di halaman majalah mu

Ku lihat Mama di URTV
Ku terbaca di Mingguan Malaysia
Poster warna-warni, fesyen menarik hati
Pasti akan ku beli
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:58 PM | Show all posts
contoh wartawan hiburan yg sebenar...bukan mcm EX REPORTER (apa yg korang gelarkan tu..lupa..) yg kena tendang ke kolum sukan (kot)
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:58 PM | Show all posts
siannye dia.
tp skrg die meneruskan hidup dengan status lelaki kan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 01:01 PM | Show all posts
dia teruskan hidup sebagai Jalil Salleh katanya.... takdir hidup dia....tp dia gained so much respect from journalism industry. patut difilemkan sebab dia beretika .
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:01 PM | Show all posts
i love mama juwie !!!! mana dia sekarang ek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-4-2014 01:04 PM | Show all posts
remy ishak sesuai jadi mama juwie...muka ada iras2 ..cuma remy kena kuruskan badan, buang muscle je



Last edited by sokmogitu on 17-4-2014 01:12 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:08 PM | Show all posts
kalo nak filemkan buat la betul2 ni kan filem biografi...mcm tribute pd orang tu jugak..
macam cerita zaiton tu hancur..xcapai matlamat betul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape la yg nk tgk... Setakat pengarah2 msia yg nk arah sdgkn vikingdom pun cam hamjadah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 01:10 PM | Show all posts
"Dia banyak mendapat bimbingan moral Islam dari Encik Anwar Ibrahim (Menteri Pendidikan) yang pada ketika itu (zaman persekolahan Juwie) menjadi Pengarah Yayasan Anda Akademik"


watak Anwar Ibrahim pun ada. siapakah yg sesuai? Hasnul Rahmat boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:10 PM | Show all posts
mama juwie mmg legend...

tulisan beliau kat urtv biasa ada selitkan ttg hadis atau kata2 ulama kat ayat akhir..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2014 01:11 PM | Show all posts
"Pernah dulu dia membuat keputusan untuk berhenti kerja gara-gara dia diarahkan oleh boss nya menulis dengan tujuan jahat untuk memfitnahkan serta mendedahkan keaiban seorang artis ternama tanahair"


ini mesti boss berita harian era 1980an ni sebab before kerja dgn Utusan, mama juwie kerja dgn berita harian. la ni sampai dia pencen dia dgn mangga (utusan), baru2 ni je jd penulis tamu di BH

Juwie mula bekerja pada 1974 sebagai wartawan di akhbar Berita Harian dan berkhidmat di situ hampir 10 tahun sebelum berpindah ke akhbar Utusan Malaysia pada sekitar pertengahan 1980-an.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:21 PM | Show all posts
I love mama juwie..best jer dia nie..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:39 PM | Show all posts
Belia masih menulis untuk akhbar Berita Harian setiap minggu.

Ada kolum sendiri "Salam Juwie"
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:40 PM | Show all posts
sampai ada lagu lagi... fuhhh... knp aku xkenal?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:41 PM | Show all posts
semoga beliau senantiasa tenang dgn segala rintangan hidup..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 01:44 PM | Show all posts
toxicated posted on 17-4-2014 12:58 PM
siannye dia.
tp skrg die meneruskan hidup dengan status lelaki kan??

last info yg aku tahu, 2009.
sama2 pergi mekah dgn mak abah aku.
mmg wangi sangat orgnya, kata mak n makcik aku yg pergi ke mekah satu agensi ngan pacik jalil ni.

jemaah2 ada je mengusik panggil mama, dia layan je. senyum n x melatah pun.
siap brgurau lagi, katanya, 'sy ni xtahulah, nak kata haji tak, hajjah pun tak, hajjun kot'.
mcm tula lebih kurg dialognya.




Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:53 PM | Show all posts
dia takde la laser mcm nyah2 sekrg kan...mcm sopan jer..
really respect him..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 02:03 PM | Show all posts
sokmogitu posted on 17-4-2014 01:04 PM
remy ishak sesuai jadi mama juwie...muka ada iras2 ..cuma remy kena kuruskan badan, buang muscle je
...

remy kene cukur kening plz
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 02:10 PM | Show all posts
watak Mama Juwie :-

1) Remy Ishak - tang senyum akan2 sama
2) Apek - sebab keding
3) Adi Putra - nk ngk tahap lakonan lain drpd watak yg biasa berlakon
4) Aaron Aziz - lakukan filem tempatan

blurrrrrrrrrrrrrrr !!!!!!!!!!! nk fikir lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.084038 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list