ARTIKAL BERKAITAN
Ahli Parlimen Umno mohon maaf atas kenyataan terhadap Karpal
Ahli Parlimen Umno dari Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini di laman sosial dengan kenyataan sensitif berhubung kematian Karpal Singh, akhirnya memohon maaf. "Saya ingin menzahirkan perasaan kesal dan sesal saya atas perkara yang berlaku dua hari lepas berhubung tulisan di laman Facebook peribadi saya berkaitan kejadian yang menimpa mendiang Karpal Singh. "Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan sia-sia itu," status Facebook terbaru Nawawi dipetik. http://www.themalaysianinsider.com/ |