CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5350|Reply: 42

[Tempatan] {10} Kesian...Perut membusung mcm tembikai ! pic

[Copy link]
Post time 18-4-2014 06:45 AM | Show all posts |Read mode
18 April 2014

Kuantan: “Sudah kering air mata saya mengenangkan penderitaan ditanggung anak. Jika boleh bertukar tempat dengannya, saya sanggup,” kata Azmah Ariffin, 33, ibu Muhammad Saqir Aminuddin Mohd Lazim Sakila, 2, yang menderita penyakit misteri apabila perutnya membesar sehingga sebesar buah tembikai sejak awal tahun ini.


Menurutnya, dia masih tidak mengetahui dengan jelas penyakit misteri dialami Muhammad Saqir walaupun pernah membawa anak keempatnya itu membuat pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, sebelum ini.



Katanya, pada peringkat awal ada benjolan kecil di bawah perut anaknya dan mereka membawanya ke Klinik Pesakit Luar di Jalan Bukit Sekilau, di sini, namun doktor memberitahu ia ketulan najis tersumbat.

“Anak saya diberikan antibiotik, namun keadaannya tidak berubah, sebaliknya perutnya terus membengkak dan kami membawanya ke HTAA untuk pemeriksaan lanjut.

“Doktor meminta anak saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan kimoterapi tanpa memaklumkan dengan jelas penyakit sebenar anak saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Tiga, Jalan Kuantan-Gambang, dekat sini, semalam.

Azmah mendakwa, akibat ragu-ragu berhubung punca sebenar penyakit anaknya itu, dia dan suami Mohd Lazim Sakila Mohd Nor, 34, memutuskan untuk tidak mengikut nasihat doktor di HTAA.

“Kami tidak berani menanggung risiko melakukan rawatan seperti disyorkan sebaliknya membawa Muhammad Saqir menemui pakar kanak-kanak dalam masa terdekat selain mendapatkan rawatan tradisional,” katanya.-myMetro


p/s Nauzubillahimin zalik...macam2 penyakit ya...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2014 06:45 AM | Show all posts

MUHAMMAD Saqir bersama Azmah dirumahnya di Kampung Batu Tiga, semalam.


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:02 AM | Show all posts
Aduhai... saya kalau baca cerita bab anak2 kecil ni memang boleh menitis airmata.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
adoila makpak... klu x puas ati dgn doc, plzla tanya n tanya smpai paham...
ni xmo p kimoterapi yg doc suh, anak dah mkin teruk nih... isk isk..

kanser apakah tu... kanser usus ke? kesiannyaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:10 AM | Show all posts
adakah membiarkan anak terus membusung mcm tu tindakan terbaik hanya semata2 takut dgn arahan doktor?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:12 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 18-4-2014 06:45 AM
MUHAMMAD Saqir bersama Azmah dirumahnya di Kampung Batu Tiga, semalam.

ya allah...tolongla anak ni.......semoga adik ni cepat berakhir penderitaan..cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2014 07:14 AM | Show all posts
Aduhai mak ngan pak... nak kata duk ulu susah nak gi sepital duk area bandar aja... kalo tak tau @ tak paham pergi la jumpa doktor lain... dengar n paham betul2... napa la dibiarkan anak menderita sampai macam tu sekali...dari ketulan kecik dah jadi sebesar gitu... Ya Rabbi...seksa n menderitanya adik tuh... sedih n simpati sangat kaka tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
tgk pusat budak tu, teringat masa anak i baby, kena umbilical hernia, cukup risau usus bersimpul,najis tersekat... sampaikan kalut g xray bila baby 2 hari x berak.. walaupun x suka xray sbb risau kesannya...

tp yg budak ni, masalah apakah... colon cancer ke? sampai doc suh p kemo tuh..

awatla makpak dia ni.. apa masalah dorang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 08:27 AM | Show all posts
penyakit 1 dalm 1000
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:33 AM | Show all posts
MasaqAllah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh.. Ragu2 dgn saranan doctor? Ok pegi jumpa bomoh tikar terbang... Owh lupa lak bomoh tu bomoh vvip byran mesti mahal...

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:50 AM | Show all posts
edited dari yg asal kepada - harap pihak berwajib bantu mana yang boleh...mungkin mereka ada masalah nak faham penerangan doktor, masalah kewangan atau apa jua masalah, pihak berwajib bantulah mereka ini..- Last edited by abas8888 on 21-4-2014 12:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:55 AM | Show all posts
aku takleh view gbr..
tapi kalau perut busung ni sama ada ada tumor dlm perut atau ada penyakit hati..mcm adik afiq dulu...
kalau dah tahap ni biasa dah serius..
kesian pulak knplah tak ikut saranan doc awal2..
takpun kalau kita tak paham..tolong bawak sedara yg educated sikit dan minta doc explain..then bgtau dia betul2..
maybe doc dah explain tapi ibu  bapa takmo bila kena bedah2 ni..
dah larat mcm ni, nak  ikhtiar pun susah sikit la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:59 AM | Show all posts
ya Allah kesiannyer lah anak ni..
baru berusia 2 thn.. penderitaan berat dia tanggung
kita yg dh dewasa ni tgk pun xsanggup nak hadapi...
semoga anak ini cepat sembuh dan dapat menikmati alam kanak2 dgn ceria...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:10 AM | Show all posts
kesiannya ..
peritnya tanggung sakit
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:45 AM | Show all posts
kenapa la tak nak dengar cakap doc tu... ade sebab kena refer, bukan suka2 hati doc tu nak bagi kimo sume tu..

aku rasa parent diorang ni ada masalah lain ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 09:56 AM | Show all posts
masyaallah... bersabar la, mgkin ade hikmahnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:56 AM | Show all posts
kenapa tak bawak pergi hkl ?
kenapa tak nak dengar cakap doktor ?
hkl ramai pakar...mungkin dapat membantu..
kesian anak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 10:04 AM | Show all posts
mcm hepatitis ke ape..perot membusung mcm nie..
kesian sesangat tgk penderitaan adek nie..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 10:07 AM | Show all posts
kesiannya adik tu,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.074206 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list