CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3897|Reply: 82

[Tempatan] PKR Tetap Pendirian Tolak Hudud

[Copy link]
Post time 18-4-2014 03:14 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR  - Pas Kelantan terus menerima tekanan daripada rakan sekutunya untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertegas mematuhi perjanjian pada 2011 untuk tidak melaksanakannya.

Perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang itu antara lain tidak akan melaksanakan hukum hudud demi menghormati penentangan konsisten yang dibuat oleh DAP berhubung pelaksanaan hukum tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendirian tersebut kekal selagi belum ada apa-apa penjelasan daripada Pas untuk menguatkuasakan hukum Islam itu di Kelantan.

Menurut beliau, PKR akan menunggu keputusan mesyuarat Biro Lajnah Politik Pas yang akan membincangkan perkara berkaitan pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat sebelum pimpinan tertinggi PKR membuat ketetapan.

"Saya difahamkan perkara tersebut telah dibincangkan di peringkat Pas Pusat dan kemudian dibawa kepada biro politik yang masih belum bermesyuarat tetapi belum ada keputusan jelas bagaimana proses itu akan dijalankan.

"Sehingga kita jelas apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembentangan rang undang-undang persendirian oleh Pas dengan enakmen ini barulah PKR akan bawa perkara ini kepada perbincangan peringkat tertinggi parti," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Rakaman sidang akhbar itu disiarkan di laman portal, Harakah Daily yang turut dimuat naik di laman sosial YouTube.

Semalam, Kerajaan Pas Kelantan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.

Malah, katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.

Baru-baru ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.

Saifuddin berkata, pakatan pembangkang telah mencapai tiga perkara pada mesyuarat MPP tiga tahun lalu itu iaitu Majlis Presiden menghormati enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan Pas Kelantan yang melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah pada 1993 sebelum pakatan ditubuhkan.

Malah, katanya, Majlis Presiden turut mengakui dan menyedari penentangan daripada DAP terhadap enakmen tersebut yang kekal konsisten sehingga hari ini.

Selain itu, katanya, pada mesyuarat itu juga pimpinan pakatan pembangkang turut mengakui kerjasama politik untuk mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Keputusan terakhir masih kekal melainkan perkara sekarang yang dicadang Kelantan itu dibawa Pas kepada Majlis Presiden dan dibincang semula untuk mencapai apa-apa keputusan.

"Sekiranya masih belum berlaku, pakatan pembangkang terikat dengan ketetapan itu dan PKR sebagai komponen dalam pakatan juga terikat," katanya.

Last edited by Magika on 18-4-2014 04:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 03:17 PM | Show all posts


BENGONG banyak nick sekor ni kelam kelibut betol pasal hudud.
berganti ganti kulit untuk buka thread hudud di CI dan LP.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 03:33 PM | Show all posts
Pakatan yang tidak sepakat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 03:37 PM | Show all posts
Minta PAS cepat2 bentang ke Majlis Presiden. Then nak tgk apa alasan lagi PKR nk kasi utk tentang perlaksanaan hukum Hudud....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 03:44 PM | Show all posts
di kalangan pun tak setuju. tapi belah sana pulak yang ditekan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 03:48 PM | Show all posts
bukan Presiden PKR ni orang Islam ker???

kire kapir tak klu mcm ni???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2014 03:51 PM | Show all posts


teruskan..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 03:53 PM | Show all posts
akulah7E posted on 18-4-2014 03:51 PM
teruskan..

maksud kamu teruskan hudud?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 03:56 PM | Show all posts
Walaupun PKR tolak hudud, masih lagi ramai orang islam yg menyokong dan menjadi ahli PKR.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pusing2 mende yg sama je.. . Last2 ini sume salah umeno..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 04:00 PM | Show all posts
anishacute posted on 18-4-2014 03:57 PM
Pusing2 mende yg sama je.. . Last2 ini sume salah umeno..

yes..nasib baik you cakap dulu..kalau tak i yg akan cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 04:08 PM | Show all posts
Green light dari menteri dah dapat.... Pi la bentang kat Parlimen... then kita tengok sapa yang bantah... selama ni asyik duk taichi ke UMNO je semata2..... ayat stendet macai PAS "Aku tak heran kalu bukan islam bantah hudud... yang aku heran kalu orang melayu islam yang bantah..." Aku dah muak dengar statement gitu... sekarang dah nampak kan melayu PKR pon sama.... apa citer??

@dino


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 04:13 PM | Show all posts
TigerFeith posted on 18-4-2014 04:08 PM
Green light dari menteri dah dapat.... Pi la bentang kat Parlimen... then kita tengok sapa yang bant ...


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 04:15 PM | Show all posts
zull4rs posted on 18-4-2014 03:33 PM
Pakatan yang tidak sepakat...

yg tolak bil hudud ini ialah DAP, PKR, UMNO, DAP, MIC, MCA, Gerakan.  

PAS keseorangan. mrk pakat2 tolak hudud sbb nakkan undi cina/india/kafir.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 04:18 PM | Show all posts
so ... ada aku kesah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 04:20 PM | Show all posts
Magika posted on 18-4-2014 04:13 PM

Tapi..Hadi sendiri dah nafikan tidak ada perjanjian antara DAP, PAS dan PKR mengatakan PAS tak boleh laksanakan hudud..soalnya...siapa yg sebenarnya menipu?..


Pas tetap akan laksana hudud - Hadi Awang

KUALA TERENGGANU 15 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata, hudud sudah wujud dalam Pas sebelum penubuhan pakatan.

"Ini benda yang wujud terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan laksana hudud," katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.

"Kita tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR, mengatakan kita tidak boleh laksana hudud," katanya.

Isu undang-undang hudud menjadi 'duri dalam daging' dalam pakatan pembangkang apabila Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.

Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh Pas bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Awang#ixzz2yy7A5k21
© Utusan Melayu (M) Bhd




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 04:25 PM | Show all posts
tobby posted on 18-4-2014 04:15 PM
yg tolak bil hudud ini ialah DAP, PKR, UMNO, DAP, MIC, MCA, Gerakan.  

PAS keseorangan. mrk pak ...

UMNO tak tolak hudud
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 04:27 PM | Show all posts
TigerFeith posted on 18-4-2014 04:08 PM
Green light dari menteri dah dapat.... Pi la bentang kat Parlimen... then kita tengok sapa yang bant ...

The thing is, kalau semua MP Muslim bersetuju pun, atleast utk sokongan 2/3 kena ada 44 MP non muslim untuk sokong. Tugas yg Muslim untuk yakinkan non-muslim untuk sokong. Bukan dok ke hulu kehilir kata Umno tak setuju. Dah dapat kepastian akan sokongan non muslim baru bentang kat Parlimen.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 04:29 PM | Show all posts
tobby posted on 18-4-2014 04:15 PM
yg tolak bil hudud ini ialah DAP, PKR, UMNO, DAP, MIC, MCA, Gerakan.  

PAS keseorangan. mrk pak ...

Apa bukti Umno tolak Hudud. Tak semesti Hudud tak implimented kat federal, Umno tolak Hudud. Cuba bawak ke Parlimen, spa sokong, sapa x sokong. Then baru bleh hantam. Ini main tuduh je, orang xde akai pun bleh tuduh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 04:33 PM | Show all posts
zull4rs posted on 18-4-2014 04:27 PM
The thing is, kalau semua MP Muslim bersetuju pun, atleast utk sokongan 2/3 kena ada 44 MP non mus ...

hudud tak perlu tukar perlembagaan
jadi hanya perlu majoriti mudah



Parliament only needs simple majority to pass hudud, says ex-judge


KUALA LUMPUR, Feb 11 — Only a simple majority is needed for Parliament to enact Islamic criminal laws that will also affect non-Muslims nationwide, Malaysia’s retired chief justice said today.


        Tun Abdul Hamid Mohamad also said Parliament can also choose to amend the existing Penal Code to include penalties prescribed by Islamic law for criminal offences, which would impact both Muslims and non-Muslims, as debate continues over the federal enforcement of hudud.

        “There is no constitutional impediment to do so as a federal law. Parliament may choose whatever punishments to be provided for criminal offences, including punishments according to shariah,” he said during a public talk on hudud at Universiti Malaya’s International Institute of Advanced Islamic Studies here.

        “For Parliament to make such law, no amendment to the constitution is required and the Bill could be passed by a simple majority,” he added.
        The 13-party Barisan Nasional (BN) coalition currently has a simple majority in the 222-member Parliament with 133 seats, while the opposition Pakatan Rakyat (PR) bloc controls 89 seats.

        The former top judge compared the situation to the implementation of the law on Islamic banking, finance, and insurance.
                                                        
                                                        Abdul Hamid, who was chief justice from November 2007 to October 2008, however stressed that the punishments must apply to all, since making it applicable to Muslims only would render them unconstitutional, null and void.

        He further said an exemption for non-Muslims would be contrary to Article 8 of the Federal Constitution, which he said speaks against discrimination against citizens on the ground of religion.
        He observed that there may be hiccups to implementing hudud as there were also offences that did not fall under the Penal Code but are already provided for in the Syariah Criminal Offences Enactments of each state, such as adultery.

        “To use the hudud punishment for them, there is a legal impediment, not by the constitution but by federal law which limits the punishments which could be legislated by the state legislature,” said Abdul Hamid.
                                                                                                        He was referring to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, which would need to be amended if the states wished to roll out hudud punishment.
        The former judge observed that there was at least one hudud offence, Muslim apostasy, that cannot be tried in Malaysia whether as federal or state law as it would be unconstitutional.

        In Islamic jurisprudence, hudud covers crimes such as theft, robbery, adultery, rape, sodomy, making unproven accusations of adultery, causing physical hurt, drinking intoxicants, apostasy, and acts contrary to Islamic belief.
        Shariah law is generally confined to Muslims, but can extend to non-Muslims if they are involved in aiding or abetting an offence committed by a Muslim.

        At its annual congress in November last year, PAS revisited its bid to revise federal law to enable the nationwide enforcement of the strict Islamic penal code, which it had buried previously in the run-up to Election 2013.
        The Islamist party had introduced hudud in Kelantan and Terengganu, but has not been able to enforce them due to the conflict with federal constitution.

        Its political foe Umno had capitalised on PAS’ failure to enforce hudud in a bid to shore up support among the country’s dominant Malay-Muslim voters, claiming the party had strayed from its plan to form an Islamic state.
        But both Umno and PAS face strong resistance from their coalition partners over rolling out hudud.
        The BN’s Chinese component, MCA, and PAS’ allies from DAP and PKR have argued that hudud will turn Malaysia into an Islamic theocracy and dilute the country’s image as a multi-religious nation.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.073394 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list